Anda di halaman 1dari 4

PERANAN PIHAK SEKOLAH

- Melalui aktiviti kokurikulum


- Contohnya penubuhan kelab
permainan tradisional
- Menganjurkan pertandingan
tradisional
- dapat meningkatkan kesihatan tubuh badan
- dapat menarik minat pelajar

PERANAN MEDIA MASSA


- menghebahkan permainan tradisional melalui surat khabar, televisyen, majalah,
radio dan internet.
- Menganjurkan pertandingan melalui program jom heboh atau mytv3.
- Contohnya layang-layang tercantik, teng-teng, congkak dan sebagainya

PERANAN INDIVIDU
- Setiap individu mestilah mempelajari permainan tradisional
- Setiap individu juga mestilah mengambil bahagian di dalam pertandingan
- Contohnya pihak sekolah mengadakan pertandingan congkak, dam , batu
seremban, gasing, layang-layang dan sebagainya.

PERANAN PIHAK KERAJAAN


- Mengadakan pesta permainan tradisional
- Contohnya Festival Layang-Layang di Pasir Gudang, Johor.
- Setiap negeri mestilah mengambil bahagian di dalam pertandingan tersebut

PERANAN MASYARAKAT
- memberikan sokongan dengan menubuhkan kelab permainan tradisional di
tempat tinggal.
- Menganjurkan pertandingan di peringkat kampung atau kawasan perumahan
- Contohnya permainan gasing dan layang-layang

PERANAN IBU BAPA


- ibu bapa memperkenalkan permainan tradisional sejak kecil lagi
- ibu bapa perlu meluangkan masa bersama-masa anak-anak untuk bermain
permainan ini.
- Contohnya bermain congkak pada masa lapang

KARANGAN LENGKAP

Pada hari ini, permainan tradisional mula dilupakan. Antara permainan tradisional
tersebut ialah permainan gasing, layang-layang, congkak dan sebagainya. Hal ini
disebabkan oleh banyaknya permainan video dan permainan komputer di pasaran.
Sebagai contoh play station, game boy dan permainan internet. Oleh itu, usahausaha perlu diambil untuk mempopularkan permainan ini.

Salah satu usaha bagi mempopularkan permainan tradisional adalah melalui pihak
sekolah. Pihak sekolah perlu mengadakan kegiatan kokurikulum yang berkaitan
dengan permainan tradisional. Pihak sekolah perlu menubuhkan Kelab Permainan
Tradisional. Usaha ini bertujuan untuk memperkenalkan permainan tradisional
kepada pelajar-pelajar. Antara aktiviti yang boleh dijalankan ialah pertandingan
congkak, sepak raga, gasing dan sebagainya. Aktiviti ini boleh memberikan tubuh

badan yang sihat. Jelaslah bahawa usaha ini dapat mempopularkan permainan
tradisional.

Peranan ibu bapa juga penting untuk mempopularkan permainan tradisional kepada
anak-anak . Ibu bapa perlu memperkenalkan permainan tradisional kepada anakanak sejak kecil lagi. Ibu bapa perlu meluangkan masa bersama dengan anak-anak
dengan bermain permainan tradisional seperti bermain congkak. Ibu bapa juga
boleh membelikan permainan tradisional seperti gasing, congkak dan layanglayang. Jelaslah bahawa peranan ibu bapa penting dalam mempopularkan
permainan tradisional kepada anak-anak.

Usaha seterusnya ialah peranan masyarakat. Masyarakat boleh memberikan


sokongan dengan menubuhkan persatuan atau kelab permainan tradisional di
tempat tinggal mereka. Mereka boleh bermain pada masa lapang. Mereka juga
boleh mengadakan pertandingan di peringkat kampung atau antara kampung.
Sebagai contoh permainan gasing, layang-layang dan sepak raga. Pertandingan ini
dapat memperkenalkan dan menonjolkan bakat seseorang dalam permainan
tradisional. Oleh itu, peranan masyarakat amat penting dalam usaha
mempopularkan permainan tradisional.

Individu juga berperanan dalam usaha mempopularkan permainan tradisional.


Mereka hendaklah menanamkan sikap suka dan ingin tahu tentang permainan
tradisional. Dengan mempelajari dan mengambil bahagian dalam pertandingan
permainan tradisional setiap individu dapat mengurangkan diri mereka daripada
terlibat dengan permainan moden seperti permainan elektronik. Penyertaan pelajar
dalam pertandingan yang diadakan oleh pihak sekolah dan masyarakat dapat
membantu pelajar mencintai dan meminati permainan tradisional. Oleh yang
demikian, peranan individu amat penting dalam mempopularkan permainan
tradisional.

Pihak media massa perlu menghebahkan kelebihan permainan tradisional kepada


masyarakat. Hebahan boleh dilakukan melalui surat khabar, televisyen, majalah
dan internet. Contohnya, TV3 melalui program Jom Heboh boleh mengadakan
pertandingan permainan tradisional seperti permainan gasing, congkak dan

sebagainya. Sesungguhnya, media massa mampu memperkenalkan permainan


tradisioanl kepada masyarakat khususnya generasi muda.

Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan. Pihak kerajaan hendaklah


mengadakan pesta permainan tradisional pada setiap tahun. Setiap negeri mestilah
mengambil bahagian untuk memeriahkan pesta tersebut. Contohnya, Festival
Layang-layang di Pasir Gudang, Johor bukan sahaja disertai oleh rakyat tempatan
malahan masyarakat antarabangsa. Tegasnya, pihak kerajaan haruslah memainkan
peranan dan memastikan permainan tradisional diminati oleh rakyat.

Kesimpulannya, terdapat banyak usaha untuk mempopularkan permainan


tradisional. Ringkasnya, semua pihak memainkan peranan penting dalam
mempopularkan permainan tradisional. Hal ini demikian agar permainan ini tak
lapuk dek hujan tak lekang dek panas.