Anda di halaman 1dari 8

Literasi Digital Microsoft

Glosari
ABCDEFGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ

A
Application (Aplikasi)
Suatu aplikasi atau sekumpulan aplikasi yang direka bentuk untuk pengguna bagi melaksanakan
tugas tertentu. Pemproses kata, pelayar web, permainan, aplikasi pengurusan pangkalan data
dan aplikasi persembahan merupakan beberapa contoh aplikasi.

Authentication (Pengesahan)
Proses apabila sistem komputer mengesahkan maklumat log masuk pengguna.

Authorization (Kebenaran)
Proses yang membolehkan pengguna memberikan kebenaran khusus bagi setiap nama
pengguna.

B
Bit (Bit)
Unit terkecil maklumat yang dikendalikan oleh komputer. Satu bit hanya boleh memegang salah
satu daripada dua nilai, 0 atau 1.

Byte (Bait)
Gabungan lapan bit yang diatur dalam jujukan.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

1|Halaman

Literasi Digital Microsoft

C
Central Processing Unit (CPU) (Unit Pemprosesan Pusat)
Peranti perkakasan utama yang mentafsirkan dan melaksanakan arahan yang anda berikan
kepada komputer.

Chat Applications (Aplikasi Sembang)


Aplikasi yang membolehkan anda menghantar dan menerima mesej dengan serta-merta. Anda
boleh menggunakan aplikasi sembang untuk berkomunikasi dengan beberapa orang pada masa
yang sama.

Commands (Arahan)
Arahan yang anda berikan kepada komputer untuk melaksanakan tindakan. Arahan sama ada
ditaip dengan menggunakan papan kekunci atau dipilih daripada menu.

Communication Channel (Saluran Komunikasi)


Laluan atau pautan yang menghubungkan komputer atau peranti persisian, seperti pencetak
dan pemacu cakera, untuk memindahkan maklumat.

Communication Applications (Aplikasi Komunikasi)


Aplikasi yang digunakan oleh komputer untuk bertukar-tukar mesej dan fail dengan orang lain
dalam format digital.

CPU Speed (Kelajuan CPU)


Kadar keupayaan CPU melaksanakan tugas, seperti memindahkan data ke dan dari RAM, atau
melakukan pengiraan berangka.

D
Data (Data)
Bentuk jamak bagi perkataan Latin, datum, yang bermaksud item maklumat.

Database Applications (Aplikasi Pangkalan Data)


Aplikasi yang digunakan untuk menyimpan dan mengurus data secara teratur. Anda juga boleh
menggunakan aplikasi ini untuk mengisih atau mencari maklumat yang disimpan dalam
pangkalan data.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

2|Halaman

Literasi Digital Microsoft


Desktop (Desktop)
Kawasan pada skrin kerja yang menggunakan gabungan menu dan ikon.

Desktop Computers (Komputer Meja)


Komputer yang terdiri daripada komponen individu seperti monitor, papan kekunci, unit sistem
dan pencetak.

E
E-mail (E-mel)
Bentuk elektronik mel pos tradisional. E-mel membolehkan anda bertukar-tukar mesej dan fail
melalui rangkaian.

F
Folder (Folder)
Bekas untuk aplikasi dan fail dalam antara muka GUI.

G
Gigabyte (Gigabait)
Unit pengukuran data yang bersamaan dengan 1024 MB, iaitu lebih kurang satu bilion bait.

Graphical User Interface (GUI) (Antara Muka Pengguna Grafik)


Antara muka pengguna yang memaparkan imej dan gambar yang membolehkan pengguna
komputer berinteraksi dengan komputer dengan mudah.

Graphics Applications (Aplikasi Grafik)


Aplikasi yang digunakan untuk membuat dan mengedit lukisan. Anda juga boleh menggunakan
aplikasi untuk meningkatkan kualiti gambar.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

3|Halaman

Literasi Digital Microsoft

H
Hand-held Computer (Komputer Tangan)
Komputer yang lebih kecil daripada komputer riba dan menyediakan ciri yang lebih sedikit
berbanding komputer meja atau komputer riba. Komputer tangan digunakan untuk tugas harian
yang tertentu, seperti mengurus data peribadi.

Hardware (Perkakasan)
Komponen fizikal komputer.

I
Icon (Ikon)
Imej kecil yang dipaparkan pada skrin untuk mewakili objek.

Input Devices (Peranti Input)


Peranti yang digunakan untuk memberikan maklumat kepada komputer. Papan kekunci
merupakan satu contoh peranti input.

Internet (Internet)
Sekumpulan rangkaian awam di seluruh dunia yang dihubungkan antara satu sama lain untuk
pertukaran maklumat.

Internet Service Provider (ISP) (Pembekal Perkhidmatan Internet)


Syarikat yang menyediakan sambungan Internet kepada individu, perniagaan dan organisasi.

Intranet (Intranet)
Sejenis rangkaian khas yang digunakan untuk berkomunikasi dan berkongsi maklumat dalam
organisasi.

K
Kilobyte (Kilobait)
Unit pengukuran data yang bersamaan dengan 1024 bait.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

4|Halaman

Literasi Digital Microsoft

L
Laptop Computers (Komputer Riba)
Komputer peribadi yang ringan dan bersifat mudah alih. Komputer riba juga dikenali sebagai
komputer buku.

Local Area Network (LAN) (Rangkaian Kawasan Setempat)


Rangkaian yang menghubungkan peranti di kawasan yang terhad, seperti rumah atau
sekumpulan kecil pejabat.

M
Megabyte (Megabait)
Unit pengukuran data yang bersamaan dengan 1024 KB.

Menu (Menu)
Senarai pilihan yang boleh dipilih oleh pengguna untuk melakukan tindakan yang dikehendaki,
seperti memilih arahan atau mengaplikasikan format tertentu pada sebahagian daripada
dokumen. Banyak aplikasi, terutamanya aplikasi yang menawarkan antara muka grafik,
menggunakan menu sebagai satu cara untuk menyediakan kepada pengguna alternatif yang
mudah digunakan untuk menghafal arahan aplikasi dan penggunaannya yang sesuai.

N
Network (Rangkaian)
Sekumpulan komputer yang dihubungkan untuk berkongsi sumber dan bertukar-tukar
maklumat.

Network Drives (Pemacu Rangkaian)


Pemacu cakera yang dikongsi dengan komputer lain dalam rangkaian.

Notification Area (Kawasan Pemberitahuan)


Kawasan yang terletak di sebelah kanan bar tugas apabila bar tugas terletak di bahagian bawah
skrin. Kawasan pemberitahuan memaparkan masa, ikon kekuatan bunyi (volume), dan ikon
beberapa aplikasi yang berjalan pada komputer.
Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer
2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

5|Halaman

Literasi Digital Microsoft

O
Microsoft Office 365
Kumpulan Microsoft yang mengehos perkhidmatan produktiviti, komunikasi dan kerjasama,
termasuk suite desktop Office, Exchange Online, SharePoint Online dan Lync Online.

Microsoft Online Services (Perkhidmatan dalam Talian Microsoft)


Microsoft mengehos penyelesaian untuk perniagaan yang mempunyai keperluan IT yang maju.
Suite ini termasuk Microsoft Exchange Online, Microsoft SharePoint Online, Microsoft Office
Communications Online, Microsoft Forefront dan Lync Online.

On-premises Software (Perisian di Premis)


Perisian yang dipasang dan berjalan pada komputer di premis orang atau organisasi yang
menggunakan perisian, dan bukannya di pusat data jauh melalui pengkomputeran awan (cloud
computing).

OpenStack
Projek pengkomputeran awan IaaS oleh Rackspace Cloud dan NASA, yang disertai oleh lebih
daripada 120 syarikat seperti Citrix Systems, Dell, AMD, Intel, Linus, HP dan Cisco, untuk
menyediakan perisian sumber bebas terbuka yang dihasilkan di bawah syarat Lesen Apache.

Oracle Corporation
Syarikat perisian perusahaan yang membangunkan, mengeluarkan, memasarkan dan
mengedarkan perisian teknologi pangkalan data.

P
Private Cloud (Awan Peribadi)
Persekitaran dalaman yang dioptimumkan untuk prestasi dan kos. Ia menyediakan akses layan
diri kepada sumber IT atas permintaan, diguna di pusat data pelanggan dan dijana oleh pakej
produk pelayan, dan memberikan keserasian dengan aplikasi sedia ada.

Public Cloud (Awan Awam)


Menawarkan keupayaan kepada pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan dengan
menggunakan platform yang sangat berskala, menyediakan fleksibiliti prabayar (pay-as-you-go).

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

6|Halaman

Literasi Digital Microsoft

S
Server (Pelayan)
Komputer utama dalam rangkaian yang menyediakan perkhidmatan kepada komputer lain
dalam rangkaian. Pelayan memutuskan komputer yang dibenarkan mengakses perkakasan dan
perisian dalam rangkaian.

Setup Wizard (Wizard Pemasangan)


Panduan yang membawa pengguna melalui setiap langkah tugas tertentu dalam memasang
apa-apa perkakasan atau perisian.

Software (Perisian)
Urutan arahan yang boleh dilaksanakan oleh komputer. Ia juga dirujuk sebagai aplikasi.

Spreadsheet Application (Aplikasi Hamparan)


Aplikasi yang digunakan untuk membuat belanjawan, mengurus akaun, melakukan pengiraan
matematik, serta mengubah data berangka kepada carta dan graf.

Storage Devices (Peranti Storan)


Peranti yang digunakan untuk menyimpan data. Cakera keras merupakan satu contoh peranti
storan.

System Unit (Unit Sistem)


Kotak yang mengandungi pemproses, papan induk, pemacu cakera, bekalan kuasa dan bas
tambah.

T
Tablet Computer (Komputer Tablet)
Komputer yang membolehkan anda menulis terus pada skrin dengan menggunakan pen yang
dipanggil stilus.

Taskbar (Bar Tugas)


Bar berbentuk segi empat tepat yang biasanya terletak di bahagian bawah skrin komputer. Anda
boleh menggunakan bar tugas untuk memilih aplikasi yang berjalan pada komputer anda.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

7|Halaman

Literasi Digital Microsoft


Terabyte (Terabait)
Unit pengukuran data yang bersamaan dengan 1024 GB, iaitu lebih kurang satu trilion bait.

The Web
Juga dikenali sebagai World Wide Web (WWW). Ia merupakan koleksi maklumat yang boleh
diakses di Internet. Maklumat ini disusun secara logik dan disimpan dalam komputer yang
dikenali sebagai pelayan Web.

W
Wallpaper (Paparan Latar)
Corak atau gambar pada latar belakang skrin yang boleh anda pilih.

Wide Area Network (WAN) (Rangkaian Kawasan Luas)


Rangkaian yang menghubungkan peranti di kawasan geografi yang berbeza.

Window (Tetingkap)
Kawasan berbentuk segi empat tepat pada monitor yang memaparkan aplikasi. Setiap aplikasi
mempunyai tetingkapnya sendiri.

Word-processing Application (Aplikasi Pemprosesan Kata)


Aplikasi yang digunakan untuk mencipta dan mengubah suai dokumen berasaskan teks.

Workstation (Stesen Kerja)


Komputer yang disambungkan ke rangkaian. Stesen kerja digunakan untuk mengakses
perkakasan dan perisian dalam rangkaian.

Literasi Digital Microsoft: Asas Komputer


2014 Microsoft Corporation. Hak Cipta Terpelihara.

8|Halaman

Anda mungkin juga menyukai