Anda di halaman 1dari 1

PENGENALAN

Bidang mengajar merupakan bidang yang amat mulia. Dalam proses mengajar,
guru menanamkan sesuatu pengajaran ke dalam pemikiran kanak-kanak dan biasanya
pengajaran ini ialah sesuatu yang sukar dilupakan oleh mereka. Oleh itu, guru sukar
dipisahkan dengan benda yang berkaitan dengan pengajaran. Menurut Lydia Harlina
Martono, Satya Joewana ( 2006 ), pengajaran merupakan salah satu aspek pendidikan,
iaitu aspek pengetahuan ( kognitif ). Pengajaran memberikan keterampilan dan
pengetahuan, sedangkan pendidikan membimbing anak ke arah kehidupan yang baik dan
benar. Selain itu, menurut Susan B. Bastable pengajaran merupakan intervensi yang
disengaja untuk mencakup perencanaan, penerapan aktivitas dan pengalaman
instruksional untuk memenuhi hasil yang ditujukan bagi peserta didik seperti rencana
pengajaran. Manakala menurut Sulaiman Basri, Mashudi Bahari, Juliliyana Mohd Junid
( 2007 ), pengajaran merupakan proses kompleks yang dipengaruhi oleh berbagai unsur
termasuk kualitas pengajaran, kecerdasan, bakat dan minat siswa serta pengaruh
motivasi, lingkungan sekolah, rumah dan dorongan orang tua terhadap siswa.
Pembelajaran adalah proses interaksi peserta didik dengan pendidik dan sumber belajar
pada suatu lingkungan belajar. Pembelajaran merupakan bantuan yang diberikan pendidik
agar dapat terjadi proses pemerolehan ilmu dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan
tabiat, serta pembentukan sikap dan kepercayaan pada peserta didik. Dengan kata lain,
pembelajaran adalah proses untuk membantu peserta didik agar dapat belajar dengan
baik. Oleh yang demikian, guru perlu mempergunakan model pembelajaran yang
dihasilkan oleh pakar-pakar pendidikan dengan sebaik-baiknya.
Secara kesimpulannya, tidak dapat dinafikan bahawa tanggungjawab seorang
guru semakin hari semakin mencabar disebabkan oleh perubahan masa dan suasana. Guru
hari ini perlu bijak dalam melaksanakan tugas mereka, pelbagai kaedah dan teknik
pengajaran perlu digunakan bagi merealisasikan pencapaian cemerlang dalam kalangan
pelajar mereka.

Anda mungkin juga menyukai