Anda di halaman 1dari 1

Desiran ombak yang memukul pantai amat jelas sekali kedengaran. Tenang.

Itulah rasa yang kurasakan kini. Biarpun ketenangan ini hanya seketika untukku
lalui namun bagi ku itu semua sudah cukup puas bagiku. Pergillah derita.
Pergilah. Sesungguhnya itulah satu-satunya yang aku pinta buat masa ini. Pap!!!!
Kedengaran bunyi orang jatuh untuk seketika bunyi tangisan pula kedengaran.
Ternampak seorang kanak-kanak lelaki yang sedang meraung, lantas aku cuba
mendekati.
Papa. Papa kat mana? Icad takot.., tangis Irsyad.
Adik, adik tak pape?, buat seketika Irsyad diam. Dihulur tangannya ke arah
Amani.
Mama!!! Mama.. Icad rindu Mama. Mama pergi mana?., tangis Irsyad lagi.
Terdiam Amani seketika. Lama dia memerhati itu. Wajah yang
mengingatkan dia pada seseorang. Biarpun sudah empat lamanya perkara itu
berlalu. Ternyata masih segar diingatanny wajah itu. Jatuh air matanya melihat
kanak-kanak itu. Icad? Muhammad Irsyad anak mama ke ni?, jatuh air
matanya. Ya Allah, rindunya mama dengan Irsyad. Mama sayang anak mama.
Sayang sangat., didukung dan dipeluk cium wajah Irsyad dengan berlinangan
airmata jatuh ke bumi. Dia yakin bahawa itu memang anaknya. Biarpun telah
lama berpisah, naluri keibuannya cukup kuat mengatakan bahawa itu anaknya.
Saban saat, saban hari dia tidak pernah melupakan anaknya yang satu itu. Anak
hasil hubungan bersama suaminya.
Suami? Sudah lama dia tidak mendengarkan khabar berita suaminya.
Bukan tidak boleh untuk dia bersua muka dengan suaminya. Tetapi dia sendiri
memilih jalan tersebut. Jalan untuk berdiam diri dan menjauh daripada
suaminya. Ini semua kerana luka. Luka yang terlalu dalam ditoreh oleh suaminya
itu.
Amani, untuk seketika pandangannya kelam tiba-tiba.

Anda mungkin juga menyukai