Anda di halaman 1dari 2

1.

PENGENALAN

Ungkapan dunia tanpa sempadan, maklumat di hujung jari dan beberapa lagi ungkapan
yang sering kita dengar dan acap kali diungkapkan yang mana merujuk kepada kekuasaan
dan perkembangan dunia teknologi maklumat yang berkembang dengan pesat bagai tiada
noktah. Pada masa kini, teknologi maklumat merupakan suatu keperluan dalam kehidupan
kita seharian. Ia berkembang sejajar dengan penghasilan gajet-gajet mudah alih seperti
telefon pintar dan pelbagai pakej perkhidmatan internet ditawarkan yang membenarkan
pengguna memperolehi perkhidmatan internet dan perkongsian maklumat dengan amat
mudah tanpa mengira masa dan tempat.
Di samping perkongsian dan carian maklumat atas talian, fenomena media sosial turut
mengambil tempat dalam kehidupan harian kita pada masa kini. Ia tidak mengenal usia,
jantina, latar belakang kehidupan dan sebagainya. Semua orang bebas dan berhak
menggunakan media sosial mengikut keperluan dan keselesaan individu. Manfaat dan
kebaikan dunia teknologi maklumat dan media sosial dalam kehidupan kita seharian amat
banyak. Namun ianya harus digunakan secara bijak dan terkawal.
Oleh yang demikian pendekatan media sosial menjadi fenomena penting kepada persekitaran
perniagaan. Teknologi pemasaran melalui media sosial boleh digunapakai bagi memastikan
aktiviti pemasaran khususnya dapat dipertingkatkan. Di antara laman media sosial yang
popular ialah 'Facebook', 'Instagram', 'Blog', 'Twitter', 'WhatsApp' dan 'Google+'. Pada masa
kini teknologi maklumat bukan sahaja melibatkan literasi komputer malahan ia juga
digunakan dalam proses komunikasi dan proses penyelesaian masalah dalam tugasan. Ia juga
berfungsi sebagai media yang menyampaikan maklumat dalam bidang perniagaan.
Selain menjadi komponen yang penting dalam perniagaan, perhubungan harmoni diantara
teknologi dan perniagaan harus diwujudkan. Sekiranya penggunaan teknologi diabaikan
1

perniagaan akan hilang daya saing sama ada di peringkat tempatan atau global. Kemajuan
aplikasi media sosial dalam beberapa dekad yang lalu telah banyak meningkatkan daya saing
dalam perniagaan dan ekonomi di seluruh dunia. Kebanyakan syarikat telah menggunakan
perisian, komputer dan internet untuk meluaskan perniagaan mereka dari pasaran tempatan ke
pasaran nasional dan global.
Perkembangan pesat dunia sains dan teknologi telah mengubah corak hidup masyarakat kini.
Segala urusan pemprosesan, pengumpulan maklumat-maklumat atau apa juga aspek-aspek
dalam pelbagai bidang yang dahulunya dilakukan secara manual telah berjaya dilakukan
dengan lebih efektif cepat serta lebih praktikal dengan pengaplikasian media sosial. Ia bukan
sahaja dapat membantu dalam proses penyampaian maklumat produk perniagaan, malah
dapat membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan dan produktiviti dalam
perniagaan.
Bersesuaikan dengan dunia globalisasi tanpa sempadan, teknologi media sosial merupakan
alat atau mesin maklumat dalam masyarakat kini dan ia juga menjadi nadi penggerak dalam
pengurusan apa juga bidang yang diceburi seperti perniagaan khasnya.

Anda mungkin juga menyukai