Anda di halaman 1dari 8

MEGGUNAKAN TEPUKAN ISYARAT WARNA

OLEH:
Pn. Zaiton Akmar bt Ahmad Zolkifli (SKPPU)
En. Mohd Tarmizi b. Mustafa (SK Pasir Kubu)
En. Ibrahim b. Abdullah (SK Suak Padi)
ABSTRAK

Kajian ini bertujuan membantu murid - murid dalam menguasai kemahiran


penggunaan tanda baca bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat.
Kajian ini dibuat dalam kalangan murid - murid sekolah rendah luar bandar di
Daerah Perak Tengah. Kajian ini memfokuskan kepada mengedit dan
memurnikan ayat dengan penggunaan huruf besar , tanda koma dan tanda
noktah dalam penulisan ayat. Tinjauan awal yang dibuat adalah melalui
pemerhatian di dalam kelas dan menyemak buku tulis dan latihan yang diberi.
Berdasarkan kajian ini telah melaksanakan beberapa langkah yang dirancang
dan

didapati

penguasaan

murid

dalam

mengedit

dan

memurnikan

penggunaan tanda baca ini baik berbanding sebelumnya. Murid - murid


tersebut menunjukkan sikap yang lebih positif dalam aktivjti pengajaran dan
pembelajaran.

Tajuk:
Meningkatkan kemahiran mengedit dan memurnikan tanda baca murid tahun empat
dengan menggunakan tepukan isyarat warna.
Sinopsis:
Murid - murid tahun empat mempunyai pelbagai tahap kecerdasan dan kemahiran
pembelajaran. Majoriti murid - murid ini dikalangan murid- murid yang sederhana
dalam menguasai proses pembelajaran. Bagi meningkatkan potensi dalam
menghasilkan ayat yang sempurna, murid - murid perlu didedahkan teknik atau
kaedah yang dapat menarik minat mereka dalam menghasilkan karangan yang
baik.Kajian ini dilakukan agar murid dapat menguasai kemahiran mengedit dan
memurnikan ayat sebelum menghasilkan penulisan ayat yang baik.

Objektif:
Meningkatkan pemahaman murid dalam mengedit dan memurnikan ayat dengan
tanda baca seperti huruf besar, koma dan noktah.
Kumpulan sasaran:
Kajian ini melibatkan murid - murid Tahun 4 . Murid murid. Murid murid ini
telah dikenalpasti melalui pemerhatian dalam proses pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas.

Latar Belakang Kajian:


Kajian ini merupakan satu pendekatan yang digunakan oleh guru untuk
memantapkan lagi strategi atau kaedah yang digunakan bagi membantu murid
murid dalam menguasai pembelajaran dan pengajaran. Pendekatan ini memberikan
fokus kepada guru dalam melaksanakan strategi pembelajaran secara berstruktur ,
serta mengukur keberkesanan strategi yang dijalankan.
Kajian terhadap murid murid Tahun 4 yang tidak menguasai dalam
pembelajaran. Saya cuba untuk membantu mereka yang menghadapi masalah
pembelajaran ini terutamanya masalah dalam kemahiran asas ( membaca, menulis

dan mengira ) di sekolah. Kemahiran tersebut adalah penting untuk dikuasai oleh
setiap individu dalam kurikulum pembelajaran di sekolah bagi membolehkan mereka
menjalani kegiatan seharian yang lebih sempurna.
Sehubungan itu, pendidikan yang berkualiti hanya akan diperoleh dan dicapai
dengan adanya tahap perfosionalisme yang tinggi dalam kalangan guru yang
berkaitan dengan keterampilan teknikal, konseptual dan interpersonal. Keterampilan
dan penguasaan ilmu penting dalam kalangan guru agar penyampaian ilmu akan
bermanfaat kepada murid. Salah satu usaha penting dalam konteks perkembangan
profesionalisme keguruan ialah meningkatkan teknik pengajaran di dalam kelas.
Seharusnya guru perlu bersedia membawa perubahan dan penyesuaian teknik
pengajaran demi meningkatkan profesion mereka.(Shahabudin Hashim, Rohizani
Yaakub dan Mohd Zohir Ahmad, 2007 ).
Justeru, guru guru perlu memainkan peranan yang amat penting dalam
membantu serta membimbing murid murid tahun 4 ini menguasai masalah 3M
dengan menggunakan pelbagai kaedah, bahan bantu mengajar dan aktiviti aktiviti
yang kreatif dan inovasi dalam pembelajaran dan pengajaran. Kajian ini adalah
bertujuan untuk meningkat kemahiran mengedit dan menulis ayat dengan
menggunakan tanda baca yang betul. Kemahiran ini perlu dikuasai oleh murid murid tahun 4 berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah iaitu:
Standard Kandungan : 3.8 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan
dengan betul.
Standard Pembelajaran: Mengedit dan memurnikan hasil penulisan
daripada aspek ejaan, tanda baca, penggunaan kata, imbuhan dan struktur
ayat.

Isu/ Masalah :
Murid - murid sering membuat kesilapan penggunaan tanda baca dalam penulisan
ayat.

Hurain inovasi:
Penggunaan tepukan isyarat warna ini adalah memudahkan murid - murid dalam
menulis huruf besar, meletakan tanda koma dan tanda noktah. Isyarat dua ibu jari
mewakili warna hijau digunakan untuk menulis huruf besar, isyarat tepukan sekali
mewakili warna kuning pula digunakan untuk tanda koma dan isyarat tepukan 2
mewakili warna merah digunakan untuk tanda noktah.

TANDA NOKTAH ( Tepukan Dua Kali )

TANDA KOMA ( Tepukan sekali )

HURUF BESAR ( isyarat dua ibu jari )

Bahan dan Kos inovasi


1. Pensel warna

Perancangan Tindakan

Tumpuan kajian yang dilakukan adalah untuk menangani masalah pembelajaran


yang berkaitan dengan penulisan ayat supaya murid boleh menulis ayat dengan
penggunaan tanda baca yang betul. Fokus kajian ini adalah terhadap amalan
pengajaran guru.
Berdasarkan tinjauan awal yang telah dilakukan, perancangan dibuat untuk
mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dalam mengedit dan memurnikan ayat.
Oleh itu, saya telah merancang mengadakan sesi pembelajaran dan pengajaran
yang khusus memberi tumpuan kepada menggunakan tepukan isyarat warna. Murid
- murid akan melakukan secara berperingkat. Di mana murid - murid akan
mengambil imlak ayat terlebih dahulu. Kemudian , murid - murid akan membuat
latihan dalam mengedit dan memurnikan ayat.

Perancangan Kaedah Mengumpul Data


Reka bentuk kajian saya ini ialah berbentuk kualitatif. Saya telah menggunakan
instrument pemerhatian dan temubual untuk meninjau data.
Pemerhatian
Dalam kajian saya ini, saya menggunakan instrument pemerhatian bagi
melihat adakah murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis ayat mudah
dengan betul berdasarkan kriteria-kriteria yang disenaraikan. Sekiranya murid-murid
menguasai kriteria-kriteria tersebut, ini bermakna tindakan yang dilaksanakan
berkesan membantu mereka mengatasi masalah kemahiran menulis ayat mudah.
Ujian
Dalam kajian ini juga, ujian diadakan untuk mengutip data bagi menilai dan
mengesan kefahaman murid terhadap sesuatu yang telah dipelajari. Ujian yang akan
dilaksanakan adalah ujian yang dijalankan secara bertulis. Ujian akan dijalankan
adalah ujian pra sebelum proses pembelajaran dan pengajaran dan ujian pos pula
dilaksanakan selepas proses pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan

Contoh Ujian Pra dan Ujian Pos rujuk Lampiran.

Perancangan Kaedah Menganalisis Data


Data dianalisis bagi melihat keberkesanan tindakan serta mendapatkan maklumat
tentang kelemahan dan kekuatan tindakan yang telah dilaksanakan bagi melakukan
penambahbaikan dalam tindakan seterusnya.

Analisis Pemerhatian
Data akan diperolehi melalui pemerhatian yang akan dijalankan semasa sesi
pembelajaran dan pengajaran berlangsung. Pemerhatian ini akan dijalankan ialah
berbentuk pemerhatian berstruktur.

Analisis Ujian
Saya menganalisis hasil ujian pra dan ujian pos murid murid secara kuantitatif.
Skor daripada ujian tersebut dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf peratus.
Dapatan data dijelaskan secara deskritif dan mengandungi huraian peratusan.
Peningkatan skor merupakan penanda aras bagi guru melihat tahap penguasaan
murid murid dalam kemahiran yang diajar.
.

Nama :

Tahun:

Tarikh:

Masa:

Ujian Pra
Letakkan tanda baca yang betul pada ayat - ayat di bawah.
Petikan 1

ahmad dan ibunya pergi ke kedai ahmad ingin membeli


pensel pembaris dan pemadam sewaktu pulang ke rumah
tiba - tiba ahmad ternampak seekor kucing ditepi
longkang ahmad berasa kasihan melihat kucing tersebut
dalam kesejukan ahmad pun mengambil kucing lalu
membawa pulang ke rumah ahmad pun membersihkan
badan kucing itu menggunakan sabun selepas itu ahmad
mengelapkan badan kucing itu kemudian ahmad memberi
kucing itu makan ikan nasi dan minum susu ahmad
meminta kebenaran ibunya untuk membela kucing
tersebut ahmad berasa gembira dapat membela anak
kucing itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Anda mungkin juga menyukai