Anda di halaman 1dari 7

3) Cari maklumat tentang Kod Etika Keguruan Malaysia.

Simpan Kod
Etika Keguruan Malaysia di dalam portfolio pelajar
Kod Etika Penguruan dipaparkan di halaman depan buku persediaan
mengajar dan kod etika ini disediakan dalam membentuk ikrar agar semua
guru akan mematuhi dan menjaga imej profesion keguruan seperti berikut:
Kami, guru guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah
berusaha manuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat
setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang, dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan
Prinsip-Prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyrakat dapat membantu anak mudanya
memahami kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang telah
terkumpul

sejak

zaman

berazam,

dan

menyediakan

mereka

untuk

menghadapi cabaran pada masa hadapan.


Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing
anak muda untuk mencapai kemajuan sepenuh-penuhnya, maka dengan ini
kmai menerima Tatasusila berikut sebagai panduan untuk membolehkan kami
menyempurnakan profesion kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya:
1.
2.
3.
4.

Tanggungjawab terhadap Pelajar


Tanggungjawab terhadap IbuBapa
Tanggungjawab terhadap Masyarakat dan Negara
Tanggungjawab terhadap Rakan Sejawat dan profesion Perguruan

Antara kod etika yang telah ditetapkan adalah :1. Guru tidaklah harus bertingkah laku begitu rupa sehingga boleh
mencemarkan sifat profesionalnyadan yang akan menyebabkan
hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.
Pernyataan diatas telah membawa maksud bahawa setiap tindak tanduk
dan sikap guru lakukan mendapat perhatian masyarakat sekeliling
terutama pelajar dan ibu bapa. Adalah amat penting bagi seorang guru
agar menjaga perlakuan agar tidak menccemarkan kredibiliti keguruannya
sehingga boleh menghilangkan kepercayaan masyarakat terhadap nilainilai murni seorang guru yang membawa tanggungjawab mendidik anak
bangsa supaya bertingkah laku baik dan berakhlak mulia. Jika guru gagal,
seluruh masyarakat tidak akan mempercayai guru dalam membantu ibu
bapa mendidik anak-anak mereka.
2. Guru tidaklah harus bertingkahlaku begitu rupa yang boleh
membawa kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah
berhubung dengan kewangan
Etika ini adalah melibatkan sikap dan prinsip hidup seorang guru apabila
memegang sesuatu amanah terutamanya yang melibatkan kewangan.
Seorang guru selain daripada mengajar dan mendidik, ada kalanya guru
juga akan melakukan tugas mengutip yuran sekolah dan sebagainya.
Dalam memegang amanah melibatkan wang, guru mestilah bersikap jujur,
berhati-hati dan tidak lalai. Ini adalah kerana kesilapan yang kecil akibat
kecuaian juga boleh membuang kepercayaan pelajar dan ibu bapa
berhubung kewangan terhadap guru tersebut. Sukar bagi mereka untuk
mengamanahkan anak mereka kepada seorang guru yang tidak jujur dan
lalai.
3. Dalam semua hubungan dan tugas, guru hendaklah menjalankannya
dengan jujur.
Ini bermakna ketika guru sedang melakukan tugas dan bergaul dengan
pelajar, guru hendaklah berlaku jujur tanpa melakukan sesuatu itu dengan
niat untuk mendapat ganjaran, nama mahupun populariti dikalangan
pelajar. Jujur dalam memberi perlindungan kepada pelajar dan tidak
pernah sekali cuba untuk mempergunakan hubungan baiknya untuk
kesenangan peribadinya.

4. Tanggungjawab utama guru adalah terhadap anak muridnya.


Kepentingan murid mengatasi semua kepentingan lain seperti
kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.
Apabila berlakunya konflik atau kekeliruan yang memerlukan guru
membuat keputusan antara pelajar, persatuan yang diikuti oleh guru
ataupun kehendak persendirian, keputusan yang perlu guru ambil pelajar
menjadi perkara utama perlu guru dahulukan. Ini adalah kerana sudah
menjadi tanggungjawab seorag guru itu untuk melindungi dan menjaga
kepentingan pelajarnya terutama ketika disekolah. Sewaktu guru sedang
menjalankan tugas, perkara lain harus di ketepikan buat sementara waktu
agar guru dapat memberi perhatian sepenuhnya kepada pelajar.
5. Guru haruslah menumpukan perhatian dan memberi pengajaran
kepada

setiap

muridnya

tak

mengira

bangsa,

agama

dan

kepercayaannya.
Guru mestilah tidak mengamalkan sikap pilih kasih sesama kaum dan
agama mengikut keselesaannya. Seperti contoh Cikgu Azman seorang
berbangsa Melayu dan beragama Islam, maka Cikgu Azman mengajar
dan memberi tumpuan kepada pelajar Melayu sahaja kerana berpendapat
beliau mahu membela nasib bangsa sendiri tanpa mengambil peduli kaum
lain yang dirasakan lebih pandai berbanding pelajar Melayu. Sikap yang
ditonjolkan ini boleh menimbulkan konflik dan perasaan tidak puas hati di
kalangan pelajar-pelajar bangsa Cina dan India.
6. Guru haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha
membentuk tingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh
masyarakat.
Sebaik sahaja pelajar melangkah kaki ke sekolah, guru adalah merupakan
orang paling tua dan orang yang paling diharapkan untuk menjaga,
mengasuh dan mendidik pelajar kerana pada waktu persekolahan, ibu
bapa sebenar keluar bekerja dan tidak dapat menumpukan perhatian pada
anak mereka. Seorang guru yang baik adalah seorang yang melayan
pelajarnya seperti anak sendiri agar pelajar tidak merasa tersisih dan

dapat menikmati kasih sayang yang mungkin tidak diperolehi ketika di


rumah.
7. Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil
terhadap semua murid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa,
agama, kepercayaan politik, tempat asal, keturunan, daya intelek dan
lain-lain.
Guru mesti melayan dan menyempurnakan tugasnya sama rata. Dalam
mengajar juga, ilmu pengetahuan dicurahkan sama rata tanpa mengira
status

pelajar

dihadapannya.

Semua

pelajar

memerlukan

ilmu

pengetahuan yang sama sama ada dari mana dan siapa pelajar tersebut
kerana mereka datang ke sekolah dengan tujuan yang sama iaitu
menuntut ilmu.
8. Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan
muridnya dan membimbing mereka memperkembangkan potensi
mereka dari segi jasmani, intelek, daya cipta dan lain-lain.
Semasa mengajar guru harus peka bahawa pelajar adalah individu yang
berbeza

antara

satu

sama

lain

dari

segi

pembelajaran

dan

pemahamannya. Guru harus peka dan sentiasa prihatin dengan setiap


pelajar agar tiada yang tertinggal dalam membantu mereka menonjolkan
potensinya.
9. Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit
mengenai diri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang
tidak berkenaan.
Guru sebagai seorang pemegang amanah dan seorang yang boleh
dipercayai selepas ibu bapa bagi pelajar itu. Maka apa sahaja maklumat
mengenai pelajar tidak boleh didedahkan sama sekali terutama jika
maklumat itu boleh memalukan dan mengaibkan pelajarnya.
10. Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan
kepentingan murid, masyarakat atau negara.
Guru tidak boleh bersikap tidak mempedulikan pelajarnya dan seterusnya
tidak mementingkan kehendak masyarakat dan mencapai matlamat
negara.

11. Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua


muridnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warganegara
yang taat dan berguna.
Melengkapkan pelajar dengan membimbing mereka ke arah dan tujuan
yang baik sekaligus dapat melahirkan warganegara yang baik dan sedia
memberi sumbangan kepada masyarakat dan negara.
12. Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh
mengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
Guru harus menjaga dan menyusun katanya dengan baik agar apa sahaja
perkataan yang keluar dari guru tidak disalah erti dan menimbulkan rasa
curiga kepada pelajar-pelajar mahupun ibu bapa. Ini boleh menjatuhkan
maruah dan merendahkan martabat guru itu sendiri.
13. Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh
baik atau 'role model' kepada muridnya.
Guru sentiasa harus menunjukkan tingkah laku yang baik dan bernilai
murni agar dapat memberi contoh atau model yang baik kepada
pelajarnya. Ia juga adalah untuk menjaga nama baik guru dan
professionnya.
14. Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya
untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa
waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.
Tuisyen atau kelas tambahan persendirian yang mahu guru lakukan
adalah mesti bertujuan untuk membantu pelajar meningkatkan prestasi
dan mengatasi kelemahannya bukan untuk guru menambah pendapatan
luar waktu sekolah. Apa sahaja pendapatan yang diperolehi daripada
pengajaran adalah dilarang. Ini adalah bagi menjaga kredibiliti seorang
guru yang berpekerti mulia.
15. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau
pengajaran persendirian.
Menerima bayaran untuk kelas tambahan adalah dilarang, apatah lagi
mengiklankan dirinya untuk apa-apa kelas tuisyen anjurannya. Dengan erti
kata lain guru dilarang meletakkan namanya dalam apa-apa iklan
berkaitan agar guru tidak menimbulkan syak wasangka masyarakat
sekeliling.

16. Guru tidaklah harus memaksakan kepercayaan, keagamaan, politik


persendirian terhadap muridnya.
Sudah tertakluk dalam perlembagaan negara bahawa rakyatnya adalah
bebas menganut mana-mana agama. Oleh sebab itu guru tidak harus
memaksa mahupun mempengaruhi pelajarnya agar mempercayai apa
yang guru percaya. Guru harus berada di pihak yang neutral agar beri
peluang pelajar agar mereka menilai dan memilih kepercayaan sendiri
apakah yang terbaik untuk diri mereka sendiri. Guru hanya boleh memberi
panduan selebihnya murid perlu membuat keputusan sendiri.
17. Guru tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada
ibubapa

atau

ahli

masyarakat

dalam

menjalankan

tugas

profesionalnya
Setiap tugas dan tanggungjawab yang dijalankan hendaklah ikhlas tanpa
mengharapkan atau meminta balasan daripada ibu bapa mahupun
masyarakat.
18. Guru tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru lain.
ini bermaksud bahawa dalam pergaulan juga guru harus menjaga nama
baik sesama rakan setugas agar nama baik dan maruah guru tidak
tercalar di kalangan pelajar.
19. Guru haruslah menggunakan cara yang sahaja (iaitu berdasarkan
kecekapan) untuk tujuan kenaikan pangkat atau untuk mendapat
pekerjaan.
Guru sentiasa mengemaskini kecekapan dan cara bekerja agar dapat
peluang yang sama unutk meningkatkan diri dan taraf pekerjaannya.
Menggunakan kemahiran untuk naik pangkat bukan dengan cara
mengampu pentadbir sekolah.
20. Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesarbesarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam
profesion perguruan.
Tugas guru yang utama adalah mengajar dan mendidik pelajar. Guru
harus mengutamakan pelajar berbanding dirinya. Adalah dilarang sama
sekali guru melampaui pelajarnya dengan berlumba-lumba menempa

nama. Seharusnya guru membantu menaikkan nama pelajar bukan untuk


kebaikan dirinya.