Anda di halaman 1dari 25

PENGGUNAAN TICKI-TACKA MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MENGECAM FAKTA ASAS


TAMBAH DALAM MATEMATIK

FAROYNER FABIAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS DARULAMAN

OKTOBER 2015

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Kementerian Pelajaran Malaysia (1995) mendefinisikan murid masalah pembelajaran
sebagai murid yang telah dikenalpasti dan disahkan oleh pakar profesional sebagai
mengalami kekurangan yang mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran.
Sementara, Mohd. Sharani Ahmad (2004) menyatakan bahawa murid bermasalah
pembelajaran adalah mereka yang mempunyai masalah neurologikal hingga
menjejaskan pemahaman, penggunaan bahasa, pertuturan, penulisan, berfikir,
membaca, menulis, mengeja dan kemahiran matematik.
Kesulitan belajar merupakan masalah yang sangat sering dijumpai di sekolah.
Apabila kanak-kanak menghadapi masalah dalam matematika pada tingkat yang
serius, ia dapat dikatakan menghadapi masalah diskalkulia (Jamila K.A. Muhammad,
2008). Diskalkulia disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya adalah kelemahan
dalam proses pengamatan, iaitu kanak-kanak tidak dapat mengamati nombor dan
Matematik secara keseluruhannya. Mereka sering mengalami masalah dalam
mengenal nombor dan menukar-nukar urutan nombor.
Operasi tambah merupakan salah satu kemahiran Matematik yang amat
penting dikuasai. Penambahan ialah operasi mencantumkan dua nilai nombor untuk
menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah. Pendedahan
operasi penambahan dijalankan sebaik sahaja murid telah menguasai nombor bulat,
nilai tempat serta fakta asas tambah. Fakta asas tambah

merupakan kombinasi

penambahan (termasuk songsangannya) yang setiap sebutan tambahnya menggunakan

satu digit sahaja. Penguasaan fakta asas tambah merupakan asas bagi kemahiran untuk
menyelesaikan operasi tambah pada peringkat yang lebih tinggi. Namun begitu, masih
terdapat murid yang tidak dapat menguasai sepenuhnya kemahiran ini kerana pelbagai
faktor seperti persekitaran pembelajaran, kaedah pengajaran dan pembelajaran guru
serta faktor kebolehan intelek murid itu sendiri.
Menurut (National Councils Teacher of Mathematics, 2000) dalam Effandi
Zakaria et. Al (2007), pengajaran Matematik yang berkesan memerlukan kefahaman
tentang apa yang murid tahu dan perlu untuk pembelajaran. Seterusnya, guru harus
tahu dan faham secara mendalam tentang Matematik yang ingin diajar, murid sebagai
orang yang belajar dan strategi pedagogikal. Sebagai seorang guru, guru perlu
mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang apa yang ingin diajar, mempunyai
pengetahuan tentang cabaran yang akan mendatang dalam sesuatu idea, mempunyai
pengetahuan tentang sesuatu idea, mempunyai pengetahuan tentang bagaimana
menilai kefahaman murid. Pengajaran berkesan juga memerlukan guru membuat
refleksi dan usaha berterusan untuk mencari pembaharuan (National Council Teachers
of Mathematics, 2000). Untuk itu, guru memainkan peranan penting dalam merancang
dan melaksanakan intervensi yang sesuai bagi meningkatkan penguasaan murid dalam
fakta asas tambah Matematik.

1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu


Bagi praktikum Fasa Ketiga, saya telah menjalani praktikum selama tiga bulan di
sebuah sekolah di daerah Sungai Petani. Semasa berada di sekolah ini di unit
Pendidikan Khas Integrasi khususnya, saya telah ditugaskan untuk mengajar subjek
Matematik bagi murid-murid kelas Tahun 4. Sebelum memulakan sesi pengajaran dan

pembelajaran, saya telah mengadakan ujian diagnostik bagi mengetahui dan menilai
tahap pengetahuan sedia ada murid bagi subjek Matematik. Hasil daripada ujian
diagnostik ini, saya dapat membahagikan murid-murid kepada dua kumpulan iaitu satu
kumpulan sederhana dan satu kumpulan lemah bagi pengajaran dan pembelajaran
Matematik.
Dalam satu sesi PdP dalam tajuk operasi tambah dalam lingkungan 18, saya
mendapati terdapat segelintir murid yang memberikan jawapan yang salah semasa
menyelesaikan operasi tambah dua nombor satu digit secara ayat. Pada ketika ini, saya
menggunakan kaedah gundalan bagi membantu murid menyelesaikan soalan operasi
tambah yang diberikan. Namun begitu, apabila soalan operasi tambah untuk dua
nombor yang berbeza tetapi kedudukan nombor tersebut berubah, saya mendapati
murid mulai keliru dan membuat kesilapan semasa melakukan pengiraan
menggunakan kaedah gundalan seterusnya memberikan jawapan yang salah semasa
menyelesaikan soalan tersebut. Ini berlaku bagi beberapa pola penambahan nombor
yang tertentu.
`Saya percaya bahawa pembelajaran merupakan satu aktiviti yang sangat
menyeronokkan. Rohani Binti Abdullah (2003), belajar sambil bermain adalah aktiviti
semula jadi bagi kanak-kanak. Aktiviti belajar sambil bermain mampu merangsang
daya pemikiran dan ingatan murid terhadap sesuatu pengetahuan yang dipelajari.
Apabila aktiviti bermain dikukuhkan dengan suasana yang merangsang pembelajaran
melalui penerokaan dan perbincangan bersama orang dewasa yang berpengetahuan,
kanak-kanak dapat mencapai perkembangan yang optimum. Saya juga berpendapat
bahawa, murid-murid tidak suka belajar dalam suasana yang terlalu rigid, tetap dan
kurang fleksibel. Memberikan latih tubi yang kerap sememangnya bagus untuk
melatih dan mengukuhkan kemahiran serta penguasaan pengetahuan murid, tetapi

mungkin adalah lebih efektif sekiranya kaedah latih tubi dipelbagaikan dengan
aktiviti-aktiviti yang lebih menyeronokkan dan bukan berfokus kepada latihan bertulis
sahaja.
Bertitik tolak daripada penaakulan dalam diri saya sebagai seorang guru, maka
timbul satu persoalan dalam diri saya, adakah terdapat satu cara atau kaedah yang
membolehkan murid menguasai pelbagai kemahiran Matematik khususnya dalam
kemahiran menambah untuk soalan-soalan fakta asas operasi tambah selain daripada
latih tubi bertulis yang berulang semata-mata? Saya yakin dan percaya bahawa setiap
murid boleh diajar, diasah dan dibimbing bagi meningkatkan potensi diri murid. Saya
juga berpendapat bahawa satu kaedah pengajaran baru perlu dilaksanakan bagi
meningkatkan kemahiran murid terutamanya dalam menguasai kemahiran asas operasi
tambah kerana pembelajaran murid untuk menguasai kemahiran Matematik yang
seterusnya tentu akan terhalang sekiranya murid masih keliru dan tidak dapat
membezakan pola penambahan bagi nombor-nombor tertentu.
1.3 Pengumpulan Data Awal
Chow Fook Meng & Jaizah Mahamud (2011), maklumat-maklumat yang relevan dan
cukup perlu dikumpul daripada pelbagai sumber untuk dijadikan asas analisis dan
refleksi. Sebarang maklumat dalam apa jua bentuk yang dapat menjelaskan situasi
yang dikaji dinamakan data. Beberapa kaedah pengumpulan data awal telah digunakan
bagi menjelaskan lagi masalah utama yang dikaji iaitu pemerhatian, temu bual dan
analisis dokumen.

1.3.1 Pemerhatian

Melalui pemerhatian, pengkaji dapat memerhatikan banyak aspek-aspek yang


menyumbang kepada masalah yang dihadapi oleh murid. Ini terutamanya semasa
pengajaran dan pembelajaran Matematik di kelas ketika murid-murid menyelesaikan
sesuatu tugasan Matematik yang diberikan. Dalam kajian ini, pengkaji telah
melakukan pemerhatian secara tidak berstruktur. Antara aspek-aspek yang
diperhatikan semasa pemerhatian tidak berstruktur termasuklah strategi pengajaran
dan pembelajaran yang digunakan oleh guru, urutan kaedah penyelesaian masalah oleh
murid, kaedah pengiraan yang digunakan dan tahap penguasaan kemahiran murid
semasa murid menyiapkan tugasan yang diberikan. Hasil pemerhatian awal
menunjukkan murid boleh menyelesaikan soalan untuk fakta asas tambah Matematik
tetapi kerapkali mengalami kekeliruan dalam menyelesaikan soalan dengan pola
nombor yang tertentu termasuklah apabila kedudukan nombor untuk soalan yang sama
berubah.
1.3.2 Temu Bual
Kaedah temu bual juga telah digunakan bagi mendapatkan maklumat yang lebih
spesifik. Pengkaji telah memilih untuk mengadakan temu bual tidak berstruktur
bersama dengan guru yang mengajar subjek Matematik dan juga beberapa orang
responden yang dikenalpasti mengalami masalah dalam menyelesaikan soalan fakta
asas tambah. Temu bual tidak berstruktur bersama dengan guru yang mengajar subjek
Matematik adalah berfokus kepada penilaian secara kasar tentang tahap penguasaan
responden dalam operasi tambah serta teknik atau kaedah pengiraan dan penyelesaian
masalah yang telah diajarkan oleh guru kepada murid. Hasil temu bual menjelaskan
bahawa murid adakalanya kurang peka terhadap pola nombor yang terlibat dalam
soalan fakta asas tambah. Walaupun murid dapat mengenal nombor dan nilai bagi
sesuatu nombor, murid masih melakukan kesilapan semasa menyelesaikan soalan-

soalan fakta asas tambah. Hasil temu bual tidak berstruktur bersama dengan beberapa
orang responden menunjukkan mereka seringkali keliru apabila kedudukan nombor
untuk sesuatu soalan fakta asas tambah yang sama berubah dan bagi pola-pola nombor
tertentu walaupun soalan tersebut menghasilkan jawapan yang sama.
1.3.3 Analisis Hasil Kerja
Analisis Ujian Diagnostik dan hasil kerja murid menunjukkan murid boleh
menyelesaikan soalan operasi tambah dua nombor satu digit secara ayat untuk pola
nombor besar ditambah dengan nombor kecil tetapi, memberi jawapan yang salah
apabila soalan yang sama diulang tetapi kedudukan nombor kecil dan nombor besar
berubah. Walaupun kaedah gundalan telah diajarkan, dan murid boleh membuat
pengiraan menggunakan kaedah gundalan, murid didapati masih melakukan kesilapan
semasa memberikan jawapan kepada beberapa soalan fakta asas tambah yang
melibatkan pola-pola nombor tertentu.

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Huraian Fokus Kajian
Kajian ini akan memberi fokus kepada bagaimana untuk meningkatkan kebolehan
mengecam fakta asas tambah dalam Matematik bagi murid-murid bermasalah
pembelajaran. Murid-murid dalam kajian ini mengalami kekeliruan apabila
berhadapan dengan pola-pola penambahan dua nombor tertentu terutamanya pola
penambahan nombor besar ditambah dengan nombor kecil dan pola penambahan
nombor kecil ditambah dengan nombor besar.

2.1.2 Kebolehtadbiran

Untuk meningkatkan kebolehan mengecam fakta asas tambah dalam Matematik bagi
murid-murid bermasalah pembelajaran, pengkaji berpendapat bahawa satu aktiviti
pengukuhan yang berasaskan permainan sebagai intervensi perlu diadakan dalam satu
bahagian masa untuk setiap sesi pengajaran dan pembelajaran Matematik sehinggalah
murid dapat menguasai sepenuhnya kemahiran ini. Seterusnya, permainan ini bebas
dimainkan oleh murid di luar waktu pengajaran dan pembelajaran bagi meningkatkan
lagi kebolehan mengecam fakta asas tambah dalam Matematik. Masa yang diambil
untuk pelaksanaan aktiviti intervensi ini tidak lama tetapi mungkin perlu diadakan
secara berterusan bagi merangsang minat murid kepada intervensi yang dicadangkan.
Penilaian awal menggunakan lembaran kerja juga diadakan pada peringkat awal
sebelum intervensi dijalankan dan satu lagi penilaian awal menggunakan lembaran
kerja yang setara bagi mendapatkan perbandingan pencapaian sebelum dan selepas
intervensi. Kajian pula akan dilakukan di dalam kelas Pendidikan Khas sahaja dan
melibatkan responden yang dipilih dalam kelas yang sama.

2.1.3 Kepentingan
Kajian ini penting untuk mengetahui bagaimanakah cara atau kaedah yang
sesuai bagi meningkatkan kebolehan mengecam fakta asas tambah dalam Matematik
bagi murid-murid bermasalah pembelajaran. Fakta asas tambah merupakan asas
binaan kepada pengetahuan murid untuk menyelesaikan soalan operasi tambah pada
peringkat yang lebih kompleks termasuklah operasi tambah yang melibatkan
penyelesaian sama ada secara ayat mahupun secara lazim dengan atau tanpa
pengumpulan semula. Kebiasaannya, walaupun menggunakan kaedah bentuk lazim
bagi menyelesaikan soalan operasi tambah, murid-murid akan tetap menyelesaikan
soalan secara langkah demi langkah bermula dengan penambahan antara dua nombor

satu digit terlebih dahulu. Penambahan antara dua nombor satu digit pula sudah
tentunya akan melibatkan pola-pola seperti pola nombor besar ditambah dengan
nombor kecil ataupun pola nombor kecil ditambah dengan nombor besar. Sekiranya
murid keliru dan tidak dapat membezakan pola penambahan dua nombor satu digit
yang merupakan fakta asas tambah dalam Matematik, kemungkinan besar ini akan
memberi kesan kepada kompetensi mereka dalam menyelesaikan soalan operasi
tambah pada peringkat yang lebih kompleks. Ringkasnya, kajian ini penting untuk
meneroka bagaimanakah cara atau kaedah yang sesuai bagi meningkatkan kebolehan
mengecam fakta asas tambah dalam Matematik bagi murid-murid bermasalah
pembelajaran.

2.2 Tindakan / Intervensi


Intervensi yang akan dijalankan dalam kajian ini adalah untuk meningkatkan
kebolehan mengecam fakta asas tambah Matematik bagi murid-murid bermasalah
pembelajaran. Kaedah yang digunakan dalam intervensi ini ialah kaedah permainan
Ticki-Tacka. Pengkaji telah menyediakan sebuah papan permainan yang boleh
mendedahkan murid kepada pelbagai pola nombor untuk penambahan dua nombor
satu digit.
Permainan ini menggunakan konsep permainan Tic-tac-toe. Ia merupakan
modifikasi kepada permainan Catur Kuta Bali (Kurang, Tambah, Bagi, Kali) yang
berasal dari Indonesia. Pada asalnya, permainan ini menggunakan operasi tambah,
operasi tolak, operasi bahagi dan operasi darab untuk dimainkan dan meliputi
lingkungan nombor 1 hingga 100. Namun begitu, pengkaji telah melakukan
pengubahsuaian dengan menggunakan operasi tambah sahaja untuk permainan ini dan

meletakkan lingkungan nombor 0 hinga 18 dalam petak permainan sesuai dengan


fakta asas tambah Matematik di mana hasil tambah maksimum bagi dua nombor satu
digit ialah 18.
Arena

Askar Hitam
Askar Putih
Manik-manik mewakili nilai
setiap nombor

Raja Putih

Kawasan Pit

Raja Hitam

Rajah 1 : Set permainan Ticki-Tacka


3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN
3.1 Objektif Kajian
Meningkatkan kemahiran mengecam fakta asas tambah dalam Matematik bagi murid
bermasalah pembelajaran dengan menggunakan Ticki-Tacka.
3.2 Soalan Kajian
Sejauh manakah Ticki-Tacka dapat meningkatkan kemahiran mengecam fakta asas
tambah dalam Matematik bagi murid bermasalah pembelajaran?

4.0 KUMPULAN SASARAN


Kumpulan sasaran kajian adalah melibatkan murid-murid di Program Pendidikan
Khas Integrasi di sebuah sekolah yang terletak di daerah Sungai Petani. Seramai 2
orang murid lelaki telah dipilih untuk dijadikan responden kajian. Kedua-dua murid
ini berumur 10 tahun. Mereka mempunyai masalah pembelajaran yang sama iaitu
Slow learner. Berikut merupakan maklumat responden :
Jadual 1 : Ciri-ciri responden kajian
Jantina
Prestasi
Akademik

A
B
Lelaki
Lelaki
Pengetahuan sedia ada - boleh Pengetahuan sedia ada - boleh
mengenal nombor 1 hingga 20 mengenal nombor 1 hingga 20
dan tahu nilai nombor.
dan tahu nilai nombor.

Ciri-Ciri
Unik

Aktif dan sentiasa ingin cepat


dalam melakukan sesuatu
tugasan.
Keliru dalam menyelesaikan

soalan fakta asas operasi


tambah apabila kedudukan
nombor untuk soalan yang
sama diulang.

Pendiam dan malu untuk


bertanya
kepada
guru
sekiranya terdapat perkara
yang tidak difahami.
Keliru dalam menyelesaikan
soalan fakta asas operasi
tambah apabila kedudukan
nombor untuk soalan yang
sama diulang.

5.0 PERANCANGAN PELAKSANAAN KAJIAN


5.1 Langkah-Langkah Tindakan
Beberapa aktiviti yang bersesuaian telah dirancang bagi meningkatkan
murid dalam mengecam fakta asas tambah. Pelaksanaan

kebolehan

intervensi yang dipilih

adalah berasaskan kepada teori Pembelajaran Penemuan oleh

Jerome

Bruner.

Bruner (1966) dalam Cheong Lean Kew (2012) menyatakan, pembelajaran adalah satu
proses sosial yang aktif di mana murid-murid akan membina idea atau konsep baru
berasaskan pengetahuan sedia ada masing-masing.
Mereka akan memilih maklumat yang diperlukan, kemudian membentuk
hipotesis, seterusnya mengintegrasikan bahan baru ini ke dalam pengetahuan
sedia ada serta konstruk mental

masing-masing. Proses ini adalah satu proses

yang berterusan dan Bruner juga menyatakan bahawa murid-murid lebih mudah untuk
memperoleh pengetahuan apabila

mereka menemuinya sendiri.

5.1.1 Aktiviti Ticki-Tacka 1 (TT1)


Aktiviti ini dijalankan di dalam kelas dan melibatkan kedua-dua responden pada masa
yang sama. Ia bertujuan untuk memberi pendedahan kepada responden tentang
pengiraan fakta asas operasi tambah menggunakan Ticki-Tacka. Caranya ialah, guru
terlebih dahulu memberikan soalan fakta asas operasi tambah kepada murid dan
mendemonstrasikan cara menyelesaikan soalan tersebut dengan menggunakan TickiTacka. Guru menggerakkan buah Raja pada kawasan Pit untuk mewakili soalan fakta
asas operasi tambah yang telah diberikan. Kemudian, responden diminta untuk
mengira hasil tambah kedudukan kedua-dua buah Raja yang mewakili nombor dari 0
hingga 9. Responden boleh menggunakan manik-manik yang mewakili nilai setiap

nombor bagi membantu mereka mendapatkan jawapan bagi soalan yang


dikemukakan. Aktiviti ini diulang bagi beberapa soalan fakta asas operasi tambah
yang lain. Selain itu, responden turut diberi lembaran kerja untuk menulis soalan
fakta asas tambah yang diberikan oleh guru semasa aktiviti dilakukan (Sila lihat
Lampiran A).
Rasional aktiviti ini adalah untuk memberi peluang kepada responden
mengecam pelbagai pola penambahan dua nombor satu digit yang menjadi fakta asas
operasi tambah dalam Matematik. Ini dilakukan melalui pergerakan buah Raja pada
mana-mana nombor di kawasan Pit yang mewakili nilai nombor mengikut soalan
yang diberikan oleh pengkaji kepada responden.

5.1.2 Aktiviti Ticki-Tacka 2 (TT2)


Pelaksanaan aktiviti ini akan dijalankan selepas pelaksanaan aktiviti pertama. Aktiviti
ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada responden tentang variasi pola
penambahan bagi mendapatkan sesuatu nombor dalam lingkungan 18. Caranya ialah
pengkaji menunjukkan satu kad nombor dalam lingkungan 18, kemudian responden
diminta untuk mencari dua nombor yang apabila ditambah akan menjadi nombor
yang ditunjukkan oleh pengkaji. Responden akan menggerakkan kedudukan keduadua buah Raja bagi menunjukkan dua nombor tersebut. Seterusnya, pengkaji
membimbing responden menyusun kedudukan buah Raja untuk menghasilkan variasi
pola penambahan dua nombor bagi mendapatkan nombor yang telah disebutkan
sebelum pengkaji meminta responden untuk menunjukkan sendiri dua nombor lain
yang mempunyai hasil tambah yang sama dengan nombor yang disebutkan oleh
pengkaji.

Lembaran kerja diedarkan bagi membolehkan responden menulis variasivariasi pola penambahan dua nombor satu digit untuk mendapatkan satu jawapan
yang sama (Sila rujuk Lampiran B). Rasional aktiviti ini dijalankan ialah supaya
responden dapat mengecam pelbagai variasi pola penambahan dua nombor satu digit
untuk mendapatkan satu jawapan yang sama walapun kedudukan dan nilai kedua-dua
nombor tersebut berbeza. Ini dapat dilakukan semasa menggerakkan kedudukan
kedua-dua buah Raja pada kawasan Pit sambil mengira hasil tambah nombor
menggunakan manik-manik yang mewakili nilai nombor untuk kedudukan Raja yang
dipilih.

5.1.3 Aktiviti Ticki-Tacka 3 (TT3)


Aktiviti ini pula akan dijalankan selepas pelaksanaan aktiviti kedua. Aktiviti ini lebih
kepada permainan menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang digunakan dalam
aktiviti Ticki-Tacka 1 dan Ticki-Tacka 2. Berikut merupakan peraturan dan tatacara
permainan ini :
Peraturan Permainan

Permainan ini dimainkan oleh dua orang pemain, satu pemain Putih dan satu
pemain Hitam.

Setiap pemain akan dibekalkan dengan 19 buah mainan yang terdiri daripada 18
buah askar dan 1 buah raja.

Buah raja akan bergerak di kawasan Pit sahaja sementara buah askar pula
hanya bergerak di kawasan Arena sahaja.

Buah askar akan bergerak mengikut hasil tambah kedudukan kedua-dua buah
raja di kawasan Pit mengikut giliran.

Pemain boleh menggerakkan buah raja masing-masing di mana-mana kawasan


di dalam Pit.

Tatacara Permainan

Pemain akan bermain mengikut peraturan permainan yang telah ditetapkan dan
memenuhkan papan permainan Ticki-Tacka dengan buah askar.

Pemain yang dapat mendominasi papan permainan dengan buah askar akan
dikira sebagai pemenang.

Rasional aktiviti ini ialah bagi membolehkan responden mengaplikasikan


pengetahuan dan kemahiran dalam aktiviti Ticki-Tacka 1 dan aktiviti Ticki-Tacka 2
untuk memenangi permainan yang mudah dan menyeronokkan. Melalui pergerakan
buah Raja mengikut giliran pada kawasan Pit, responden akan berhadapan dengan
situasi di mana mereka perlu menentukan kedudukan buah Raja yang sesuai dalam
mencari hasil tambah untuk meletakkan buah Askar pada petak Arena. Melalui sistem
penggiliran, responden secara tidak langsung akan terdedah kepada pelbagai fakta
asas operasi tambah yang diwakili oleh kedudukan kedua-dua buah Raja pada
kawasan Pit. Perlu diingat bahawa, mencari pemenang bukanlah menjadi fokus dalam
permainan ini tetapi lebih bertumpu kepada proses di mana responden akan terdedah
kepada pelbagai variasi pola penambahan dua nombor satu digit melalui pergerakan
buah Raja mengikut giliran pada kawasan Pit yang seterusnya meningkatkan
kemahiran mengecam fakta asas operasi tambah untuk kedua-dua responden.
5.2 Cara Mengumpul Data
Untuk memastikan keberkesanan kajian yang akan dijalankan, beberapa cara
mengumpul data akan digunakan sesuai dengan fokus serta objektif kajian.

5.2.1 Pemerhatian

Dalam kajian ini, pemerhatian secara berstruktur akan dijalankan sepanjang intervensi
iaitu pada Aktiviti 1, Aktiviti 2 dan Aktiviti 3. Instrumen senarai semak

akan

digunakan bagi mencatat hasil pemerhatian (Sila rujuk Lampiran 1, Lampiran 2 dan
Lampiran 3). Ini bertujuan untuk melihat

perkembangan responden

proses pelaksanaan intervensi. Pengkaji hanya perlu menanda ( / ) pada

sepanjang
setiap

kemahiran yang dikuasai oleh murid mengikut kriteria yang ditetapkan.

5.2.2 Temu Bual


Temu bual secara berstruktur akan dijalankan kepada guru yang mengajar subjek
Matematik bagi kelas responden yang dipilih sementara temu bual secara tidak
berstruktur pula akan dijalankan kepada responden yang dipilih. Temu bual
secara berstruktur bersama dengan guru subjek Matematik untuk kelas responden
yang dipilih

adalah bagi mendapatkan maklumat tentang kebolehan murid

menyelesaikan soalan fakta asas tambah Matematik sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran setelah intervensi selesai dijalankan. Soalan untuk temu bual akan
disediakan terlebih dahulu dan temu bual akan dilaksanakan secara formal. Ini
bertujuan bagi mendapatkan maklumat tentang perubahan yang dapat dikesan pada
kebolehan murid mengecam dan menyelesaikan fakta asas tambah sebelum dan
selepas intervensi. Temu bual secara tidak berstruktur bersama dengan responden pula
bertujuan untuk mendapatkan maklum balas responden terhadap intervensi yang
dilaksanakan.
5.2.3 Ujian
Dalam kajian ini, Ujian Pra dan Ujian Pos akan diadakan untuk membandingkan
prestasi murid sebelum dan selepas intervensi dijalankan. Dua set soalan ujian yang
setara (bukan sama) untuk Ujian Pra dan Ujian Pos akan disediakan untuk tujuan ini.

Ujian Pra akan dilaksanakan sebelum intervensi diadakan sementara, Ujian Pos pula
akan dilaksanakan

selepas aktiviti intervensi diadakan. Ini bertujuan untuk

mengenalpasti sejauh mana keberkesanan kaedah Ticki-Tacka dalam meningkatkan


kemahiran mengecam fakta asas tambah Matematik bagi responden yang telah dipilih.

5.3 Cara Menganalisis Data


5.3.1 Pemerhatian
Bagi menganalisis data bagi senarai semak pemerhatian berstruktur, pengkaji akan
menggunakan carta graf palang bagi memastikan responden dapat memahami konsep
dan penggunaan intervensi dengan cara yang betul. Melalui carta ini, pengkaji akan
dapat mengetahui kesesuaian intervensi yang dipilih dengan tahap pengetahuan sedia
ada responden serta tindak balas responden terhadap kaedah intervensi yang
dilaksanakan. Ia juga sebagai indikator awal untuk melihat sejauh mana penggunaan
Ticki-Tacka meningkatkan kemahiran mengecam fakta asas tambah dalam Matematik
untuk responden yang dipilih.

5.3.2 Temu Bual


Untuk menganalisis data temu bual secara berstruktur bersama dengan guru subjek
Matematik bagi kelas responden yang dipilih, dapatan temu bual akan
ditranskripsikan secara verbatim iaitu menggunakan perkataan atau ayat-ayat
yang

sebenarnya diperoleh hasil daripada temu bual. Sementara itu, untuk data temu

bual

secara tidak berstruktur bersama dengan responden pula, juga akan

ditranskripsikan

secara verbatim dan dianalisis untuk melihat sejauh mana

penggunaan kaedah Ticki-Tacka memberi kesan kepada kemahiran murid untuk

mengecam fakta asas

tambah dalam Matematik. Dapatan kaedah ini akan

dilaporkan dalam bentuk penulisan deskriptif.

5.3.3 Ujian
Bagi

menganalisis

data

ujian,

pengkaji

akan

menterjemahkan

maklumat

pencapaian murid dalam bentuk carta palang bagi membandingkan prestasi


murid pada Ujian Pra(sebelum intervensi dijalankan) dan Ujian Pos(selepas
intervensi

dijalankan). Menerusi analisis ini, pengkaji akan dapat mengetahui

tahap penguasaan

murid dalam menyelesaikan soalan fakta asas tambah

Matematik dan menentukan sejauh

manakah

penggunaan

Ticki-Tacka

dapat

meningkatkan kemahiran mengecam fakta asas tambah dalam Matematik bagi


responden yang dipilih.

SENARAI RUJUKAN
Alis Bin Puteh. (2008). Kajian Tindakan di Sekolah ; Definisi, Proses dan Cabaran.
Jitra,

Kedah Darul Aman. Pure Honey Enterprise.

Anthony Orton. (1999). Pattern in The Teaching and Learning


Mathematics. New

Of

York, London. Continuum.

Choong Lean Keow. (2012). Murid dan Alam Belajar Edisi Ke-2. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd. Subang Jaya, Selangor.
Chow Fook Meeng & Jaizah Mahamud. (2011). Siri Pendidikan : Kajian Tindakan :
Konsep

& Amalan dalam Pengajaran. Puchong, Selangor Darul

Ehsan. Penerbitan

Multimedia Sdn. Bhd.

Douglas H. Clements & Julie Sarama. (2014). Learning and Teaching Early
Math : The

Learning Trajocteris Approach 2nd Edition. United States.

Routledge.
Effandi Zakaria et. Al. (2007). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan : Trend
Pengajaran dan

Pembelajaran Matematik. Cheras, Kuala Lumpur.

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.


Jamilah K.A. Muhammad. (2008). Special Education For Special Children. Cilandak
Barat, Jakarta Selatan. Penerbit Hikmah (PT Mizan Publika)
Kathryn L. Braddon et. Al. (1993). Math Through Childrens
Making

The

Libraries Unlimited.

Literature :

NCTM Standards Come Alive. Greenwood Village.

Nani Menon & Rohani Abdullah. (2006). Panduan Kognitif Kanak-Kanak


Prasekolah.

Batu Caves, Kuala Lumpur. PTS Professional Publishing

Sdn. Bhd.
Noraini Idris. (2011). Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan : Pedagogi Dalam
Pendidikan

Matematik. Cheras, Kuala Lumpur. Utusan Publications &

Distributors Sdn. Bhd.


Rohani Abdullah et. Al. (2003). Panduan Kurikulum Prasekolah. Kuala
PTS

Professional Publishing

Lumpur.

Sdn. Bhd.

Sabri Ahmad et. Al. (2006). Siri Pengajian Pendidikan Utusan :

Isu-Isu

Dalam Pendidikan Matematik. Cheras, Kuala Lumpur. Utusan Publications


& Distributors

Sdn. Bhd.

Sean Macblain. (2014). How Children Learn. Devon, England. SAGE.


Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran
Malaysia.

(2008). Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ke-3. Dicapai daripada

https://www.scribd.com/document_downloads/direct/55146383?extension=p
df&ft=1431076725&lt=1431080335&user_id=240061828&uahk=PZQruubq
Wqa1YgfN6eo9U

18JMp8 pada 18 April 2015.

Muhammad Fathuddin Bin Ismail & Mazlan Bin Ibrahim. (2014). Penggunaan
Kaedah Sebut Ulang Berirama (Sub) Dalam Meningkatkan Kemahiran
Menambah Sebarang Dua

Nombor Tahun 3. Dicapai dari

http://mylib.cakna.net/index.php/2014/article/viewFile/578/559 pada 20 April


2015.

Lampiran A
Lembaran Kerja Ticki-Tacka 1

= ___

= ___

= ___

= ___

= ___

Lampiran B
Lembaran Kerja Ticki-Tacka 2

+
+
+
+

=
=
=
=

+
+
+

=
=
=

15

+
+
+

=
=
=

12

Lampiran C
Lembaran Kerja Aktiviti Ticki-Tacka 3

= ___

= ___

= ___

= ___

= ___
23

Lampiran D
Soalan Temubual Berstruktur

1. Apakah perubahan yang dapat dikenalpasti selepas kaedah Ticki-Tacka dilaksanakan


sebagai intervensi untuk meningkatkan kemahiran mengecam fakta asas tambah dalam
Matematik bagi responden yang dipilih?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

2. Pada pendapat cikgu, apakah aspek kekuatan dan kelemahan untuk kaedah intervensi yang
telah dilaksanakan?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

3. Apakah cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan kepada kaedah intervensi yang
telah dilaksanakan?
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________

24

Lampiran E
Senarai Semak Pemerhatian Aktiviti Ticki-Tacka
Sesi 1
Bil.

Kriteria

Sesi 2

Responden Responden Responden Responden


A
B
A
B

Aktiviti Ticki-Tacka 3

Aktiviti Ticki-Tacka 2

Aktiviti Ticki-Tacka 1

Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak


Murid dapat memahami
1
arahan dan cara
menggunakan Ticki-Tacka.
Murid dapat
menggerakkan buah Raja
2
mengikut soalan fakta asas
operasi tambah.
Murid boleh menggunakan
manik-manik mewakili
3 nilai setiap nombor untuk
membuat pengiraan bagi
soalan.
Murid boleh menghasilkan
sekurang-kurangnya dua
variasi soalan fakta asas
4
operasi tambah untuk
mendapatkan satu jawapan
yang sama.
Murid dapat menulis
variasi soalan fakta asas
operasi tambah bagi satu
5
jawapan yang sama pada
lembaran kerja yang
disediakan
Murid dapat mencari hasil
tambah bagi kedudukan
6
kedua-dua buah Raja
mengikut giliran antara
pemain.
Murid dapat meletakkan
buah askar mengikut
7
hasil tambah kedudukan
buah Raja mengikut
giliran pemain.
Murid dapat
8. menyelesaikan lembaran
kerja yang diberi.

25

Anda mungkin juga menyukai