Anda di halaman 1dari 20

SPPE2372- PENGURUSAN PEMBINAAN DAN

PROJEK 1
TUGASAN 1: PEMBANGUNAN BAHAN BANTU
MENGAJAR
(MODUL PENGAJARAN DAN E-BAHAN)

TAJUK: 1.0 PENGURUSAN KESELAMATAN


PEMBINAAN (OSHA)

NAMA PENSYARAH: DR DAYANA FARZEEHA BT. ALI


NAMA PELAJAR: NUR NAJLA FATIN BT. MOHAYIDIN
NO MATRIK: A14PP3089

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

1.0 PENGURUSAN KESELAMATAN


PEMBINAAN
Akta Keselamatan Dan Kesihatan
Pekerjaan 1994 (AKKP)

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

ISI KANDUNGAN
No.
1

Tajuk

Muka
surat

Topik1: Pengurusan Keselamatan


Pembinaan (AKKP)

a. Pengenalan AKKP

b. Organisasi AKKP dan fungsinya

c. Bahaya dan Kemalangan

10

d. Teori dan Sebab Kemalangan di

10

Tempat Kerja
e. Akta Keselamatan

12

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

OBJEKTIF
Pelajar yang berjaya menamatkan modul ini akan dapat:
1. mengenalpasti keperluan keselamatan untuk kerja-kerja tapak yang efektif dan
cara-cara mengatasi kerugian dan bahaya yang terjadi
2. mengenalpasti tugas-tugas dan tanggungjawab seorang pengurus projek
berkaitan dengan keselamatan dan cara mengatasi kecelakaan
3. mengetahui kos-kos kemalangan yang berlaku samada secara terus atau tidak
terus
4. mengenalpasti kawasan yang berpotensi untuk mengalami kerugian dan menilai
risiko-risiko yang bakal terjadi
5. mengetahui kaedah kawalan risiko

Menarik bukan?
Mari kita teruskan
pembacaan kita.

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

PENGENALAN: AKTA KESELAMATAN DAN KESIHATAN


PEKERJAAN (AKKP)

menyediakan persekitaran kerja


yang selamat dan sihat untuk
bekerja. Pihak pengurusan dan
kakitangan akan bekerja bersamasama untuk mencapai matlamat
dan objektif keselamatan dan
kesihatan

Di wartakan pada 25hb


Feb, 1994
Tertakluk kepada
subseksyen 3 akta ini
hendaklah terpakai di
seluruh Malaysia

mengekalkan dan mengawasi


semua keselamatan ruang kerja
dan persekitaran kerja yang
sihat untuk pekerja

Akta Keselamatan
dan Kesihatan
Pekerjaan 1994,
Akta No. 514

AKKP
Falsafah dan
Prinsip Akta

Di bawah AKKP tangungjawab


memastikan keselamatan &
kesihatan di tempat kerja terletak
di atas mereka yang bekerja
(pekerja) dengan bahaya tersebut
& mereka yang mewujudkan
bahaya tersebut (majikan)

Peraturan kendiri (self-regulation)


Perundingan (consultation)
Kerjasama (cooperation)

Skop
Akta

merangkumi dan melindungi


semua orang yang bekerja
dalam semua aktiviti ekonomi
termasuk perkhidmatan awam,
badan berkanun dan sektor
swasta kecuali:

Mereka yang bekerja di


atas kapal perdagangan
Angkatan Tentera

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

INFO AKKP !

ORGANISASI AKKP DAN FUNGSI

Organisasi Keselamatan dan


Kesihatan Pekerja

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan


(Department of Safety and Health)

Majlis Negara (National Council)

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan


Negara (National Institute of Safety and
Health).

menjadi sekretariat
kepada Majlis Negara
bagi Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan

fungsi Jabatan
Keselamatan dan
Kesihatan

beri khidmat
nasihat &
kepakaran

mengkaji
perundangan
sedia ada

menguatkuasakan Akta
Kilang dan Jentera 1967
& Akta Keselamatan dan
Kesihatan Pekerjaan
1994

menjalankan
kerja galakan
dan promosi

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP)

!
Ia berada di bawah Kementerian Sumber Manusia
Merupakan sebuah badan tertinggi yang
bertanggungjawab menentukan hala tuju dan dasar
negara berhubung dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan di Malaysia.
Ditubuhkan oleh Menteri Sumber Manusia pada tahun
1995 mengikut kehendak Seksyen 8 Akta Keselamatan
dan Kesihatan Pekerjaan 1994

MNKKP
sebagai usaha berterusan pihak kerajaan untuk
menjadikan semua tempat kerja di malaysia selamat
Meningkatkan tahap keselamatan dan kesihatan
pekerja
Menjadikan amalan kerja selamat dan sihat sebagai
sebahagian daripada budaya rakyat malaysia

Fungsi MNKKP
Membincangkan, mengkaji dan menyiasat melalui proses
tripatisme
Mengemukakan cadangan-cadangan kepada Menteri
Sumber Manusia, berhubung dengan perkara-perkara
yang selaras dengan AKKP, bagi tujuan meningkatkan
tahap keselamatan dan kesihatan di semua sektor industri
dan, tanpa menjejaskan keluasan makna peruntukan
AKKP **dalam hal-hal berkenaan

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK


** dalam hal-hal berkenaan:i.

Perubahan yang dianggapnya wajar bagi perundangan keselamatan dan kesihatan


pekerjaan;

ii.

Pemajuan pentadbiran dan penguatkuasaan perundangan keselamatan dan


kesihatan pekerjaan;

iii.

Menggalakkan hubungan kerjasama perundingan antara pihak pengurusan dengan


buruh tentang keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja wanita, orang-orang
cacat dan golongan-golongan lain dalam masyarakat;

iv.

Penubuhan kaedah-kaedah kawalan yang mencukupi bagi kimia industri di tempat


kerja;

v.

Penganalisian statistik mengenai kematian dan kecederaan yang berhubungan


dengan pekerjaan;

vi.

Pengadaan kemudahan penjagaan kesihatan di tempat kerja;

vii.

Penggalakan Pembangunan dan penerimaan melaui undang-undang tataamalan


industri yang berhubungan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan
pekerjaan;
Pembangunan rancangan dan kemudahan pemulihan untuk membantu orangorang yang cedera di tempat kerja.Ahli MNKKP adalah terdiri daripada tidak kurang
daripada dua belas (12) orang dan tidak lebih daripada lima belas (15) orang yang
dilantik oleh Menteri Sumber Manusia. Keanggotaan adalah terdiri daripada:i.

tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili majikan

ii.

tiga (3) orang daripada organisasi yang mewakili pekerja

iii.

tiga (3) orang atau lebih daripada Kementerian atau Jabatan yang
tanggungjawabnya adalah berhubungan dengan keselamatan dan
kesihatan pekerjaan

iv.

tiga (3) orang atau lebih, yang daripadanya sekurang-kurangnya seorang


wanita daripada organisasi atau badan professional yang aktiviti
anggotanya adalah berhubungan dengan keselamatan dan kesihatan
pekerjaan dan yang pada pendapat Menteri Sumber Manusia boleh
menyumbang kepada MNKKP

viii.

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

Seseorang atau organisasi boleh


mencalonkan anggotanya untuk
menganggotai MNKKP. Sekiranya
memenuhi syarat-syarat berikut:

seseorang yang didapati atau diisytiharkan tak sempurna akal


seseorang yang bankrap
seseorang yang telah disabitkan atas apa-apa kesalahan yang melibatkan fraud,
kecurangan atau keburukan akhlak, atau apa-apa kesalahan yang berhubungan
dengan keselamatan & kesihatan pekerjaan di bawah mana-mana undang-undang
yang dibuat dengannya.
Seseorang yang tak dapat atau tak upaya melaksanakan fungsi sebagai anggota
Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (IKKPN/NIOSH)

Ditubuhkan pada 24 Jun 1992


bertujuan untuk menyediakan latihan
dan penyelidikan berkaitan
keselamatan dan kesihatan pekerja
dalam pelbagai industri.

BAHAYA DAN KEMALANGAN


TEORI DAN SEBAB KEMALANGAN DI TEMPAT KERJA
Kemalangan ialah satu peristiwa yang tidak dijangka dan tidak diingini, terutama yang
menyebabkan kerosakan atau kemudaratan atau juga di anggap sebagai satu kejadian yang
tidak dijangka dan tidak dirancang yang mengakibatkan:
1. kecederaan fizikal (kecederaan, sakit-kesihatan atau penyakit) kepada individu
2. Kerosakan kepada harta
3. kerugian dari mana-mana kombinasi kesan-kesan ini

A "miss near" ialah: Satu peristiwa yang tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan
kepada harta tetapi mempunyai potensi untuk berbuat demikian dengan punca sama
seperti kemalangan. Ia juga memerlukan perhatian yang sama seperti kemalangan.
Bahaya/HAZAD Keadaan yang berpotensi dan boleh menyebabkan kecederaan individu dan
merosakkan peralatan dan strukturnya, kehilangan perkakasan serta strukturnya.
10

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

Sebab
kemalangan

Faktor
peralatan

Dasar & Keputusan


Pengurusan

Faktor
persekitaran
Prestasi
Penyeliaan

Faktor-faktor
peribadi

Faktor-faktor peribadi
Kurang pengetahuan atau kemahiran
Tidak mendapat motivasi yang betul
Keadaan fizikal atau mental yang tidak stabil.
Faktor-faktor persekitaran & peralatan

Persekitaran fizikal yang tidak efektif


Peralatan atau alatan bekerja yang tidak bagus
Penggunaan alatan yang tidak normal (alat haus dan lusuh)
Reka bentuk dan penyelenggaraan yang tidak baik

Prestasi penyeliaan

Arahan yang tidak mencukupi


Kegagalan SOP
Kaedah sebenar yang tidak dikuatkuasakan
Bahaya yang tidak diperbetulkan
Peranti yang tidak disediakan/diselenggara

Well thats an accident


waiting to happen
Someone ought to do
something
That someone is YOU!

Dasar & Keputusan Pengurusan


Keputusan dan penilaian yang tidak dilakukan
dengan baik oleh majikan.

11

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

AKTA KESELAMATAN
!
Contoh kemalangan yang sering berlaku tanpa
akta mengaplikasikan akta keselamatan:

AKTA KESELAMATAN &


KESIHATAN PEKERJAAN 1994
- AKTA 514

Kotak bahan jatuh, kemalangan serius


(menyebabkan kecederaan atau kerosakan kepada
peralatan atau harta):

Tujuan akta:
Untuk memastikan keselamatan,
kesihatan dan kebajikan orangorang yang sedang bekerja.
Untuk melindungi orang-orang di
tempat kerja (selain daripada orangorang yang sedang bekerja).
Untuk mengalakkan suatu
persekitaran pekerjaan yang
bersesuaian dengan fisiologi dan
psikologi orang-orang yang
sedang bekerja
Untuk mengadakan suatu sistem
perundangan yang berasas kepada
peraturan-peraturan dan tata amalan
industri disamping peruntukan Akta.

Terjatuh dari tangga, tumpahan bahan kimia


berbahaya, forklift menjatuhkan beban
Jangka panjang
Kehilangan pendengaran, penyakit akibat daripada
pendedahan kepada bahan kimia

FALSAFAH & KONSEP AKTA

Tangungjawab memastikan
keselamatan dan kesihatan di
tempat kerja terletak di atas mereka
yang bekerja dengan bahaya
tersebut (pekerja) dan mereka
yang mengujudkan bahaya
tersebut (majikan)

Konsep setakat yang PRAKTIK atau


MUNASABAH

Peraturan Kendiri atau


Pengurusan Tempat Kerja Sendiri
(Self Regulation)

Kerjasama Pekerja (Cooperation)


dan,

Perundingan (Consultation)

Tahukah
anda.?

Akta ini merangkumi dan


melindungi semua orang yang
bekerja dalam semua aktiviti
ekonomi termasuk perkhidmatan
awam, badan berkanun dan sektor
swasta kecuali :Mereka yang bekerja di
atas kapal perdagangan
Angkatan Tentera

12

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK


Pengilangan
Perlombongan dan Kuari
Pembinaan
Pertanian, Perhutanan dan Perikanan

SKOP
AKTA

Kemudahan Elektrik, Gas, Air dan Perkhidmatan Kebersihan


Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
Perdagangan Borong dan Runcit
Hotel dan Restoran
Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun
KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG BEKERJA SENDIRI

Bah. IV Seksyen 15 ( 1 )
Memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja
semua pekerjanya.
SETAKAT YANG PRAKTIK
Teruknya bahaya atau risiko terlibat
Pengetahuan mengenai hazad, risiko dan cara mengawalnya.
Kewujudan dan Kesesuaian kaedah pengawalan
Kos yang terlibat bagi mengawal bahaya atau risiko tersebut

Membuat perkiraan tentang langkah-langkah yang perlu diambil


dalam penyimpanan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan
loji dan bahan.
Mengada dan menyelenggara loji dan sistem kerja yang selamat dan
tanpa risiko kepada kesihatan
Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan pengawasan ke atas
aktiviti-aktiviti berbahaya
Menyelenggara tempat kerja serta menyediakan laluan keluar dan
masuk yang selamat.
Menyediakan dan memelihara persekitaraan tempat kerja yang selamat
dan dengan kelengkapan yang mencukupi.
13

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

Bah. IV : Seksyen16
Kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri menyediakan kenyataan bertulis mengenai
DASAR AMNYA berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya, ORGANISASI
dan PERKIRAAN yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu dan memberitahu
pekerja-pekerjanya tentang dasar tersebut.
Kewajipan menyediakan POLISI OSH
Menyediakan dasar yg bertulis.
Semakan dari masa ke semasa dasar bertulis.
Mengadakan susunatur dan perkiraan di dalam melaksanakan dasar tersebut.
Memaklumkan kepada pekerja.

Bah. IV : Seksyen17
Kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri terhadap orang lain selain dari pekerja
mereka.

Memastikan setakat yang praktik mereka tidak terdedah kepada risiko bahaya dari
tempat kerja

Memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerja

Bah. IV : Seksyen18
Kewajipan seseorang penghuni tempat kerja terhadap orang lain selain dari pekerja mereka

PENALTI DI ATAS PELANGGARAN SEKSYEN 15 -18

DENDA : tidak melebihi RM 50,000.00

PENJARA : tidak melebihi 2 tahun

atau KEDUA-DUANYA SEKALI

14

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

KEWAJIPAN MAJIKAN
Bah. VII : Organisasi Keselamatan & Kesihatan
Sek. 28 : Pengawasan Perubatan
Sek. 29 : Pegawai Keselamatan Kesihatan
Sek. 30 : Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan
Denda RM 5,000.00 atau 6 bulan penjara atau kedua-duanya sekali bagi setiap seksyen.

JAWATANKUASA KESELAMATAN & KESIHATAN - SEKSYEN 30 (1)


Tiap-tiap majikan hendaklah menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan di
tempat kerja, jika : Terdapat 40 atau lebih orang di tempat kerja
Diarah oleh Ketua Pengarah JKKP

OBJEKTIF PENUBUHAN JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN


Menggalakkan konsep perundingan dan kerjasama bagi meningkatkan tahap
keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.
Menyediakan forum atau saluran komunikasi dua hala untuk menyampaikan teguran,
pandangan, maklumat dan maklumbalas mengenai isu-isu keselamatan dan kesihatan.
Memupuk minat dan motivasi semua pihak dalam bidang keselamatan dan
kesihatan pekerjaan

FUNGSI-FUNGSI UTAMA JKK


Membantu di dalam penyediaan langkah-langkah keselamatan dan kesihatan serta
sistem kerja selamat
Menjalankan pemeriksaan
Menjalankan siasatan kemalangan dan aduan
Mengkaji semula polisi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja
Membantu menganjurkan program galakan dan pendidikan

15

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

KEWAJIPAN MAJIKAN
Bah VIII : Pemberitahuan Mengenai Kemalangan, Kejadian Berbahaya, Keracunan Pekerjaan
dan Penyakit Pekerjaan, dan Siasatan
Hendaklah memberitahu pejabat JKKP terdekat
Pengamal Perubatan hendaklah melaporkan kepada Ketua Pengarah JKKP

PENALTI UMUM :
DENDA : RM 10,000.00 atau PENJARA : 1 TAHUN atau KEDUA-DUA
Kesalahan berulang RM 1000.00/hari

KEWAJIPAN AM PEKERJA
24. (1) Adalah menjadi kewajipan setiap pekerja yang sedang bekerja :(a) memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan
orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja;
(b) memberi kerjasama samada kepada majikan atau orang lain dalam hal berkaitan
dengan pematuhan terhadap OSHA 1994;
(c) Memakai peralatan perlindungan diri yg dibekalkan oleh majikan ; dan
(d) Mematuhi mana-mana arahan keselamatan dan kesihatan seperti yang dikehendaki di
bawah OSHA 1994 dan peraturan-peraturan.

KEWAJIPAN AM PEKERJA
24. (2) DENDA : Tidak melebihi RM 1,000.00 atau PENJARA : Tidak melebihi 3 bulan atau
kedua-duanya sekali.
25. Seseorang yang dengan sengaja, melulu, atau cuai menganggu atau menyalahgunakan
apa-apa jua yang diadakan atau dilakukan untuk kepentingan keselamatan, kesihatan dan
kebajikan menurut Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh
didenda tidak melebihi RM 20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun
atau kedua-duanya.

16

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

CAJ DAN DISKRIMINASI TERHADAP PEKERJA


Majikan tidak boleh mengenakan caj/levi ke atas pekerja
Majikan/Kesatuan Sekerja tidak boleh mendiskriminasi (memecat, mendera atau
mengubah kedudukan)

PERATURAN-PERATURAN DI BAWAH OSHA 94


Employers Safety and Health General Policy Statements Exception Regulations 1995
Control of Industrial Major Accident Hazards Regulations 1996
Safety and Health Committee Regulations 1996
Classification, Packaging and Labeling of Hazardous Chemical Regulations 1997
Safety and Health Officer Regulations 1997
Safety and Health Officer Order 1997
Use and Standard Exposure of Chemical Hazardous to Health 2000
Notification of Accident, Dangerous Occurrence, Occupational Poisoning and
Occupational Disease Regulations 2004

RINGKASAN KESAN OSHA 94 KEPADA ORGANISASI

Integrasi (kesepaduan) OSH di dalam sistem pengurusan organisasi tiada lagi


pengasingan di antara OSH dan aspek pengurusan yang lain.

OSH akan diuruskan sama seperti lain-lain fungsi pengurusan di dalam organisasi.

17

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

Penurunan kes kemalangan, penyakit dan keracunan di tempat kerja

Pengurangan kadar ponteng

Peningkatan daya pengeluaran dan qualiti

Memperbaiki perhubungan industri (Industrial Relation)

Imej korperat yang lebih baik dan mantap

Kelebihan terhadap pesaing

Data dan maklumat untuk menetapkan piawaian

IMPAK OSHA 94
KEPADA
ORGANISASI

KEWAJIPAN AM PEREKABENTUK, PENGILANG, PENGIMPOT DAN PEMBEKAL


Setakat yang praktik : Memastikan rekabentuk dan pembinaan loji atau bahan adalah selamat digunakan dan
tanpa risiko kesihatan
Menjalankan ujian dan pemeriksaan bagi tujuan tersebut serta ;
Memberikan maklumat yang tepat dalam pengunaan loji atau bahan tersebut

Sekiranya gagal mematuhi mana-mana kehendak :PENALTI : RM 20,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya

18

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK

Jom Uji
Minda!

1. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan merangkumi dan melindungi semua orang
yang bekerja dalam semua aktiviti ekonomi termasuk perkhidmatan awam, badan
berkanun dan sektor swasta kecuali __________________ dan __________________.
2. Organisasi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja terdiri daripada:
(a) ____________________________________
(b) ____________________________________
(c) ____________________________________
3. Senaraikan 2 fungsi Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
(MNKKP).
(a) ____________________________________
(b) ____________________________________
4. Jelaskan maksud a miss near.
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
5. HAZAD merupakan _________________________________________________________
_________________________________________________________________________

19

PENGURUSAN PEMBINAAN & PROJEK 1 MODUL AKADEMIK


6. Persekitaran fizikal yang tidak efektif, peralatan atau alatan bekerja yang tidak bagus,
keadaan mental dan fizikal yang tidak stabil merupakan antara faktor berlakunya
_____________________ di tempat kerja.
7. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah diwartakan pada ___________________.
8. Berikan satu (1) objektif penubuhan Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan
_________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________
9. Nyatakan fungsi-fungsi Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan:
(a) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(b) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(c) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(d) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(e) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
10. Berikan dua (2) impak AKKP kepada organisasi.
(a) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
(b) ___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

20

Anda mungkin juga menyukai