Anda di halaman 1dari 9

EPPE2413 ANALISIS EKONOMI ISLAM

SEMESTER 2
SESI 2013/2014
TUGASAN INDIVIDU
TAJUK :
ISLAM, THE ISLAMIC WORLDVIEW, AND ISLAMIC ECONOMICS

DISEDIAKAN OLEH:
NUR AZIRA BINTI LATIF A139641
PENSYARAH : Encik HAIRUNNIZAM BIN WAHID

ISLAM, PANDANGAN DUNIA ISLAM DAN EKONOMI ISLAM

Islam telah menentukan kehidupan manusia dengan ketentuan yang telah


ditetapkan.

Ketentuan

tersebut

direncanakan

semata-mata

adalah

untuk

memberi jalan kepada manusia untuk mencari kemuliaan yang hanya dapat di
peroleh dengan melakukan sesuatu perkara yang mendapat keredhaan dari Allah
s.w.t.. Seorang manusia yang menghargai akan kemuliaan tersebut akan
sentiasa menghadirkan Allah dalam setiap tarikan nafasnya.
Dalam bidang ekonomi, perilaku seorang Muslim tersebut sering kali
diorientasikan kepada peningkatan iman dalam diri, kerana tanpa keimanan
sukar untuk seorang manusia untuk memperoleh kemuliaan. Bagi seorang
Muslim, melakukan aktiviti ekonomi ini adalah untuk menunaikan tanggungjawab
nya kepada Allah s.w.t. Maka, ini akan menjadikan seorang Muslim itu bekerja
bukan sahaja untuk memenuhi keperluan kebendaan sahaja tetapi juga untuk
mendapatkan keredaan Allah s.w.t. dengan beristiqamah dalam pekerjaannya.
Bagi seorang Muslim yang bekerja adalah merupakan proses mereka untuk
menjawab persoalan, mengapa Allah menghidupkan dia di muka bumi ini.
Pelaksanaan dari pemahaman Islam akan membentuk kehidupan Islam dalam
masyarakat

dan

secara

langsung

akan

mempengaruhi

pelbagai

aspek

kehidupan, di antaranya ialah aspek ekonomi.


Dalam

memahami

konsep

asas

dalam

ekonomi

Islam,

hendaklah

meletakkan elemen yang utama iaitu sifat manusia, alam semesta dan konsep
ad-Din. Apabila para ilmuwan bercakap tentang ekonomi Islam atau sistem
ekonomi Islam kepada pakar ekonomi kontemporari dari barat, beberapa konsep
asas mungkin akan bercanggah. Pakar ekonomi barat akan menolak idea bahawa
agama boleh menentukan aktiviti ekonomi dan menganggap ia sebagai perkara
yang tidak masuk akal.
Dalam Islam, pemisahan agama dari pelbagai aspek dalam kehidupan
manusia adalah sesuatu yang bercanggah, tidak memberi apa-apa makna dan ia
tidak jelas. Agama dalam Islam, seperti mana yang difahami oleh para ulama
Islam dan berdasarkan daripada pengetahuan sendiri, konsep Islam tidak boleh
disamakan dengan konsep agama seperti yang difahami di barat pada hari ini.
Kepentingan, hubung kait dan keutamaan Islam kepada umat Islam tidak terikat
dengan sesuatu tempoh masa dalam evolusi manusia tetapi ia mempunyai

nilai, piawaian dan kriteria-kriteria yang mutlak. Agama bukanlah ciptaan


manusia tetapi ia adalah untuk menunjukkan cara hidup bagi seseorang dalam
setiap masa.
Konsep ad-Din adalah salah satu elemen yang penting dalam pandangan
Islam dan ia memberikan pandangan hidup yang menyeluruh bagi setiap
manusia. Dalam erti kata yang lebih khusus lagi, gambaran ekonomi Islam itu
tidak dapat dibayangkan tanpa menerima secara menyeluruh tentang konsep
ad-Din. Al-Attas (1978) mengatakan hubungan antara din, fikrah Islam dengan
implikasi terhadap etika dan moral. Beliau menekankan tentang kepentingan
bahasa dalam menerangkan sesuatu dasar dan konsep di mana ia mewakili
fikrah manusia.
Walaubagaimana pun, ini tidak bermakna bahawa seseorang Muslim
tersebut terikat dengan peraturan yang dilaksanakan oleh para ilmuwan
terdahulu. Setiap asas-asas dalam fikrah Islam adalah tidak tertakluk kepada
perubahan. Penjelasan dan pandangan yang termasuk dalam secondary areas
seperti dalam bidang ekonomi memerlukan fleksibiliti dan kemajuan mengikut
peredaran masa dan keadaan sekeliling. Mahupun undang-undang yang
diwujudkan adalah jelas dan telah ditetapkan di dalam al-Quran dan as-Sunah,
majoriti ekonomi pada hari ini adalah tidak jelas.
Dalam Islam, rasul-rasul sebelumnya iaitu dari Adam a.s. sehingga Isa a.s.
dikenali dan merupakan sebahagian daripada kepercayaan orang Islam (Quran
4:150-152). Manakala kitab suci Al-Quran itu dianggap sebagai wahyu yang
terakhir dan pelengkap kepada manusia serta nabi Muhammad s.a.w. itu adalah
penutup kepada semua rasul (Quran 33:40). Berdasarkan daripada ilmu yang
telah

dibekalkan

melalui

al-Quran

tersebut,

umat

manusia

hendaklah

menggunakan akal untuk menyusun kehidupan mereka di dunia.


Seterusnya dibincangkan tentang pandangan dunia Islam dan ekonomi
iaitu

dari

segi

ekonomi.

Apa

yang

diperlukan

untuk

mendapat

atau

mensistemkan beberapa pandangan ekonomi ke dalam keseluruhan pandangan


dunia adalah dengan melibatkan beberapa konsep teras di mana ia relevan
dalam membina gambaran ekonomi tersebut. Analisis sesebuah ekonomi
tersebut dilaksanakan dengan satu ideologi. Ini adalah untuk memastikan
bahawa dalam sesebuah pandangan ekonomi tersebut, konsep dan mekanisme

analisis dalaman dalam sistem ekonomi adalah jelas dan selaras dengan
gambaran dan pandangan nya sendiri.
Setiap

andaian

seseorang, di mana ia

yang

dilakukan

berdasarkan

daripada

pandangan

hendaklah dibincangkan berdasarkan konsep Allah,

manusia, alam semula jadi dan agama dan ini adalah merupakan asas dalam
memahami pandangan Islam terhadap manusia dan alam semula jadi. Maka
empat konsep yang utama dalam memahami pandangan dunia Islam adalah
Tauhid, Khalifah, Alam dan Ad-Din. Dan keempat-empat konsep ini adalah saling
berkaitan.
Konsep yang pertama merangkumi segala aspek dalam kehidupan iaitu
Tauhid. Untuk menjadi seorang Muslim kena percaya kepada Allah s.w.t. yang
Maha Esa dan Dia adalah tunggal. Allah s.w.t. telah menciptakan segala ciptaan
yang ada di dunia ini, Dialah yang menciptakan manusia dan manusia itulah
sebaik-baik ciptaan-Nya. Dia telah memberi pengetahuan kepada manusia. Dia
lah yang Maha Penyayang, Maha Kekal, Maha Pemurah, Maha Pengasih, dan Dia
lah kepunyaan semua di dunia ini.
Dengan menyerahkan segala-galanya kepada Allah s.w.t., seseorang itu
wajib ke atasnya beribadat kepada Allah s.w.t.. Malah, dalam perkara ekonomi
juga merupakan salah satu daripada agama. Dalam al-Quran turut dijelaskan
dengan nyata tentang ekonomi.
Konsep yang kedua adalah khalifah. Dalam surah al-baqarah ayat 30, yang
bermaksud, Dan (ingatlah) ketika Tuhan mu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi.". Manusia
diciptakan oleh Allah s.w.t. adalah untuk dijadikan khalifah dan hambanya di
muka bumi ini. Manusia diberikan satu amanah untuk memakmurkan muka bumi
ini. Dan sebagai hamba Nya, manusia hendaklah mengikut segala perintah Nya
dalam apa jua tindakan.
Sebagai seorang khalifah, tanggungjawab kepada Allah s.w.t. hendaklah
tidak pernah diabaikan dan segala tindakan malah dalam ekonomi sekalipun
adalah niat kepada Allah s.w.t. Dan semua ini adalah sangat berbeza dengan
ekonomi moden, di mana ia tidak mewajibkan sebarang bentuk penyerahan diri
kepada Allah s.w.t.. Ini menunjukkan satu aliran dalam para ilmuwan Islam
kontemporari terutamanya dalam sains sosial, dengan menekankan aspek

khalifah merupakan satu peranan yang utama manusia sebagai hamba Allah di
muka bumi ini.
Konsep yang ketiga adalah alam semula jadi. Dalam Islam, alam semesta
merangkumi langit dan bumi dan semua yang ada di antaranya. Alam semula
jadi ini adalah untuk menunjukkan kewujudan Allah s.w.t. sebagai pencipta
segala-gala yang ada di dunia ini. Dengan itu, alam semesta ini bukanlah dilihat
sebagai

sesuatu

yang

mesti

ditakluki

oleh

manusia

untuk

melakukan

pembangunan di dunia ini, tetapi ia adalah satu kurniaan daripada Allah s.w.t.
yang perlu manusia gunakan dengan sebaiknya mengikut kehendak Allah s.w.t.
dan juga sebagai mengingati ciptaan Allah s.w.t. yang Maha Esa.
Seterusnya,

konsep

yang

keempat

yang

perlu

diutamakan

dalam

menganalisis pandangan Islam ialah Din. Konsep ini merupakan satu konsep
yang sangat menyeluruh dan melibatkan aktiviti duniawi seperti ekonomi. Malah,
sebetulnya din adalah sesuatu yang bermakna untuk dunia kerana di dunia ini,
seseorang itu akan diuji oleh Allah s.w.t. dan disuruh untuk mengikut jalan yang
lurus sepertimana yang dianjurkan dalam din.
Dalam dunia ini, manusia dijadikan sebagai khalifah dan diberikan amanah
untuk menguruskan muka bumi ini seperti mana kehendak Allah s.w.t.. Dalam
dunia ini juga, manusia diberi kebebasan untuk memilih apa yang baik atau
buruk, apa yang betul atau salah dan menyusun atur kehidupan nya seperti
mana yang telah dianjurkan oleh Allah s.w.t.. Setiap apa yang telah manusia
lakukan di dunia ini akan dilihat di alam akhirat kelak sama ada kebahagiaan
atau hukuman yang menanti. Inilah masa untuk membuat keputusan dan konsep
yang rasional dalam ekonomi Islam. Bukan sahaja pilihan dalam menentukan
matlamat yang berbeza, malah sifat semula jadi manusia dalam Islam dan
epistemologi Islam juga turut berbeza.
Epistemologi

Islam

merupakan

langkah

awal

dalam

menggunakan

kerangka Islamic worldview. Ia perlu membuat kaedah penyusunan secara


bersistem kerangka tersebut kepada aspek ekonomi. Kaedah ini dinamakan
sebagai epistemologi iaitu berbeza dengan falsafah barat yang berasaskan
kepada pengetahuan (secara berilmu).
Dalam Islam perlu ditekankan bahawa ilmu itu adalah sesuatu yang
munasabah dan perlu serta dapat dicapai oleh setiap peringkat manusia. Allah
menciptakan manusia dengan memberikan mereka ilmu pengetahuan yang

secukupnya. Terdapat dua cara untuk menyampaikannya iaitu yang pertama,


melalui wahyu dari Allah s.w.t. kepada sekalian makhluk melalui Rasulullah s.a.w
iaitu al-Quran dan al-Hadis. Manakala cara yang kedua adalah, melalui kebijakan
akal mendapatkan ilmu tersebut melalui apa yang dapat dicapai sahaja. Tetapi,
melalui akal sahaja tidak dapat menjawab segala permasalahan kerana manusia
perlu untuk merujuk wahyu sebagai panduan yang tepat dan jelas.
Titik persimpangan epistemologi Islam di barat adalah dalam kepentingan
dan keutamaan wahyu dalam mencari ilmu pengetahuan di mana deria dan
fungsi akal merupakan perkara yang asas. Dengan itu, dalam epistemologi Islam
terdapat autoriti atau kuasa lebih tinggi berbanding deria dan akal manusia.
Selain itu, terdapat satu lagi kaedah yang turut merupakan satu tradisi
dalam Islam iaitu penolakan ke atas kaedah saintifik (yang diguna pakai oleh
barat pada hari ini), sebagai satu kaedah yang sah metodologi saintifiknya.
Menurut Islam pula, pelbagai kaedah yang boleh digunakan selagi ia mengikut
wahyu dan boleh diterima akal dan gerak hati seseorang (intuisi). Wahyu dari
Rasulullah s.a.w. adalah kalam daripada Allah s.w.t. iaitu Al-Quran serta tingkah
laku, perbuatan dan perucapan Rasulullah s.a.w. sendiri. Ia juga diperkukuhkan
lagi dengan pendapat dari para sahabat dan ulama muktabar tetapi ia mengikut
keadaan semasa. Kaedah ini juga logik mengikut akal fikiran sendiri dan
pandangan masyarakat dan akhirnya melihat kepada intuisi iaitu hati nurani
yang bersih yang akan dikaitkan dengan ijtihad.
Akhir sekali, terdapat hubungan yang penting antara akal dengan deria
dan intuisi yang turut merupakan dua saluran untuk memperoleh pengetahuan.
Dalam perspektif Islam, semua aspek manusia termasuk fizikal, mental dan
rohani seseorang haruslah dipelihara dan dibangunkan untuk memperoleh ilmu
pengetahuan yang sebenar.
Berdasarkan

apa

yang

telah

dibincangkan,

dapat

dilihat

bahawa

metodologi ekonomi yang berkembang di barat adalah tidak lengkap dalam


disiplin ekonomi Islam. Disebabkan metodologi mempunyai hubung kait dengan
pembentukan prinsip dan prosedur yang menentukan analisis dan pembentukan
disiplin dalam kes ekonomi Islam, ia hendaklah selaras dengan asas epistemologi
dan fikrah Islam.
Seterusnya diteruskan dengan garis panduan metodologi ekonomi Islam.
Secara umum, ekonomi Islam merupakan pendekatan bagi menjelaskan dan

menyelesaikan masalah ekonomi manusia berdasarkan nilai-nilai, norma-norma,


undang-undang dan institusi yang didapati dan dikeluarkan daripada sumber
keilmuan Islam. Daripada definisi tersebut, ekonomi Islam merupakan satu
sistem fikiran dan polisi yang memerlukan tafsiran sumber pengetahuan dalam
Islam. Proses pentafsiran ini termasuklah dalam rangka epistemologi yang
dibincangkan sebelum ini.
Proses dalam metodologi ekonomi Islam menggunakan dua sumber iaitu
sumber utama terdiri daripada al-Quran dan al-Hadis dan sumber kedua terdiri
daripada nilai dan perundangan Islam (syariah) iaitu usul fiqh dan melihat ijtihad
dan pendapat ulama muktabar yang hidup pada zaman dahulu dan juga
semasa.
Al-Quran dan as-Sunah merupakan satu pengetahuan seterusnya menjadi
teras dalam metodologi Islam. Langkah pertama melibatkan aktiviti mengenal
pasti ayat-ayat al-Quran dan al-Hadis yang

berkaitan dengan

ekonomi,

termasuklah yang berkaitan dengan manusia, alam semesta, hubungan manusia


dengan alam serta hubungan sesama manusia, dan juga yang berkaitan dengan
penggunaan, pengeluaran dan pengedaran. Peringkat ini juga termasuklah
mengenal pasti konsep dan istilah tertentu dalam ekonomi yang terdapat dalam
dua sumber tersebut.
Peringkat kedua pula ialah systematized iaitu menyusun secara sistematik
dengan

mengaitkannya

dengan

masalah

kajian

di

mana

berlakunya

pembentukan hipotesis, andaian, prinsip-prinsip, teori dan sebagainya. Pada


peringkat ini, kaedah induktif dan deduktif akan digunakan serta ia merupakan
satu yang positif dan normatif. Peringkat ini juga melibatkan usaha ulama
sebelum ini, sama ada pada rangkap dan tradisi yang melibatkan kesan ekonomi
ke atas konsep-konsep, istilah-istilah dan lain-lain.
Peringkat ketiga merupakan lanjutan daripada peringkat yang kedua iaitu
mencari kajian-kajian lepas yang berasaskan falsafah barat. Ahli ekonomi Islam
hendaklah menerima hakikat bahawa Islam telah berhenti dalam memainkan
peranan dalam pemikiran ekonomi selama lebih 400 tahun. Kebanyakan teori,
metodologi dan kaedah penyelidikan dalam ekonomi pada hari ini adalah
keluaran dari barat dan telah berkembang di barat. Walaupun kita bersetuju
bahawa ekonomi Islam hendaklah diteruskan dari pandangan dunia Islam dan
dari gambaran ekonomi, menggunakan metodologi untuk mencari epistemologi

Islam, tetapi kita tidak boleh tidak sedar akan pembangunan ekonomi barat. Apa
yang penting di sini adalah kefahaman dalam ekonomi barat sama ada dari segi
variasi dan perbezaannya, memahami pembangunan dalam pemikiran ekonomi
barat dan dari pandangan dunia, untuk mengetahui di mana pandangannya yang
berbeza daripada Islam dan bagaimana perbezaan ini memberi kesan kepada
korpus dalam gambaran ilmu ekonomi dan seterusnya isu dan masalah dalam
ekonomi.
Peringkat

yang

keempat

pula

melibatkan

ujian

hipotesis

dan

menyelesaikan masalah kajian. Walau bagaimanapun, kriteria yang digunakan


untuk menguji hipotesis ini hendaklah mencerminkan norma-norma dan nilainilai dalam Islam yang kemudiannya hendaklah konsisten dengan gambaran
ekonomi yang ditingkatkan pada peringkat kedua.
Jika data empirikal tidak menyokong apa yang dijangka dalam visi
ekonomi tersebut, beberapa langkah perlu diambil. Dan

langkah

tersebut

merupakan peringkat yang terakhir iaitu implikasi dasar. Di sini akan diuji sama
ada hasil yang dikaji mengikut teori ataupun ia bertentangan dengan teori.
Selain itu, pada peringkat ini akan dilakukan pembetulan ke atas teknik dan alat
atau sampel kajian. Seterusnya akan dibuat rumusan dan cadangan ke atas hasil
kajian yang telah diperolehi.
Kesimpulannya, dalam metodologi Islam, fakta hendaklah berbeza dengan
kebenaran, manakala bukti dari pengalaman yang telah dilalui hendaklah tidak
lari daripada kriteria dan bukti dari wahyu. Dengan demikian, dapat dilihat
bahawa sistem ekonomi Islam mempunyai konsep yang lengkap dan seimbang
dalam segala perkara dalam kehidupan, namun penganut ajaran Islam sendiri,
seringkali tidak menyedari perkara itu. Hal itu terjadi kerana masih ada yang
berfikir dan mengikut kerangka ekonomi kapitalis. Mungkin ini disebabkan telah
dijajah oleh bangsa Barat dalam masa yang lama atau lebih tepat iaitu berabad
lamanya. Dan juga mungkin pandangan dari Barat selalunya lebih menonjol.
Sedangkan tanpa kita sedari ternyata di dunia Barat out sendiri telah banyak
melakukan serta mendalami sistem ekonomi yang berasaskan syariah.

Anda mungkin juga menyukai