Anda di halaman 1dari 3

DEFINISI CERITA BINATANG

Sejenis cerita rakyat dalam sastera lisan / sastera rakyat Melayu dan Disebut juga cerita
Mergastua. Watak binatang ini dapat bercakap, berfikir dan bertindak seperti manusia. Dalam
cerita binatang, watak manusia hanya sebagai pemburu atau orang yang bodoh, diperdayakan
oleh binatang.
CIRI-CIRI CERITA BINATANG
i. Watak-watak dalam cerita binatang ialah binatang. Contoh di dalam cerita Hikayat Sang
Kancil, wataknya ialah Sang Kancil dan binatang-binatang yang lain.
ii. Kisah yang ditimbulkan dalam cerita binatang tidak ada bezanya dengan kisah kehidupan
manusia. Contoh dalam cerita Hikayat Sang Kancil, Sang Kancil memainkan peranan tertentu,
seperti menjadi hakim bagi menyelesaikan masalah manusia yang berhutang.
iii. Binatang diberi jiwa dan tingkahlaku seperti manusia. Contohnya Sang Kancil berupaya
menggunakan akalnya bagi menyelesaikan kaki kerbau yang digigit oleh buaya.
iv. Watak manusia tidak dipentingkan, hanya berperanan sebagai pemburu atau manusia yang
dapat diperdayakan oleh binatang.
JENIS CERITA BINATANG
a.Epos Binatang.
Beast epik iaitu seekor binatang yang memegang watak utama sebagai hero. Contoh cerita
Hikayat Pelanduk Jenaka, watak uatamanya ialah seekor pelanduk yang memainkan perananperanan tertentu.Epos binatang ialah sejenis cerita binatang yang bermotif kebijaksanaan untuk
memperdaya binatang yang lain. Cerita yang bercorak epos binatang selalunya berbingkai di
sekeliling satu watak. Dalam sastera lisan Melayu Epos binatang ialah cerita-cerita mengenai
Sang Kancil yang mengandungi unsur kelucuan dan kecerdikan memperdayakan binatang lain
yang lebih besar daripadanya.

b.Cerita Asal Usul Binatang


Cerita Asal usul mengenai binatang menerangkan asal usul kejadian sesuatu sifat yang dimiliki
oleh binatang tertentu seperti mengapa anjing bermusuhan dengan kucing, kenapa kepala katak
mendongak ke atas dan lain-lain lagi.Jenis asal-usul ciri atau sifat binatang, mengapa terjadi
sesuatu kepada binatang tertentu. Contoh : kenapa kerbau tiada bergigi di atas, mengapa puyuh
tiada berekor, kenapa ular sawa hilang bisanya.
c.Cerita Sambut-bersambut
Cerita jenis ini berupa rangkaian cerita sebab dan akibat. Ia menerangkan kenapa sesuatu perkara
itu berlaku. Cerita jenis ini mengandungi watak-watak binatang yang banyak,misalnya cerita
mengapa bangau kurus. Penyempaian cerita diberikan dalam bentuk perulangan gaya bahasa
yang melahirkan irama yang menarik.
d.Cerita Binatang Fables / teladan
Dalam kumpulan cerita-cerita binatang ini ada yang dikategorikan sebagai cerita fable,iaitu cerita
yang bercorak memberikan teladan atau dinamakan juga cerita perumpamaan. Cerita jenis ini
mengandungi amanat kritikan terhadap masyarakat dan sindiran terhadap tingkah laku
manusia.Bercorak dongeng / fable iaitu watak binatang diberikan watak seperti manusia, contoh
seperti kerbau dengan buaya, seperti anjing dengan bayang-bayang
CONTOH CERITA BINATANG
Maksud tersirat daripada kisah sang arnab dan kura-kura
Apa yang kita boleh ambil pengajaran daripada cerita ini ialah jika hendak berjaya, bukanlah
semestinya ada kepandaian. tidak semestinya ada kekuatan. Tetapi yang penting ialah sikap.
Mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar pendidikan, kepandaian seseorang, maklumat
yang dimilikinya, hanya menyumbang 3 % sahaja kepada kejayaan seseorang. Selebihnya 97%
lagi ditentukan oleh sikapnya. Dalam kisah tadi, jika diukur dari segi fizikal, tentulah arnab ini
lebih tangkas lagi. Kakinya lebih panjang, tenaganya lebih banyak. Memang terbukti ia sudah
mendahului kura-kura dalam perlumbaan itu. Malangnya sikap arnab itu sendiri menyebabkan ia
gagal.

Anda mungkin juga menyukai