Anda di halaman 1dari 2

2.

MEDIA SOSIAL

Media sosial merupakan sesuatu medium yang berangkaian dimana boleh menghubungkan di
antara pengguna dengan pengguna yang lain. Oleh yang demikian pelbagai sesawang dicipta
dengan pelbagai perkihidmatan yang tersendiri. Dalam keadaan ini, bidang perniagaan turut
mengambil kesempatan untuk mengembang dan mempromosikan produk-produk dan
perkhidmatan mereka dalam dunia IT global. Andreas Kaplan dan Michael Haenlein
mendefinisikan media sosial sebagai sebuah kumpulan aplikasi berasaskan internet yang
membangun atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0, dan yang membolehkan penciptaan
dan pertukaran. Media sosial yang terlibat dalam bidanng perniangaan adalah seperti
Facebook, Instagram, Whatsapp, Mudah.my, Zalora dan sebagainya.
Menurut Antony Mayfield dari iCrossing, media sosial adalah mengenai menjadi manusia
biasa. Manusia biasa yang saling berkongsi idea, bekerjasama, dan bekerjasama untuk
mencipta ciptaan, berfikir, berdebat, mencari seseorang yang boleh menjadi kawan baik,
mencari pasangan, dan membina sebuah komuniti. Terasnya, dengan menggunakan media
sosial menjadikan kita sebagai diri sendiri. Selain kelajuan maklumat yang boleh diakses
dalam beberapa saat, menjadikan diri sendiri dalam media sosial merupakan alasan mengapa
media sosial berkembang pesat. Tidak terkecuali, keinginan untuk kepentingan diri dan
keperluan menciptakan nama peribadi.
Ketika teknologi internet dan telefon bimbit semakin maju, media sosial pun turut
membangun dengan pesat. Kini untuk mengakses facebook atau twitter, dengan hanya
menggunakan telefon bimbit kita boleh melayarinya di mana-mana saja dan pada bila-bila.
Begitu cepatnya seseorang boleh mengakses media sosial mengakibatkan terjadinya
fenomena besar terhadap arus maklumat tidak hanya di negara-negara maju, bahkan juga di

Malaysia. Kerana kelajuannya itu, media sosial juga akan menggantikan peranan media
massa konvensional dalam menyebarkan berita-berita.

Anda mungkin juga menyukai