Anda di halaman 1dari 3

Bandingbezakan keempat-empat falsafah pendidikan iaitu perennialisme, essentialisme,

progressivisme dan reconstructionisme terhadap pembangunan kurikulum di Malaysia.


tiga jenis Ujian -T dan berikan contoh contoh
Ujian T digunakan untuk membuat perbandingan skor min terhadap beberapa pembolehubah (variable)
yang berterusan di antara dua kumpulan (contohnya lelaki dan perempuan) atau dua set data (sebelum dan
selepas)
Terdapat tiga jenis Ujian-T untuk mengukur skor min data parametik iaitu;
Ujian T satu sampel (One-sample T-test)
Digunakan untuk membuat perbandingan satu kumpulan menggunakan satu nilai
Ujian T tidak bersandar (Independent T-test)
Membandingkan dua kumpulan/situasi/keadaan berbeza. Contohnya, p erbandingan skor min

pencapaian (variable tidak bersandar, IV) pelajar lelaki dan perempuan (Catatan: sampel tak
bersandar kerana lelaki dan perempuan adalah berbeza).
Ujian T bersandar (Paired T-test)
Membanding dua kumpulan/situasi/keadaan yang sama atau berpasangan. Contohnya, perbandingan

skor min pencapaian pelajar sebelum rawatan/intervensi (pre-test) dan selepas rawatan/intervensi
(post-test) (Catatan: contoh ini adalah sampel bersandar kerana individu yang sama
diuji/memberi skor secara ujian pra dan ujian pos).

Kini kita sudah masuk ke abad ke-21. Sejauh mana anda masih bersetuju dengan kurikulum yang sedia
ada dalam negara kita? Adakah ia sudah tidak sesuai atau perlu perubahan? Jika ya, bagaimana cikgu
ingin membentuk kurikulum negara kita sekarang mengikut pandangan anda?
Apakah ciri-ciri untuk One Way ANOVA dan Two Way ANOVA? BIncangkan
1

Banding dan bezakan antara dua laporan pendidikan iaitu Laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman
Talib 1960.

2 Laporan Razak 1956


Laporan Razak 1956
Laporan Razak dirintis pada tahun 1955 dan kemudian ditubuhkan sepenuhnya pada
tahun 1956. Pada ketika itu dipengerusikan oleh Dato Abdul Razak bin Hussein
merangkap Menteri Pelajaran pada waktu itu. Laporan Razak merupakan satu penyata

yang banyak membawa perubahan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Motif utama
penubuhan laporan ini adalah untuk mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia pada
masa itu. Hala tuju laporan ini dibuat adalah untuk menjadikan pendidikan sebagai satu
cara untuk menyatukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu ketika itu. Pada zaman
pemerintahan British di Tanah Melayu, masyarakat yang berbilang kaum ini
kebanyakannya ditempatkan di kawasan yang berbeza-beza bagi mengelakkan
berlakunya perkembangan ilmu yang mungkin membawa kepada penentangan oleh
pendudukan tempatan terhadap pihak penjajah.
Objektif Laporan Razak (1956) adalah untuk melahirkan sekolah yang berjiwa Tanah
Melayu dengan menggunakan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Secara
umum, terdapat tiga kandungan yang dicadangkan dalam laporan ini iaitu merujuk
kepada hal yang berkaitan dengan Sekolah Rendah, Sekolah Menengah dan perubahan
dalam sistem pendidikan.
Merujuk kepada cadangan yang dikenakan bagi Sekolah rendah, sekolah terbahagi
kepada dua cabang utama iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) yang menggunakan
Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar manakala satu lagi dikenali sebagai Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) yang menggunakan Bahasa Inggeris, Bahasa Tamil,
dan Bahasa Cina. Bahasa ibunda bagi Tamil dan Cina hanya dibenarkan jika kuantiti
pelajar yang ingin belajar adalah melebihi 15 orang. Guru-guru yang mengajar pula mesti
mempunyai kelulusan seperti yang dikehendaki iaitu sekurang-kurangnya mempunyai
Sijil Sekolah Menengah Rendah dan mendapat latihan sepenuh masa setahun ataupun
separuh masa bagi dua tahun.
Selain itu, bagi sekolah menengah pula, sesi persekolahan dibahagikan kepada 3
peringkat iaitu sekolah menengah rendah selama 3 tahun, sekolah menengah atas selama
2 tahun dan pra-universiti juga selama 2 tahun. Sukatan pelajaran bagi sekolah menengah
adalah sama dan pelajar yang belajar di peringkat ini harus lulus peperiksaan. Seperkara
lagi, sistem peperiksaan juga turut dilaksanakan mengikut peringkat. Misalnya, bagi
Sekolah Menengah Rendah, peperiksaan diadakan ketika berada di tingkatan 3. Bagi
Sekolah Menengah Atas pula, peperiksaan bersama adalah di tingkatan 5 untuk
memperolehi Sijil Persekutuan Tanah Melayu manakala Pra-universiti pula diambil
ketika di tahun kedua bagi memperolehi Sijil Tinggi Pelajaran (STP) bagi melayakkan
diri ke universiti.

Jika disimpulkan secara ringkas, Laporan Razak 1956 telah mengariskan beberapa
elemen penting sebagai aras rujukan untuk sistem pendidikan di Malaysia ketika itu.
Antara elemen yang dibincangkan adalah berkaitan dengan keberkesanan laporan ini
sebagai alat untuk memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Ini
terbukti dalam Laporan Razak yang telah mengemukakan agar sistem persekolahan yang
sama diberikan kepada semua penduduk tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.
Selain itu, penyeragaman kurikulum yang bercorak kebangsaan juga disyorkan bagi
semua guru. Tujuan cadangan-cadangan seperti ini diketengahkan adalah untuk
merapatkan jurang pendidikan yang ada dalam kalangan penduduk ketika itu.
Penyeragaman pendidikan ini juga bertujuan untuk memenuhi keperluan negara merdeka
dengan mengembangkan lagi bidang-bidang dalam pendidikan negara.
Kesimpulannya, kewujudan Laporan Razak adalah bukti yang melambangkan bahawa
Tanah Melayu telah melaksanakan dasar bertolak ansur, dasar perpaduan kaum, dasar
demokrasi dan dasar kesejagatan. Laporan ini juga telah menunjukkan bahawa sistem
pendidikan kita telah bertambah maju apabila bilangan murid, guru dan sekolah semakin
bertambah. Kelengkapan kemudahan yang disediakan berjaya menarik minat masyarakat
untuk menerima pendidikan. Ini seterusnya akan membantu melahirkan masyarakat yang
berdisiplin, terlatih, liberal serta progresif. Kesinambungan daripada itu, satu undangundang telah diluluskan iaitu Ordinan Pelajaran 1957 yang merupakan asas daripada
cadangan-cadangan tersebut dan merupakan perlaksanaan Laporan Razak secara tidak
langsung. Oleh itu, terbukti di sini bahawa Laporan Razak ini telah menjadi titik tolak
kepada perkembangan pendidikan di Malaysia selepas itu.
3

Banding dan bezakan antara Akta Pendidikan 1961 dan Akta Pendidikan 1996.

Noriati A. Rashid etl (2010). Buku Guru dan Cabaran Semasa. Terbitan
Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Syed Ismail bin Syed Mustapa & Ahmad Subki bin Miskon (2010). Buku
Guru dan Cabaran Semasa. Terbitan Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd

BukuAktaPendidikan (Akta 550), Peraturan-peraturan & KaedahkaedahTerpilih. Terbitan International Law Book Servis