Anda di halaman 1dari 3

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB GURU KELAS

Bidang Tugas:
1. Merekod dan mengemaskini butiran peribadi pelajar ke dalam buku
jadual kedatangan, buku
rekod mengajar, kad 001, kad 002 dan buku kemasukan sekolah.
2. Buku jadual kedatangan para pelajar hendaklah ditanda pada waktu
yang pertama pada setiap hari
belajar.
3. Memastikan pelajar membawa surat daripada ibu bapa penjaga atau
surat doktor sekiranya
mereka tidak dapat menghadirkan diri di sekolah.
4. Bagi pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut dengan
tiada memberi penjelasan dan
sebab yang munasabah, guru darjah hendaklah mengirimkan surat
amaran ponteng sekolah kepada
penjaganya dengan satu salinan ke pejabat sekolah.
5. Sekiranya pelajar tidak hadir selama sebulan, namanya dikeluarkan dari
buku jadual kedatangan.
Kes-kes ini hendaklah dirujukkan kepada PK HEM terlebih dahulu.
6. Menjalankan pengurusan bilik darjah seperti pemilihan ketua darjah
mengikut suara ramai dalam
kelas, membuat giliran bertugas, giliran kebersihan, alat tulis, perhiasan
kelas, kerusi meja berada
dalam keadaan teratur dan menguruskan pertukaran pelajar.
7. Memungut yuran-yuran khas, yuran peperiksaan, sukan dan permainan
dan mengeluarkan resit
kepada pelajar dan merekodkannya ke dalam buku jadual kedatangan dan
buku yuran.
8. Menyerahkan kira-kira pungutan yuran pada masa yang ditetapkan
pihak sekolah.
9. Menguruskan pengagihan dan pemulangan Skim Pinjaman Buku Teks
kepada pelajar dan
memungut buku daripada pelajar yang hendak bertukar ke sekolah lain.

10. Membantu Guru Besar dalam pengurusan biasiswa, mengirim suratsurat jemputan kepada ibu
bapa, sijil berhenti sekolah dan surat akuan.
11. Mengisi butiran semua ujian dengan lengkap untuk dikaji dan
dianalisis.
12. Mengambil, menyalin dan menyemak jadual waktu kelas masingmasing dan memberitahu
pelajar.
13. Bertanggungjawab terhadap disiplin pelajar dalam kelasnya dan
menanam semangat rajin, tekun,
dedikasi, berusaha dan kesedaran sivik.
14. Melaporkan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan oleh guru kepada
guru PK HEM seperti
ketidakhadiran, ponteng yang berulang, kesulitan memungut yuran dan
masalah disiplin lain.
15. Merekodkan butiran peribadi yang lengkap mengenai kemasukan
pelajar baru dan mereka yang
berhenti dalam Jadual Kedatangan, Buku Rekod Mengajar dan Buku Daftar
Kemasukan Pelajar.
16. Bagi kelas-kelas peperiksaan adalah penting baginya untuk mengisi
borang masuk peperiksaan.
Mereka juga perlu memungut yuran peperiksaan dan membantu
menyusun kerusi meja.
17. Mengisi butiran kemajuan akademik pelajar ke dalam Buku Kemajuan
di samping menyediakan
tabung markah atau mark sheet.
18. Bertanggungjawab terhadap keselamatan perabot dan kebersihan
kelasnya.
19. Menyediakan senarai tugas bagi pelajar dalam kelasnya untuk tugas
pembersihan kelas pada
tiap-tiap hari persekolahan.
20. Berada di samping pelajarnya semasa pelajar beratur di kaki lima
kelas dan pada masa
perhimpunan hari biasa.

21. Memastikan papan kenyataan kelas ditampalkan dengan makalahmakalah, maklumat dan beritaberita yang positif, membina dan terkini.
Dalam tiap-tiap peperiksaan sekolah, guru mata pelajaran harus memberi
markah kepada guru-guru
kelas untuk meringankan beban tugas guru

Anda mungkin juga menyukai