Anda di halaman 1dari 6

JAWAPAN

BAHAGIAN A
PUNCA REMAJA MELIBATKAN DIRI DALAM KEJADIAN LUMBA HARAM
1. Ya. Saya tahu mengenai kegiatan lumba haram.
2. Faktor-faktor yang menyebabkan remaja terlibat dalam kegiatan lumba haram
adalah pengaruh rakan sebaya, kurang didikan agama, sikap para remaja yang
ingin mencuba perkara baharu, hadiah atau ganjaran yang ditawarkan dan tiada
kasih sayang daripada ibubapa.
3. Faktor utama yang mendorong penglibatan remaja dalam kegiatan lumba haram
ialah pengaruh rakan sebaya. Pengalaman bersama-sama rakan telah mendorong
remaja yang tidak pernah berlumba untuk menyertai sama perlumbaan yang
dianjurkan oleh kumpulan mereka yang biasa diadakan pada malam minggu.
Masalah ini lebih sukar untuk diatasi kerana mengikut kajian, para remaja kini lebih
mudah terikut-ikut dengan perangai rakan-rakan mereka. Oleh kerana bimbang
akan disisihkan daripada kumpulannya para remaja tidak mampu menolak desakan
rakan-rakan untuk berlumba dan akhirnya mereka terjebak dalam kegiatan yang
negatif itu.
4. Tidak setuju. Tawaran hadiah atau ganjaran yang lumayan oleh pihak penganjur
lumba haram bukanlah faktor minor yang mendorong remaja menyertai lumba
haram. Hal ini kerana faktor ini merupakan salah satu faktor utama para remaja
melibatkan diri dalam kegiatan lumba haram.
5. Ya. Saya menganggap bahawa tawaran hadiah atau ganjaran tadi merupakan
antara faktor remaja melibatkan diri dalam lumba haram. Hal ini kerana hadiah atau
ganjaran yang ditawarkan menarik minat remaja-remaja sekarang untuk memiliki
hadiah dengan mudah. Mereka hanya perlu memenangi perlumbaan tersebut untuk
memperoleh ribuan ringgit dalam sekelip mata sahaja. Tidak perlu bersusah payah
bekerja atau bermandi peluh demi ribuan ringgit tersebut.
6. Sebagai seorang remaja, saya bersetuju bahawa perasaan ingin mencuba
sesuatu yang baru khususnya aktiviti ektrem merupakan antara penyebab remaja
menyertai kegiatan lumba haram. Hal ini demikian kerana sifat keremajaan yang
membuak-buak di dalam dada menyebabkan mereka mahu melakukan aktiviti
baharu tanpa memikirkan kesan terhadap diri, keluarga, masyarakat dan Negara.
7. Ya. Pihak media massa turut menyumbang kepada peningkatan aktiviti lumba
haram dalam kalangan anak muda di negara kita sekarang. Media massa memang
telah diakui mempunyai pengaruh yang sangat kuat dalam usaha membentuk
sahsiah diri para remaja melalui penyiaran pelbagai rancangan sama ada berbentuk
motivasi, drama dan tayangan filem. Impaknya golongan ini akan mudah terikutikut dengan contoh yang disajikan kepada mereka semasa menonton televisyen.

Sebagai contoh apabila TV3 menyiarkan filem KL menjerit dan Bohsia banyak aksi
remaja menunggang motosikal secara berbahaya di jalan raya telah ditujukkan dan
akan ditiru oleh para remaja secara beramai-ramai. Oleh itu, tidak hairanlah apabila
kita sentiasa melihat pelbagai aksi merbahaya dilakukan mereka semasa memandu
di jalan raya.

8. Saya bersetuju bahawa pengabaian tanggungjawab oleh ibubapa membawa


kepada keterlibatan remaja dalam gejala sosial ini. Walaupun kita sedia maklum
bahawa tujuan mereka keluar adalah untuk mencari rezeki bagi anak-anak demi
menyara hidup akan tetapi tanggungjawab mereka amat penting bagi pembentukan
anak-anak remaja kearah memajukan Negara demi masa depan masyarakat
sejagat. Mendidik anak-anak merupakan peranan ibubapa sejak mereka kecil lagi.
BAHAGIAN B
KESAN LUMBA HARAM
1. Kesan-kesan yang akan timbul apabila lumba haram berlaku dalam Negara ialah
pencemaran udara serta bunyi. Selain itu, pergaulan bebas juga terhasil dari
kegiatan lumba haram dimana lelaki dan perempuan bebas melakukan apa sahaja
yang mereka kehendaki kerana tiada pengawasan dari orang dewasa.
2. Saya bersetuju bahawasanya gejala sosial seperti pergaulan bebas,
gengsterisme, pengambilan dadah dan meragut merupakan kesinambungan
daripada aktiviti lumba haram. Hal ini kerana perkara-perkara tersebut berpunca
dari kalangan remaja yang kurang didikan agama dan dahagakan kasih saying dari
keluarga.
3. Menurut pandangan saya, pihak yang akan terjejas akibat kegiatan lumba haram
adalah diri sendiri, keluarga, masyarakat dan Negara. Hal ini demikian kerana setiap
perbuantan yang dilakukan oleh para remaja melambangkan keadaan Negara pada
masa hadapan.
4. Pada pendapat saya, kesan buruk aktiviti lumba haram yang dilakukan oleh
golongan mat rempit memberi impak yang buruk terhadap:a) Diri individu
Individu yang dilahirkan didunia yang fana ini ibarat sesuci kain putih yang
tiada kotoranya, ianya terpulang pada seseorang individu itu bagaimana dia hendak
mencorakkan kehidupannya. Individu yang mencorakkan dirinya dengan akhlak
yang baik akan dipandang mulia dan tinggi, berbanding individu yang mencorakkan
dirinya dengan perkara-perkara negatif akan dipandang serong dan dicemuh oleh
masyarakat sekeliling. Bagi seseorang yang bergelar muslim terutamanya remaja,
akhlak yang baik seharusnya dihiasi dengan perkara-perkara keimanan dan

ketakwaan kepada Allah. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada hari ini
tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan agama,
bangsa dan Negara. Tidak dapat dinafikan juga kesan gejala sosial ini akan
memberikan kesan yang mendalam pada diri seseorang remaja itu.

b) Masyarakat
Jatuh bangunnya sesuatu negara, agama dan bangsa pada masa kini ialah
dengan melihat akhlak dan moral sesuatu masyarakat. Tidak dinafikan akhlak
remaja pada hari ini sangat membimbangkan masyarakat. Sekiranya hal ini tidak
dibendung oleh pihakpihak yang tertentu, terutamanya oleh pihak kerajaan, maka
tidak hairanlah suatu hari nanti, akan datang masyarakat kita akan hancur dan
keruntuhan akhlak remajaremaja Melayu terutamanya akan rosak dan binasa.
Namun begitu terdapat kesan yang paling ketara yang akan dilihat kiranya akhlak
remaja pada hari ini tidak dibendung dengan segera. Masyarakat di negara ini akan
menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu. Akibatnya
perasaan buruk dan prasangka akan wujud dalam masyarakat. Sifat saling curigamencurigai akan bertahta di hati masyarakat. Hal ini menberi kesan apabila berlaku
pergaduhan dalam masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya
pergaduhan ini melibatkan antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam
kalangan masyarakat juga akan meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh
kadar keruntuhan akhlak di kalangan remaja semakin meningkat.
c) Negara
Implikasi utama terhadap negara jika gejala sosial tidak ditengani segera
akan menyebabkan negara akan kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada
masa hadapan. Hal ini akan menjadikan kerancakan pembangunan negara akan
terbantut dan keadaan sosioekonomi negara menjadi lembap kerana wujudnya
gejala sosial dan keruntuhan akhlak yang tinggi di kalangan masyarakat. Perkara ini
menjadikan kadar jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan
peningkatan gejala sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk
mengurangkan kadar jenayah. Seterusnya anasir-anasir luar akan meresap masuk
kedalam negara sekiranya generasi muda pada hari ini tidak tahu menjaga akhlak
mereka. Dan, kesan paling utama ialah remaja pada hari ini terutamanya akhlak
remaja Islam hancur dan rosak, maka pandangan bangsa lain terhadap agama yang
kita anuti pada hari ini tentulah serong dan buruk.
BAHAGIAN C

LANGKAH MENGATASI MASALAH LUMBA HARAM


1. Pada pendapat saya, Peranan ibu bapa adalah amat penting dalam memberikan
perhatian yang serius terhadap anak-anak mereka. Ibu bapa hendaklah sentiasa
mengetahui dan mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh anak mereka serta
sanggup meluangkan masa untuk mengatasai masalah tersebut. Ibu bapa juga
seharusnya mengetahui rakan-rakan anak mereka dan sentiasa memastikan anakanak mereka berkawan dan bergaul dengan mereka yang mempunyai kedudukkan
moral yang baik. Selain itu ibu bapa hendaklah menghabiskan sebahagian daripada
masa seharian bersama anak-anak mereka dengan memberikan keyakinan,
keberanian, mewujudkan sikap positif terhadap masalah, emosi dan keputusan.
Selain itu tingkatkan penghayatan anak-anak terhadap agama, nilai-nilai murni,
motivasi, melatih anak cara bersopan, menunjukkan keperibadian yang mulia,
amanah, sanggup menerima kelemahan diri serta meneroka potensi anak. Ibu bapa
hendaklah menjadi role model kepada anak.

2. Tindakan yang boleh diambil oleh pihak-pihak tersebut dalam usaha mengatasi
kegiatan lumba haram dalam kalangan remaja dari segi:a) Diri individu
Didikan agama dan kasih sayang dari keluarga perlu bagi memastikan diri
tidak terjerumus dalam kegiatan lumba haram. Kempen-kempen pencegahan
jenayah juga boleh diadakan di setiap sekolah. Pelbagai kempen yang kebiasaannya
diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para remaja
terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini demikian kerana pelajar pada tahap
ini kurang terdedah kepada kegiatan-kegiatan jenayah. Dengan ini, mereka akan
berasa takut untuk melakukan jenayah setelah terlibat dalam kempen-kenpem
kesedaran yang diadakan di sekolah. Antara kempen pencegahan jenayah yang
sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan
aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir
memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah.
Oleh itu, kempen kesedaran sepatutnya diadakan untuk meningkatkan tahap
kesedaran para remaja yang sejak kebelakangan ini amat membimbangkan.
b) Masyarakat
Selain ibu bapa, pihak sekolah atau institusi pendidikan turut memainkan
peranan penting untuk membendung masalah ini. Antara langkah yang boleh
diambil oleh institusi pendidikan bagi mengatasi masalah lumba haram adalah
dengan mewujudkan subjek Pendidikan Sivik di sekolah bagi menerapkan nilai-nilai
murni dalam diri setiap pelajar. Pendidikan sivik perlu diserapkan ke dalam diri
setiap pelajar supaya mereka menjadi lebih bertanggungjawab dan mengamalkan

nilai-nilai murni dalam kehidupan mereka. Di samping itu, guru-guru juga perlu
mendidik dan memberi kesedaran kepada pelajar tentang kesan buruk apabila
terlibat dengan lumba haram dan masalah jenayah yang lain. Oleh yang demikian,
pelajar akan mendapat kesedaran dan maklumat mengenai gejala lumba haram.
c) Kerajaan
Bagi membendung masalah lumba haram yang semakin berleluasa, pihak
berkuasa memainkan peranan yang penting supaya masalah ini dapat di kawal
dengan segera. Antara tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa adalah
perlu lebih serius mengadakan kempen untuk mengatasi masalah lumba haram.
pihak berkuasa perlu mengadakan kempen ini secara berterusan untuk memberi
kesedaran kepada golongan muda supaya mereka tidak terlibat dengan aktiviti
lumba haram serta lebih menghargai diri dan nyawa mereka sendiri. Kempen ini
juga boleh dilakukan di peringkat sekolah supaya dapat memberi pendedahan awal
kepada remaja mengenai keburukan sekiranya terlibat dengan lumba haram.
Selain itu, pihak berkuasa harus mengadakan operasi sekatan jalan raya untuk
mengawal perlumbaan haram yang sering dilakukan pada hujung minggu. Operasi
tersebut perlu dilakukan sekerap mungkin terutamanya di lokasi yang menjadi
tumpuan"mat rempit" untuk melakukan perlumbaan haram agar kegiatan tersebut
tidak terus bermaharajalela.

3. Cadangan saya untuk membantu mengatasi masalah ini ialah menubuhkan kelab
bersifat anti-jenayah sosial di sekolah. Ia merupakan antara modus operandi untuk
menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa ibarat cendawan tumbuh
selepas hujan. Kelab Pencegah Jenayah (KPJ) dan Skim Lencana Anti Dadah (SLAD)
merupakan antara kelab bersifat antijenayah yang ditubuhkan di sekolah. Kelabkelab seperti ini bukan sahaja mendedahkan keburukan melakukan jenayah
malahan menggalakkan pelajar untuk senantiasa melakukan perkara-perkara yang
berunsurkan sifat mahmudah seperti tolong-menolong dan ikhlas dalam melakukan
sesuatu pekerjaan. Kelab bersifat antijenayah sosial dapat didefinisikan sebagai
pertubuhan yang mencegah sebarang penjenayahan daripada berlaku dan menjadi
lebih parah. Hal ini bersesuaian dengan pepatah, mencegah lebih baik daripada
mengubati. Kegiatan-kegiatan jenayah sosial yang berlaku dalam kalangan remaja
seperti gangsterisme, vandalisme dan buli didapati semakin merosot sejurus
selepaspenubuhan kelab-kalab bersifat antijenayah sosial di sekolah. Oleh itu,
kelab-kelab bersifat anti-jenayah sosial haruslah lebih giat dilaksanakan bagi
membanteras gejala jenayah di negara ini.
4. Saya setuju bahawa langkah pencegahan yang telah diambil kini tidak dapat
membendung gejala sosial yang semakin menular kerana kurang menarik minat
para remaja untuk menyertai program-program yang dianjurkan oleh pihak-pihak
tertentu. Hal ini kerana mereka suka akan aktiviti-aktiviti yang mencabar fizikal dan

mental. Oleh itu, pihak yang terlibat perlulah memikirkan program-program yang
dapat menarik minat para remaja agar dapat membendung penglibatan mereka
dalam aktiviti seperti lumba haram.

SEKIAN TERIMA KASIH


IKHLAS DARI
AFIQ DHAZARI

Anda mungkin juga menyukai