Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2013

HBEF3503
PENDIDIKAN INKLUSIF

NO. MATRIKULASI

750606145806001

NO. KAD PENGENALAN

750606145806

NO. TELEFON

012-6516608

E-MEL

atie6675@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PUSAT PEMBELAJARAN
NEGERI SEMBILAN

Isi Kandungan

HBEF3503 2
_____________________________________________________________________________
Bil

Perkara

Muka Surat

1.0

Pengenalan

2.0

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

3.0

Maklumat Murid yang mengalami Masalah Pembelajaran

4.0

3.1

Biodata

3.2

Ciri-ciri Murid

Mengenalpasti Program Pendidikan Inklusif yang sesuai

Bagi murid Bermasalah Pembelajaran


5.0

Pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif

6.0

Laporan Program Pendidikan Inklusif

10

7.0

Kesimpulan

11

RUJUKAN
LAMPIRAN

1.0

Pendahuluan
2

HBEF3503 3
_____________________________________________________________________________
Program Pendidikan Inklusif yang diadakan untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini dimulakan
pada tahun 1987 dibawah Kementerian Pendidikan. Ia digubal selaras dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Peluang pendidikan untuk murid-murid berkeperluan khas belajar di dalam kelas

biasa bersama-sama murid-murid normal di aliran perdana dengan mengikuti kurikulum


biasa, mendapat bimbingan sama rata oleh guru mata pelajaran dengan dibantu oleh guru
pendidikan khas (guru pembimbing).
Pendidikan Inklusif terdiri daripada 2 jenis iaitu Pendidikan Inklusif Penuh dan
Pendidikan Inklusif Separa. Pendidikan Inklusif Penuh ialah murid berkeperluan khas
yang mengikuti pembelajaran sepenuhnya dalam kelas aliran perdana dengan bantuan
guru pendidikan khas sebagai guru pembimbing. Pendidikan Inklusif Separa pula ialah
murid berkeperluan khas mengikuti sebahagian pembelajaran dalam mata pelajaran atau
aktiviti tertentu dalam kelas aliran perdana dengan bantuan guru pendidikan khas sebagai
guru pembimbing.
Terdapat lima model Pendidikan Inklusif yang boleh dipraktikkan oleh pihak pengurusan
sekolah iaitu :1. Model A-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan pengubahsuaian
kurikulum dan strategi pengajaran dan pembelajaran.
2. Model B-Penempatan sepenuh masa dalam kelas biasa dengan mendapat khidmat
nasihat/bimbingan Guru Pendidikan Khas
3. Model C-Penempatan dalam kelas biasa dan dalam kelas khas/Bilik Resos/Pusat
Sumber Pendidikan Khas.
4. Model D- Penempatan di sekolah khas (Base School) dan kelas Satellite di sekolah
biasa.(Octopus Model)
5. Model E -Penempatan sepenuh masa di Sekolah Pendidikan Khas.
6. Model F-Penempatan sepenuh masa di rumah kediaman.

2.0

Kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran

HBEF3503 4
_____________________________________________________________________________
Samuel Kirk (1963) mendefinasikan masalah pembelajaran sebagai kelewatan
perkembangan dalam satu atau lebih daripada pertuturan, pembacaan, penulisan,
pengiraan atau mata pelajaran sekolah. Pencapaian kemahiran membaca , menulis,
mengira adalah tahap di bawah purata kebangsaan. Masalah pembelajaran tidak dikaitkan
dengan kurang upaya seperti

kerencatan mental, bermasalah ppenglihatan atau

pendenganaran.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1995) mentakrif masalah pembelajaran sebagai
pelajar yang dikenal pasti dan disahkan oleh pakar professional sebagai mengalami
kekurangan yang menggangu proses pengajaran dan pembelajaran, mempunyai
keupayaan mental yang rendah dan pengubahsuaian tingkah laku yang rendah. Masalah
yang dialami terdiri daripada kebolehan kognitif, tingkah laku sosial, penguasaan bahasa
lisan dan pertuturan , penguasaan membaca dan kemahiran matematik.
Fokus kajian kes ini tertumpu kepada mengkaji masalah pembelajaran yang dialami oleh
seorang murid Tahun Satu SK Kampong Parit iaitu Syakila binti Rosli (7 tahun).
Responden yang terlibat ini menghadapi masalah pembelajaran (lembam dan hipoaktif),
tidak dapat mengeja dan membunyikan suku kata terbuka (kv), sukar mengeja dan
membaca perkataan yang mengandungi suku kata terbuka (kv + kv) ataupun (kv + kv +
kv ). Murid ini tidak dapat menguasai kemahiran asas seperti mengenal huruf dan kurang
berinteraksi dengan rakan sekelas ataupun apabila disoal oleh guru. Selain itu, respondan
ini juga menghadapi masalah pembelajaran dari segi pertuturan dan mengenal huruf.
Di samping itu, respondan juga menghadapi masalah kedatangan kelas. Ini
berpunca kegagalan ibu bapa mereka memastikan anak mereka mendapat pelajaran yang
formal. Hasil daripada temu ramah yang telah diadakan kepada respondan berkenaan
didapati murid ini telah membantu ibu bapa mereka memunggut kayu di hutan dan
menjaga kebun mereka. Kegagalan respondan hadir ke sekolah menyebabkan murid ini
gagal menguasai kemahiran membaca terutama dalam membunyikan suku kata terbuka
(kv).
Pelbagai usaha telah dijalankan untuk memujuk ibu bapa respondan untuk
menghantar anak mereka ke sekolah pada setiap hari namun usaha pengkaji masih gagal
mendapat respon yang baik. Tambahan pula ini terdiri daripada keluarga yang
4

HBEF3503 5
_____________________________________________________________________________
mengabaikan tanggungjawab dan kasih sayang kepada ahli keluarga ini.

Ibu bapa

sentiasa sibuk mencari rezeki tanpa menghiraukan perkembangan dan kemajuan


pelajaran anak-anak mereka.
3.0

Maklumat Murid yang mengalami Masalah Pembelajaran

3.1. Biodata
Nama

Syakila binti Rosli

Umur

7 tahun

No Sijil Lahir :

BR45320

Nama Bapa

Rosli bin Awaludin

Nama Ibu

Rosnah binti Md Zain

Anak ke

4 daripada 7 adik beradik

Kategori
Keperluan Khas :

Masalah Pembelajaran (Lembam) dan Hipoaktif

3.2

Ciri-ciri Murid:

3.2.1

Fizikal

Dari segi fizikal, respondan ini lebih rendah daripada murid yang lain. Dari segi wajah,
respondan tiada beza dengan murid arus perdana yang lain. Respondan ini didapati tidak
dapat bertutur dengan sebutan yang betul (pelat). Keadaan fizikal tersebut menyebabkan
murid tersebut sering dipersenda rakan. Oleh sebab itu, respondan berasa malu dan
kurang keyakinan diri.
Kekurangan makanan berkhasiat semasa berada di rumah menyebabkan respondan
berada dalam keadaan kurang cergas dan bersedia untuk belajar. Keletihan kerana sering
membantu ibu bapa di dusun memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan dan
penerimaan pelajaran.

3.2.2. Intelek

HBEF3503 6
_____________________________________________________________________________
Berdasarkan ujian kecerdasan yang dijalankan bagi menentukan tahap kecerdasan
respondan berkenaan didapati respondan ini mempunyai kecerdasan yang lebih rendah
daripada umurnya (7 tahun). Hasil dapatan ujian mendapati kecerdasan intelek (IQ)
respondan setaraf dengan kanak-kanak yang berumur 5 tahun.
3.2.3. Emosi
Respondan ini didapati tidak ceria semasa berada di dalam kelas. Sering termenung dan
melakukan sesuatu aktiviti dengan lambat. Kurang keyakinan diri menyebabkan murid
kurang aktif dan kurang minat untuk menyertai aktiviti pembelajaran di dalam kelas.
3.2.4. Sosial
Respondan bersikap pendiam dan kurang berkomunikasi. Tidak gemar bergaul dengan
murid arus perdana. Sering diejek oleh murid arus perdana. Tidak memahami arahan guru
dan tidak dapat menjawab soalan guru.

4.0

Mengenalpasti Program Pendidikan Inklusif yang sesuai bagi murid Bermasalah


Pembelajaran
Program ini dilaksanakan kepada pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran dalam
mata pelajaran tertentu yang sama dengan pelajar normal di sekolah ini. Program ini
6

HBEF3503 7
_____________________________________________________________________________
berbentuk sepenuh masa berdasarkan Model A. Sejak tahun 2011, seramai 6 orang pelajar
berkeperluan khas telah diinklusifkan di kelas aliran perdana sejak 2011. Pada tahun 2013
ini, seramai seorang murid Tahun 1 dan seorang lagi murid Tahun 2 telah menjani
program pendidikan inklusif ini.
4.1

Objektif

1. Memberi peluang kepada murid berkepeluan khas menerima pengajaran dan


pembelajaran dan menyertai semua aktiviti bersama dengan murid aliran perdana.
2. Pelajar khas dapat belajar dengan lebih berkesan dalam kelas biasa daripada mereka
berada dalam situasi yang terpisah.
3. Menggalakkan perhubungan sosial yang positif di antara murid bermasalah
pembelajaran dengan murid di arus perdana.
4. Melawan sikap diskriminasi pelajar normal terhadap pelajar berkeperluan khas .
5. Menambah keyakinan diri pelajar berkeperluan khas untuk menghadapi masyarakat.
6. Pendidikan Inklusif menyediakan peluang yang lebih kepada pelajar berkeperluan khas
untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

4.2

Strategi Pelaksanaan

Program pendidikan inklusif ini dijalankan selama 2 bulan bermula bulan Mei Julai.
Dalam proses melaksanakan beberapa langkah telah dilaksanakan iaitu sebelum , semasa
dan selepas program berlangsung.
7

HBEF3503 8
_____________________________________________________________________________
4.2.1

Sebelum Program

Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif yang terdiri dari Guru Besar
sebagai Pengerusi, GPK Kurikulum sebagai Naib Pengerusi, Guru Pemulihan Khas
sebagai Setiausaha dan dibantu oleh beberapa AJK yang mewakili mata pelajaran yang
terlibat dalam program tersebut.
Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan
murid berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian, ujian kecerdasan serta ujian
diagnostik yang dijalankan oleh guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.
Seterusnya, jawatankuasa akan mengumpul ,menganalisis data dan maklumat muridmurid bermasalah pembelajaran yang akan mengikuti Program Inklusif. Satu mesyuarat
khas diadakan untuk perbincangan dan taklimat program.
Selepas itu, jawatankuasa akan mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga
untuk menerangkan tujuan dan kepentingan program inklusif ini terhadap anak-anak
mereka. Ibu bapa yang bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti
membenarkan anak mereka mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
Langkah seterusnya, guru berkenaan akan membuat perjumpaan dengan semua murid
yang berkenaan. Penolong kanan Kurikulum memaklumkan pada semua murid aliran
perdana yang terlibat. Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan tidak
fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai
Program Inklusif yang akan dijalankan.

Jadual kelas yang sama dengan aliran perdana akan disediakan. Tiada perubahan atau
penyesuaian fizikal atau bahan bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.
Murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan supaya dapat berinteraksi
dengan guru dan sebaliknya.

HBEF3503 9
_____________________________________________________________________________
Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan dan meninjau
sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
4.2.2

Semasa Program

Semasa program dijalankan guru membuat pemerhatian dari semasa ke semasa. Guru
pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang terlibat
serta mengambil tindakan susulan.
Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid
lain. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar dan sukatan yang sama dengan
murid lain tetapi diubahsuai mengikut modul pengajaran literasi dan numerasi (LINUS).
Mata pelajaran yang terlibat dengan program inklusif ini ialah Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Pengetahuan Agama Islam, Matematik dan Sains.
4.2.3

Selepas Program

Selepas program, guru pendamping menilai kemajuan murid dan mencatatkan


pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi Murid.
Penilaian keberkesanan program sentiasa dijalankan secara berperingkat-peringkat.
Selain itu, guru pendamping telah memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada
murid. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan murid kepada ibu bapa atau
penjaga.

5.0

Laporan Program Pendidikan Inklusif

Berdasarkan kepada hasil dapatan kajian didapati respondan yang dikaji bukanlah merupakan seorang murid
yang tidak boleh dibantu. Murid ini hanya memerlukan sedikit perhatian daripada guru-guru dan rakan sebaya.
Situasi ini telah dapat membantu meningkatkan penguasaan kemahiran membaca dan tidak ketinggalan jauh
dengan murid arus perdana.

HBEF3503 10
_____________________________________________________________________________
Setelah dua bulan program dijalankan didapati murid ini telah mampu untuk membatang suku kata dan
mengeja perkataan yang ditunjukkan oleh guru. Masalah ketidakhadiran respondan ke sekolah juga dapat
diatasi hasil perbincangan dengan ibu bapa. Respondan ini juga telah menunjukkan kesungguhan dalam setiap
mata pelajaran. Keinginan ini harus disokong oleh semua pihak agar respondan ini dapat bersaing dengan
murid arus perdana yang lain.

Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan guruguru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa. Komunikasi dua hala sentiasa
berlaku di sekolah malah di luar sekolah.
Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif
kepada pembelajaran murid khas. Guru juga telah melaksanakan pelbagai teknik pengajaran dan
pembelajaran agar dapat menarik minat respondan untuk belajar dan lebih mudah memahami.

6.0

Kesimpulan

Melaksanakan pendidikan inklusif di Malaysia bukan satu tugas yang mudah. Ia cabaran amalanamalan pendidikan masa kini dan pentadbiran. Pendidikan untuk semua tanpa diskriminasi
adalah penting dalam membangunkan negara untuk melahirkan warganegara yang produktif dan
mampu untuk menyumbang kepada ekonomi negara yang berubah-ubah. Penambahbaikan
10

HBEF3503 11
_____________________________________________________________________________
sistem ini memerlukan perubahan sistematik dan sokongan padu daripada semua pihak yang
berkenaan.
Pada lazimnya sekolah-sekolah yang memulakan program inklusif akan jatuh dalam salah satu
dari tiga kategori iaitu program yang terus berkembang; program yang perkembangannya
terbantut; dan program yang beransur-ansur kembali ke pendidikan tradisional. Sehubungan itu,
strategi untuk menjadikan program inklusif berjaya perlu dilaksanakan dengan cara mengekalkan
kumpulan perancangan inklusif yang diberi tugas mengawas perjalanan program dan
mencadangkan perubahan yang perlu, memastikan guru yang mengajar program itu dibekalkan
dengan keperluan yang cukup, melibatkan guru ketika merancang kolaborasi, pembangunan
kakitangan dan penilaian program inklusif secara berterusan.
Untuk sekian lama, kanak-kanak kurang upaya telah dididik dalam kelas yang berasingan atau di
sekolah-sekolah yang berasingan. Orang ramai sudah biasa dengan idea bahawa pendidikan khas
bermakna pendidikan yang berasingan. Tetapi sekarang kita tahu bahawa apabila anak-anak
dididik bersama-sama, hasil akademik dan sosial yang positif berlaku untuk semua kanak-kanak
yang terlibat. Pendidikan inklusif berlaku apabila terdapat sokongan yang berterusan,
perancangan, sokongan dan komitmen.
Kejayaan perlaksanaan program ini di SK Kampong Parit adalah berdasarkan perancangan yang
telah diatur dan dibincangkan. Usaha yang berterusan perlu bagi memastikan program ini terus
dijalankan dengan teratur dan berjaya. Guru-guru haruslah peka dan sensitif dalam
mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran. Dalam Pendidikan kita mampu
membentuk pelajar ini menguasai ilmu pengetahuan seterusnya mempertingkatkan martabat
diri,agama dan masyarakat dan juga mampu untuk duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi
dengan masyarakat global di luar sana.

RUJUKAN
Abdul Mutalib Mohd Zain. (1994). Panduan Pelaksanaan Pendidikan Inklusif ke Arah
Pengisian Wawasan Pendidikan untuk semua. Bahagian Sekolah. Kuala Lumpur:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Ang Huat Bin. (1999). Konsep dan Kaedah Pengajaran dengan Penekanan Pendidikan Inklusif.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
11

HBEF3503 12
_____________________________________________________________________________
Hasnah Udin. (1988). Bimbingan Kanak-kanak Luar Biasa. Kuala Lumpur: DBP.
Jabatan Pendidikan Khas (1995). Perancangan Strategik: Pendidikan Khas 2020. Kuala
Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali & Ramlah Jantan. (2012). Edisi Kedua
HBEF2103 Psikologi pendidikan. Kuala Lumpur : Open University Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013 2025). Kuala Lumpur : Kementerian Pelajaran Malaysia
Mahani Razali, Ramlah Jantan & Shahabuddin Hashim (2003). Psikologi pendidikan. Kuala
Lumpur : PTS Professional Publishing
Ministry of Education (2008). The development of education. Perpared by The Ministry of
Education Malaysia for the International Conference on Education. Geneva,
Switzerland.
Yahya Don. (2005). Kepimpinan pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : PTS Professional
Zalizan M. Jelas dan Khatijah Rohani Mohd. Yunus. (1993). Laporan Kajian: Satu Tinjauan
Prevalen Keperluan Pendidikan Khas di Kalangan Kanak-kanak berumur 4-9 tahun.
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Adnan Che Nor (2013). Pendidikan Inklusif. Didapati pada 30 Julai 2013 dari
http://adnanchenoor.blogspot.com/2013/06/hbef-3503.html
Faridah S. Haq. (2000). From Divided Responsibility to Shared Responsibility: Inclusion in
Malaysia.
Didapati
pada
27
Mei
2013
dari
http://www.isec2000.org.uk/abstracts/papers_h/haq_1.htm
Lee Lay Wah. (2010). Towards greater inclusion. Didapati pada 27 Mei 2013 dari
http://thestar.com.my/education/story.asp?
file=/2010/4/4/education/5821040&sec=education
Teo Eng Seng (2009). Inclusive education in Malaysia. Didapati pada 27 Mei 2013 dari
http://www.teo-education.com/teo/?p=406

United Nations Educational, Scientic and Cultural Organization. (2009). Policy Guidelines on
Inclusion
in
Education.
Didapati
pada
27
Mei
2013
dari
http://unesdoc.unesco.org/images/0017/001778/177849e.pdf

12

Anda mungkin juga menyukai