Anda di halaman 1dari 16

FOLIO SEJARAH

TINGKATAN 3
ELEMEN 2
Tajuk Kajian

FOLIO
SEJARAH
TINGKATAN 3

PERMAINAN
TRADISIONAL
WAU
SENARAI KANDUNGAN

Tajuk Muka surat(m/s)

• Penghargaan 1

• Objektif Kajian 2

• Kaedah Kajian 3

• Hasil Kajian 4–7

• Rumusan 8

• Lampiran 9-
13

• Rujukan 14
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, akhirnya saya dapat menyiapkan folio ini dengan jayanya. Tanpa
sumbangan dan sokongan dari semua pihak, saya pasti tidak dapat menyiapkan
folio ini dengan sempurna.

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada guru
sejarah saya, di atas segala tunjuk ajar dan bimbingan yang
diberikan yang membolehkan saya menyiapkan folio ini dengan baik.

Saya juga ingin mengucapkan berbanyak- banyak terima kasih kepada kedua
ibu bapa saya kerana telah memberikan banyak dorongan dan bimbingan kepada
saya sepanjang saya menyempurnakan folio ini.

Tidak lupa juga kepada rakan- rakan saya yang tidak jemu dalam memberikan
maklumat yang sedikit sebanyak membantu saya dalam menjalankan folio ini. Akhir
kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu dalam
menyempurnakan folio ini.
OBJEKTIF KAJIAN

Kajian saya merangkumi objektif- objektif yang berikut:

Objektif Am

1. Memenuhi keperluan sukatan Pelajaran Sejarah Tingkatan 3.

2. Memenuhi keperluan Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah(PMR).

Objektif Khusus

1. Mengenal pasti sumber- sumber sejarah yang sahih. Ini secara tidak langsung
membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul.

2. Dapat menambah lagi pengetahuan tentang permainan tradisional wau dalam


kalangan masyarakat mengikut adat resam melayu.

3. Menyedarkan orang melayu betapa pentingnya permainan tradisional wau yang


semakin ditelan zaman ini.

4. Membuat perkaitan Permainan Tradisional dengan rakyat Malaysia.


KAEDAH KAJIAN

Kaedah- kaedah yang saya gunakan ialah:

a)Pemerhatian
Saya telah memperoleh pengajaran dan penerangan yang diberikan oleh guru
sejarah.

b)Melayari internet
Saya telah melayari internet dan mencari maklumat di laman web berkitan
permainan tradisional wau.

c)Penyelidikan perpustakaan
Saya telah meminjam beberapa buah buku yang berkaitan dengan permainan
tradisional wau.

d)Temubual
Saya telah menemu bual ibu saya bagi mendapatkan maklumat tentang
permainan tradisional wau.
HASIL KAJIAN

Latar Belakang

Wau merupakan salah satu permainan tradisional yang telah lama wujud iaitu
sejak 500 tahun yang lalu. Perkataan ‘wau’ dikatakan berasal daripada perkataan
Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis
menggunakan istilah tersebut. Wau terkenal di negeri- negeri yang tersebut di atas
kerana selalu dimainkan setelah selesainya musim menuai padi. Penggunaan
perkataan layang- layang pula digunakan di negeri- negeri lain dan hal ini dapat
dibuktikan melalui catatan Tun Sri Lanang.

Nama ‘wau’ juga terwujud apabila dikatkan dengan bunyi yang terhasil
daripada busur yang diikat pada wau yang berbunyi ‘wau’ secara berirama. Selain
itu, wau sering dipertandingkan dalam pertandingan sama ada dari segi kecantikan
rupa bentuknya, kemerduan dan kelunakan bunyi dan tingginya serta keindahan
naiknya di udara yang luas terbentang.

Permainan wau yang dahulunya hanya popular di kawasan pedalaman kini


semakin berkembang luas sehingga dipertandingkan di peringkat antarabangsa. Hal
ini membuktikan bahawa permainan tradisional wau ini tidak hilang dan masih
berterusan walaupun dimamah usia dan arus kemodenan yang semakin meningkat
tinggi.

Asal- Usul

Di Malaysia, kesahihan tarikh kedatangan permainan tradisional wau tidak


dapat dipastikan dan sukar untuk diketahui ketetapan masa wujudnya. Walau
bagaimanapun, menurut sejarawan, Clive Hart, layang- layang / wau di Malaysia
berasal dari negeri China. Perkara ini dapat diketahui melalui reka bentuk layang-
layang / wau di Malaysia yang seakan- akan mirip dengan layang- layang / wau di
China.

Diketahui juga bahawa layang- layang pada masa dahulu menggunakan daun
lebar. Unsur- unsur kebudayaan layang- layang / wau China diterapkan ke dalam
layang- layang / wau yang terdapat di Malaysia.
Negeri Yang Mempopularkan Permainan Ini

Negeri- negeri yang dikatakan mempopularkan dan mengembangkan


pengaruhnya terletak di pantai timur semenanjung. Antara negeri- negerinya ialah
Kelantan, Terengganu, Kedah, dan Perlis. Negeri- negeri tersebut sering menjadikan
permainan tradisional wau ini sebagai permainan utama mereka untuk pelbagai
tujuan.

Kaum / Etnik Yang Terlibat

Orang Melayu. Inilah satu- satunya kaum / etnik yang terlibat dalam
menjadikan permainan tradisional wau ini pada zaman dahulu. Namun, permainan
wau ini semakin meluas dan semakin ramai yang mengetahui tentang permainan
ini. Kaum dari negeri luar juga diberi pendedahan tentang permainan tradisional
wau ini melalui sumber- sumber tertentu seperti melalui pertandingan- pertandingan
wau yang diadakan di peringkat antarabangsa.

Tujuan Dimainkan

Antara tujuan awal permainan tradisional wau dimainkan adalah sebagai


lambang kebesaran sesebuah negara. Wau juga digunakan sebagai panduan
menentukan arah. Tambahan pula, wau juga dikaitkan sebagai lambang
kemenangan bagi setiap serangan yang dilakukan oleh sebuah negara keatas negara
lain pada zaman silam. Namun begitu, pada zaman moden ini, permainan
tradisional ini dimainkan hanyalah untuk mengisi masa lapang sahaja.

Alat- Alat Yang Digunakan

Alat yang menjadi tunggak utama dalam sesebuah wau adalah buluh. Ini
adalah kekuatan wau bergantung kepada buluh yang menjadi rangka asasnya.
Buluh yang sering digunakan dalam membuat wau adalah buluh betung dan buluh
minyak kerana cirri- cirinya yang mempunyai ruas yang panjang dan tahan lebih
lama.

Selain itu, plastik nipis ataupun sagu muda juga digunakan dalam pembuatan
wau untuk mendapatkan bunyi yang berdengung ketika wau diterbangkan. Plastik
ini diletakkan di bahagian kepala wau.
Bertitik tolak dari situ, kertas menjadi keseluruhan badab wau. Kertas akan
dicorakkan dengan pelbagai corak yang menarik, cantik, dan berwarna- warni.
Kertas ini ditampalkan pada rangka wau dengan menggunakan gam. Kertas
hendaklah nipis dan tahan lama supaya wau tidak mudah rosak dan tidak
mengganggu kelancaran wau untuk diterbangkan.

Wau kemudiannya diikat pada tali tanggi dan benang kasar untuk
diterbangkan. Kerja- kerja ini harus diikat dengan berhati- hati supaya
keseimbangan wau tersebut untuk terbang di udara dapat dihasilkan.

Cara Dimainkan

Selalunya, wau akan dimainkan oleh dua orang, iaitu seorang akan
memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali.
Apabila angin bertiup, maka tali akan ditarik melawan arus aliran dengan cara
menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut terbang tinggi di udara
dalam keadaan yang baik. Antara kawasan yang sesuai dimainkan adalah di tepi
sungai dan di kawasan sawah padi. Terdapat tiga unsur yang mempengaruhi
kenaikan wau iaitu Tekanan Angin, Daya Tarikan Graviti dan Daya Seretan.

Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau


RUMUSAN
Selepas menjalankan kajian ini, saya berasa amat bersyukur sebagai seorang
warganegara Malaysia kerana keunikan dan kepelbagaian budaya dan adapt resam
yang terdapat di negeri tercinta ini. Saya juga berasa sangat bertuah kerana dapat
mengenali permainan tradisional wau dengan lebih mendalam. Bak kata pepatah
melayu, ‘tak kenal maka tak cinta’. Selepas kajian ini, saya lebih menghormati dan
menghayati permainan tradisional wau dalam kehidupan seharian. Saya akan cuba
untuk mengekalkan popularity permainan tradisional wau dan akan berusaha
memajukan permainan tradisional ini. Jika semua rakyat masyarakat kita masih
terus menjadikan permainan tradisional sebagai permainan utama, sudah tentu
permainan ini masih wujud dan kekal walaupun arus kemodenan semakin
meningkat. Ini sekaligus menimbulkan semangat kerjasama dan bersatu- padu dalam
kalangan masyarakat kita. Oleh itu, setiap pihak hendaklah memainkan peranan
penting dalam memartabatkan permainan tradisional ini.

LAMPIRAN
Jenis- Jenis Wau

Wau Bulan Wau Bulan

Wau Payung Wau Kucing


Seni Pertukangan-filigree layang-layang pada masa
Dahulu(daun lebar)

layang- layang masa dahulu barangan filigree


Seorang pemain wau sedang membaiki waunya.

Tarian Siti Wau Bulan


Buluh-digunakan untuk membuat wau

Proses membuat bingkai


Jambul/Rambu Wau

Anda mungkin juga menyukai