Anda di halaman 1dari 1

6 Disember 2016

NEGARA

108,650 pelajar terlibat salah laku


KUALA LUMPUR - Sebanyak 108,650 daripada 5.3 juta pelajar sekolah rendah dan menengah di
seluruh negara terlibat dengan salah laku disiplin di sekolah tahun lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) berkata, daripada jumlah tersebut, isu
ponteng sekolah merupakan penyumbang terbesar salah laku disiplin iaitu 18,550 pelajar.
Katanya, kes-kes disiplin lain yang dicatatkan oleh kementerian ialah memukul, bergaduh dan
kekemasan diri.
"Walaupun jumlah pelajar yang melakukan kesalahan disiplin hanyalah sedikit, sekiranya tidak diberi
perhatian serius, ia boleh menjadi masalah yang parah," katanya pada majlis perasmian Program
Pemantapan dan Jati Diri Sahsiah Remaja Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 2012 di Institut
Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di sini semalam.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abd. Ghafar Mahmud.
Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, dalam mengatasi masalah disiplin melibatkan pelajar
sekolah, kementerian telah melakukan pelbagai inisiatif termasuklah menjalankan satu kajian
terperinci mengenai punca sebenar berlakunya gejala ponteng sekolah tahun ini.

Artikel
Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?
y=2012&dt=0701&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz4S0iLGUE3
Hakcipta terpelihara

Anda mungkin juga menyukai