Anda di halaman 1dari 12

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

FAKULTI PSIKOLOGI DAN PENDIDIKAN


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

TZ10103
KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH
TUGASAN

NAMA PELAJAR : MOHD RIZAN BIN MOHD TAUFEK


NO MATRIK

: CT12110157

PENSYARAH

: DR. SOON SINGH A/L BIKAR SINGH

PENGENALAN

Kurikulum baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum Standard


Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih
sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum ini
menggabungkan

beberapa

subjek

menjadi

satu

selain

turut

akan

memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan


patriotik.
KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu
kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau
peringkat

awal

pendidikan

mereka.Penerapan

dari

peringkat

awal

akan

membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran murid-murid tersebut


yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan perubahan
umur.
Melalui KSSR katanya, pengajaran dan pembelajaran akan menggunakan
modul yang akan menggantikan buku teks oleh itu guru-guru sedang disedia dan
dilatih untuk KSSR.Ia diharap dapat meningkatkan penguasaan murid-murid
sekolah rendah khususnya dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) akan menjadi lebih
menarik dan interaktif di mana ia melibatkan penggunaan dua bahasa tersebut
serta meningkatkan penguasaannya bagi guru-guru untuk mengajar dalam
subjek Matematik dan Sains sejajar dengan matlamat kerajaan.
KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas
Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah
(tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis,
mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan
maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap
dan nilai.Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu
kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

1.0

ISU-ISU DALAM PELAKSANAAN KSSR


1.1
BEBAN TUGAS GURU DALAM PELAKSANAAN PBS DI SEKOLAH
Beban tugas guru dilihat semakin bertambah dengan perubahan
kehendak

semasa.

Pelaksanaan

KSSR

dan

penilaian

Pentaksiran

Berasaskan Sekolah (PBS) dilihat meningkatkan tahap beban tugas guru di


sekolah. Guru berasa tertekandengan pertambahan tugas sedia ada dan
proses pelaksanaan baru yang memerlukan komitmen tinggi guru dan
pihak sekolah.
Kemahiran dan

penggunaan

alatan

ICT

yang

tinggi

diperlukan

untukmelaksanakan PBS di sekolah. Guru menggunakan kemahiran


penggunaan dan peralatan ICT seperti komputer, alat cetak, mesin imbas
dan pelbagai perisian seperti microsoft word, powerpoint, excel, paint dan
internet untuk membina instrumen.
Instrumen yang dibina oleh guru harus menggabungkan perkataan,
gambar, gambar rajah, dan pelbagai media. Instrumen yang dibina
mestilah mampu menguji murid dan memenuhi kehendak Lembaga
Peperiksaan Malaysia. Guru mesti melengkapkan diri dengan kemahiran
menggunakan komputer, mengakses internet dan menggunakan segala
peralatan ICT yang disediakan. Menurut Akhiar et al (2012), guru-guru
abad

ke-21

perlu

dapatmenggalakkan

terus

mempelajari

pembelajaran

murid

teknologi
serta

terkini

memenuhi

yang
tujuan

peningkatan profesionalguru sendiri.


Tugas yang pelbagai dalam prosedur PBS memerlukan komitmen yang
tinggi daripada guru dan pelaksana PBS. Komitmen yang tinggi ini sedikit
sebanyak

mewujudkan

beban

tugas

guru

di

sekolah.

Guru

perlu

memberikan sepenuh komitmen dalam membuat eviden, memeriksa


eviden, merekod dan menyimpan keputusan dalam sistem online setiap
minggu. Guru perlu memberi ruang masa menanda eviden hampir setiap
hari dan memasukkan eviden ke dalam fail murid yang mencecah ratusan
fail setiap minggu. Ini mengambil purata guru mengajar empat kelas
berlainan dalam seminggu dan setiap kelas mempunyai 35 orang murid.
Maka guru perlu menyenggara eviden dan fail berjumlah 120 selepas
setiap kali pentaksiran dijalankan. Ini kerana prosedur PBS perlu
dilaksanakan

hampir

setiap

hari

semasa

proses

pengajaran

dan

pembelajaran dijalankan di dalam kelas. Rutin tugas yang pelbagai


memerlukan guru memberikan sepenuh perhatian dari segi masa, tenaga
dan kemampuan setiap hari. Komitmen guru di sekolah akan menentukan
keberkesanan pembelajaran, kemajuan pelajar dan pencapaian matlamat
sekolah. Ini selaras dengan kenyataan Robiah (1998) iaitu pengajaran
yang berkesan oleh seseorang guru itu adalah penggerak utama kepada
segala pembaharuan dalam kurikulum.
Prosedur pelaksanaan PBS memerlukan guru melaksanakan pelbagai
tugas yang rencam dan diluar tugas utama mengajar di sekolah. Terdapat
pelbagai tugas sebelum, semasa dan selepas pelaksanaan PBS. Bagi
eviden, guru perlu melakukan proses membina, memeriksa, mencetak,
menanda, merekod dan menyimpan. Guru juga perlu melaksanakan
pelbagai tugas seperti menyediakan bilik PBS,
menguruskan
menyebabkan

pelbagai
timbulnya

fail

eviden,

lambakan

menyenggara eviden,

showcase
kerja

yang

dan

sebagainya.Ini

tidak

kehabisan,

seterusnya meningkatkan tahap beban tugas guru. Akhiar et al. (2012)


menyatakan selain mengajar, guru juga perlu melakukan tugas-tugas
perkeranian seperti menyemak buku latihan murid, menyemak kertas
ujian, merekodkan kemajuan murid, menanda kedatangan, menyimpan
fail, membuat nota pelajaran dan menulis surat kepada ibu bapa serta
penjaga berkenaan hal ehwal murid. Ini jelas menunjukkan melalui
pelaksanaan PBS, semakin bertambah tugas guru di sekolah dan
menyebabkan tugas utama sebagai pengajar semakin terhimpit dan
kurang diberikan penekanan oleh guru.
Bagi meningkat kemahiran serta maklumat semasa guru, banyak
kursus

atau

program

dijalankan

bagi

membolehkan

guru-guru

memperolehi kemahiran dan maklumat yang terkini. Guru dikehendaki


mengikuti pelbagai kursus atau program anjuran kementerian, JPN, PPD
dan sekolah. Kursus berkenaan meliputi bidang KSSR, PBS, sistem SPPBS,
sistem fail, bilik PBS, alatan PBS dan bermacam-macam lagi supaya guru
dapat melaksanakan KSSR dan PBS di sekolah dengan berkesan.
Guru banyak melaksanakan tugas PBS di luar waktu sekolah iaitu sama
ada di sekolah selepas waktu persekolahan atau di rumah. Ini secara

langsung memberikan tekanan kepada guru untuk menyiapkan segala


tugas yang diperolehi. Disebabkan kesuntukan masa di sekolah, guru
selalu membawa kerja sekolah ke rumah seperti memeriksa kertas
pentaksiran, merekod dalam sistem SPPBS, membina instrumen dan
pelbagai lagi. Waktu berkualiti bersama keluarga kadangkala terpaksa
digunakan untuk membuat proses PBS di rumah. Sebagai contoh ketika
hari cuti, kebanyakan guru masih lagi membawa balik kertas ujian,
membuat rekod ujian, membina instrumen ujian, membina lembaran kerja
dan lainlain.
Ini menunjukkan bahawa tugas guru memang tidak dapat diselesaikan
sepenuhnya

pada

waktu

bertugas

di

sekolah.

Guru

terpaksa

membahagikan kerja yang utama untuk diselesaikan dan kerja sampingan


dilakukan di luar waktu kerja. Situasi ini menujukkan bebanan tugas wujud
dalam PBS sehingga ianya mengganggu waklu di luar waktu kerja guru.
1.2

JANGKA MASA KURSUS YANG TIDAK SESUAI KEPADA GURU


Meskipun pelbagai program dan kursus yang dijalankan, didapati

masih lagi terdapat masalah timbul dalam pelaksanaan program KSSR.


Kursus yang dijalankan selama hampir seminggu kepada wakil setiap
sekolah meliputi hampir keseluruhan intipati penting pelaksanaan KSSR.
Kursus ini sepatutnya mampu memberi gambaran, maklumat serta
kemahiran yang diperlukan oleh guru. Akan tetapi masalah wujud apabila
guru yang menghadiri kursus pulang ke sekolah dan memberikan kursus
dalaman di sekolah hanya selama dua jam. Situasi ini meningkatkan kadar
kecairan maklumat berlaku dan mengurangkan kadar keberkesanan
kursus.
Maklumat
disampaikan

yang
oleh

disampaikan
kementerian.

tidak
Ini

padat

sepertimana

menyebabkan

guru

yang
kurang

mempraktikkan apa yang diarahkan untuk disampaikan. Apabila hal ini


berlaku, maka terjadilah ketidak fahaman, kekeliruan,ketidak berkesanan
KSSR dalam pengajaran dan pembelajaran. Maka, objektif KSSr tidak
tercapai dan guru semakin tertekan.
Menurut Robiah (1998), dari kaca mata peserta kursus, keberkesanan
ini biasa dilihat dari kesan program terhadap perkembangan profesional

dan keprofesionalan dalam pengajaran iaitu termasuklah dalam aspek


penyuburan diri guru, dalam pekerjaan mereka, peningkatan atau
pengukuhan keyakinan diri, memupuk kemahiran, mengemaskinikan
pengetahuan secara berterusan, mendalami dan memahami dengan
meluas tentang apa yang mereka ajar dan menambahkan kesedaran
tentang sebab mereka perlu berbuat sesuatu dalam bilik darjah.
1.3

PENDEDAHAN FORMAT PEPERIKSAAN


UPSR format baharu akan membabitkan 6 subjek dengan Bahasa

Inggeris dipecahkan kepada dua kertas iaitu Bahasa Inggeris Pemahaman


dan Bahasa Inggeris Penulisan. Murid tahun 6 pada tahun 2016 adalah
ganerasi pertama mengikuti sistem KSSR dan menjadi murid pertama
menjalani UPSR dengan format baru.
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) Mulai Tahun 2016. Sejajar
dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan
melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping
membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka
format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang
baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR
masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahuntahun sebelumnya.
UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan
Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian
akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang
ditetapkan. UPSR yang juga memberi penekanan kepada penguasaan
literasi, numerasi dan KBAT berhasrat untuk mentaksir pencapaian
pembangunan kemahiran seperti penyelesaian masalah, penaakulan dan
kreativiti. Kesemua enam mata pelajaran yang ditaksir melalui UPSR
adalah juga mewakili mata pelajaran yang dipelajari di peringkat sekolah
rendah.

Modul KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah Diperkenalkan


Pada Tahun 2011 Kepada pelajar Tahun 1 Untuk tahap 1, Dan pelajar yang
Sama Pada Tahun 2014 akan Naik Ke KSSR tahap 2. Maknanya Mengambil
masa 6 tahun Untuk peralihan Ke Kurikulum yang Baharu Ini. Tahun 2016,
Peperiksaan UPSR adalah mengunapakai format yang telah dibentuk sejak
2011.
Apa format yang telah digun apakai sejak 2011?. Rasanya Ramai Ibu
bapa Malahan netizen tidak tahu atau ambil tahu. Apa Itu KBAT Kemahiran
Berfikir

Aras

Tinggi?

.Ramai

yang

mempersendakan

KBAT

Dengan

mengviralkan soalan ujian atau Peperiksaan yang dianggap kelakar. Tapi


ramai yang tidak faham apa itu KBAT. KBAT mampu berfikir secara kritis dan
kreatif serta logikal. Jika ibu bapa yang perihatin, mereka akan sedar tentang
KBAT ini. Segala kerja sekolah, segala soalan ujian atau peperiksaan adalah
sangat berbeza berbanding zaman ibu bapa belajar dan adakalanya jika kita
diajukan soalan kerja sekolah atau ujian ataupun peperiksaan, nescaya ibu
bapa kerut dahi membacanya.
Sesungguhnya silibus baharu ini sangat "advance" berbanding silibus
zaman dulu. Jika sebelum ini, calon peperiksaan boleh meramal soalan
berdasarkan soalan tahun tahun sebelumnya, jika di pusat tuisyen, guru
tuisyen akan melatih tubi dengan soalan-soalan yang diramalkan keluar
berdasarkan soalan peperiksaan tahun tahun sebelumnya. tetapi dengan
silibus baru pusat tuisyen pun mati kutu tidak dapat meramal soalan yang
diberi.
Segi pemarkahan juga turut berubah .Tahun 2016 sistem permarkahan
ditinggikan, dan sistem pemarkahan ini tidak diketahui oleh pelajar sehingga
keputusan dikeluarkan. bagusnya di sini adalah, tapisan pelajar yang betulbetul cemerlang akan dapat dilihat. bukan sekadar mendapat markah di
dalam lingkungan selamat sudah mendapat "a".
Tahun-Tahun sebelum Ini, Kita kebanjiran pelajar yang mendapat
keputusan 5A , sehinggakan kuota Untuk memasuki mana-mana sekolah
berasrama penuh atau MRSM atau yang sewaktu dengannya tidak cukup.
Tetapi Tahun 2016, kuota adalah terbuka luas. Ramai yang komen dan marah

kenapa tiba-tiba tukar format peperiksaan? murid-murid jadi bahan ujikaji.


Kenapa tidak guna format sedia ada?. UPSR pada tahun 2015 seramai
455,929 Calon, 38,344 Calon Mendapat Semua A. Manakala, UPSR 2016
seramai 452,721 Calon hanya 4,896 Calon Mendapat Semua A.
Tahun 2015 ramai ibu ayah meraikan kejayaan anak-anak dengan
keputusan 5A . Tahun 2016, nampak ketara penurunan. Keputusan Ujian
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang menggunakan format baharu
perlu dilihat secara lebih holistik dan tidak menumpukan kepada soal
akademik semata-mata, kata Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Menurutnya, ini kerana kaedah peperiksaan tahun ini lebih menjurus kepada
pendekatan kreativiti dan aras pemikiran tinggi berbanding tahun sebelum ini
yang memfokuskan kepada soalan aneka pilihan.
Pencapaian
keputusan

UPSR

tahun

lalu

tahun

ini

tidak

memandangkan

wajar

murid

dibandingkan

perlu

dengan

menjawab

kertas

peperiksaan berkaitan kefahaman dan penulisan yang memerlukan asas


kemahiran berbanding objektif sebelum ini. Pencapaian UPSR 2016 yang
merupakan kohort pertama di bawah format baharu pelaksanaan Kurikulum
Standard

Sekolah

Berasaskan

Rendah

Sekolah

(PBS)

(KSSR)

yang

sejak

2011,

juga

melengkapi

bagaimanapun

Pentaksiran
masih

perlu

dipertingkatkan terutama dalam penguasaan mata pelajaran Sains dan


Matematik. Pihak Lembaga Peperiksaan akan buat analisis khususnya dalam
mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris sebab kita tengok pada
keseluruhan pencapaian subjek itu di bandar agak tinggi.
2.4 KETIDAKYAKINAN GURU DALAM PENTAKSIRAN
Walaupun guru-guru telah mengikuti kursus tetapi mereka tetap
merasa kurang yakin dalam menaksir murid. Kekurangan pengetahuan,
kemahiran dan sumber material menambahkan lagi ketidakyakinan mereka
dalam pentaksiran. Hal ini pernah diutarakan oleh Raden (2008) di mana
guru

mengimpikan

latihan

yang

profesional

dalam

pentaksiran

bagi

mendapatkan pengetahuan dan kemahiran pentaksiran agar mereka boleh


melaksanakan PBS dengan jayanya.

Guru-guru mahu dibekalkan dengan sumber material seperti Panduan


Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM), Manual Pentaksiran, contoh
instrumen, contoh pemarkahan dan sebagainya. Latihan dan bengkel ini
sangat penting untuk memberi kemahiran dan keyakinan kepada guru untuk
merangka

bentuk

dan

pelaksanaan

PBS.

Sebahagian

ibu

bapa

juga

mempertikaikan cara setiap guru mata pelajaran membuat pentaksiran. Di


sebabkan sikap campur tangan ibu bapa yang hanya menuding jari,
menambahkan lagi ketidakyakinan guru dalam membuat pentaksiran.
Kajian soal selidik LP yang dijalankan mengenai kesediaan guru
melaksanakan PBS secara dalam talian (online) pada September 2012
mendapati
pentaksiran

guru

kurang

seiring

memahami

dengan

proses

mengenai
pengajaran

cara

melaksanakan

dan

pembelajaran

(pentaksiran formatif). Hal ini adalah kerana, kesukaran guru membina


instrumen pentaksiran yang pelbagai

bentuk kerana masih terikat dengan

fahaman dan kebiasaan menilai pencapaian murid menggunakan ujian


berbentuk kertas dan pensel.

2.5 KETIDAKSUNGGUHAN GURU DALAM PENTAKSIRAN


PBS berperanan menguji dan menilai prestasi murid dari semua segi secara
keseluruhan. Pentaksiran merangkumi prestasi akademik, kokurikulum dan sahsiah
sepanjang murid menjalani

proses PdP.

berperanan menjalankan proses PBS ini

Guru yang

bertanggungjawab dan

perlu mengikuti semua langkah dan

prosedur pentaksiran. Namun begitu, ketidaksungguhan guru dalam menaksir akan


menjejaskan seluruh sistem pentaksiran.
Kualiti pentaksiran boleh dipertikaikan oleh semua pihak jika guru
mengambil sikap acuh tidak acuh semasa menaksir pelajar. Sekiranya perkara ini
berlaku, di bimbangi berlaku ketidakadilan, ketelusan dan keseragaman dalam
membuat pentaksiran terhadap murid, sedangkan amalan ini merupakan salah satu

elemen yang penting dalam menentukan murid mendapat gred yang menepati apa
yang diusahakan dan diperoleh sepanjang PdP.
Perkara ini berlaku kerana kurang pemantauan dari pihak atasan. Perkara ini
telah dibincangkan dalam kajian Tan Ai Mei (2010) di mana kurang pemantauan
akan menjadikan guru tidak bersungguh dan leka dalam melakukan pentaksiran.
Oleh itu guru perlu dipantau dengan menggunakan satu piawai atau standard
pentaksiran yang sah dan sesuai digunakan terhadap murid. Manakala kajian Chan
(2009) mendapati 25% guru mengatakan tiada pemantauan dari pihak pentadbir
dan tiada kerjasama dengan guru senior dan pihak pentadbir juga tak hiraukan
pelaksanaan PBS mereka hanya mahukan keputusan sahaja. Perkara ini berlaku
juga

disebabkan

pemarkahan

yang

telah

ditetapkan

oleh

pihak

sekolah

menyebabkan guru menaksir sambil lewa. Tidak bersungguh-sungguh kerana rasa


tidak puas hati menyebabkan pemarkahan tidak telus.
2.6 AMALAN BIROKRASI DALAM PENTAKSIRAN
Hasil temu bual Tan Ai Mei (2010) dalam kajian beliau dengan guru PBS,
mengatakan bahawa guru diminta secara am memberi gred yang baik kepada
pelajar. Arahan ini secara tidak langsung mendorong pengurusan PBS ke arah
sekadar mengisi keperluan markah, khasnya dalam memberi gred yang baik kepada
pelajar. Perkara ini berlaku disebabkan pemantauan dari pihak atasan hanya untuk
melihat hitam putih.
Penyataan ini turut disokong dalam kajian Tan Ai Mei yang mendapati bahawa
pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) mahupun Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)
ada membuat pemantauan tetapi hanya secara bertulis iaitu memeriksa laporanlaporan yang telah pun difailkan. Menurut Tan lagi pemantauan secara amali atau
semasa proses pelaksanaan PBS kurang dilakukan di sekolah-sekolah. Pemantauan
secara amali ini penting bagi melihat sendiri pelaksanaan PBS oleh guru-guru dan
mengkaji di mana cacat celanya.
Ini kerana jadual pemantauan telah pun disediakan di awal tahun lagi namun
pelaksanaannya tidak mengikut seperti mana yang dijadualkan. Menurut Tan lagi,
pemantauan

pelaksanaan PBS oleh pihak LP dan JPN yang sekadar berfokuskan

kepada laporan penulisan telah banyak mewujudkan isu mengenai akauntabiliti

penilaian

berkenaan.

Antaranya

meliputi

isu

perbuatan

penipuan

termasuk

pembentukan sikap murid yang tidak serius terhadap projek dan kerja lisan yang
dijalankan. Ini berlaku kerana pemantauan yang tidak dijalankan pada tahap amali,
atau pun penekanan tidak diberi oleh pentaksir terhadap pemantauan pada
peringkat proses.

3.0 RUMUSAN
Guru yang melaksanakan PBS seharusnya diberi pengetahuan dalam
pentaksiran supaya keseragaman dan kejituan dalam memberi skor. Pihak sekolah
perlu mengurangkan aktiviti-aktiviti yang mengganggu guru dalam PdP. Pihak
atasan juga perlu memantau dan sentiasa memberi penekanan dalam aktiviti
pentaksiran. Pelajar dan ibu bapa perlu diberi pendedahan tentang kepentingan PBS
supaya memudahkan guru bekerjasama dengan mereka.

BIBLIOGRAFI
Chan

Yuen

Fook

2003. Pendekatan Penilaian:

satu tinjauan dari aspek kesesuaiannya dalam penilaian program latihan.

Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan InstitutAminudin Baki 13(1): 6581Chan Yuen Fook, Gurnam kaur Sidhu, Md Rizal Bin Md Yunus 2009.
http://www.moe.gov.my/lp
Lembaga

Peperiksaan

2012.

Panduan

Pengurusan

Pentaksiran

Berasaskan

SekolahLembaga Peperiksaan 2013. Buku Informasi PBSMc Millen, M.D., Robert L. L.


dan Norman E.G. 2000.
http://www.mynewshub.cc/tag/upsr/
http://gratisebook.id/chz_uploads/be/beban-tugas-guru-dalam-pelaksanaan-pbs-disekolah-2016-11-24-07-59-58.pdf
https://www.academia.edu/9642256/ISU_DAN_CABARAN_PENTAKSIRAN_BERASASKA
N_SEKOLAH_PBS_DALAM_KALANGAN_GURU
http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=146&cat=30&keyword=&page=1&

Anda mungkin juga menyukai