Anda di halaman 1dari 11

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBHE 3203
KEBERSIHAN DAN KESELAMATANPERSEKITARAN

NAMA

:HAFIZOH BT HASSAN

NO.MATRIK

:780419025574001

NO.IC

:780419-02-5574

NO.TELEFON

: 013-4695811

ALAMAT E-MAIL

hafizah_pgt166@yahoo.com.my
NAMA PENSYARAH

: EN.IDRUS BIN ASHAARI

LEARNING CENTRE

: KEDAH LEARNING CENTER


( ALOR SETAR)

SEMESTER SEPT 2016

ISI KANDUNGAN

PERKARA

MUKA SURAT

CERAMAH

2.0

SLIDE POWER POINT

3.0

ARTIKEL

RUJUKAN

KATA-KATA ALUAN








Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi
Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. Setinggi
penghormatan

kepada

pengerusi majlis Cikgu Salawati bin Ali, Yang berusaha pengetua

SMA Sungai Petani, Tuan. Hj. Zakaria Bin Ismail, barisan GPK-GPK, guru-guru yang saya
hormati serta murid-murid yang saya kasihi sekalian. Bersempena dengan kempen Kita
Sihat Tanpa Pencemaran, saya hendak menyampaikan satu ceramah yang bertajuk
Pencemaran Udara . Dalam ceramah ini saya akan mengupas mengenai definisi, akibat
dan cara mengatasi atau mengawal pencemaran udara.
APA ITU PENCEMARAN UDARA ?
Para pelajar dan hadirin yang dihormati sekalian,
Apakah yang dimaksudkan dengan pencemaran?. Berdasarkan,

kepada Kamus Dewan

Bahasa dan Pustaka (DBP) edisi keempat, pencemaran bermaksud suatu perbuatan yang
mencemarkan kebersihan atau mengotorkan alam sekeliling dengan sampah - sarap .
Takrifan Pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta
Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah
sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung
kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi atau aras-aras radiasi mana-mana
bahagian

alam

sekeliling

dengan

melepaskan,

mengeluarkan

atau

meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah


yang,

menimbulkan

sesuatu

keadaan

berbahaya

atau

mungkin

berbahaya kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau


organisma-organisma lain, tumbuhan dan haiwan. Oleh itu, pencemaran
secara umumnya boleh ditakrifkan sebagai pembuangan benda-benda
atau bahan-bahan hasil dari aktiviti manusia ke alam persekitaran
menyebabkan terganggunya keselesaan atau kemandirian kehidupan.

Selain daripada itu,

Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 menjelaskan, pencemaran

merupakan sebarang perubahan sama ada secara terus atau tidak kepada sifat-sifat fizik,
kimia, biologi atau aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan,
mengeluarkan atau meletakkan buangan hingga menjejaskan keguanaan-kegunaan berfaedah,
yang mungkin menimbulkan sesuatu keadaan kepada kesihatan, keselamatan atau kebajikan
awam atau organisma lain seperti haiwan dan tumbuhan termasuklah manusia.
Di Malaysia tahap kualiti udara boleh diukur berdasarkan Indeks Pencemaran Udara
(IPU). Tahap kualiti udara yang teruk ialah IPU 101-700. Namun, realitinya keadaan
pencemaran udara di negara kita amat membimbangkan kerana boleh membahayakan
kesihatan manusia.
APAKAH PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA MASALAH PENCEMARAN UDARA?
Sidang hadirin dan warga sekolah yang dihormati sekalian,
Untuk pengetahuan hadirin sekalian,

masalah pencemaran udara ini adalah berpunca

daripada kegiatan manusia itu sendiri seperti aktiviti perindustrian kilang, pembakaran
terbuka, asap rokok, kenderaan bermotor dan penggunaan penghawa dingin. Manusia telah
menyumbang faktor utama pencemaran udara iaitu melalui pembakaran hutan secara besarbesaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam sekitar.
Contoh yang dapat saya berikan disini ialah, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan
kepada negara kita. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu
yang amat membimbangkan sehingga kini. Bahan-bahan cemar yang terkandung di dalam
asap tersebut turut menyebabkan kerengsaan kepada sistem respirasi manusia seperti
pneumonia dan bronkitis.
Manakala, faktor lain yang memburukkan lagi keadaan atmosfera

ialah

tindakan

masyarakat setempat yang melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga
menyebabkan keadaan pencemaran udara kian menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini
dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu seperti sampah sarap atau bahan
buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang secara mudah. Mereka ini hanya
4

memikirkan kos yang dapat dijimatkan sekiranya sampah ini dibakar berbanding dengan cara
pelupusan yang betul. Contohnya, ialah sesetengah anggota masyarakat melakukan
pembakaran terbuka di belakang kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk
membawa sampah sarap domestik mereka ke tempat pembuangan sampah atau pusat
pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik kilang kain, papan dan sebagainya bertindak
membakar sendiri bahan buangan kilang mereka.
Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kira jika asap daripada pembakaran
terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah pencemaran yang kronik.Mereka
juga tidak sedar bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja
tetapi akan ditiup angin dan meliputi kawasan yang amat luas

sehingga melibatkan

pencemaran dibeberapa kawasan berdekatan. Di samping, asap pembakaran hutan secara


besar-besaran, pembakaran secara terbuka tanpa kawalan peningkatan jumlah kenderaan di
jalan raya yang bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah
pencemaran udara.
Di Malaysia, terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2
tan karbon monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan pada setiap hari. Kesesakan
lalu lintas menyebabkan keadaan ini bertambah parah kerana walaupun kenderaan tidak
bergerak tetapi masih tetap menghasilkan asap yang akan mencemarkan udara. Antara bahan
cemar berbahaya di dalam asap kenderaan ialah karbon monoksida dan sulfur dioksida.
Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan menyebabkan jumlah asap yang
dikeluarkan daripada paip ekzos kenderaan meningkat dan berlegar-legar di atmosfera dan
terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Ini menyebabkan
udara menjadi tebal dan berlakulah pencemaran udara di negara kita.
Hadirin yang dikasihi sekalian,
Seiring dengan peningkatan suhu bumi, permintaan terhadap penggunaan penghawa
dingin juga turut meningkat. Penggunaan penghawa dingin juga tanpa disedari turut
menyumbang kepada faktor penyebab kepada pencemaran udara. Bukan sahaja dibandarbandar besar seperti Kuala Lumpur, kebanyakan premis kerajaan, pusat perniagaan dan
rumah kediaman diseluruh negara telah memasang penghawa dingin untuk mengurangkan
rasa kepanasan. Klorofluorokarbon atau CFC adalah bahan yang digunakan sebagai agen
penyejukkan di dalam penghawa dingin. Tetapi bahan ini juga turut menjadi punca yang
5

menyebabkan pencemaran udara. Bahan CFC ini juga terdapat di dalam peralatan rumah
yang lain seperti tin aerosol dan peti sejuk.
KESAN PENCEMARAN UDARA
Para pelajar dan warga sekolah yang dikasihi sekalian,
Isu berkaitan pencemaran udara telah menjejaskan hidupan akuatik apabila plankton
yang menjadi sumber makanan utama musnah dan secara tidak langsung menyebabkan ikan
tidak dapat membiak dengan baik kerana cahaya matahari tidak dapat membias sampai
kepermukaan air. Sekirannya ini berterusan berlaku maka sumber pendapatan para petani,
nelayan dan peniaga akanturut merosot. Pada masa yang sama, bilangan pelancong yang
datang ke negara ini juga berkurangan dan secara tidak langsung ekonomi negara juga akan
terjejas teruk. Aktiviti harian juga tidak akan berjalan dengansempurna misalnya sekolah
terpaksa ditutup, akitviti kokurikulum terpaksa ditangguhkan atau dilakukan dikawasan
tertutup dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, orang ramai perlu memakai topeng apabila
keluar daripada rumah untuk mengelakkan diri daripada udara yang tercemar.
Terdapat banyak kajian yang telah dijalankan menunjukkan betapa pencemaran udara
meninggalkan kesan yang buruk terhadap kesihatan manusia secara amnya. Pendedahan yang
terlalu lama dan secara tidak langsung kepada udara yang tercemar akan mengakibatkan
penyakit kronik seperti kanser peparu, asthma, bronkitis, pneumonia, konjuktivistis, batuk
dan sakit mata. Di samping manusia, ia juga memberikan kesan secara tidak langsung kepada
organisma lain iaitu haiwan dan juga tumbuh-tumbuhan. Udara yang tercemar dan tidak sihat
melambatkan proses pertumbuhan haiwan dan menjejaskan pengeluaran sayuran serta buahbuahan yang berkualiti juga.
Justeru itu, sejajar dengan kesan pencemaran di atas, iklim global dan setempat juga
menerima tempias yang sama. Buangan bahan kimia seperti sulfur dioksida dan nitrogen
dioksidaakan melarut di dalam wap air seterusnya akan turun ke bumi sebagai hujan asid.
Hujan asid amat berbahaya kerana ia akan mengalir ke dalam tanah dan akan merosakkan
galian dan mineral di dalam tanah sehingga mengurangkan kesuburan tanah. Kehadiran
bahan-bahan pencemar udara juga akan menjejaskan keseimbangan ekologi dan ekosistem
yang memberi kesan menyeluruh kepada bumi.
6

Sidang hadirin yang saya muliakan ,


Pembuangan sisa bahan enap dan kotoran yang tidak terancang ke ruang udara telah
menyebabkan suhu bumi meningkat secara mendadak. Sama ada disedari atau tidak, masalah
ini merupakan sebahagian daripada meningkatnya kesan rumah hijau yang sedang melanda
bumi dewasa ini. Oleh itu, semua masalah ini akan berlarutan.Untuk menikmati kehidupan
yang lebih sihat dan tidak menjejaskan ekonomi negara adalah amat mustahil sekali.
Pada Jun 2013 yang lalu, Status Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Muar di paras tidak
sihat dengan bacaan 690 yang direkodkan tertinggi setakat ini. Jabatan Alam Sekitar
menerusi laman sesawangnya melaporkan satu lagi kawasan di Johor iaitu di Larkin Lama
turut mencatat IPU tidak sihat iaitu dengan bacaan 111. Sementara itu di Pasir Gudang dan
Kota Tinggi masing-masing mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu 83 dan 78.
Sehinggakan pada waktu itu Dato Sri Najib Tun Razak mengisytiharkan Muar dan Ledang
berstatus darurat berkuatkuasa serta merta selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU)
melebihi 750. Jerebu juga berpunca dari kesan pencemaran udara yang tidak terkawal.
Para hadirin sekalian,
Sebenarnya, ekoran masalah pencemaran udara banyak meninggalkan kesan buruk
tehadap kehidupan kita semua. Permasalahan yang berkaitan dengan pencemaran udara perlu
ditangani dengan segera serta bersungguh-sungguh bukan hanya seperti melepaskan batuk di
tangga. Tanpa kerjasama daripada semua pihak, usaha untuk menangani masalah ini mungkin
akan menemui jalan buntu atau tidak akan berjaya sepenuhnya seperti yang diingini. Besar
kemungkinan mereka yang tidak berada di kawasan tercemar tidak dapat membayangkan
akan kepayahan anggota masyarakat melakukan aktiviti seharian sepanjang tempoh tersebut.
Mereka sukar untuk bergerak kemana-mana. Sekolah terpaksa ditutup dan orang ramai
terpaksa memakai topeng apabila hendak keluar rumah. Situasi yang sedemikian juga dapat
menyebabkan kemalangan sama ada dijalan raya, udara ataupun laut. Ini disebabkan oleh had
pandangan telah berkurang.

Pencemaran udara juga turut memberi kesan kepada benda bukan hidup seperti
bangunan-bangunan. Bangunan yang binaannya diperbuat daripada batu kapur akan diancam
keretakan dan seterusnya menjurus kepada kerosakan. Ini berpunca daripada bahan-bahan
pencemar berbahaya yang terdapat di udara akan melekat dan bertindak balas ke atas batu
dan meretakkan bangunan. Seterusnya bangunan akan rapuh, terurai, cat pudar dan kotor. Jadi
perbelanjaan yang lebih besar diperlukan untuk memulihara bangunan yang telah rosak itu.
CARA MENGATASI ATAU MENGAWAL PENCEMARAN UDARA
Para pelajar dan warga sekolah yang dikasihi sekalian,
Terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah pencemaran udara akan saya
senaraikan. Langkah pertama yang kita boleh ambil ialah dengan mengurangkan penggunaan
kenderaan bermotor. Kita boleh menggunakan kenderaan awam seperti LRT, bas dan komuter
untuk ke tempat kerja. Selain itu berkongsi kereta adalah langkah bijak untuk mengurangkan
pencemaran udara. Sebagai pelajar, anda juga boleh berbasikal atau berjalan kaki sahaja
sekiranya tempat yang kita ingin pergi itu berhampiran sahaja.
Seterusnya, langkah menggunakan petrol tanpa plumbum juga akan mengurangkan
masalah pencemaran udara dan juga sebagai bonus dapat mengelakkan masalah kesihatan
seperti batuk dan selsema yang berpanjangan. Ia juga dapat mengurangkan pelepasan
kandungan plumbum dari asap kenderaan ke atmosfera.
Selain itu, penggunaan catalytic converter iaitu penukar bermangkin kepada kereta dan
kenderaan lain. Ia dapat membantu mengurangkan pencemaran udara kerana ia mesra alam.
98% unsur-unsur pencemaran dapat dikurangkan dengan menggunakan penukar bermangkin
dua hala (Two -way Catalytic Converters). Ia boleh mengurangkan pencemaran asap dari
enjin kenderaan dengan cara menukarkan hidrokarbon dan karbon monoksida kepada karbon
dioksida dan wap air. Penukar bermangkin tiga hala (three- way Catalytic Converters) pula
boleh mengoksidakan oksida-oksida nitrogen tertentu. Ia dapat mengurangkan penggunaan
minyak kenderaan bermotor dan juga dapat mengekalkan kecekapan enjin.

Seterusnya, projek dan kempen kitar semula juga dapat membantu mengatasi masalah
pencemaran udara. Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula
bahanbuangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan
proses yang bijak dan sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar
pencemaran. Pembakaran sampah-sarap secara terbuka turut dapat dikurangkan juga.
Akhir sekali, pihak kerajaan yang bertanggungjawab mentadbir negara telah
mengubalkan dan menguatkuasakan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar
pencemaran.Sebagai contoh, kilang-kilang industri besar dan kecil diwajibkan menapiskan
asap yang akan dikeluarkan. Pengilang diarahkan memasang penapis pada cerobong asap dan
merawat dahulu bahan buangan atau sisa kilang mereka. Perkara ini dapat mengurangkan gas
berbahaya sulfur dioksida daripada terampai ke udara. Kilang -kilang yang ingkar akan
dikompaun atau digantung operasi mereka demi memberi pengajaran kepada pengilangpengilang yang lain.

KESIMPULAN
Sebelum saya mengakhiri ceramah saya pada hari ini,
Saya memohon kepada pihak pentadbir sekolah, guru-guru, serta murid-murid yang saya
kasihi sekalian.
Marilah kita semua bersama-sama, sebagai rakyat negara Malaysia, berganding bahu dan
tenaga membendung masalah pencemaran ini daripada berlaku secara berterusan. Segala
yang terjadi puncanya seperti kita lihat pada hujah-hujah saya sebelum ini yang saya ambil
daripada fakta-fakta yang boleh dipercayai adalah daripada kita sendiri iaitu manusia. Setiap
aktiviti buruk yang kita lakukan akan kembali kesannya kepada kita juga. Usaha ini sangat
penting demi menjamin kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara.
Namun begitu , sebelum terlambat, sebelum keadaan menjadi semakin teruk, pihak
kerajaan terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah pencemaran
ini dari terus-menerus menghantui negara kita. Kerajaan merupakan nadi kita, setiap kempen,
penguatkuasaan undang-undang, perlu dilaksanakan oleh kerajan bagi membendung masalah
ini. Kita sebagai rakyat yang bertanggungjawab harus sentiasa memberi sokongan dengan
bekerjasama dan

berganding bahu dalam mengatasi masalah ini. Rakyat yang sihat

merupakan tonggak utama untuk memastikan kemajuan negara kerana 'Kita Sihat Tanpa
Pencemaran'.
Sekian sahaja ceramah saya pada pagi ini. Terima kasih..
Bilahit taufiq wal hidayah. wassalamualaikum warahmatullaahi wabarakatuhu

10

RUJUKAN
Buku ;
1

Mohd NoorazamAbdul Razak, Che Ishak Ismail, Albeny Joslyn Panting & Nur
Akmal Ishak (2013). HBHE3203 Kebersihan Dan Keselamatan Persekitaran.Open
University Malaysia.

Ibrahim Hj Ahmad, Azizah Supardi & Saidah Kamin(2015). Kamus Dewan. Edisi
Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Internet ;
1.

https://www.scribd.com/doc/4927232/Artikel-Pencemaran-Alam-Sekitar
Diperolehi pada 15 Oktober 2016

2.

http://www.cikguhailmi.com/2014/01/5-bahan-cemar-udara.html .
Diperolehi pada 15 Oktober 2016

3.

http://pencemaran-pencemaran.blogspot.my/2010/08/definisi-pencemaran.html
Diperolehipada20 Oktober 2016

4.

https://alamsekitarterkini.wordpress.com/2010/08/23/pencemaran-alam-sekitar/
Diperolehipada20 Oktober 2016.

11

Anda mungkin juga menyukai