Anda di halaman 1dari 5

SOSEJ AYAM HOMEMADE

Bahan-bahan
-------------------3 dada ayam XL**
-1 biji cili api**
-2 ulas bwg putih**
-2 biji bwg kecik**
-1 biji telur.**
- sedikit garam
-Daun pisang sebagai pembungkus
-Oregano/basil/mix herb sebagai penampah perasa
Cara-cara
---------------1.Blender smua bahan bertanda ** (jgn tambah air. telur boleh gerakkan blender dah)
2. Letak dlm mangkuk..gaulkan dgn garam.lada putih.
kalau ada oregano /mix herb/ basil boleh tambah bg wangi
3. Ambil daun pisang. layur kat api.. balutkan isi ayam tu..ikat mcm dlm gambar.kukus 30 minit.
4. Siap, boleh buat banyak2 dan frozenkan
5. Boleh grill atau goring

AYAM BAKAR MADU

Bahan-bahan Resepi Ayam Bakar Madu Yang


Simple

Tapi Sedap

2 Ketul

ayam (bahagian dada)

4 Ulas

bawang putih (ditumbuk)

1 inci

halia (ditumbuk)

4 sudu

madu

sudu sos tiram


sedikit serbuk cili

sedikit
Garam secukup rasa
Cara Penyediaan :

serbuk lada hitam

*Masukkan bahan perapan iaitu bawang putih, halia, madu, sos tiram, serbuk cili, serbuk lada hitam
dan garam ke dalam bekas. Gaul rata kesemua bahan tersebut.
Kemudian sapukan bahan perapan tadi pada ayam dan perap lebih kurang 3 jam. lagi lama perapan
lagi sedap.
Bakar ayam dengan oven dengan suhu 200 darjah selama 30-40 minit atau sehingga ia betul-betul
masak.
*Sekiranya menggunakan pemanggang ajaib , bakar lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak.

AYAM PANGGANG BERAROMA KETUMBAR

---------------------------------------------------1/2 ekor ayam


1 pokok daun ketumbar ( daun, batang dan akar2nya sekali cuci bersih2 )
1 inci halia
1 labu bawang putih ( 6-8 ulas bawang putih )
3 4 biji cili merah ( kalau nak lebih pedas boleh guna cili padi )
1 ketul kunyit hidup
1 sudu makan gula

1/2 sudu makan garam


2 3 sudu makan jus lemon
1 sk serbuk jintan dan 1 sk serbuk ketumbar atau serai (di kisar sekali dgn bhn kisar)
Cara Penyediaan
1. Bersihkan ayam dengan gaulkan tepung gandum dan bilas dgn air bersih
2. Kisar bawang putih, cili merah, halia, daun ketumbar, serbuk kunyit, gula, garam, jus limau dan
gula dgn sedikit air.
3. Sediakan dulang pembakar kemudian susun ayam.
4. Kelar2kan sedikit ayam tersebut terutama bahagian isi yg tebal
5. Curahkan bahan kisar pada ayamgaul2kan hingga sebati ayam dgn bahan kisarnya.
6. Perapkan sebentar, dan tutup loyang dengan foil barulah dibakar selama lebih kurang 45 minit
dan buka foil. Bakar lagi selama 10 minit, terbalikkan ayam dan bakar lagi selama 10 minit agar
garing dikedua2 bahagian.
7. Bila ayam sudah masak keluarkan ayam kemudian dipotong2 dan tuang kuahnya pada ayam tadi..
8. Hidangkan dengan sambal salsa bersama ulam2an dan nasi panas.
Resepi Sambal salsa
2 biji tomato
4 biji cili merah
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
1/2 inci halia
bbrp batang daun ketumbar dengan akarnya
Gula dan garam secukup rasa
4 sudu makan perahan lemon
sedikit air

OMELETTE BERINTI DAGING

----------------------------------Bahan-Bahan:
3 biji telur
3 sudu besar susu Low fat
sedikit garam
keju parmesan/mozarella (optional)
minyak zaitun
Bahan untuk filling:
1/3 cawan daging kisar
1/2 biji kentang, diparut kasar
capsicum/lada benggala hijau, dihiris nipis
1/2 biji bawang, dihiris nipis
1/4 sudu kecil serbuk lada hitam
sedikit garam
Cara Penyediaan:
Panaskan minyak zaitun di dalam kuali non stick dan tumis bawang besar sehingga layu. Masukkan
daging kisar, lada hitam dan sedikit garam. Kacau sehingga daging masak dan kering airnya.
Masukkan capsicum hijau dan parutan kentang, kacau selama 2-3 minit. Angkat dan sejukkan.
Dalam kuali yang sama, panaskan 2 sudu kecil minyak zaitun dan tuang bancuhan telur tadi. Masak
di atas api yang perlahan. Kacau dan balik-balikkan di tengah bahagian telur yang cair supaya
masak sekata. Kemudian taburkan dengan bahan filling tadi di setengah bahagian telur sahaja
supaya proses melipat telur menjadi mudah.

Taburkan juga dengan cheese pilihan anda. Lipat telur dan masak setiap bahagian selama 1-2 minit.
Angkat dan hidangkan.
Tips:
Cara untuk mengalihkan telur supaya tidak terkoyak atau hancur ialah dengan menelangkupkan
pinggan di permukaan kuali. Terbalikkan telur di dalam pinggan, kemudian dengan perlahan
longsorkan kembali telur ke dalam kuali panas di sebelah permukaan yang satu lagi.

Anda mungkin juga menyukai