Anda di halaman 1dari 6

SOROTAN PERKEMBANGAN KEPIMPINAN DISTRIBUTIF DARI AWAL SAMPAI

SEKARANG.

Kepimpinan adalah proses penentuan hala tuju dan keberkesanan, membangunkan


kualiti, pembangunan modal insan dan kejayaan organisasi dalam sesuatu organisasi
pendidikan (Ahmad & Nik Azida, 2010). Pemimpin yang berwibawa dapat
mempengaruhi subordinatnya dan menggerakkan organisasi untuk mencapai matlamat
yang ditetapkan. Kepimpinan perlu bersesuaian dengan keperluan, kehendak, situasi
dan pekerja dalam organisasi (Mareena, Norhasni, Ismi & Azizan, 2011). Oleh itu,
organisasi

memerlukan

kepimpinan

bersesuaian

dengan

sistem

pendidikan.

Kepimpinan telah melalui pelbagai proses evolusi dalam perkembangan teori


kepimpinan. Kepimpinan tradisional adalah berbentuk hierarki iaitu pemimpin berada
di tahap tertinggi dan diikuti dengan subordinatnya. Potensi dan ciri-ciri individu
merupakan elemen yang penting dalam teori awal kepimpinan (Seters & Field, 1990).
Teori kepimpinan mula berkembang dengan pesat dan tidak lagi mengikuti sistem
tradisional. Evolusi kepimpinan berlaku mengikut peredaran zaman dan keperluan
pada masa tersebut. Rajah dibawah merumuskan perkembangan kepimpinan merujuk
zaman, elemen dan jenis kepimpinan.

Sumber daripada :Siva Rabindarang, Khuan Wai Bing,


5th UPSI-UPI Conference on Education (2012)

BAGAIMANA KEPIMPINAN DISTRIBUTIF MEMBERI KESAN KEPADA KEPADA


ORGANISASI DI SEKOLAH

Kepentingan untuk mengekalkan kejayaan sesebuah sekolah tidak dapat dinafikan


terutamanya dalam menentukan pencapaian sekolah berdasarkan taraf sesebuah
sekolah menerusi Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) yang meletakkan
kedudukan dari Band 1 hingga 7. Pemimpin di sekolah perlu manyahut cabaran
meluaskan amalan kepimpinannya bagi memaksimakan penyertaan dan penglibatan
semua pihak. Hal ini bermaksud, semua faktor-faktor dari perspektif kepimpinan
perlu di bahagikan dengan meluas bagi membolehkan tindak susul dilakukan oleh
pelbagai pihak. Impak kepimpinan distributif dalam organisasi telah pun banyak
dibincangkan dalam pelbagai buku dan artikel (Jones & Harris, 2013). Banyak kajian
lampau telah mengenal pasti kepentingan kepimpinan distributif sebagai penyumbang
utama untuk perubahan positif dan penambahbaikan sekolah. Menurut Leithwood &
Mascall, 2008) wujudnya bukti hubungan yang positif antara kepimpinan distributif,
peningkatan organisasi dan pencapaian pelajar dalam sekolah. Sebagai contoh,
perbezaan antara sekolah berprestasi tinggi dan sekolah berprestasi rendah boleh
dikaitkan dengan tahap perbezaan pengagihan kepimpinan. Sekolah berprestasi tinggi
lebih bijak dan berusaha secara meluas untuk mengagihkan kepimpinan (Leithwood et
al., 2009). Ringkasnya, kepimpinan distributif adalah satu komponen yang penting
dan penyumbang kepada hasil organisasi yang lebih baik.
Menurut Sabariah Sharif (2011) , komitmen organisasi dapat dipertingkatkan
dengan penurunan kuasa oleh pengurusan sekolah dalam membuat sesuatu keputusan.
Elemen penurunan kuasa adalah bertepatan dengan cara atau kaedah kepimpinan yang
dilaksanakan oleh kepemimpinan pendidikan pada masa ini. Elemen ini adalah berkait
rapat dengan kepemimpinan distributif. Penurunan kuasa ini dapat dilaksanakan oleh
kepimpinan dalam pendidikan dengan memberikan maklumbalas positif kepada

pendidik, berkongsi dalam membuat keputusan dan pemberian sokongan (Sabariah


Sharif et al, 2011). Malah organisasi juga perlu meningkatkan suasana kerja yang
kondusif dan menjaga kebajikan para guru dalam peningkatan komitmen organisasi.
Seseorang pemimpin sekolah dalam sudut kepimpinan distributif, dapat menjalankan
tugas sebagai pemimpin instruksional peranan dalam dari perspektif sebagai
pemimpin pengajaran. Pengetua sering kekurangan masa untuk membuat perubahan.
Dalam dimensi kepimpinan distributif, pemimpin tidak perlu banyak mengurus tetapi
tugasnya lebih menjurus kepada memimpin. Pemimpin sekolah akan mempunyai
masa yang lebih banyak dalam mengendalikan kurikulum serta peningkatan
akademik, membuat pemantauan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran,
menyelesaikan masalah dalam kurikulum serta boleh menganalisis pencapaian pelajar
bersama-sama dengan subordinat serta membuat pelan tindakan bagi meningkatkan
prestasi

akademik.

Pemimpin

perlu

bijak

menggunakan

kemahiran

untuk

mempengaruhi pemimpin bawahan dan subordinat bagi memimpin sekolah. Melalui


kepimpinan distributif, pengurus boleh berubah dari tahap yang statik kepada
perubahan mengamalkan perkongsian pengagihan tugas kepada subordinat.
Pemimpin boleh mengagih-agihkan tugas-tugas kurikulum kepada guru
penolong kanan kurikulum pentadbiran dari aspek pengkongsian tugas. GPK
kurikulum membuat perancangan kurikum bersama ketua bidang, ketua panitia dan
jawatan kuasa bagi peningkatan kurikulum dalam bilik darjah. GPK kurikulum perlu
memikirkan pelaksanaan, strategi pengukuhan atau sokongan kepada pengurusan
kurikulum. Manakala pihak pemimpin sekolah memikirkan tentang strategi utama
dalam kurikulum, perbelanjaan, serta perancangan peringkat tertinggi seperti dalam
jawatan kuasa exco sekolah. Begitu juga dalam pengurusan hal ehwal murid dan
kokurikulum. Pengetua dilihat sebagai pemantau juga boleh menyumbangkan idea

dalam merencanakan pembangunan di sekolah. Perkongsian yang berbentuk sepakat


ini boleh dilaksanakan oleh pemimpin sekolah dengan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru. Sebagai contoh dalam memantapkan pencapaian akademik, ibubapa boleh
diberi amanah menguruskan kelas tambahan dengan menggunakan tenaga dan
kemahiran ibu bapa menjalankan kelas bimbingan, tuisyen atau motivasi Peringkat
komuniti setempat seperti Lembaga Pengurusan Sekolah boleh diperkasa dengan
pengkongsian tanggungjawab seperti mencari dana untuk menampung perbelanjaan
menjalankan program sekolah seperti motivasi, kem cuti sekolah, kelas tiusyen
berbayar dan pelbagai program tambahan. Dalam era globalisasi sentiasa berubah ,
seseorang pemimpin atau pengetua mempunyai beban tugasan yang banyak, perlu
mewujudkan konsep kepimpinan yang berubah mengikut konsep kepimpinan
berkesan seperti kepimpinan distributif. Dengan mengaplikasikan kepimpinan ini di
sekolah, pemimpin dapat memberikan kebebasan kepada pemimpin dibawahnya dan
subordinat untuk membuat perubahan namun pemantauan itu perlu dititikberatkan
untuk memastikan kepimpinan ini berfungsi sewajarnya. Pemimpin pada masa ini
tidak boleh memimpin secara monopoli yang memegang semua tonggak kuasa.
Seseorang pemimpin yang berketerampilan perlu mengagihkan sedikit sebanyak tugas
dan kuasa. Sebagai contoh Guru Kanan Kokurikulum dibenarkan menjalankan
pentadbiran yang berkaitan dengan kokurikulum dengan membuat perancangan
tahunan, membuat kertas kerja, mengendalikan mesyuarat dan menjalankan program,
dengan syarat pengetua perlu diberitahu, dirunding, bermesyuarat dan memantau
program yang dirancang. Selaku pemimpin teratas, pengetua perlu mengawal dari segi
peruntukan perbelanjaan.

Guru Kanan Kokurikulum berkongsi tugas dengan ahli dalam Jawatan Kuasa
Kokurikulum seperti menyerahkan tugas penyelaras badan beruniform dan guru
berkaitan boleh mendaftarkan pelajar-pelajar dan mengarahkan penasihat- penasihat
badan beruniform mengadakan aktiviti badan beruniform mengikut jadual yang
ditetapkan. Demikianlah contoh situasi dimana kepimpinan distributif boleh
dilaksanakan dalam organisasi sekolah. Namun, seseorang pemimpin perlu sentiasa
memantau, menyelia dan tidak menyerahkan segala tugas secara bulat-bulat kepada
subordinat. Tujuannya untuk mengelakkan segala ralat dan kekeliruan dalam
organisasi.
Secara konklusif, kepimpinan distributif merupakan elemen yang paling penting bagi
mengukuhkan kualiti persekitaran sekolah dewasa kini. Pengurusan dan pentadbiran
sekolah pada masa kini memerlukan penglibatan semua guru dalam aspek kepimpinan
tertentu mengikut bakat dan kemahiran masing-masing. Ini kerana tujuan utama
pendidikan dalam pembentukan modal insan memerlukan pelbagai cabang yang perlu
dilihat dari setiap sudut mengikut bakat dan kemahiran guru-guru dan pelajar. Ini
bertepatan dengan hasrat kerajaan yang memberi fokus kepada amalan kepimpinan
distributif dalam kalangan pemimpin sekolah demi menjayakan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (2013-2025) melalui gelombang kedua (2016-2020). Oleh yang
demikian, semua pemimpin sekolah perlu memahami dan meneliti dimensi-dimensi
amalan kepimpinan distributif serta dimanfaatkan kepada seluruh ahli organisasi agar
setiap ahli terutamanya pemimpin-pemimpin pertengahan dan guru-guru bersiap sedia
memahami dan menerima tanggungjawab sebagai pemimpin.

BIBLIOGRAFI
Leithwood, K., & Mascall, B. (2008) Collective Leadership Effects on Student
Achievement. Educational Administration Quarterly, 44(4), pp. 529-561
Jones, M., & Harris, A. (2013) Disciplined Collaboration: Professional Learning with
Impact. Professional Development Today, 15(4), pp. 13-23
Sabariah Sharif, Suffizan Kanik, Aishah Tamby Omar & Salina Sulaiman (2011).
The relationship between teachers empowerment and teachers organizational
commitment in rural secondary schools. 17 (12), 245-266.
Harris, A., & Spillance, J. (2008). Distributed leadership through looking glass.
Management in Education BELMAS, 22 (1), 31-34.
Ahmad Badrul Shah Raja Hussin Nik Azida Abd Ghani. 2010. Pengaruh
Kepemimpinan Etika Ketua Jabatan Terhadap Penglibatan Kerja Pensyarah dan
Peranan Tanggapan Sokongan Organisasi. Prosiding Seminar Transformasi
Pendidikan Teknikal; Penyelidikan dan Pendidikan dan Kepemimpinan Pentadbiran
My TED 10.
Seters, D.A. & Field, R.G. 1990. The Evolution of Leadership Theory. Journal of
Organizational Change Management 3(3): 29-45.
Mareena Mohamad, Norhasni Zainal Abidin, Ismi Arif Ismail dan Azizan Asmuni
(2011). Tinjauan Hubungan Gaya Kepimpinan Dengan Komitmen Organisasi
Eksplanasi Vol. 6, No. 1, 17-28.