Anda di halaman 1dari 3

Bincangkan (Forum 1):

1. Agama: Punca Konflik atau titik penyatuan


Secara umumnya agama sentiasa mengajar penganutnya makna bagi kasih sayang,
pengampunan dan perdamaian. Walau bagaimanapun, banyak konflik agama dapat
didapati berlaku di beberapa negara. Misalnya pada pada Disember 1992 berlaku konflik
Hindu-Islam di India. Konflik juga berlaku antara Islam-Kristian di Ambon, Maluku dan
Almahera di Indonesia. Agama menggalakkan kedamaian, namun konflik antara agama
tetap berlaku. Konflik ini boleh terjadi kerana tafsiran berbeza dalam memahami ajaran
agama. Terdapat juga kes agama digunakan untuk mengabsahkan sesuatu tindakan demi
kepentingan politik atau ekonomi mengatasi pihak lawan. Konflik juga akan berlaku
disebabkan kegagalan seseorang atau sesuatu kelompok agama untuk memahami dan
menghormati ajaran serta upacara agama orang lain. Shamsul (2011) melihat agama dari
sudut tafsiran autoriti akan memisah dan mengasingkan penganut pelbagai agama
terutama sekali apabila agama itu telah diideologi dan dipolitikkan. Dalam suasana
agama dijadikan contestation sudah pasti dinding keagamaan yang dibina itu akan
membawa ke arah ketegangan dan konflik1.
Sebagai contoh, di Malaysia perkara ini berlaku apabila dua insan membina rumah
tangga bahagia dengan salah seorang meninggalkan agama asal dan menganut agama
pilihan atas dasar cinta. Namun, apabila berlaku konflik dalam hubungan perkahwinan,
perbezaan agama antara keluarga pasangan tersebut menimbulkan ketegangan, bukan
hanya kepada keluarga pasangan terbabit, malah juga kepada komuniti yang lebih besar.
Perkara ini dapat dielak sekiranya perhubungan tersebut diurus dengan cara yang penuh
hikmah.
Di sebalik konflik yang berlaku yang dikaitkan dengan agama, kesemua agama memiliki
nilai kesejagatan yang berpotensi untuk membina keharmonian kehidupan
bermasyarakat, kestabilan dan kemajuan. Perubahan yang drastik dalam kehidupan
moden terutamanya dalam bidang teknologi pengangkutan menyebabkan berlaku
penghijrahan dari satu tempat ke tempat lain di setiap penjuru dunia pada hari ini. Ia
mengakibatkan hampir tidak wujud lagi masyarakat yang hanya mempunyai satu agama,
malah sifat masyarakat rata-ratanya adalah pelbagai agama. Mereka berada dalam
persekitaran sosial yang menyebabkan mereka bertemu, berhubungan, bekerja dan
tinggal bersama dengan penganut pelbagai agama.
Interaksi antara mereka mampu membina ikatan sosial yang kuat dengan perbezaan
agama anutan. Contohnya ketika berlaku malapetaka seperti banjir, ahli-ahli persatuan
Buddha menghulurkan bantuan beras kepada orang beragama Islam. Begitu juga seorang
1 Teh, W. H. (2011). Hunbungan Etnik di Malaysia.

yang menganut animisme membantu jiran beragama Sikh untuk membersihkan rumahnya
yang telah ditenggelami banjir. Malahan, pemerhatian dalam masyarakat mendapati
perayaan agama dan kebudayaan seperti Hari Raya, Hari Tahun Baru Cina, Deepavali,
Keamatan, Gawai Dayak dan Hari Krismas masing-masing telah dikongsi dan raikan
bersama dan bazaar Ramadan dinanti-nantikan oleh penganut agama lain. Kefahaman
dan tingkah laku beragama boleh memisah atau membina hubungan sesama penganut
dalam sesuatu agama atau dengan penganut- penganut agama lain. Kemampuan agama
dalam membina ikatan dan hubungan merentas individu dan kumpulan agama yang
berlainan adalah potensi yang perlu diteliti dan perhalusi. Oleh itu, kepekaan kepada
ruang sosial sedia ada amat diperlukan bagi memungkinkan peluang membawa penganut
pelbagai agama bergerak ke arah persefahaman. Potensi ini harus dilaksanakan dengan
berhati-hati dan berhemah agar individu dan kelompok agama yang berlainan dapat
menemui satu titik pertemuan yang membolehkan hubungan mereka dijalin erat.

2. Apakah nilai sepunya yang dikongsi bersama dengan pelbagai agama di Malaysia?
Antara nilai sepu yang dikongsi bersama antara pelbagai agama di Malaysia ialah nilai
saing menyayangi, berbuat baik dan kerjasama antara satu sama lain. Kerjasama yang
terbentuk antara rakyat ini walaupun berbeza etnik dapat mengeratkan silaturrahim
sesama bangsa dan mengajar erti saling mengenali antara satu sama lain. Selain itu, nilai
hormat-menghormati. Nilai ini haruslah dipegang dan disemat dalam semua diri individu
agar dapat mengelakkan perpecahan kaum dan mengelakkan konflik antara satu sama
lain.

3. Bagaimana menghindari konflik agama di Malaysia?


Bagi menghindari konflik keagamaan di Malaysia, setiap individu haruslah mangatasi
ekstremisme agama iaitu penambahan kepada sesuatu sama ada memuji ataupun
mengktitik lebih daipada berhak diterima dan sebagainya. Ia juga membawa maksud
memandang rendah terhadap agama lain sehingga menimbulkan tokok tambah yang tidak
sah dan palsu dan juga mengeji agama yang lain. Selain itu, konflik agama dapat
dinhindari dengan mengharmonikan hubungan antara pelbagai komuniti agama. Selain
itu, setiap etnik berperanan menjaga batas-batas dalam keagamaan dan tidak bersifat
melampau batas terhadap agama lain seperti mengkritik agama orang lain 2. Setiap agama
mempunyai pegangan yang tersendiri dan haruslah berbuat kebaikan yang di mana sesuai
dengan kehendak setiap Tuhan mereka, Agama juga mengajak kepada keharmonian dan
2 Dipetik daripada
https://www.openlearning.com/courses/etnik/Pages/73Lo3NilaiMurni

kedamaian. Akhir sekali, setiap etnik haruslah memupuk nilai sepu yang baik di dalam
sanubari setiap individu dan mencuba sebaik yang mungkin untuk menerima adat,
kepercayaan dan tradisi individu-individu yang lain selaras dengan konsep 1 Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai