Anda di halaman 1dari 10

Fasa-fasa kaunseling kelompok

Dalam memberi perkhidmatan kaunseling kelompok yang berkesan,


kaunselor perlu bijak menggunakan penggunaan pendekatan dan prosedur
kaunseling kelompok yang dapat disesuaikan dan diaplikasi secara kreatif
dan efektif dalam seting sebenar. Kaunseling kelompok boleh dibahagikan
kepada lima fasa.

Fasa 1
Permulaan

Fasa 2
Konflik

Fasa 3
Bersepadu

Fasa 4
Penghasilan

Fasa 5
Penamatan

Fasa 1 - Permulaan

Ketua kelompok akan mula memperkenalkan diri sendirinya. Kemudian


diikuti oleh setiap ahli dalam kelompok. Biasanya ahli-ahli akan
memperkenalkan sifat-sifat yang positif. Mereka akan memberitahu
maklumat yang dianggap selamat seperti nama, minat dan latar

belakang keluarga.
Dalam fasa ini, ahli-ahli kelompok dengan ketua kelompoknya boleh
membina hubungan yang mesra, terbuka, bebas, ikhlas serta jujur di
mana hubungan ini boleh menambahkan kejelikitan di antara mereka
dalam menghadapi dan mengambil tindakan bagi menyelesaikan

masalah-masalah yang dihadapi (Malek, 2007).


Kepercayaan di antara ahli-ahli kelompok masih belum wujud dan
masih diragui. Pada fasa ini, ahli kelompok tidak pasti sama ada dia
diterima dan disukai oleh ahli-ahli lain atau sebaliknya. Mereka juga
mentaksir siapakah yang mengancam, siapakah yang boleh

menyokong dan siapakah yang perlu ditakuti.


Pada fasa ini juga, ahli-ahli kelompok akan menerangkan tujuan
mengikuti sesi dan apa yang ingin mereka capai melalui kelompok itu.
Penetapan matlamat dan tujuan akan dilakukan untuk mengekalkan
kelompok dan membina asas yang kukuh dalam sesuatu kelompok

yang dibentuk.
Ketua kelompok juga menjalankan penstrukturan dalam fasa ini.
Matlamat penstrukturan ialah menyediakan nada dan struktur sesi
perundingan yang bakal dilaksanakan. Perkara-perkara yang disentuh
adalah seperti berikut:

Peranan

Mendengar, memahami dan membantu perkara yang

kaunselor
Peranan klien

dibawa oleh ahli kelompok untuk dirundingkan.


Mencerita dengan bebas dan memilih tajuk
perundingan (tajuk adalah pilihan ahli kelompok atas
persetujuan bersama kecuali ahli kelompok enggan

Jangka masa

memilih tajuk perundingan)


Masa sesi kaunseling kelompok disediakan untuk

Etika

perundingan ialah 1 jam.


Peratuan dan perkara-perkara yang dibincangan

harus dirahsiakan oleh ketua kelompok dan juga ahliahli kelompok.


Ketua kelompok harus memastikan ahli-ahli kelompok
tidak membocorkan rahsia mengenai perkara-perkara
yang dibincangan di dalam sesi. ketua kelompok
boleh menetapkan perjanjian untuk memastikan ahli
kelompok mematuhi etika kerahsiaan.

Ketua kelompok harus menetapkan peraturan sesi kaunseling


kelompok bersama ahli kelompok. Ahli-ahli kelompok boleh
mengemukakan perkara-perkara yang disukai dan tidak disukai supaya
ahli kelompok yang lain boleh mengelakkan dari melakukan perkaraperkara yang tidak disukai oleh ahli-ahli kelompok lain untuk menjamin
kelancaran dan keberkesanan sesi kaunseling kelompok.

Peranan ketua kelompok pada fasa permulaan

Memulakan proses berkenal-kenalan antara satu sama lain.


Menjadi model dalam sesi kaunseling seperti cara percakapan,

penerimaan tanpa syarat, kejujuran, keterbukaan dan lain-lain.


Ketua kelompok perlu membantu mengenalpasti matlamat kelompok.
Ketua kelompok mesti membuat penstrukturan.
Ketua kelompok perlu menjelaskan soal peranan dan batas-batas
kemampuan serta etika setiap ahli dari segi penglibatan dalam

kelompok.
Ketua kelompok juga perlu mengajar kemahiran komunikasi asas
kepada ahli lain seperti kemahiran mendengar dan kemahiran memberi
respon.

Peranan ahli-ahli kelompok pada fasa permulaan

Penglibatan dan mencari identiti diri di mana ahli menyeimbangkan


identiti diri dengan komitmen kepada kelompok.

Setiap ahli digalakkan untuk berkenalan dengan ahli kelompok supaya


merek berasa lebih selesa untuk berkongsi maklumat sepanjang sesi

kelompok berlangsung.
Membina kepercayaan dalam kalangan ahli kelompok. Ahli kelompok
juga perlu memiliki tahap kepercayaan yang tinggi bagi menggalakkan
penglibatan mereka dalam sesi kaunseling kelompok.

Fasa 2 - Konflik

Menurut Zuraidah Abdul Rahman (2006), fasa konflik timbul apabila


sifat-sifat tidak puas hati terhadap ketua kumpulan dan kegagalan
kumpulan mengemukakan sesuatu pembaharuan dalam kumpulan itu.
Ahli-ahli masih lagi bertopeng, berasa gemuruh, ragu dan berasa
tidak selamat. Akibatnya timbullah tingkah-tingkah laku seperti menarik
diri, berprasangka buruk, suka menyalahkan orang lain dan rendah diri.
Timbulnya ahli yang bersifat monopoli dan memusuhi kelompok dan
ditunjukkan melalui tingkah laku berjenaka dan sindiran secara sinis.
Fasa ini merupakan fasa yang paling mencabar dan sukar bagi ketua
kelompok dan dia harus sedar bahawa kehadirannya adalah penting
bagi kelompok.
Terdapat tiga kategori konflik yang biasanya dialami dalam kelompok.

Konflik yang
berpunca dari
dalaman diri
ahli

Konflik yang
wujud antara
ahli kelompok

Konflik yang
wujud antara
ahli dengan
ketua
kelompok.

Konflik yang berpunca dari dalaman diri ahli kelompok

Ahli kelompok tidak dapat menyesuaikan diri dalam sesi kaunseling


kelompok. Hal ini demikian berpunca dari dalam diri ahli kelompok.
Apabila mereka tidak dapat menyesuaikan diri dalam sesi kaunseling
kelompok, mereka akan menimbulkan sifat penentangan seperti tidak
menyertai perbincangan dalam sesi kaunseling, bersifat dingin dan
tidak menghadiri sesi kaunseling kelompok. punca yang menyebabkan
mereka tidak dapat menyesuaikan diri dalam sesi kaunseling kelompok
ialah hubungan antara ahli kelompok belum rapat dan hubungan saling
percaya masih tidak terbina.

Konflik yang wujud antara ahli kelompok

Sikap prejudis menyebabkan konflik wujud antara ahli kelompok.


Hubungan rapat antara ahli kelompok masih tidak wujud.

Konflik yang wujud antara ahli kelompok dengan ketua kelompok.

Ahli-ahli kelompok mungkin tidak berpuas hati dengan ketua kelompok.


Mereka berasa seolah-olah ketua kelompok tidak memainkan peranan
yang berkesan. Mereka mahukan sesuatu yang lebih berstruktur dan
belum sedia menerima tanggapan yang ketua kelompok adalah
sebagai fasilitator sahaja dan bukan sebagai penyelesai kepada

masalah-masalah mereka.
Ahli-ahli kelompok juga konflik dengan ketua kelompok kerana tidak

mempercayai ketua kelompok.


Ada pula ahli-ahli yang berasa dirinya tidak diberi perhatian yang
penuh oleh ketua kelompok. Oleh itu, ahli kelompok wujud sikap
penentangan untuk menarik perhatian ketua kelompok supaya
memberi perhatian kepada mereka.

Tanda-tanda fasa konflik

Ahli mula bertelingkah, mula mengeji dan mengkritik ahli lain serta

ketua kelompok di luar kelompok.


Ahli yang berhasrat meninggalkan kelompok dan cuba mempengaruhi

rakan lain.
Ahli kurang mendengar dan tidak begitu menyokong.
Ahli suka merungut dan mengatakan kelompok tidak berfaedah.
Ahli kurang rela mengambil bahagian.
Ahli mula datang lewat dan tidak hadir, engan bercakap dan sengaja
mendiamkan diri serta ahli berasa kecewa kerana matlamatnya tidak
diberi perhatian.

Peranan ketua kelompok dalam menangani fasa konflik

Bersikap positif
Mendengar dengan aktif

Mengalakkan ahli supaya mengingat apa yang mereka hendaki dari


kelompok. Contohnya ketua kelompok boleh meminta murid untuk
mengingatkan tujuan mereka menyertai sesi kaunseling kelompok ini.
kaunselor juga bleh menerangkan kesan dan akibat jika mereka terus
mengamalkan sikap menentang dan tidak bekerjasama dalam sesi
kaunseling kelompok iaitu sesi yang dijalankan tidak dapat mencapai
matlamat dan tidak dapat membawa manfaat kepada mereka bagi
menyedarkan ahli kelompok dan memupuk mereka melibatkan diri

secara aktif dalam kelompok


Kaunselor boleh menggunakan teknik yang sesuai untuk menangani
konflik. Ahli kelompok yang berasa tidak selamat kerana hubungan
mereka masih belum rapat. Maka kaunselor bagi mengaplikasikan
terapi-terapi kaunseling seperti terapi seni, terapi bermain dan terapi

bercerita untuk mengeratkan hubungan antara ahli kelompok.


Kaunselor boleh bertindak sebagai rol model adalam sesi kaunseling
iaitu mengamalkan sikap penerimaan tanpa syarat dan melibatkan diri
secara aktif dalam perbincangan sesi. Hal ini demikian dapat
mempengaruhi ahli kelompok dan supaya boleh meniru tingkah laku
ketua kelompok.

Fasa 3 Bersepadu

Pada peringkat ini, kepercayaan dalam kalangan ahli telah meningkat.


Ahli-ahli berasa lebih selesa dan lebih sedia berkongsi masalah dan
pengalaman mereka. dengan kata lain, ahli-ahli bertambah bersepadu.

Hansen dalam Mohamed Fadzil dan Rasidah (2002), fasa bersepadu


merupaka peringkat di mana wujudnya suasana kemesraan dan

kepercayaan bersama.
Ahli-ahli kelompok mula berasa selesa dan boleh berinteraksi dengan

lebih terbuka semasa mereka.


Menurut Ida Hartina (2006), peringkat ini memperlihatkan penyatuan
dalam kalangan ahli di mana mereka menerima antar satu sama lain
dan bermulanya satu hubungan yang lebih produktif dan seterusnya
memudahkan kelompok digerakkan ke arah mencapai matlamat yang
ditetapkan.

Ciri-ciri fasa ini :

Kewujudan rasa kepercayaan yang tinggi akan memberi keyakinan

dan keselesaan dalam kalangan ahli-ahli.


Menurut Corey dalam Ida Hartina (2006), berlaku interaksi yang lebih

bebas dan berterus terang.


Ahli-ahli tidak berasa kekok atau terancam untuk meluahkan perkara

yang ingin dibincangkan.


Ahli kelompok bersedia mengambil risiko dengan membuat
pendedahan rahsia diri dan merasakan hak kepunyaan bersama dalam

sesebuah kelompok itu.


Wujudnya empati, jujur, ikhlas, penerimaan, kasih mesra dan

kejelikitan menyebabkan kelompok semakin matang.


Menurut Zuraidah Abdul Rahman (1999), ahli-ahli kelompok akan
mengelakkan perselisihan faham dan mengurangkan amalan memihak
sebaliknya pada peringkat ini. ahli mementingkan norma-norma

kumpulan.
Maklum balas ahli lain diterima atau ditolak dengan berhati-hati tanpa
perasaan defensif atau kecil hati.

Peranan ketua kelompok dalam fasa bersepadu

Membekalkan pengukuhan secara sistematik pada tingkah laku yang

meningkatkan perpaduan dan produktiviti.


Bijak mengawal isu agar isu yang dibincangan dapat dikongsi dalam
kalangan ahli dan tidak tertumpu kepada seseorang ahli atau sesuatu

topik sahaja.
Memodelkan sikap yang bersesuaian untuk dicontohi oleh ahli.
Mendorong, menggalakkan dan menyokong kesediaan ahli mengambil

risiko serta mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.


Menggalakkan ahli menumpukan kepada matlamat dan berusaha
mencapainya selain melakukan perubahan positif dan berterusan.

Fasa keempat Keberhasilan

Perhubungan antara ahli dalam peringkat ini adalah begitu padu dan

teguh.
Ahli-ahli percaya-mempercayai antara satu sama lain dan dengan itu
tela mengkritik secara terus terang tingkah laku ahli-ahli lain. Ahli yang

dikritik itu menerima apa jua yang diperkatakan oleh ahli kelompok lain

secara terbuka.
Cadangan-cadangan tentang cara memperbetulkan sikap dan

memperbaiki tingkah laku diterima oleh ahli-ahli.


Kepimpinan pada peringkat ini dikelolakan oleh ahli kelompok yang
berkebolehan dan ketua yang dipilih harus dipersetujui oleh ahli-ahli
kelompok yang lain supaya mereka dapat bekerjasama antara satu

sama lain bagi menjamin kelancaran sesi kaunseling kelompok.


manakala ketua kelompok (Kaunselor) hanya memainkan peranan
sebagai peserta dan sumber rujuk. Kaunselor hanya akan campur

tangan sekiranya terdaat sesuatu yang tidak terkawal.


Lazimnya pada peringkat ini, ahli-ahli kelompok berpuas hati terhadap
sesi yang diadakan dan mulai menunjukkan keseronokkan.

Peringkat kelima Penamatan.