Anda di halaman 1dari 8

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)

Batu Pahat, Johor, 9 10 April 2014

PERSEPSI GURU-GURU TERHADAP SISTEM KBSR DAN


KSSR: SATU KAJIAN TINJAUAN DARI ASPEK
KURIKULUM, KESEDIAN GURU DAN
PELAKSANAANNYA
Dayana Farzeeha Ali1, ( Cheng Lee Yee2, Mohd Nur Khafiz Hussin3)
1

Universiti Teknologi Malaysia


dayanafarzeeha@utm.my

(2Universiti Teknologi Malaysia)


leeyee1603cheng@yahoo.com
(3Universiti Teknologi Malaysia)
mnkhafiz2@yahoo.com

ABSTRAK
Matlamat Pendidikan negara ialah melahirkan insan yang beriman
berakhlak mulia, berilmu dan sejahtera. Aspek pengetahuan,
kemahiran dan kebijaksanaan dalam kurikulum sekolah sering
menjadi isu pendidikan yang dibincangkan. Selaras dengan
perkembangan terkini, pendidikan di Malaysia kerap mengalami
perubahan atau transformasi terutama dari aspek kurikulum.
Pendidikan dan kurikulum yang lengkap dan berkualiti baik akan
dapat menjamin dan melahirkan murid yang berketerampilan diri,
kreatif, inovasi dan menyumbang kepada kemajuan diri dan
masyarakat (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Ini bermakna
kurikulum pendidikan mestilah mempunyai wasilah yang dapat
memfokuskan kepada proses memperkembangkan potensi individu
daripada pelbagai sudut. Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan
membuat penambahbaikan di dalam kurikulum sekolah rendah.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu
transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk
perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada
yang melibatkan perubahan dari aspek bentuk, organisasi, pedagogi,
peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan
kurikulum di sekolah (Kulanzsalleh,2011). Pada tahun 2011,
Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta
ditambah baik dan digantikan sebagai Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula dan menambah
baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk
memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke21(Bahagian Pembangunan Kementerian, 2011). Oleh itu, kajian ini
dijalankan untuk mengenalpasti persepsi guru terhadap sistem
KBSR dan KSSR dari aspek kurikulum, kesediaan guru dan
pelaksanaan KBSR dan KSSR di dalam kelas di kalangan guru.
Kata kunci: Kurikulum, Kesediaan guru, Pelaksanaan KBSR,
Pelaksanaan KSSR
205

PENGENALAN
Matlamat Pendidikan negara ialah melahirkan insan yang beriman berakhlak
mulia, berilmu dan sejahtera. Aspek pengetahuan, kemahiran dan
kebijaksanaan dalam kurikulum sekolah sering menjadi isu pendidikan yang
dibincangkan. Selaras dengan perkembangan terkini, pendidikan di Malaysia
kerap mengalami perubahan atau transformasi terutama dari aspek kurikulum
(Abd.Ghafar, 2011). Pendidikan dan kurikulum yang lengkap dan berkualiti
baik akan dapat menjamin dan melahirkan murid yang berketerampilan diri,
kreatif, inovasi dan menyumbang kepada kemajuan diri dan masyarakat
(Kementerian Pelajaran Malaysia, 2012). Ini bermakna kurikulum pendidikan
mestilah mempunyai wasilah yang dapat memfokuskan kepada proses
memperkembangkan potensi individu daripada pelbagai sudut.
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai satu
usaha menyusun semula dan membuat penambahbaikan di dalam kurikulum
sekolah rendah. Kurikulum ini diperkenalkan untuk memastikan murid dapat
diajar dengan kemahiran, ilmu pengetahuan dan nilai yang baik supaya dapat
menghadapi cabaran pada abad ke-21 (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2012). Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) merupakan satu
transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang
holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan
dari aspek bentuk, organisasi, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran,
bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah (Kulanzsalleh, 2011).
LATAR BELAKANG MASALAH
Perlaksanaan Kurikululum Baru Sekolah Rendah (KBSR) secara terhad di 305
buah sekolah pada tahun 1982 dan pelaksanaan penuh bagi semua sekolah di
seluruh negara mulai tahun berikutnya telah melalui pelbagai cabaran dan
perubahan. Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang serius kepada
pembangunan aspek kemanusiaan. Penyemakan program KBSR telah
dilakukan dari semasa ke semasa dan beberapa perubahan telah dibuat untuk
memenuhi keperluan pada ketika itu. Memandangkan penekanan KBSR lebih
tertumpu kepada kesepaduan, keputusan telah diambil pada tahun 1993 supaya
nama Kurikulum Baru Sekolah Rendah diubah kepada Kurikulum Bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994).
Fokusnya adalah kepada prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan,
strategi pengajaran dan pembelajaran dan penilaian (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1994).
Rancangan KBSR juga telah menekankan penguasaan terhadap kemahiran
asas 3M iaitu membaca , menulis dan mengira. Di samping itu juga, sistem
KBSR juga memberi tumpuan terhadap perkembangan individu secara
menyeluruh yang meliputi aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial
(JERIS). Aspek pengajaran nilai-nilai murni dan kewarganegaraan juga turut
ditekankan berbanding Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) sebelum
ini. Pengajaran mata pelajaran moral dan Pendidikan Islam pula menjadi unsur
kesepaduan dalam pengajaran, bukannya terletak pada guru agama sahaja
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994).
206

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)


Batu Pahat, Johor, 9 10 April 2014

Pada tahun 2011, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)


diperkukuh serta ditambah baik dan digantikan sebagai Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1994).
Penguasaan membaca, menulis, mengira dan menaakul (4M) yang
diperkenalkan di dalam sistem KSSR tidak terkandung di dalam sistem KBSR
kerana sistem KBSR hanya mengandungi membaca, menulis dan mengira
(3M) (Bahagian Pembangunan Kementerian, 2011). Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai satu usaha menyusun semula
dan menambah baik kurikulum sedia ada untuk memastikan murid dibekalkan
dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan untuk memenuhi
keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21(Bahagian
Pembangunan Kementerian, 2011).
KSSR telah mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu
kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan
atau peringkat awal pendidikan mereka (Kementerian Pelajaran Malaysia,
2012). Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan
perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut yang akan melangkah ke
tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan umur. Keberkesanan
pengajaran diukur berdasarkan sejauh manakah hasil objektif murid telah
dicapai melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancang dan
dilaksanakan. Keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan
kesediaan dari semua pihak dalam melaksanakan visi dan misi pendidikan
Negara. Justeru, kejayaan dan pencapaian objektif kepada sesuatu
pembaharuan kurikulum yang dilaksanakan amat bergantung kepada guru,
penggubal kurikulum dan pihak-pihak yang berkaitan dengan penggubalannya
(Sanitah, 2012).

207

Jadual 1

Perbezaaan KBSR dan KSSR

Kurikulum Bersepadu Sekolah


Rendah (KBSR)

Kurikulum Standard Sekolah


Rendah
(KSSR)
Reka bentuk kurikulum berasaskan
enam tunjang:
Komunikasi
Kerohanian,sikap dan nilai
Kemanusiaan,
Perkembangan fizikal dan
estetika
Sains dan teknologi
Ketrampilan diri

Reka bentuk kurikulum berasaskan


tiga bidang:
Komunikasi
Manusia dan alam sekeliling
Perkembang diri Individu

Bahan kurikulum:
Sukataan pelajaran

Bahan Kurikulum:
DokumenStandardKurikulum

Reka bentuk kurikulum:


Linear

Reka bentuk kurikulum:


Modular

Organisasi kurikulum:
TahapI(Tahun1,2 dan3)
Mata pelajaran Teras,Wajib
dan Tambahan
TahapII (tahun4, 5dan 6)
Mata pelajaran Teras,Wajib
dan
Tambahan
Elemen
Memahiran berfikirSecara Kritis dan
Kreatif

Organisasi kurikulum:
TahapI(Tahun1,2 dan3)
Modul Teras Asas, Modul Teras
tema dan modul Elektif.
TahapII(tahun4, 5dan 6)
Mata pelajaraan Teras dan
Elektif

Fokus:
3M ( Membaca, menulis dan
mengira )

Fokus:
4M (Membaca, menulis dan
menaakul )

Elemen
Kreativiti dan inovasi, keusahawanan
serta teknologi Maklumat dan
komunikasi (ICT) secara explicit.

(Sumber:Bahagian Pembangunan Kementerian ,2011)

Jadual 1 menunjukkan perbezaan sistem KBSR dan sistem KSSR.


Kurikululum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) diperkukuh serta ditambah
baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
KBSR telah disemak semula bagi memastikan murid dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang baik dengan keperluan semasa
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010) Pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dalam KSSR telah menggalakkan penggunaan modul untuk
menggantikan buku teks. Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan muridmurid sekolah rendah terutamanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris. Dengan itu, segi P&P akan menjadi lebih menarik dan
208

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)


Batu Pahat, Johor, 9 10 April 2014

interaktif serta dapat meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan muridmurid (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2010)
Transformasi kurikulum persekolahan adalah bertujuan menyusun semula
dan menambah baik kurikulum yang telah sedia ada pada KBSR dan
mempertingkatkan kualiti dan memastikan murid dapat dibekalkan dengan
pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi
menghadapi cabaran abad ke-21. Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori
pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan
United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO),
iaitu belajar untuk mengetahui (learning to know), belajar untuk bertindak
(learning to do), belajar untuk hidup bersama (learning to live together) dan
belajar untuk membentuk peribadi (learning to be).
OBJEKTIF KAJIAN
Secara umumnya kajian ini adalah untuk mendapat pandangan guru sekolah
rendah di Johor Bahru terhadap sistem KBSR dan KSSR. Objektif kajian
adalah seperti berikut:
i.
ii.
iii.

Mengenalpasti persepsi guru terhadap sistem KBSR dan KSSR dari


aspek kurikulum.
Mengenalpasti persepsi guru terhadap sistem KBSR dan KSSR dari
aspek kesediaan guru.
Mengenalpasti persepsi guru terhadap pelaksanaan KBSR dan KSSR
di dalam kelas.

METODOLOGI KAJIAN
Kajian yang dijalankan menggunakan kaedah penyelidikan deskriptif
bertujuan memberi penjelasan yang menyeluruh dan tepat tentang persepsi
guru- guru terhadap KBSR dan KSSR di Zon Johor Bahru. Seramai 70 orang
responden terlibat dalam kajian ini. Persampelan adalah secara rawak mudah.
Penggunaan soal selidik sebagai kaedah untuk mendapatkan data kajian adalah
disebabkan ianya mudah dikendalikan, lebih mudah mendapat kerjasama
daripada responden, mereka bebas memilih jawapan tanpa rasa segan dan
bilangan responden yang ramai boleh meningkatkan kebolehpercayaan kajian.

209

PERBINCANGAN
Jadual 2

Min dan tahap bagi persepsi guru terhadapa aspek kurikulum,kesediaan


dan perlaksanaan

Bil

ITEM

persepsi guru terhadap Kurikulum


KBSR dan KSSR

persepsi guru terhadap aspek


kesediaan guru semasa pelaksanaan
Sistem Kurikulum KBSR dan
KSSR
persepsi
guru
terhadap
perlaksanaan KBSR dan KSSR di
dalam kelas

Jumlah Purata

KBSR
Min
(Tahap)

KSSR
Min
(Tahap)

3.7482
(Tinggi)

3.8723
(Tinggi)

3.3443
(Sederhana)

3.6271
(Tinggi)

3.7157
(Tinggi)

3.9500
(Tinggi)

3.6027

3.816

Hasil dari kajian ini menunjukkan perbandingan persepsi guru terhadap KBSR dan
KSSR. Antara perbezaan di antara KBSR dan KSSR ialah daripada segi reka
bentuknya di mana KBSR berasaskan kepada 3M iaitu membaca, menulis, mengira,
manakala KSSR pula berasaskan kepada 6 tunjang iaitu komunikasi, kerohanian,
kemanusiaan, perkembangan fizikan dan estetika, Sains dan Teknologi, Ketrampilan
Diri dan modular serta kemahiran menaakul. Selain daripada itu, KBSR
menggunakan sukatan dan huraian sukatan pelajaran sebagai rujukan kepada guru.
Namun, di dalam KSSR, aspek dokumen standard kandungan menjadi penekanan dan
penting untuk diberi perhatian untuk melihat perkembangan prestasi murid-murid.
Guru boleh mengesan kebolehan dan kelemahan murid serta dapat memikir. Daripada
segi kemahiran berfikir pula, KBSR pula menekankan kepada elemen kemahiran
berfikir secara kreatif dan kritis kerana aktiviti yang dijalankan berpusatkan murid di
mana murid-murid perlu berbincang di dalam kumpulan bagi menyelesaikan sesuatu
permasalahan dan hanya dapat menguji minda murid-murid. KSSR pula menekankan
kepada elemen kreativiti dan inovasi, Keusahawanan dan teknologi maklumat ICT
secara eksplisit. Ini sejajar dengan perkembangan global dan pesat yang berlaku di
dunia yang memerlukan murid-murid lebih bersedia untuk memajukan sistem
pendidikan di Malaysia.
Faktor bagi keberkesanan pelaksanaan KSSR boleh merujuk kepada keenamenam tunjang dalam bentuk kurikulum. Antaranya dari segi bentuk komunikasi, ia
merupakan interaksi secara lisan (penutur dengan pendengar) ataupun tidak lisan
seperti komunikasi antara perkataan dengan pembaca. Kelebihannya dapat
ditonjolkan dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P), komunikasi amat penting
dan berperanan untuk menyampaikan sesuatu maklumat kepada pendengar ataupun
pembaca. Murid-murid dapat memperoleh maklumat menerusi komunikasi secara
aktif dan mampu menimba ilmu pengetahuan di dalam buku.

210

Prosiding Persidangan Antarabangsa Kelestarian Insan 2014 (INSAN2014)


Batu Pahat, Johor, 9 10 April 2014

Kesan penggunaan ICT dapat menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran


lebih aktif serta mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Dengan
adanya ICT, guru dapat mempelbagaikan proses pengajaran dan pembelajaran dan
bukan hanya ketertumpu kepada teknik pengkuliahan sahaja bahkan dapat
mempertingkatkan kualiti pengajaran dengan menggunakan pelbagai kemudahan
yang terdapat dalam ICT. Melalui penggunaan alat ICT guru dapat menerangkan
kepada pelajar dengan lebih terperinci serta mendalam mengenai sesuatu subjek.
Contohnya penggunaan internet sebagai alat untuk mendapatkan maklumat-maklumat
terkini mengenai dunia pendidikan. Kemahiran menggunakan internet membolehkan
guru dan pelajar mendapatkan maklumat dan pengetahuan yang terkini dengan lebih
cepat serta efisen tanpa perlu menunggu masa yang lama seterusnya dapat di gunakan
dalam aktiviti pembelajaran.
Melalui cara ini kualiti pengajaran dan pembelajaran akan lebih berkesan kerana
maklumat-maklumat dapat terus di akses kedalam sistem. Penggunaan ICT dalam
proses pengajaran dan pembelajaran amat penting kerana ia dapat meningkatkan
kemahiran guru dan pelajar. Melalui penggunaan ICT dalam proses pengajaran dan
pembelajaran pelajar akan didedahkan dengan pelbagai alatan dan bahan mengenai
ICT seperti komputer, LCD, CD, pendrive, hardware, software, internet dan
sebagainya. Semua benda yang berkenaan dengan ICT mempunyai berbagai fungsi
dan kegunaannya yang tersendiri dalam menjalani proses pengajaran dan
pembelajaran di sekolah. Hal ini kerana melalui penggunaan ICT dalam pengajaran
dan pembelajaran guru dan pelajar akan lebih menguasai teknologi-teknologi terkini
yang dapat membantu dalam memahami setiap subjek yang dipelajari serta
menyimpan, memproses dan merekod setiap maklumat yang diperolehi. Kemahiran
dalam menggunakan ICT ini mampu memberi nilai tambah kepada guru agar dapat
menggunakannya untuk menyampaikan ilmu kepada pelajar agar ianya mudah untuk
difahami.
Melalui standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat dalam
kurikulum KSSR, guru dapat mengikuti garis panduan tersebut supaya murid dapat
mencapai pembelajaran dengan lebih berkesan. Hal ini, sacara tidak langsung dapat
mengatasi keciciran dalam pembelajaran murid di sekolah. Selain itu penetapan ilmu,
kemahiran dan nilai yang perlu diukur oleh guru terhadap murid adalah jelas. Strategi
penambahbaikan dapat dikenal pasti juga antara tujuan standard ini dibuat. Oleh

yang demikian , guru dan murid akan meningkatkan diri masing-masing untuk
mencapai lebih daripada yang telah ditetapkan.
PENUTUP
Kewujudan KSSR merupakan satu perubahan yang amat baik kerana
elemen penilaian bersifat holistik amat diberi penekanan dan perkembangan
prestasi murid dapat diberi perhatian dengan lebih serius dan spesifik. Ini
kerana, sistem KSSR menekankan kepada kemahiran menaakul yang tinggi
dan memberi keperluan murid-murid berfikir secara kreatif dan kritis.
Perubahan dalam arus globalisasi memerlukan perubahan yang seimbang
dengan kurikulum pendidikan di negara ini. Bertujuan agar murid-murid yang
menjadi pelapis generasi akan datang tidak ketinggalan dalam arus pemodenan
dunia. Sehubungan dengan itu, penambahbaikan dalam KBSR telah dilakukan
dalam sistem pendidikan negara dengan mewujudkan KSSR secara
berperingkat-peringkat dengan harapan dapat memenuhi aspirasi negara ke
arah negara maju. Transformasi kurikulum yang digubal oleh kerajaan diharap
211

dapat membentuk pelajar yang berketrampilan, bersahsiah serta berilmu dalam


menyumbang tenaga mereka kepada negara suatu hari nanti.
Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh
daripada semua pihak termasuklah pembuat dasar, pelaksana, pengurus
kurikulum, ibu bapa seta pihak berkepentingan. Hal ini kerana, kurikulum
baru ini tidak akan memberi impak yang positif jika pihak-pihak tersebut tidak
bekerjasama. Kementerian Pelajaran Malaysia secara berterusan menyemak
kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan
murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran
semasa dan masa depan. Kesimpulannya, Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) mendukung cita-cita murni dan unggul dengan semangat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan
melahirkan murid yang seimbang serta berkembang secara menyeluruh dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta menyediakan mereka untuk
menghadapi arus globalisasi serta ekonomi berasaskan pengetahuan pada abad
ke-21
PENGHARGAAN
Sokongan pembiayaan diakui dari Kementerian Pengajian Tinggi, Universiti
Teknologi Malaysia, Malaysia & Vote No (000K64).

RUJUKAN
Abd.Ghafar (2011). Haluan Kerja Pendidikan. Dimuat Turun pada 28
Januari,2013
daripada
http://www.moe.gov.my/mbkm/uploads/haluan_kerja_pendidikan.pdf
Kulanzsalleh (2011). Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Di Daerah
Kluang. Dimuat Turun pada 29 Januari,2013 daripada
http://kulanzsalleh.com/kssr-kurikulum-standard-sekolah-rendah/
Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Buku Penerangan Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah. Dimuat Turun pada 15 Febuari 2013
daripada
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=a
rticle&id=313&Itemid=482&lang=en
Bahagian Pembangunan Kementerian, (2011). Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) - Prinsip KSSR. Dimuat Turun pada 10 Febuari,2013
daripada
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=a
rticle&id=311&Itemid=477&lang=en&limitstart=2
Sanitah (2012).Kesediaan Guru Matematik Tahun Satu Dalam Pelaksanaan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Di Daerah Kluang. Dimuat
Turun pada 21 Mac,2013 daripada
https://www.academia.edu/4115422/jsme_2012_6_003
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Soalan Lazim KSSR. Dimuat Turun
pada pada 13 April,2012 daripada
http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=a
rticle&id=339%3Afaq-kssr&catid=107%3Apenggunaan-lamanweb&Itemid=442&lang=en
212

Anda mungkin juga menyukai