Anda di halaman 1dari 10

Peta Minda

Pendahuluan

Faktor Kemerosotan

Rujukan

http://prauniversiti6.blogspot.com

Pendahuluan
Sejak peristiwa kekalahan skuad bola sepak kebangsaan
dalam semua perlawanan pada Kejohanan Piala Asia (AFC) serta
tumbangnya jagoan badminton negara dalam Kejohanan
Badminton Dunia baru-baru ini, seolah-olah mengesahkan bahawa
mutu sukan Malaysia semakin merudum. Itu
belum lagi mengambil kira prestasi sukan-sukan
teras lain seperti hoki, olahraga, renang, dan
sebagainya. Kemerosotan pencapaian atlet-atlet
negara ketika bertanding sama ada pada peringkat
serantau
mahupun
antarabangsa
telah
menimbulkan pelbagai tanggapan negatif dalam
kalangan peminat sukan di negara ini. Apakah
atlet-atlet kita hanya gah ketika bertanding sesama
sendiri sehingga mewajarkan gelaran jaguh
kampung? Ataupun atlet kita kurang bermotivasi apabila bersaing
pada peringkat antarabangsa? Walau apa pun pertikaiannya,
ternyata pelbagai langkah konkrit dan menyeluruh perlu diambil
untuk meningkatkan mutu sukan negara, agar kita dapat duduk
sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain
dalam bidang sukan. Kemerosotan mutu sukan negara amat ketara
dalam sukan permainan dan juga olahraga.
Hal ini dapat dilihat apabila pasukan bola
sepak Malaysia kecundang dalam pusingan
kelayakan Olimpik baru-baru ini. Pihak yang
berkenaan haruslah mengambil inisiatif yang
berkesan bagi meningkatkan mutu sukan
negara dan seterusnya memartabatkan nama
Malaysia di pentas dunia.

http://prauniversiti6.blogspot.com

Faktor-Faktor
Mutu sukan negara kita memang tidak begitu konsisten baik
dalam sukan bola sepak, hoki dan badminton. Situasi ini
menyebabkan pelbagai pihak memberikan pendapat mereka
tentang kelemahan ini. Jelaslah, terdapat pelbagai punca yang
menyebabkan mutu sukan negara kita terus merosot.Alasan utama
yang menyebabkan mutu sukan Negara kita merosot ialah para
pemaian kurang memiliki semangat cinta akan negara. Ketika
bermain, ahli sukan negara tidak bermain dengan bersungguhsungguh kecuali mereka ditawarkan pelbagai imbuhan sebelum ini.
Maka, mutu sukan kita terus merudum kerana ketiadaan rasa
patriotik dalam jiwa pemain negara.
Tambahan pula, kebanyakan ahli
sukan Negara menganggap bidang
sukan yang mereka ceburi itu sebagai
kerjaya sampingan sahaja. Persepsi
sebegini menyebabkan mereka tidak
memberikan tumpuan penuh ketika
menjalani latihan atau ingin meninggikan kualiti permainan
mereka itu. Sesungguhnya, konsep sukan aktiviti sampingan
menjejaskan minat seseorang untuk meninggikan mutu permainan
mereka.Bukan sahaja ketiadaan semangat cinta akan negara dan
menganggap sukan satu aktiviti sampingan sahaja tetapi mutu
sukan negara kita merosot kerana kurangnya sekolah-sekolah
sukan di negara ini. Ketiadaan sekolah-sekolah sukan
menyebabkan negara ini tidak mampu mencungkil bakat-bakat
baru atau mencari pelapis untuk ahli sukan veteran negara lalu
menjejaskan kualiti mutu sukan pada jangka masa panjang pula.
Justeru, mutu sukan kita merosot kerana negara ini tidak memiliki
sekolah-sekolah sukan yang baik.
Malah, negara ini juga kekurangan kemudahan sukan berbanding
dengan negara-negara yang maju industri sukannya. Kita tidak
http://prauniversiti6.blogspot.com

membina banyak kawasan sukan seperti gelanggan tenis,


badminton, bola keranjang, dan stadium bola sepak yang boleh
digunakan untuk menganjurkan kejohanan bertaraf dunia juga.
Sesungguhnya, kekurangan kemudahan sukan menyebabkan rakyat
negara ini tidak berpeluang untuk bermain permainan tertentu
pula.Untuk rekod, Malaysia pernah mengecapi kejayaan yang
membanggakan pada era keemasan 1960-an dan 70-an dan ramai
daripada jaguh yang pernah mengharumkan nama negara suatu
ketika dulu kini masih memegang jawatan penting dalam
pentadbiran sukan di Malaysia.
Dalam bidang olahraga, peserta Olimpik sebanyak tiga kali,
Datuk Dr Mani Jegathesan (Rome 1960, Tokyo 1964 dan Mexico
1968), yang juga dikenali sebagai "Flying Doctor",
dan atlet lompat pagar Istiaq Mubarak (Mexico 1968,
Munich 1972, Montreal 1976), terus menjadi penanda
aras bagi kebanyakan atlet muda yang bercita-cita
mahu mencatat kehebatan dalam acara trek dan
padang.Dua jaguh tersebut masing-masing telah
mengambil bahagian dalam tiga sukan Olimpik
berturut-turut, manakala kehebatan Dr Jega diingati hingga ke hari
ini kerana kejayaannya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir
acara 200m (di Tokyo dan Mexico). Beliau juga masih memegang
rekod kebangsaan bagi acara itu (20.92 saat yang dicatatnya di
Mexico pada 1968).
Dalam acara bola sepak, Malaysia pernah digeruni di rantau
Asia dengan kehadiran Arthur Koh, Soh Chin Aun, Mokhtar
Dahari, Ghani Minhat, V. Arumugam dan
M.Chandran.Bagaimanapun hari ini, kita bukan saja tidak
diendahkan oleh Myanmar, Vietnam atau Laos, malah gagal
memenangi pingat emas pada Sukan SEA sejak 1989 apabila
Kuala Lumpur menjadi tuan rumah kejohanan.
Pasukan hoki Malaysia yang pernah menduduki tangga
http://prauniversiti6.blogspot.com

keempat pada kejohanan Piala Dunia 1975, dengan barisan namanama hebat seperti Sri Shanmuganathan, Ho Koh Chye dan M.
Mahendran, kini hampir luput daripada sebutan peminat sukan itu.
Kita gagal melayakkan diri bagi menyertai kejohanan
Piala Dunia tahun ini setelah menduduki tangga
kesembilan dalam pusingan kelayakan di Changzhou,
China dan yang menyedihkan ialah Malaysia
menduduki tempat tercorot daripada lapan pasukan
yang menyertai kejohanan bagi merebut Trofi Sultan
Azlan Shah baru-baru ini.Mungkin tidak keterlaluan
jika dikatakan bahawa berbilion ringgit yang dibelanjakan bagi
memajukan bidang sukan selama ini hanya merupakan pembaziran
semata-mata. Satu-satunya peningkatan yang dapat dilihat ialah
jumlah pegawai yang dibayar gaji kerana terlibat dalam bidang
sukan.
Ketika pencapaian negara dalam bidang sukan semakin
merosot, rakyat Malaysia menyaksikan kemunculan infrastruktur
dan kemudahan sukan bertaraf dunia di merata tempat serta
pengaliran dana yang tidak putus-putus dalam
sektor itu selain penubuhan jawatankuasa
Kabinet mengenai Sukan yang membuktikan
kesunguhan kerajaan dalam memajukan bidang
berkenaan.Di samping itu, lapan sukan teras
dikenal pasti - hoki, bola sepak, olahraga,
skuasy, gimnastik, akuatik, badminton dan
boling - yang menerima peruntukan berjumlah RM193 juta
daripada kerajaan bagi meningkatkan pencapaian pesertanya.
Dalam keghairahan melaksanakan usaha itu, beberapa masalah
lama mungkin terlepas pandang, antaranya kekurangan padang
permainan atau kemudahan untuk orang ramai bersukan, ketiadaan
program pembangunan di peringkat akar umbi, set minda yang
tidak betul, tiada kekuatan mental dan sebagainya.
Contohnya, satu dekad lepas, terdapat kira-kira 10 padang
permainan di sekitar Bangsar yang menjadi tempat bagi anak muda
http://prauniversiti6.blogspot.com

dan orang lama bermain bola sepak dan permainan lain.


Padang Timur di Petaling Jaya pula pernah menjadi tumpuan
bagi pelbagai jenis sukan termasuk bola sepak, bola jaring, tenis
dan olahraga. Tetapi, hari ini, ia sepi daripada
kegiatan sukan kerana dikawal ketat oleh
Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Padang Pejabat Pos di Jalan Imbi sudah tiada,
begitu juga padang Kelab Rekreasi China
Selangor yang dulunya terletak bersebelahan
terminal bas Puduraya. Dua padang di bekas tapak Kelab KTM di
Brickfields juga telah dikorek untuk memberi laluan kepada projek
pembangunan.Ketiadaan pertandingan sukan di peringkat daerah
dan antara daerah bagi sekolah dan orang ramai seperti yang wujud
suatu ketika dulu bagi mencungkil bakat baru dalam bidang sukan,
turut menyumbang kepada kemerosotan pencapaian negara dalam
bidang berkenaan hari ini.
Sepatutnya, apa yang disuarakan oleh Timbalan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menghadiri majlis
penyampaian Anugerah Olahragawan dan Olaharagawati Malaysia
anjuran Persatuan Penulis Sukan Malaysia (SAM)
pada 26 Jun lepas perlu dijadikan ingatan oleh
semua pihak di negara ini. Kata beliau: "Bagi
membolehkan sukan di Malaysia kembali maju,
perubahan set minda perlu dilakukan."
Beliau berkata tanggungjawab melahirkan ahli
sukan yang berkualiti tidak terletak di bahu persatuan, Majlis
Olimpik Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan atau Majlis
Sukan Kebangsaan sahaja."Kanak-kanak mesti digalakkan
menyertai bidang sukan oleh ibu bapa atau guru mereka sejak kecil
lagi," katanya.Najib yang mengetuai jawatankuasa Kabinet
mengenai Sukan turut membuat perbandingan tentang pencapaian
Malaysia dan Ghana, yang turut mengecapi kemerdekaan pada
1957.
http://prauniversiti6.blogspot.com

"Kita jauh lebih maju daripada Ghana dalam setiap aspek


pembangunan, kecuali sukan, kerana Ghana telah melayakkan diri
ke pusingan akhir Piala Dunia," kata Najib. Untuk berlaku adil
kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM),
punca kemerosotan pencapaian negara dalam
sukan itu tidak sepatutnya diletakkan pada
bahunya semata-mata kerana jentera yang
diberi tanggungjawab bagi melahirkan
pemain berkaliber telah berhenti daripada
beroperasi.

Ketiadaan proses untuk mengenal pasti pemain berkebolehan


melalui pertandingan di peringkat daerah dan negeri serta
penutupan beberapa akademi bola sepak yang diusahakan oleh
negeri, banyak menyumbang kepada kekurangan pemain handalan
yang dapat mewakili negeri masing-masing atau mengambil alih
tempat yang dikosongkan oleh pemain kebangsaan pada masa akan
datang.
Kesatuan
Perkhidmatan
Perguruan
Kebangsaan (NUTP) pernah mencadangkan kepada
Kementerian Pelajaran supaya menubuhkan bank
tanah bagi membina sekolah baru yang lengkap
dengan padang permainan memandangkan ada
sekolah yang tidak lagi mempunyai padang. Bekas
setiausaha agung NUTP Datuk N. Siva Subramaniam berkata
padang permainan di sekolah, terutama di bandar raya, semakin
lenyap akibat pembangunan, yang sekaligus menyebabkan kanakkanak tidak dapat melakukan aktiviti kokurikulum di luar bilik
darjah. Beliau berkata banyak aduan diterima daripada ibu bapa
dan guru bahawa anak mereka tidak dapat menyertai aktiviti
kokurikulum di luar bilik darjah termasuk menyertai acara sukan
sepanjang tahun. Menurutnya Kementerian Pelajaran wajar
membeli tanah semasa pasaran hartanah murah dan menyimpannya
untuk pembangunan sekolah pada masa akan datang. Beliau
http://prauniversiti6.blogspot.com

berkata sekolah tidak wajar "menguburkan" aktiviti sukan dan


kesatuan itu memandang serius mengenai kurangnya sokongan
guru besar dan pengetua sekolah dalam menggalakkan para pelajar
menyertai aktiviti sukan sepanjang tahun. "Ada sekolah yang
menumpukan aktiviti kokurikulum hanya untuk tempoh tiga bulan
pertama persekolahan bagi memberi tumpuan pada persediaan
pelajar untuk menghadapi peperiksaan manakala ada guru besar
dan pengetua yang "membunuh" aktiviti sukan dengan
menggantikan waktu mata pelajar pendidikan jasmani dengan mata
pelajaran lain.

http://prauniversiti6.blogspot.com

Penutup
Konklusinya, semua factor yang
dinyatakan tadi telah menyebabkan kualiti
sukan negara ini terus tidak konsisten.
Semua pihak terutama kerajaan perlulah
memberikan
kerjasama
yang jitu untuk mengatasi
kelemahan dalam program
sukan negara itu. Sesungguhnya kemerosotan mutu
sukan negara tidak seharusnya dibiarkan terus
berlanjutan kerana ia sedikit sebanyak berkaitan dengan maruah
kita pada peringkat antarabangsa. Sejajar dengan usia kemerdekaan
negara yang sudah menjangkau angka lima puluh tahun,
seharusnya ia telah mematangkan pencapaian kita dalam bidang
sukan. Mungkin tiada salahnya untuk kita belajar dengan negaranegara seperti Trinidad dan Tobago atau pun Kenya yang telah
berjaya melayakkan diri dalam pertandingan akhir bola sepak Piala
Dunia 2006 serta mampu melahirkan atlet olahraga bertaraf dunia.
Hanya dengan kerjasama erat semua pihak, misi untuk melihat
kelibat anak-anak muda Malaysia beraksi pada pusingan akhir bola
sepak Piala Dunia 2014 akan menjadi kenyataan. Bak kata pepatah
pengayuh sudah ada di tangan, perahu sudah ada di tangan,
terserah kepada kita untuk merealisasikan impian 26 juta rakyat
Malaysia. Majulah sukan untuk negara!

http://prauniversiti6.blogspot.com

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

http://mindasasterabahasa.blogspot.com/
http://www.scribd.com/
http://etuisyen.com/
http://www.erdonny.com/
http://pjk.ipti.edu.my/nota/Psikologi%20Sukan.doc
http://www.utusan.com.my/
http://mazlan66.wordpress.com/
http://members.tripod.com/~nita_73/
http://books.google.com.my/

http://prauniversiti6.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai