Anda di halaman 1dari 1

PEMBANGUNAN BAHAN INSTRUKSI

5.1

Pengenalan
Pembangunan bahan instruksi adalah usaha atau aktiviti dalam membangunkan bahan

instruksi seperti pembangunan koswer yang bermula daripada lakaran kasar,diperincikan sehingga
selesai pelaksanaannya dan kemudiannya diuji dengan beberapa teknik pengujian. Proses
pembangunannya merupakan suatu proses yang panjang, kos yang tinggi dan sentiasa dikaji
kesesuaiannya kerana ia melibatkan suatu proses penyaluran maklumat. Dengan mengambil
pendekatan contoh model reka bentuk ADDIE (Rossett,1987), pembangunan bahan instruksi
melibatkan proses-proses seperti analisis (Analysis), reka bentuk (Design), pembangunan
(Development), pelaksanaan (Implementation) dan penilaian (Evaluation). Proses-proses ini
menunjukkan suatu perjalanan pelaksanaan yang begitu kompleks dan bersistem demi mencapai
objektif dalam pembangunan sesuatu koswer khususnya.

5.2

Reka Bentuk Pengajaran Bersistem.

5.2.1

Pengenalan

Reka bentuk pengajaran bersistem adalah suatu rangka kerja yang menerangkan tentang
proses atau prosedur yang perlu diikuti dalam sesuatu pelaksanaan pembangunan multimedia yang
bertujuan membantu para pembangun atau pengaturcara dalam melaksanakan tugas mereka bentuk
dengan lebih bersistematik. Proses ini merupakan satu set membuat keputusan dan pengujian dalam
merancang strategi mereka bentuk pengajaran yang paling berkesan dibina dan dipilih untuk
mencapai hasil yang terbaik..Antara faktor-faktor yang amat ditekankan iailah

Anda mungkin juga menyukai