Anda di halaman 1dari 13

Bab 5:

RESILIENSI DAN PERWATAKAN KANAK-KANAK

Setelah menyelesaikan bab ini, anda harus boleh:

5.1
5.2
5.3
5.4
5.5
5.6
5.7

Mentakrifkan maksud resiliensi


Mengenal pasti masalah yang dihadapi kanak-kanak
Membincangkan tiga sumber memperkukuhkan resiliensi
Menjelaskan peranan guru memperkukuhkan resiliensi kanakkanaki

Pengenalan
Apakah resiliensi?
Masalah-masalah yang dihadapi kanak-kanak
Tiga sumber memperkukuhkan resiliensi
Peranan orang dewasa
Kekuatan dalaman
Kebolehan kanak-kanak
Ringkasan
Istilah Penting
Rujukan

Bab ini menumpukan kepada membincang tentang resiliensi kanak-kanak menghadapi


pelbagai masalah dan kesusahan. Ramai orang dewasa tidak mewujudkan suasana yang
dapat memperkuatkan resiliensi kanak-kanak. Kanak-kanak merujuk kepada tiga sumber
yang memperkukuhkan resiliensi mereka menghadapi pelbagai cabaran. Orang dewasa
memainkan peranan penting dalam memperkuatkan resiliensi kanak-kanak.

5.1

Pengenalan

`Ayah saya penagih dadah. Dia kata dia akan membunuh ibu saya dan
saya. Bapa saya jarang balik ke rumah dan saya tidak tahu di mana dia
berada.' (budak berumur 6 tahun)
`Saya terpaksa pergi ke hospital selalu kerana saya mempunyai banyak
penyakit. Saya tidak tahu kalau saya akan sembuh.' (budak perempuan
berumur 5 tahun)
`Saya telah menyaksikan ayah saya ditikam oleh seorang jiran yang
marah kepadanya.' (budak perempuan berumur 6 tahun)
`Saya ini pendek dan orang selalu mengejek saya di sekolah.' (budak
lelaki berumur 8 tahun)

Saban hari, kanak-kanak di seluruh dunia menghadapi situasi seperti yang diterangkan di
atas. Ada yang mengalami tekanan seperti perceraian, peperangan, kemiskinan, wabak
peyakit, kebuluran, banjir dan lain-lain. Samada pengalaman sedemikian menghancurkan
atau memperkukuhkan seorang kanak-kanak bergantung resiliensi kanak-kanak
berkenaan. [Dalam bab ini kita akan mengguanakan istilah RESILIENSI].

5.2

Apakah Resiliensi?

Definisi
Resiliensi berasal daripada perkataan Bahasa
Inggeris resiliency. Konsep resiliensi adalah suatu
yang agak baharu bagi menerangkan kelakuan orang.
Contohnya, dalam Bahasa Sepanyol tidak
mempunyai perkataan bagi menerangkan resiliensi.
Sebaliknya, menggunakan frasa, la defensa ante la
adversidad yang bermakna pertahanan daripada
kesusahan. Berikut ini ialah beberapa definisi:

Resiliensi adalah kemampuan individu untuk dapat beradaptasi dengan baik


meskipun dihadapkan dengan keadaan yang sulit (Jackson, 2002).

Resiliensi adalah kemampuan untuk mengatasi tekanan yang dihadapai tanpa


menjejaskan kehidupan seseorang individu. (Siebert, 2005).

Resiliensi merupakan keupayaan manusia menghadapi, mengatasi dan diperkuatkan


oleh kesusahan kehidupan. Semua orang menghadapi kesusahan; tiada yang
terkecuali (Grotberg, 1999).

Fungsi Resiliensi
Semua manusia mempunyai resiliensi untuk menghadapai kesulitan yang dihadapi dan cara
kita mengatasai kesulitan berkenaan mungkin berbeza. Kanak-kanak menggunakan resiliensi
untuk hal-hal berikut: (Reivich & Shatte, 2002)

Mengatasai ( Overcoming)
Kanak-kanak yang resilien menggunakan sumber dari dalam dirinya sendiri
untuk mengatasi masalah, konflik atau tekanan yang dihadapi supaya tidak
menjejaskan kehidupan mereka.

Memandu (Steering through)


Kanak-kanak yang resilen berjaya memandu serta mengendalikan diri sendiri
dalam menghadapi masalah sepanjang perjalanan kehidupan seharian walau
pun dibebani dengan tekanan, konflik atau masalah.

Kembali ke Kehidupan Biasa (Bouncing Back)


Kanak-kanak yang RESILEN mampu kembali ke kehidupan biasa atau
normal lebih cepat daripada trauma yang dihadapi kerana keyakinan diri yang
kuat, iaitu dapat menyembuhkan diri dengan cepat.

. 5.3

Masalah-Masalah yang Dihadapi Kanak-Kanak

Dalam satu kajian yang dilakukan oleh International Resilience Project, kanak-kanak
diseluruh dunia ditanya Apakah kesushan yang anda hadapai; jawapan mereka adalah
berbagai dan disenaraikan mengikut kekerapan.
Masalah DALAM KELUARGA
1.
2.
3.
4.
5.

Kematian ibubapa atau datuk


nenek
Perceraian
Perpisahan
Ibubapa atau adik-beradik
mengalami penyakit
Kemiskinan
3

6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.

Perpindahan, keluarga atau kawankawan


Kemalangan yang mengakibatkan
kecederaan peribadi
Penderaan, termasuk penderaan
seksual
Ditinggalkan
Bunuh diri
Pernikahan semula
Hidup melata
Kesihatan yang buruk dan
kemasukan ke hospital
Kebakaran yang menyebabkan kecederaan peribadi
Penghantaran keluarga pulang secara paksaan
Ahli keluarga yang hilang upaya

14.
15.
16.
17. Ibu bapa kehilangan pekerjaan atau sumber pendapatan
18. Pembunuhan ahli keluarga

Masalah Di LUAR KELUARGA


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.

Rompakan
Peperangan
Kebakaran
Gempa bumi
Banjir
Kemalangan
Keadaan ekonomi yang buruk
Tidak sah, status pelarian
Status migran
Kerosakan harta benda akibat ribut, banjir, sejuk
Tahanan politik
Kebuluran
Penderaan oleh orang bukan saudara
Pembunuhan di kejiranan
Kerajaan yang tidak stabil
Kemarau

Dengan resiliensi, kanak-kanak dapat mengatasi trauma; tanpanya, trauma (kesusahan)


akan menguasai mereka. Krisis yang kanak-kanak menghadapi dalam keluarga dan dalam
komuniti boleh menenggelamkan mereka.Sementara pertolongan luar adalah penting
dalam masa kesulitan.

Bersama makanan dan tempat berteduh, kanak-kanak juga memerlukan kasih


sayang dan kepercayaan, harapan dan otonomi.
4

Bersama dengan tempat perlindungan yang selamat, kanak-kanak memerlukan


hubungan yang selamat yang dapat memupuk persahabatan dan komitment.
Kanak-kanak memerlukan sokongan kasih sayang dan keyakinan diri, kepercayaan
terhadap diri sendiri dan dunia mereka, semua itu akan membina resiliensi.

Bagaimana ibu bapa, penjaga dan guru dapat membantu kanak-kanak menghadapi
kesulitan mempertingkatkan resiliensi kanak-kanak berkenaan.

a) Apakah resiliensi?
b) Senaraikan masalah dan kesusahan yang dihadapi oleh kanak-kanak di merata
dunia.

5.4

Tiga Sumber Memperkukuhkan Resiliensi

Groteberg (1999) telah mencadangkan bahawa untuk mengatasi kesusahan atau masalah
yang dihadapi, kanak-kanak merujuk kepada TIGA sumber untuk memperkukuhkan
resiliensi atau ketahanan diri; iaitui:

SAYA MEMPUNYAI ................. [I have ........]


SAYA ADALAH ........................ [I am...........]
SAYA BOLEH ........................... [I can...........]

Saya mempunyai .......

Saya adalah .......

Saya boleh .......

SAYA MEMPUNYAI ....... (I HAVE......) Kanak-kanak yang RESILEN


mempunyai:

.... orang yang boleh dipercayai dan menyayangi saya


.... orang yang meletakkan batasan untuk saya agar saya tahu bila untuk berhenti
sebelum ada suatu bahaya atau masalah
.... orang yang menunjukkan saya bagaimana untuk membuat benda-benda
dengan betul dengan cara mereka membuatnya
.... orang yang mahukan saya belajar membuat benda-benda dengan sendiri
.... orang yang membantu saya bila saya sakit, dalam bahaya ataupun perlu belajar

SAYA ADALAH ...... (I Am......) Kanak-kanak yang RESILEN adalah:

..... seseorang yang dapat disukai dan disayangi


.... suka membuat sesuatu yang baik untuk orang lain
.... menghormati diri sendiri dan orang lain
.... sanggup bertanggungjawab ke atas apa yang saya buat
.... pasti semua akan selamat

SAYA BOLEH (I Can) Kanak-kanak yang RESILEN boleh:

.... bercakap dengan orang lain tentang benda-benda yang menakutkan atau
merisaukan saya
.... mencari jalan untuk menyelesaikan masalah saya
.... mengawal diri saya bila saya berasa ingin membuat sesuatu yang tidak betul
atau berbahaya
.... mengenal pasti bila masa yang baik untuk bercakap dengan seseorang atau
mengambil tindakan
.... mencari seseorang untuk membantu saya bila saya memerlukannya

Menurut Groteberg (1999), kanak-kanak tidak memerlukan ketiga-tiga ciri untuk menjadi
individu yang resilen; tetapi hanya satu tidak mencukupi.

Kanak-kanak yang mungkin disayangi (iaitu SAYA MEMPUNYAI....), tetapi


tidak mempunyai kekuatan dalaman (iaitu SAYA ADALAH....) atau kemahiran
interpersonal atau kemahiran sosical (SAYA BOLEH.....) tidak akan ada
RESILIENSI.

Kanak-kanak yang mungkin mempunyai harga diri yang tinggi (SAYA


ADALAH...), tetapi tidak tahu bagaimana untuk berkomunikasi dengan orang lain
atau menyelesaikan masalah (SAYA BOLEH....), dan tidak mempunyai orang
untuk membantu dia (SAYA MEMPUNYAI.... ), kanak-kanak itu juga tidak akan
ada RESILIENSI.

Kanak-kanak mungkin pandai bercakap (SAYA BOLEH....), tetapi kalau tidak


mempunyai empati (SAYA ADALAH....) atau tidak belajar daripada orang lain
yang menjadi teladan (SAYA MEMPUNYAI....), tidak akan ada resiliensi.

Kesimpulannya, Resiliensi terhasil daripada kombinasi ciri-ciri di atas.

Sumber-sumber resiliensi ini mungkin nampak jelas dan mudah untuk diperolehi; tetapi
sebenarnya tidak. Malah, ramai kanak-kanak tidak resilen dan ramai ibubapa dan penjaga
tidak membantu kanak-kanak menjadi lebih resilen.
Kajian oleh The International Resilency Project mendapati hanya 38% daripada beribu
kanak-kanak yang ditanya mengatakan usaha dilakukan oleh orang dewasa untuk
mempromosi resiliensi. Ini merupakan suatu peratusan yang sangat kecil memandangkan
begitu penting resiliensi dalam perkembangan sosio-emosi kanak-kanak. Sebaliknya,
terdpat bukti bahawa ramai orang dewasa menghalang perkembangan resiliensi kanakkanak dan ramai kanak-kanak berasa tidak berdaya dan sedih kerana tidak disayangi. Ini
adalah bukanlah disengajakan tetapi disebabkan orang dewasa tidak tahu bagaimana
mempertingkatkan atau mempromosi resiliensi kanak-kanak.

Bincangkan tiga sumber yang menyumbang kepada memperkukuhkan resiliensi


dalam kalangan kanak-kanak. Sejauh manakah anda bersetuju dengan model yang
dicadangkan oleh Grotegerg (1999).

5.5

Peranan Orang Dewasa Mempertingkatkan Resiliensi


Kanak-Kanak

Kanak-kanak perlu menjadi resilen untuk


mengatasi berbagai kesusahan yang mereka
sedang menghadapi dan akan hadapi.
Mereka memerlukan bantuan orang dewasa
yang tahu bagaimana untuk mempromosi
resiliensi untuk lebih resilen.
7

KASIH SAYANG
Kanak-kanak daripada semua peringkat umur
tidak hanya memerlukan kasih sayang tanpa
syarat daripada ibu bapa, penjaga, guru, adikberadik, kawan-kawan dan dewasa. Kasih
sayang dan sokongan daripada orang lain
kadang kala dapat melengkapkan kekurangan
kasih sayang daripada ibu bapa dan penjaga.

PERATURAN YANG RUTIN DAN JELAS


Ibu bapa atau penjaga yang menyediakan peraturan dan
rutin yang jelas, menjangkakan anak-anak mereka untuk
mematuhinya, dan boleh mengharapkan anak itu untuk
berbuat demikian. Peraturan dan rutin itu termasuk tugasan
yang anak itu dijangka untuk lakukan. Batasan dan akibat
kelakuan dinyatakan dengan jelas dan difahami.

Apabila peraturan dilanggar, anak itu dibantu untuk


memahami apa kesalahan yang mereka telah
lakukan, digalakkan untuk memberitahu apa yang
telah berlaku daripada sudut pandangan mereka, dihukum sekiranya perlu, dan
kemudian dimaafkan dan berdamai dengan orang dewasa itu.

Apabila anak itu mematuhi peraturan dan rutin, dia dipuji dan diucapkan terima
kasih. Ibubapa itu tidak mencederakan anak itu semasa menghukumnya, dan tidak
ada orang lain dibenarkan untuk mencederakan anak itu.

Orang Dewasa Menjadi Teladan yang Boleh


Dicontohi
Ibu bapa, orang dewasa lain, abang dan kakak, serta
rakan sebaya yang bertindak dengan cara yang
menunjukkan kanak-kanak itu kelakuan yang
diinginkan serta dapat diterima, dalam keluarga dan
di luar. Orang ini menunjukkan bagaimana untuk
melakukan perkara-perkara seperti berpakaian,
meminta maklumat, dan menggalakkan kanak-kanak
itu untuk mengajuk mereka. Mereka juga memodelkan moraliti dan mungkin
memperkenalkan kepada kanak-kanak itu kepada budaya dan agama mereka.

Berautonomi
Orang dewasa, khususnya ibubapa,
yang menggalakkan kanak-kanak
untuk
melakukan
benda-benda
sendiri dan meminta bantuan bila
perlu, membantu anak itu menjadi berautonomi. Mereka memuji anak itu apabila
mereka menunjukkan inisiatif dan autonomi, dan membantu anak itu, mungkin melalui
amalan atau perbualan, untuk melakukan perkara dengan berdikari. Orang dewasa
sedar tentang angin anak itu, serta angin mereka sendiri, dan dengan itu dapat
menentukan kelajuan dan tahap dalam mana mereka menggalakkan autonomi pada
anak itu.

Akses kepada Perkhidmatan Kesihatan, Pendidikan, Kebajikan, dan


Keselamatan
Anak itu, samada secara berdikari ataupun melalui keluarganya, dapat mengharapkan
perkhidmatan yang boleh dipercayai untuk memenuhi keperluannya yang keluarganya
tidak dapat penuhi hospital dan doktor, sekolah dan guru, perkhidmatan sosial, dan
perlindungan polis dan bomba, ataupun perkhidmatan lain yang setara dengan yang
tersebut.

Jelaskan bagaimana orang dewasa seperti ibu bapa, penjaga, guru dan lain-lain
dapat menyediakan keadaaan dan suasana yang dapat memperkukuhkan
resiliensi dalam kalangan kanak-kanak.

5.6

Kekuatan Dalaman Kanak-Kanak Memperkuatkan


Resiliensi

PEKA TERHADAP ORANG LAIN - Kanak-kanak menyedari bahawa orang menyukai dan
menyayangi dia. Kanak-kanak itu melakukan perkara yang menyenangkan untuk orang
lain yang membuatkan mereka disenangi. Kanak-kanak itu peka terhadap angin orang
lain dan mengetahui apa yang dapat dijangkakan daripada mereka. Kanak-kanak itu
dapat mengimbangi antara keriangan dan berdiam semasa merespon kepada orang lain.
EMPATI - Kanak-kanak menyayangi orang lain
dan meluahkan kasih saying itu dengan
berbagai cara. Dia ambil berat tentang apa
yang berlaku kepada orang lain dan meluahkan

rasa prihatin itu melalui tindakan dan kata-kata. Kanak-kanak itu merasai
ketidakselesaan dan penderitaan orang lain dan ingin berbuat sesuatu untuk
menghentikannya atau berkongsi penderitaan itu ataupun memberikan keselesaan.
BERBANGGA DENGAN DIRI SENDIRI - Kanak-kanak mengetahui bahawa dia adalah
seorang yang penting dan berasa bangga dengan siapa dirinya dan apa yang dia boleh
lakukan dan capai. Kanak-kanak itu tidak membiarkan orang lain memperkecilkan atau
merendahkan dirinya. Apabila kanak-kanak itu mempunyai masalah dalam hidup,
keyakinan dan harga diri membantu dia bertahan.
TANGGUNGJAWAB - Kanak-kanak boleh melakukan berbagai perkara dengan sendiri
dan menerima akibat daripada kelakuannya. Terdapat perasaan bahawa apa yang dia
lakukan membawa perubahan kepada perkembangan perkara lain dan kanak-kanak itu
menerima tanggungjawab itu. Kanak-kanak itu memahami had kawalannya terhadap
peristiwa-peristiwa dan dapat mengenali apabila orang lain yang bertanggungjawab.
PENUH DENGAN HARAPAN DAN KEPERCAYAAN - Kanak-kanak percaya bahawa ada
harapan baginya dan bahawa ada orang dan institusi yang boleh dipercayai. Kanakkanak itu mempunyai rasa apa yang salah dan apa yang betul, percaya bahawa yang
benar akan menang, dan ingin menyumbang kepada itu. Kanak-kanak itu yakin dan
percaya kepada moraliti dan kebaikan, dan mungkin meluahkan ini sebagai suatu
kepercayaan kepada Tuhan atau makhluk rohaniah yang lebih tinggi.

Terangkan kekuatan dalaman yang perlu dimiliki oleh kanak-kanak untuk


memperingkatkan resiliensi mereka dalam menghadapi pelbagai masalah dan
kesushan seperti penceraian, kematian dan sebagainya.

5.7

Kebolehan yang Memperkuatkan Resiliensi Kanak-Kanak

Berkomunikasi - Kanak-kanak itu dapat meluahkan


pemikirannya dan perasaannya kepada orang lain. Dia
dapat mendengar apa yang orang lain katakan dan sedar
apa yang mereka sedang rasakan. Kanak-kanak itu dapat
berdamai dengan perbezaan dan dapat memahami serta
bertindak terhadap keputusan komunikasi tersebut.

10

Menyelesaikan Masalah - Kanak-kanak itu dapat


menilai keadaan dan skop sesuatu masalah, apa yang dia
patut lakukan untuk menyelesaikannya, dan bantuan yang
diperlukan daripada orang lain. Kanak-kanak itu dapat
merundingkan penyelesaian dengan orang lain dan
mungkin menemui penyelesaian yang kreatif ataupun
kelakar. Dia mempunyai ketekunan untuk menghadapi
masalah tersebut sehingga ia akhirnya dapat diselesaikan.

Mengurus Perasaan dan Gerak Hati - Kanak-kanak dapat mengenali perasaannya


sendiri, memberikan emosi-emosi itu nama, dan meluahkannya dalam perkataan serta
kelakuan yang tidak melanggar perasaan dan hak orang lain mahu pun dirinya. Kanakkanak itu juga dapat menguruskan gerak hatinya untuk tidak memukul, merosakkan
harta benda, atau kelakuan sesuatu yang dapat mencederakan.
Mengenali Pembawaan Dirinya dan Orang Lain - Kanak-kanak dapat mendalami
pembawaan dirinya (bagaimana aktif, impulsif, dan mengambil risiko atau pendiam,
reflektif, dan berhati-hati dirinya itu) dan, juga, mendalami pembawaan orang lain. Ini
membantu kanak-kanak itu mengetahui bagaimana cepat untuk bertindak, banyak
mana masa untuk berkomunikasi, dan banyak mana dia dapat capai dalam berbagai
situasi.
Mencari Hubungan yang Saling Mempercayai - Kanak-kanak boleh mencari
seseorang ibu, bapa, guru, orang dewasa yang lain, atau rakan sebaya untuk
meminta bantuan, untuk berkongsi perasaan dan kebimbangan, untuk mencari jalan
menyelesaikan masalah peribadi dan interpersonal, ataupun untuk membincangkan
konflik dalam keluarga.

Jelaskan kebolehan yang perlu dimiliki kanak-kanak untuk memperkukuhkan


resiliensi mereka menghadapai pelbagai masalah dan kesusahan.

11

PERKATAAN PENTING

Resiliensi
Mengatasi
Memandu
Teladan
Rutin

Kasih saying
Otonomi
Empati
Berbangga dengan diri sendiri
Pembawaan

RINGKASAN

Resiliensi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris resiliency.

Resiliensi adalah kemampuan individu untuk dapat beradaptasi dengan


baik meskipun dihadapkan dengan keadaan yang sulit

Kanak-kanak yang resilien menggunakan sumber dari dalam dirinya


sendiri untuk mengatasi masalah, konflik atau tekanan yang dihadapi
supaya tidak menjejaskan kehidupan mereka.

Dengan resiliensi, kanak-kanak dapat mengatasi trauma; tanpanya,


trauma (kesusahan) akan menguasai mereka.

Groteberg (1999) telah mencadangkan bahawa untuk mengatasi


kesusahan atau masalah yang dihadapi, kanak-kanak merujuk kepada
TIGA sumber untuk memperkukuhkan resiliensi atau ketahanan diri
Saya mempunyai, Saya adalah dan Saya boleh.

Kajian oleh The International Resilency Project mendapati hanya 38%


daripada beribu kanak-kanak yang ditanya mengatakan usaha
dilakukan oleh orang dewasa untuk mempromosi resiliensi.

Kanak-kanak itu dapat meluahkan pemikirannya dan perasaannya


kepada orang lain.

Kanak-kanak daripada semua peringkat umur tidak hanya memerlukan


kasih sayang tanpa syarat daripada ibu bapa, penjaga, guru, adikberadik, kawan-kawan dan dewasa.

Kanak-kanak dapat mengenali perasaannya sendiri, memberikan


emosi-emosi itu nama, dan meluahkannya dalam perkataan serta
kelakuan yang tidak melanggar perasaan dan hak orang lain mahu pun
dirinya.
12

RUJUKAN

Grothberg, E. (1995). A Guide to Promoting Resilience in Children:


Strengthening the Human Spirit. The Series Early Childhood Development :
Practice and Reflections. Number8. The Hague : Benard van Leer
Voundation.
Grothberg, E. (1999). Tapping Your Inner Strength, Oakland, CA : New
Harbinger Publication, Inc.

13