Anda di halaman 1dari 3

Konsep Pembelajaran Berasaskan Projek

Pembelajaran berasaskan projek (project based learning - PBL) adalah satu teknik P&P yang
masih baru diperkenalkan di Malaysia. Teknik ini merupakan satu teknik pembelajaran abad ke-21
yang sangat kompresensif kerana ia menyokong kesemua kemahiran dalam komponen-komponen
4C (Communication, Collaboration, Critical Thinking, Creativity). Teknik pembelajaran ini adalah
berpusatkan murid, memerlukan masa untuk disiapkan, merentasi kurikulum dan melibatkan
kemahiran pelbagai (multiple intellegent). Perkara yang lebih ketara di sini adalah ciri-ciri PBL yang
memerlukan murid berinteraksi dengan isu dan amalan dunia sebenar. Ia memberikan ruang dan
peluang kepada murid untuk memahami suatu perkara secara mendalam (mastery learning). Melalui
PBL, murid menjelajah pengetahuan-pengetahuan baru, membuat pertimbangan, interpretasi serta
membuat sintesis kepada semua maklumat yang telah diperoleh secara bermakna (teori
konstruktivisme dan teknik inkuiri). Mengikut artikel Futureworks: Trends and Challenges for
Works in the 21st. Century,
We are living in a new economy powered by technology, fueled by information, and driven by
knowledge
Menurut Secretarys Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS) pula, terdapat enam
kemahiran yang diperlukan oleh murid untuk menghadapi abad ke-21 ini, iaitu:Tanggungjawab personal dan sosial.
Kemahiran perancangan, berfikiran kritikal, penaakulan dan kreativiti.
Kemahiran komunikasi yang kuat, sama ada bagi interpersonal atau keperluan pembentangan.
Kefahaman antara budaya.
Kemahiran pemahaman visual dan pembuat keputusan.
Mengetahui bila dan bagaimana menggunakan teknologi dan tahu mengenal pasti teknologi yang
sesuai untuk suatu tugasan.

Langkah-Langkah Pelaksanaan

PBL dilaksanakan dengan berpandukan kepada langkah- langkah berikut:


1. Mendapatkan topik penyiasatan/topik kajian. Topik ini hendaklah diambil daripada Huraian
Sukatan Pelajaran. Topik yang dipilih pula mestilah berkisar dengan kehidupan sebenar dan sesuai
dengan tahap pelajar.
2. Membuat perancangan aktiviti. Pada tahap ini, pelajar melakukan sumbang saran secara
berkumpulan tentang aktiviti yang akan dibuat bagi menyokong proses inkuiri. Projek dan
pelaksanaannya dibina oleh pelajar sendiri dengan pengawasan guru sebagai fasilitator.
3. Membuat takwim aktiviti. Bagi melaksanakan projek, pelajar harus membuat takwim bagi
pelaksanaan keseluruhan projek serta had masa untuk setiap aktiviti.
4. Pemerhatian dan pemantauan. Guru sebagai fasilitator haruslah berperanan aktif sebagai
fasilitator. Ia perlu membimbing pelajar dalam semua aspek yang memerlukan kemahiran sebelum
pelajar melakukan sebarang aktiviti.
5. Membuat penilaian. Penilaian berlaku di sepanjang proses. Malah setiap aktiviti yang dilakukan
oleh pelajar harus dinilai melalui penggunaan rubrik. Rubrik boleh dibina di:
http://rubistar.4teachers.org

6. Penilaian keseluruhan. Penilaian keseluruhan dibuat setelah projek selesai. Refleksi boleh dibuat
secara individu ataupun berkumpulan. Perbincangan secara terbuka dalam kumpulan amat berkesan
bagi membuat penilaian projek, memperbaiki mana-mana bahagian yang kurang lengkap serta
membuat perkongsian pengalaman yang dilalui.
Guru kemudiannya boleh mengadakan sesi Presentation Of Learning (POL) untuk membentangkan hasil kerja
murid bagi melengkapkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 pelajar.

Kebaikan dan Kelebihan


Memenuhi kesemua kemahiran dalam 4C.
Menguasai kandungan pelajaran
Kesemua bahan ICT di sekolah digunakan
Pemikiran kritikal dan inovatif
Kenahiran oral dan bertulis
Kemahiran ict

Pemahaman budaya bangsa dan etika


Persediankerjaya
Meyokong gaya pembelajaran abad 21
Kesemua bhan ict di sekolah digunkan sepenuhnya

PBL Rich Picture

Bahan Rujukan PBL 1. Project Based Learning: Manual Handbook


2. Laporan Projek Rintis PBL Negeri Sabah
3. HighTech High: Learning Experience
4. http://pendidik21.wordpress.com

Anda mungkin juga menyukai