Anda di halaman 1dari 32

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD

[ Milik Menteri Kewangan ( Diperbadankan ) ] (444205-M)

RMR1M Online

Sistem Online Rumah Mesra Rakyat 1 Malaysia

ManualPengguna
1

RMR1M Online

Manual Pengguna

Syarikat Perumahan Negara Berhad (444205-M)


Tingkat 8, Wisma Perkeso, Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur
Telefon 603-2618 5555 Fax 603-2681 0170

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Isi Kandungan
Pengenalan ....................................................................................... 3
1.1 Latar Belakang .......................................................................... 3
1.2 Objektif Sistem .......................................................................... 4
1.3 Perbandingan Prosedur Semasa Dengan RMR1M Online ....... 4
1.2 Carta Alir Proses Permohonan RMR1M Online ......................... 5

Penggunaan Sistem ......................................................................... 7


2.1 Login Masuk .............................................................................. 7
2.2 Halaman Utama ........................................................................ 9

Operasi Utama (Borang Keluar) .................................................... 10


3.1 Cetak Borang RMR1M ............................................................ 10
3.2 Status Cetakan Borang ........................................................... 12
3.3 Memohon Kuota Tambahan Borang ....................................... 13
3.4 Senarai Borang Dicetak .......................................................... 14

Operasi Utama (Daftar Permohonan) ........................................... 15


4.1 Daftar Permohonan RMR1M ................................................... 15
4.2 Pengesahan Pendaftaran Permohonan (Oleh YB) ................. 22
4.2 Status Pendaftaran Borang ..................................................... 24
4.2 Senarai Pemohon.................................................................... 25

Fungsi Tambahan Sistem .............................................................. 26


5.1 Carian Status Permohonan ..................................................... 26
5.2 Mesej Dalaman Sistem ........................................................... 28

Modul Muat Naik Dokumen (Oleh Pemohon) ............................... 29


6.1 Log Masuk (Pemohon) ............................................................ 29

2
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Bahagian

Pengenalan
1.1
Sistem

Latar Belakang
RMR1M

Online

diwujudkan

bertujuan

untuk

memudahkan

dan

mempercepatkan proses permohonan RMR1M oleh orang awam di seluruh negara.


Dengan sistem ini, orang awam tidak perlu mendapatkan borang RMR1M di SPNB
melalui Wakil Rakyat. Sebaliknya mereka boleh mendapatkan terus borang
permohonan tersebut di Pejabat Wakil Rakyat masing-masing secara online.

Setiap Wakil Rakyat akan diberi nama login dan kata laluan untuk mengakses
RMR1M online dan mencetak borang tersebut serta mengisi data permohonan ke
sistem tersebut. Maklumat tersebut akan terus disalurkan kepada sistem data SPNB
untuk diproses dan status permohonan mereka akan dimasukkan ke dalam RMR1M
online untuk disemak oleh pemohon di Pejabat Wakil Rakyat tersebut.

3
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

1.2

Objektif Sistem
Memudahkan orang awam membuat permohonan RMR1M
Mempercepatkan proses penilaian
Menangani aduan pemohon berkenaan status permohonan
Meminimakan proses permohonan borang secara konvensional
Status permohonan akan dimaklumkan kepada Wakil Rakyat menerusi sms dan
email.
Status permohonan boleh disemak melalui pejabat Wakil Rakyat.
Mengeratkan hubungan di antara orang awam dan Wakil rakyat.

1.3

Perbandingan Prosedur Semasa Dengan


RMR1M Online

PERKARA

PENGEDARAN
BORANG

PROSEDUR SEMASA
Permintaan daripada Wakil
Rakyat / Orang Awam
(melalui Wakil Rakyat)
Pengedaran Mengunakan Pos
kepada Pejabat Wakil Rakyat
atau secara Serahan Tangan

RMR1M ONLINE

Permintaan dan Percetakan Secara


Online.

PENDAFTARAN
PERMOHONAN

Semakan Permohonan serta


Pengisian Data dilaksanakan
oleh SPNB

95% secara Sistem Online.


Data disimpan melalui pejabat Wakil
Rakyat dan disalurkan ke Pejabat
SPNB.

STATUS
PERMOHONAN

Melalui surat
Melalui telefon

Status boleh disemak melalui Sistem


Online di Pejabat Wakil Rakyat.

Melalui surat

Status kelulusan/penolakan diketahui


oleh Wakil Rakyat melalui sistem
online RMR1M, khidmat pesanan
ringkas (sms) dan email.

KEPUTUSAN
PERMOHONAN
PELANTIKAN
KONTRAKTOR
STATUS
PEMBINAAN

Wakil Rakyat akan dimaklumkan


melalui sistem online RMR1M, khidmat
Dimaklumkan kepada pemohon
Pesanan ringkas (sms) dan email
sahaja
sekiranya pelantikan kontraktor dibuat
dan rumah siap dibina.

4
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

1.2 Carta Alir Proses Permohonan RMR1M Online

5
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

6
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Bahagian

Penggunaan Sistem
2.1 Login Masuk
Layari laman web http://rmr.spnbonline.com.my

Masukkan ID pengguna dan Kata Laluan yang diberikan oleh pihak SPNB.

7
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Untuk login buat kali pertama, sistem akan memohon untuk memasukkan
beberapa maklumat berikut:-

1- Alamat Email (untuk pemberitahuan dan pengesahan)


2- Nombor Telefon Bimbit (untuk pemberitahuan dan pengesahan)
3- Kata Laluan Login (untuk kegunaan Pejabat Wakil Rakyat)
4- Kata Laluan Sokongan Wakil Rakyat (khas untuk pengesahan sokongan YB)

Klik butang Log Masuk setelah mengisi maklumat di atas untuk masuk ke laman
utama sistem

8
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

2.2 Halaman Utama

Halaman utama terdiri daripada empat bahagian utama :Maklumat pengguna sistem (Nama, Jawatan, ADUN/Parlimen)

Menu Utama :1) Utama Untuk kembali ke halaman utama


2) Borang Keluar Untuk ke modul Status Borang, Mohon Tambahan
Kuota, Cetak Borang dan Senarai Borang
3) Daftar Permohonan Untuk ke modul Status Permohonan, Daftar
Permohonan dan Senarai Pemohon
4) Status Permohonan Untuk carian status permohonan RMR
5) Bantuan Untuk modul bantuan atas talian
6) Log Keluar Untuk Log keluar dari sistem
Ruangan Mesej (Klik bilangan mesej untuk ke modul mesej)
Ruangan Utama

9
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Bahagian

Operasi Utama (Borang Keluar)


3.1 Cetak Borang RMR1M
Pada Menu Utama sistem, klik Borang Keluar > Cetak
Borang

Isikan nama dan kad pengenalan penerima borang (Penerima borang tidak
semestinya pemohon RMR). Ini bagi membolehkan pihak Wakil Rakyat menjejak
rekod penerima borang RMR1M.

10
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Klik butang Cetak Borang dan tekan OK pada pertanyaan pengesahan


sistem.

Borang RMR1M seperti dibawah akan dijana.

11
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Cetak Borang tersebut dan serahkan kepada pemohon untuk diisi.

Untuk Perhatian
Setiap borang RMR1M yang dicetak mempunyai nombor siri unik yang dijana secara
otomatik oleh sistem. Setiap wakil rakyat juga mempunyai bilangan kuota yang
ditetapkan untuk cetakan Borang ini. Oleh itu, pengguna sistem dinasihatkan untuk
berhati-hati semasa mencetak borang bagi mengelakkan pembaziran kuota.

3.2 Status Cetakan Borang


Pada Menu Utama sistem, klik Borang Keluar > Status
Borang

Keterangan
KUOTA BORANG
BORANG DICETAK
BAKI KUOTA BORANG
BORANG DIDAFTAR DI
SPNB

Deskripsi
Jumlah kuota yang diberi kepada Wakil Rakyat
Jumlah borang yang telah dicetak oleh Wakil Rakyat
(Kuota Borang) (Borang Dicetak)
Jumlah Borang pemohon yang telah dimasukkan
maklumatnya ke dalam sistem serta disahkan Wakil Rakyat
12

Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

3.3 Memohon Kuota Tambahan Borang


Pada ruangan Status Borang Keluar (3.2), klik pada pautan MOHON
TAMBAHAN KUOTA

Masukkan bilangan kuota tambahan yang diminta dan Kata Laluan Sokongan
Wakil Rakyat sebagai pengesahan.
Klik Hantar
Sekiranya berjaya, status permohonan akan dipaparkan di bawah ruangan
Status Borang Keluar

13
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

3.4 Senarai Borang Dicetak


Pada Menu Utama sistem, klik Borang Keluar > Senarai
Borang

Jadual di atas menyenaraikan semua borang yang telah dicetak dan penerima
yang didaftarkan.
Untuk membuat carian borang, taipkan nombor borang atau nama penerima,
ataupun nombor kad pengenalan penerima pada ruang Cari Borang.

14
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Bahagian

Operasi Utama (Daftar Permohonan)


4.1 Daftar Permohonan RMR1M
Pada Menu Utama sistem, klik Daftar Pemohon > Daftar
Permohonan

Pilih dan klik Nombor borang untuk didaftarkan.


Untuk carian borang, taipkan nombor borang atau nama penerima borang
ataupun nombor IC penerima borang di ruangan Cari No. Borang
Borang RMR1M Online akan dijana.
15
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Untuk Perhatian
Semasa mengisi borang RMR, pengguna sistem boleh kembali ke bahagian-bahagian
sebelumnya untuk meminda data. Untuk itu, pengguna dilarang menekan butang
Back browser, sebaliknya menekan butang Sebelumnya atau Selepasnya yang
disediakan di dasar borang.

Isi dan lengkapkan Borang Permohonan RMR berdasarkan borang RMR (salinan
kertas) yang dibawa pemohon
Borang permohonan RMR1M ini mempunyai beberapa bahagian seperti berikut:a) Butir-butir pemohon

16
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

b) Butir-butir pasangan pemohon

c) Butir-butir tanggungan pemohon

17
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

d) Butir-butir pemohon bersama (Untuk pemohon melebihi umur 35 tahun)

e) Butir-butir hakmilik tanah / tapak

18
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

f) Maklumat tuan punya tanah

g) Butir-butir 2 orang wakil terdekat yang boleh dihubungi

h) Pilihan model rumah RMR (Sila pilih mengikut turutan rumah yang digemari
antara 1 hingga 8)

19
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

i)

Pilihan Muat Naik Dokumen Pemohon

Terdapat 3 pilihan muat naik dokumen pemohon


1) Muat Naik di Pejabat Wakil Rakyat
Pejabat Wakil Rakyat akan membantu scan dokumen dan memuat naik
ke dalam sistem.

20
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

2) Pemohon muat naik sendiri


Pemohon akan diberikan login dan kata laluan untuk masuk ke dalam
sistem. Pemohon boleh scan dan muat naik dokumen di rumah. Sila rujuk
Bahagian (6)
3) Hantar Dokumen Secara Manual
Pemohon menghantar semua borang secara manual (POS dan
sebagainya)
Terdapat 3 jenis dokumen pemohon yang wajib dihantar (secara manual) kepada
SPNB walaupun muat naik dokumen secara online telah dibuat.
1) Sijil Asal Carian Rasmi Pejabat Tanah
2) Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah
3) Surat aku janji pemohon
Setelah pendaftaran selesai, resit pendaftaran permohonan akan dijana.

Resit ini boleh dicetak di atas kepala surat rasmi Pejabat Wakil Rakyat dan
diserahkan kepada pemohon sebagai rujukan.
21
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

4.2 Pengesahan Pendaftaran Permohonan (Oleh YB)


Apabila selesai pendaftaran borang RMR1M, Wakil Rakyat berkenaan akan
menerima makluman di dalam email dan SMS.
Terdapat dua cara untuk mengesahkan pendaftaran RMR1M
1) Melalui SMS
Wakil rakyat akan menerima SMS seperti berikut:Dari RMR ONLINE- <Nama Wakil Rakyat>, Terdapat satu
pendaftaran permohonan Rumah Mesra Rakyat untuk
<NamaPemohon> menunggu pengesahan. Sila rujuk RMR Online
atau taip <sokong>jarak<No Siri> dan balas SMS ini untuk
pengesahan

Wakil Rakyat balas semula SMS tersebut dengan menaip


<sokong>jarak<No Siri>

Sekiranya berjaya, sistem akan membalas :RMR Online- Permohonan RMR untuk <Nama Pemohon> berjaya
disahkan! Terima Kasih

2) Melalui RMR1M Online


Wakil Rakyat log masuk ke sistem RMR1M Online
Pada Menu Utama, klik Daftar Pemohon > Senarai Pemohon

22
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Pilih pemohon yang perlu disahkan permohonannya dan klik


Pengesahan YB di bawah kolum Tindakan.

Pada ruangan pengesahan di atas sila masukkan Kata Laluan


Sokongan Wakil Rakyat dan klik sahkan.
Sistem akan memaklumkan sekiranya proses pengesahan berjaya.

23
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

4.2 Status Pendaftaran Borang


Pada Menu Utama sistem, klik Daftar Pemohon > Status
Permohonan

Status Pendaftaran Borang akan di paparkan

Keterangan

Deskripsi

BORANG DITERIMA

Jumlah Borang pemohon yang telah dimasukkan maklumatnya ke


dalam sistem serta disahkan Wakil Rakyat

PERMOHONAN DIPROSES

Jumlah permohonan yang sedang dalam proses semakan di


pejabat SPNB

DILULUSKAN

Jumlah permohonan yang berjaya diluluskan

TIDAK DILULUSKAN

Jumlah permohonan yang gagal

24
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

4.2 Senarai Pemohon


Pada Menu Utama sistem, klik Daftar Pemohon > Senarai
Pemohon

Status Pemohon yang telah atau sedang didaftarkan akan di paparkan

Untuk carian pemohon, masukkan nombor borang atau nama pemohon, ataupun
nombor IC pemohon di dalam ruangan Cari No. Borang / IC
Berikut adalah senarai status pemohon:Status

Keterangan

KEY-IN DATA

Permohonan sedang di masukkan ke dalam sistem dan belum


selesai

MUAT NAIK DOKUMEN


(PEMOHON)

Permohonan dalam proses muat naik dokumen oleh pemohon


sendiri

BANTU MUAT NAIK


DOKUMEN

Permohonan dalam proses muat naik dokumen oleh Pejabat Wakil


Rakyat

PILIH RUMAH

Permohonan telah sampai di bahagian pemilihan model rumah


RMR1M

PENGESAHAN

Permohonan sedang menunggu pengesahan dari Wakil Rakyat

DIHANTAR

Pendaftaran permohonan telapun selesai dan telah disahkan oleh


wakil rakyat. Permohonan ini telah dihantar ke pejabat SPNB untuk
proses selanjutnya

25
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Bahagian

Fungsi Tambahan Sistem


5.1 Carian Status Permohonan
Pada Menu Utama sistem, klik Status Permohonan

Melalui Carian Status Permohonan, pengguna sistem berupaya untuk


mendapatkan senarai permohonan RMR1M yang dibuat di pejabat Wakil Rakyat
yang berkenaan.
Masukkan kriteria pencarian di dalam pilihan carian dan tekan butang Cari.

26
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Untuk melihat butiran permohonan, klik pada nama pemohon.

Berikut adalah status permohonan dan keterangannya

Status
PRA PENDAFTARAN
(Menunggu pengesahan YB)

Keterangan
Permohonan telah selesai di masukkan ke dalam sistem tetapi
belum disahkan oleh YB

PENDAFTARAN DIHANTAR Permohonan telah selesai di masukkan ke dalam sistem dan telah
disahkan oleh YB
SEDANG DIPROSES

Permohonan sedang diproses di Pejabat SPNB

TELAH DILULUSKAN

Permohonan telah berjaya diluluskan. (SMS/EMAIL kepada YB di


keluarkan)

DITOLAK

Permohonan gagal. (SMS/EMAIL kepada YB dikeluarkan)

KONTRAKTOR DIPILIH

Kontraktor untuk pembinaan rumah pemohon telah pun dipilih.


(SMS/EMAIL kepada YB dikeluarkan)

RUMAH SIAP-Serah Kunci

Rumah pemohon telah pun siap dan kunci diserahkan

27
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

5.2 Mesej Dalaman Sistem


Pada Menu Utama sistem, terdapat ruangan mesej sistem.
Untuk melihat mesej, klik pada bilangan mesej yang di
papar

Ruangan mesej sistem ini memaparkan terus mesej dan kandungannya dalam
satu senarai.
Tekan View dibawah kolum Pautan untuk melihat pautan mesej. (Contoh:
pautan pengesahan permohonan)
Untuk memadam mesej, pilih mesej yang hendak dipadam dengan menanda
kotak Tindakan dan tekan butang Delete
Untuk menanda mesej telah dibaca, pilih mesej tersebut dan tekan butang Telah
Baca

28
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Bahagian

Modul Muat Naik Dokumen (Oleh Pemohon)


6.1 Log Masuk (Pemohon)
Sekiranya Hantar Dokumen Online ( Pemohon Muat Naik Sendiri) dipilih
semasa pendaftaran permohonan RMR1M (lihat bahagian 4.1), pemohon
perlulah log masuk ke dalam sistem RMR1M online.
Layari http://rmr.spnbonline.com.my/pemohon

29
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan yang diberikan oleh pejabat Wakil
Rakyat (Di dalam resit pendaftaran permohonan RMR1M).
Borang muat naik dokumen akan dipaparkan

Pastikan semua dokumen yang hendak dimuat naik telah diimbas (scan) dan
boleh dicapai dari komputer pemohon.
Pilih jenis dokumen yang hendak dimuat naik dan klik Browse untuk memilih
dokumen dari komputer pemohon.
Tekan Simpan untuk memuat naik dokumen tersebut.
Ulangi langkah di atas sehingga muat naik selesai.
Dokumen yang telah dimuat naik akan di paparkan di dalam jadual dokumen.
Untuk memadam dokumen tersebut, klik Padam pada kolum Tindakan

30
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

RMR1M ONLINE MANUAL PENGGUNA

Terdapat senarai semak dokumen di bahagian bawah borang untuk rujukan


pemohon semasa memuat naik dokumen

Untuk Perhatian
Terdapat 3 jenis dokumen pemohon yang wajib dihantar (secara manual) kepada
SPNB walaupun muat naik dokumen secara online telah dibuat.
1) Sijil Asal Carian Rasmi Pejabat Tanah
2) Surat Akuan Pelepasan Tuan Tanah
3) Surat Aku Janji Pemohon

Pemohon boleh Log keluar dari sistem pada bila-bila masa dengan menekan
pautan LOG KELUAR
Pemohon boleh log masuk semula ke sistem untuk menyambung muat naik
dokumen dengan ID Pengguna dan Kata laluan yang sama.

Sekiranya muat naik dokumen telah selesai, klik pada pautan SELESAI
PEDAFTARAN

31
Hakmilik Syarikat Perumahan Negara Berhad

Anda mungkin juga menyukai