Anda di halaman 1dari 4

Teori Pembelajaran Sosial

Pengenalan
Mazhab sosial menyarankan bahawa pembelajaran berlaku dalam
konteks sosial iaitu manusia belajar daripada orang lain yang
berada dalam lingkungan persekitaran mereka.Ia menggabungkan
teori mazhab behaviorisme dengan mazhab kognitif kerana ia
melibatkan pemerhatian dan permodelan.Justeru itu,teori ini juga
dikenali sebagai teori permodelan dan teori kognitif sosial.
Di antara tokoh-tokoh yang menyokong mazhab atau teori
sosial,Albert Bandura adalah tokoh yang paling terkenal.Beliau
menyatakan bahawa proses pembelajaran dapat dilaksanakan
dengan
lebih
berkesan dengan
menggunakan
pendekatan
permodelan.Beliau menjelaskan bahawa pemerhatian seorang
murid terhadap apa yang dilakukan oleh guru-guru serta tindakan
murid-murid dalam meniru aksi guru-guru tersebut akan
memberikan kesan yang optima kepada kefahaman murid.
Teori kognitif sosial menegaskan bahawa latar belakang
kebudayaan seseorang individu merupakan faktor utama dalam
pembentukan tingkahlakunya.Kebudayaan adalah hasil ciptaan
manusia yang bersosial dan kanak-kanak dibesarkan dalam nilai
budaya masing-masing. Justeru itu,kanak-kanak amat dipengaruhi
oleh budaya persekitaran yang merangkumi keluarga,sekolah dan
rakan sebaya.
Teori Permodelan Bandura
Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada,
pada 04 Disember 1925. Masa kecil dan remajanya dihabiskan di
desa kecil dan juga mendapat pendidikan disana. Pada tahun 1949
beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia, dalam
jurusan psikologi. Dia memperoleh gelar Master di dalam bidang
psikologi pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih
gelaran doctor (Ph.D). Bandura menyelesaikan program doktornya
dalam bidang psikologi klinik, setelah lulus ia bekerja di Standford
University.Pada tahun 1964 Albert Bandura dilantik sebagai
professor
dan
seterusnya
menerima
anugerah
American
Psychological Association untuk Distinguished scientific contribution
pada tahub 1980.
Pada tahun berikutnya, Bandura bertemu dengan Robert Sears dan
belajar tentang pengaruh keluarga dengan tingkah laku social dan
proses identifikasi. Sejak itu Bandura sudah mulai meneliti tentang
agresi pembelajaran social dan mengambil Richard Walters,
muridnya yang pertama mendapat gelar doctor sebagai
pembantunya. Bandura berpendapat, walaupun prinsip belajar
cukup untuk menjelaskan dan meramalkan perubahan tingkah laku,
prinsip itu harus memperhatikan dua fenomena penting yang
diabaikan atau ditolak oleh paradigma behaviorisme. Albert Bandura
sangat terkenal dengan teori pembelajaran social, salah satu konsep

dalam aliran behaviorime yang menekankan pada komponen


kognitif dari pemikiran, pemahaman, dan evaluasi.
Menurut beliau manusia secara semula jadinya belajar melalui
proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang
bertingkah laku dalam kehidupan seharian seperti berjalan, makan,
minum, mendapat penghargaan, pujian atau menerima hukuman.
Pada asalnya ia lebih merupakan kepada teori pembelajaran sosial
tetapi telah berkembang kepada teori pembelajatan sosial kognitif.
Ini kerana terdapat proses kognitif terlibat di dalamnya. Bagaimana
kanak-kanak meniru perlakuan orang dewasa dan bagaimana
persekitaran mempengaruhi kehidupan dan perlakuan kanak-kanak.
Sebab itu Bandura mengatakan bahawa pembelajaran secara
peniruan
melibatkan
tiga
unsur iaitu,individu
(kognitif),
persekiataran dan tingkah laku itu sendiri (Ormrod, 2008).
Individu yang meniru tingkah laku orang lain, menjadikan orang
yang ditiru itu sebagai model. Jadi tidak hairan jika kita tengok
muda mudi sekarang lebih berminat meniru gaya fesyen pakaian
selebriti yang mereka minati. Sehubungan itu model boleh
dibahagikan kepada dua. Pertama ialah model sebenar/hidup,
iaitu belajar melalui orang yang sebenar. Misalnya jika mahukan
hiasan dalaman maka Eric Leong akan dijadikan model. Manakala
model kedua ialah model simbolik, iaitu model yang dilihat menerusi
video, lakonan watak dalam cerita atau rajah. Murid mungkin belajar
sesuatu melalui pemerhatian atau peniruan daripada sumber yang
dinyatakan.
Eksperimen yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll
yang menunjukkan anak-anak meniru seperti perilaku agresif dari
orang dewasa disekitarnya.Albert Bandura seorang tokoh teori
belajar social ini menyatakan bahwa proses pembelajaran dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan dengan menggunakan
pendekatan permodelan . Beliau menjelaskan lagi bahwa aspek
perhatian pelajar terhadap apa yang disampaikan atau dilakukan
oleh guru dan aspek peniruan oleh pelajar akan dapat memberikan
kesan yang optimum kepada pemahaman pelajar.
Bandura (1986) telah mengenal pasti empat unsur utama yang
membantu
dalam
proses
pembelajaran
permodelan
iaitu
pemerhatian , mengingati,reproduksi serta peneguhan dan motivasi.
Untuk belajar melalui pemerhatian, kita mesti menumpukan
perhatian. Biasanya kita memberi perhatian kepada orang yang
menarik, popular, cekap atau disanjungi. Untuk kanak- kanak kecil
ini mungkin merujuk kepada ibu bapa, abang atau kakak atau guruguru. Bagi pelajar yang lebih tua ia mungkin merujuk kepada rakan
sebaya yang popular dan artis pujaan. Faktor- faktor yang
mempengaruhi perhatian ialah ciri- ciri model termasuk nilai, umur,
jantina, status dan perhubungan dengan pemerhatian. Dalam
pengajaran guru perlu memastikan murid menumpukan perhatian
kepada ciri- ciri penting pelajaran dengan pengajaran yang jelas dan
menekankan isi- isi penting. Dalam suatu tunjuk cara contohnya

memasukkan benang ke lubang jarum mesin jahit kita mungkin


memerlukan murid- murid duduk berhampiran dengan kita supaya
mereka nampak bagaimana cara melakukannya dengan betul.
Perhatian mereka akan ditumpukan kepada ciri- ciri yang betul
dalam situasi tersebut dan dengan itu menjadikan pembelajaran
pemerhatian yang betul.Seterusnya,kebolehan untuk menyimpan
apa yang diperhatikan dalam memori adalah keupayaan
mengingati.Seseorang boleh menyimpan maklumat yang telah
diperhatikan
dalam
pelbagai
cara,seperti
dalam
bentuk
koding,grafik
mental,penyusunan
kognitif
,simbolik
dan
sebagainya.Sementara itu,reproduksi merujuk kepada kebolehan si
pemerhati untuk menghasikan semula imej dan maklumat yang
telah diperhatikan.Pemerhatian harus berupaya melakukan semula
tingkah laku yang ditirunya. Apabila seseorang tahu bagaimana
sesuatu tingkah laku ditunjukkan dan mengingat ciri- ciri atau
langkah- langkah dia mungkin belum boleh melakukannya dengan
lancar. Sesorang itu memerlukan latihan yang banyak, mendapat
maklum balas dan bimbingan tentang perkara- perkara penting
sebelum boleh menghasilkan tingkah laku model. Di peringkat
penghasilan latihan menjadikan tingkah laku lebih lancar dan
mahir.Dengan itu, seseorang itu mungkin telah memperoleh satu
kemahiran atau tingkah laku baru melalui pemerhatian, tetapi ia
mungkin tidak dapat melakukan tingkah laku itu sehingga ada
sesuatu bentuk motivasi atau insentif untuk melakukannya.
Peneguhan
boleh
memainkan
beberapa
peranan
dalam
pembelajaran pemerhatian. Seandainya individu itu mengharapkan
untuk mendapat peneguhan dengan meniru tindakan seseorang
model, ia mungkin menjadi lebih bermotivasi untuk menumpukan
perhatian, mengingat dan menghasilkan semula tingkah laku. Selain
itu, peneguhan penting untuk mengekalkan pembelajaran.
Seseorang yang mencuba menunjukkan tingkah laku baru tidak
akan mengekalkanya tanpa peneguhan. Sebagai contoh, seorang
murid yang tidak popular cuba memakai pakaian fesyen baru tetapi
diejek oleh rakan- rakan dan dia tidak akan meneruskan
peniruannya.
Menurut Bandura,terdapat lima jenis peniruan seperti peniruan
secara
langsung,peniruan
secara
tidak
langsung,peniruan
gabungan,peniruan sekat laluan dan yang tak sekat laluan. Pertama,
pemerhati mungkin menghasilkan semula tingkah laku model dan
menerima peniruan secara langsung. Contohnya, seorang ahli
gimnastik menunjukkan pergerakan badan yang baik dan dia di puji
oleh jurulatihnya dengan kata- kata seperti syabas. Kedua
pemerhati mungkin melihat orang lain menerima peniruan secara
tidak langsung dan mengikut tingkah laku orang yang diperhatikan.
Contohnya kanak- kanak yang melihat program televisyen yang
penuh dengan keganasan mungkin meniru tingkah laku keganasan
model melalui program tersebut. Ketiga ialah peniruan melalui
proses gabungan. Dalam proses ini seseorang akan meniru apa
yang dilakukan oleh orang lain jika dia sudah mengetahui cara- cara

melakukan tingkah laku tersebut. Sebagai contoh timbul keinginan


di hati Ali untuk membantu ibunya memotong rumput setelah
melihat Rahman membantu ibunya. Keempat peniruan sekat lakuan.
Peniruan yang sesuai dilakukan dalam keadaan tertentu tetapi tidak
digunakan dalam keadaan atau situasi yang lain. Sebagai contoh,
murid boleh meniru kawan mereka yang bising senasa kelas
pendidikan jasmani di padang tetapi tidak boleh meniru tingkah laku
ini di dalam kelas. Kelima iaitu peniruan tak sekat lakuan. Dalam
proses ini seseorang individu akan terus mengamalkan peniruan
dalam apa- apa jua situasi. Sebagai contoh, Radzi yang menyertai
satu kumpulan menyimpan rambut panjang semasa cuti sekolah
akan terus menyimpan rambut panjangnya semasa sesi
persekolahan bermula.
Teori permodelan boleh digunakan untuk mencapai beberapa kesan
dalam bilik darjah.Sebagai seorang guru,ia mesti selalu mengajar
atau memodelkan satu tingkah laku,sikap atau kemahiran yang baru
kepada murid-murid.Selain itu,guru juga sentiasa mengukuhkan
tingkahlaku-tingkahlaku
yang
telah
diajar
kepada
muridmuridnya.Dengan itu,guru-guru mesti memastikan yang proses
permodelan digunakan untuk mengatasi segala perasaan takut dan
bimbang murid-murid.Murid-murid yang berani digalakkan untuk
menonjolkan kemahiran atau kerja mereka terlebih dahulu.