Anda di halaman 1dari 3

NUR SYAHIRAH BINTI ROSLAN (246406)

QUESTION
Teachers should have their own educational philosophy (Ef) to follow in
their teaching. Describe your own EF and explains how it could assist in
developing your pupils potential in school later.

Falsafah saya sebagai seorang bakal guru ialah mengamalkan


kemahiran professional, berusaha meningkatkan penguasaan bidang ilmu
dan kemahiran, sebagai pembimbing pelajar, mengamalkan pengajaran yang
efektif, berpegang teguh pada agama dan meningkatkan penguasaan dalam
bidang ICT.
Mengamalkan kemahiran professional. Hal ini demikian kerana guru
adalah tenaga ikhtisas di dalam bidang perguruan. Guru memainkan peranan
yang besar dalam menghasilkan generasi yang berpendidikan, berkemahiran,
berbudaya ilmu dan berakhlak. Oleh itu, para pelajar mestilah dididik
menggunakan kemahiran berfikir aras tinggi.
Berusaha meningkatkan penguasaan bidang ilmu dan kemahiran. Hal
ini demikian kerana guru perlu menguasai kandungan ilmu dalam mata
pelajaran yang diajar, mahir mengaplikasikan teori pertumbuhan dan
perkembangan manusia dan berupaya menjadi fasilitator yang baik. Hal ini
akan menjadikan guru berusaha sebaik mungkin untuk melengkapkan diri
dengan pelbagai ilmu pengetahuan, ilmu pedagogi dan sebagainya. Oleh itu,
ini dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran yang ada pada diri demi
meningkatkan prestasi masing-masing.

Bertindak sebagai pembimbing pelajar secara holistik dari aspek


jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Hal ini demikian kerana pada awal
persekolahan, pelajar tidak faham apa yang mereka perlu dipelajari mereka
hanya akan tahu setelah mereka diajar, selepas itu mereka akan belajar apa
yang diajarkan kepada mereka. Oleh itu, guru sebagai pembimbing perlu
menguasai kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling untuk membimbing
pelajar-pelajar dalam proses pembentukkan modal insan. Guru juga perlu
membimbing pelajarnya menepati acuan sebagaimana yang termaktub dalam
Fasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Cenderung mengamalkan pengajaran yang efektif. Hal ini demikian
kerana guru yang efektif sentiasa mengenalpasti ciri-ciri pengajaran efektif
dari segi perancangan, pelaksanaan dan juga dari segi penilaian pengajaran.
perancangan pengajaran Clarke dan Cutler (1990) menyatakan bahawa
keberkesanan pengajaran bergantung kepada perancangan, pelaksanaan
dan penilaian terhadap proses dan objektif pembelajaran.
Berpegang teguh kepada agama. Hal ini demikian kerana guru yang
berpegang teguh dengan ajaran agama sentiasa mengajar hanya untuk
mendapatkan keredhaan dan keberkatan semasa hidup di dunia dan juga
akhirat. Oleh itu, guru perlu berpegang teguh pada agama kerana secara
tidak

langsung

akan

menyebabkan

seseorang

guru

sedar

akan

tanggungjawab yang telah diamanahkan sehingga boleh menerapkan nilainilai rohani pada setiap pelajar supaya mempraktikkan ajaran agama dengan
baik.
Meningkatkan penguasaan dalam bidang ICT. Hal ini demikian kerana
penggunaan ICT oleh guru dan pelajar dalam proses pengajaran dan

pembelajaran boleh meningkatkan kefahaman dan penguasaan dalam


pembelajaran. Oleh itu, hal ini pasti akan membuatkan pelajar berasa seronok
untuk belajar, tidak jemu, tidak malas, tidak mengantuk dan system
pembelajaran pelajar tidak berpusatkan kepada buku teks semata-mata.

Anda mungkin juga menyukai