Anda di halaman 1dari 8

3 Amalan Yang Tidak Terputus Pahalanya

:
::

Maksud hadis :
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu katanya,, Rasulullah
SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya
terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu
yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR
Muslim).
PENJELASAN HADITH :
Sesungguhnya kita diciptakan oleh Allah mempunyai matlamat
yang tertentu iaitu agar kita sentiasa mengabdikan diri kepada
Allah serta mentaatinya dengan melakukan perkara yang disuruh
dan meninggalkan perkara yang dilarang.
Firman Allah Taala dalam surah Adz Dzaariyaat ayat 56 ,
berbunyi :

Kira-kira maksudnya: Dan tidaklah Aku menciptakan jin dan
manusia melainkan untuk menyembah-Ku.
Allah telah menjanjikan pahala bagi mereka yang sentiasa
beriman dan bertakwa kepadanya sebagai jaminan untuk
mencium bau syurga dan juga memberikan dosa dan api neraka
kepada mereka yang mengkufuri perintahnya. Segala amalan kita

didunia akan terputus apabila kita kembali menghadap ilahi.


Namun terdapat 3 amalan sahaja yang masih dterima allah
sebagai pahala kita di akhirat nanti meskipun kita sudah
meninggalkan dunia fana ini. Amalan-amalan tersebut adalah:
1) amal jariyah
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak soleh yang mendoakan ibu bapanya.
Di sini jelas menunjukkan kepada kita betapa tingginya nilai
rahmat dan kasih Allah terhadap hambanya, memberikan peluang
untuk memperolehi pahala walaupun kita sudah berada di alam
barzakh. Sekarang terserahlah kepada kita untuk mengambil
peluang keemasan ini selagi hayat masih ada.
AMAL JARIYAH
Amal jariyyah menurut bahasa ialah perbuatan yang baik.
Menurut istilah ulama syara amal jariyyah juga di sebut sebagai
wakaf iaitu menahan sesuatu yang bolah dimanfaatkan bagi
tujuan kemaslahatan serta kekal zatnya sebagai
( taqarrub) pendekatan diri terhadap Allah.
Hukum melakukannya adalah sunat.
Firman Allah Taala yang berbunyi :

Yang kira-kira bermaksud : Kamu sekali-kali tidak sampai kepada
kebajikan (yang sempurna), sebelum kamu menafkahkan
sebahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu
nafkahkan, maka sesungguhnya Allah mengetahuinya. (Surah Ali
Imran, ayat 92)

Amal jariyah merupakan amalan yang terpuji disisi Allah


antaranya ialah membangun masjid atau sekolah, mewakafkan
kitab-kitab bermanfaat kepada masjid dan lain-lain lagi. Perkara
ini ada disebutkan dalam hadith, riwayat Ibn Majah bahawa
Rasulullah SAW bersabda yang kira-kira bermaksud:
''Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi
seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat,
anak yang dididik agar menjadi orang shaleh, mewakafkan AlQuran, masjid, membangun tempat penginapan bagi para
musafir, membuat irigasi, dan bersedekah.'' (HR Ibn Majah).
Berikut disenaraikan antara fadilat-fadilat amal jariyyah
berbentuk sedekah ialah :
1) Bersedekah merupakan jalan kepada pintu-pintu kebaikan dan
menutup pintu-pintu kejahatan.
2) Ikhlasnya bersedekah dapat meringankan kesusahan
seseorang.
3) Harta orang yang bersedekah tidak akan berkurangan malah
ianya akan bertambah.
4) Dengan bersedekah, kita akan terhindar dari bala dan umur
juga diberkati serta menjadi panjang.
5) Merahsiakan sedekah memadam kemurkaan Allah manakala
sedekah secara terang-terangan pendinding api neraka.
Oleh itu, kita diseru agar sentiasa melakukan amal jariyah dengan
penuh keikhlasan kerna ianya bukan sahaja memberikan
maslahat kepada masyarakat amnya.Bahkan pahalanya akan
sentiasa mengalir walaupun kita telah menghembuskan nafas
terakhir. Maka tidak rugilah harta yang telah disedekahkan pada
jalan Allah sesuai dengan firman Allah dalam surah Al-Baqarah,
ayat 262 yang kira-kira bermaksud :

Orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah,


kemudian mereka tidak mengiringi apa yang dinafkahkannya itu
dengan menyebut-nyebut pemberiannya dan tidak menyakiti
perasaan si penerima, mereka memperolehi pahala di sisi tuhan
mereka. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak pula
mereka bersedih hati.

Dan sabda nabi yang berbunyi :



Maksudnya : Jangan kamu malu dengan pemberian yang sedikit
kerana tidak memberi langsung lebih sedikit daripadanya.
ILMU YANG BERMANFAAT.
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam telah bersabda:
Maksudnya: Sesiapa yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu
maka Allah mudahkan untuknya jalan ke syurga. (Hadith Riwayat
Muslim)
Pepatah juga ada mengatakan:
Kerjakanlah amal ibadah seolah-olah kamu mati pada keesokan
harinya dan tuntulah ilmu tu seolah kamu hidup seribu tahun lagi.
Menuntut ilmu adalah amat digalakkan tidak kiralah ilmu
pengetahuan itu berbentuk keagamaan mahupun saintifik atau
ekonomi. Apa jua ilmu bermanfaat yang telah kita pelajari
sewajarnya kita aplikasikan dalam kehidupan seharian. Dan amat
beruntung lagi jika ilmu sedemikian disebarkan dan diajarkan
dengan meluasnya kepada orang ramai bersesuaian dengan

sabda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam :



Yang kira-kira bermaksud : Sampaikanlah dariku walau sepotong
ayat.

Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah daripada Abu Hurairah,


Rasulullah SAW bersabda:
"Pelajarilah oleh kamu ilmu faraidh itu, kerana ia adalah
sebahagian daripada agama dan ia adalah setengah daripada
ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku"
Kedua-dua hadith di atas menuntut kita agar sentiasa
mengajarkan ilmu yang dipelajari kepada yang jahil dan
memerlukan kerana kelebihan menuntut ilmu dan
mengajarkannya itu amat luas di sisi masyarakat dan juga disisi
maha pencipta, Allah Subhanahu Wataala.
Sesungguhnya mereka yang berilmu dan menyembunyikannya
adalah termasuk daripada orang-orang yang rugi. Hidup mereka
cuma setakat mendapat kepuasan diri sendiri dan pahalanya
hanya setakat didunia sahaja. Begitu juga mereka yang luas
ilmunya akan tetapi kurang mempunyai adab dalam menuntut
ilmu seperti melawan guru bermegah-megah dan merasakan ilmu
yang diperolehinya sudah cukup hebat, ilmu yang mereka
perolehi hanyalah sia-sia dan tidak mendapat berkat dari yang
Maha Esa. Oleh yang demikian, tuntutlah ilmu dengan penuh
adab dan rasa rendah diri kerana sesungguhnya ilmu itu adalah
milik Allah Subhanahu Wataala.
Firman Allah Subhanahu Wataala :

:
Ertinya : Berkata Khidr (selaku guru), jika kamu ingin ikutiku maka
jangan kamu bertanya apa-apa sehinggalah aku menceritakannya
kepadamu." ( Al-Kahfi, ayat 70)
Ayat ini tidak bermaksud kita sebagai murid tidak boleh bertanya
semasa waktu pembelajaran, namun adab yang dimaksudkan di
sini hendaklah dengan cara meminta izin terlebih dahulu.
Hadith Riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi ada mengatakan
bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya
akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti
kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat."
Berlainan dengan mereka yang ikhlas memberikan ilmu yang
bermanfaat sebagai contoh pensyarah dan guru. Tidak terbatas
hanya mengharapkan imbalan gaji yang diterima.Generasi ilmuan
seperti ini perlulah mempunyai hati yang ikhlas demi mengharap
redha dan berkat Allah dalam menjalani kehidupan. Dan ingatlah
Allah Maha Mengetahui apa jua yang kita sembunyikan.
Di sebabkan nilai keikhlasan amalan seseorang dalam
mengajarkan ilmu mereka inilah, Allah mengangkat darjat para
ilmuan dikalangan para sahabat dan ulama dan menjanjikan
pahala yang besar kepada kita baik semasa kita hidup ataupun
telah meninggal dunia.
DOA ANAK YANG SOLEH.
Ibu bapa mempunyai amanah yang besar dalam mendidik anakanak mereka.Jika baik tarbiyahnya maka solehlah anak tersebut
namun jika sebaliknya, akan mendatangkan kerugian kepada diri

mereka sendiri.
Diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, dari Abu Hurairah radhiallahu
'anhu, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda,
maksudnya:
"Setiap anak dilahirkan atas fitrah, maka kedua ibu bapanyalah
yang meyahudikannya atau menasranikannya atau
memajusikannya".

Anak merupakan amanah Allah yang amat bernilai kepada kita


bagi mencorak dan melahirkan generasi yang bakal menerajui
dunia yang penuh pancaroba. Didikan agama yang betul adalah
amat dititik beratkan. Insyaallah anak yang soleh, baik budi
pekerti dan agamanya bukan sahaja menjadi harapan bangsa dan
masyarakat Islam malah kepentingannya kembali kepada orang
tuanya itu sendiri. Dengan ini, tidak rugilah mereka yang
mempunyai anak yang soleh dan solehah kerna mereka lah yang
akan sentiasa mendoakan orang tuanya setelah mereka
meninggal dunia dan berikutan ini bertambahlah pahala orang
tua tersebut hanya kerana sebuah doa dari anaknya.
PENGAJARAN YANG DAPAT KITA AMBIL DARI HADITH DI ATAS :
1) Islam menggalakkan hambanya agar sentiasa bersifat ikhlas
dalam melakukan amalan-amalan yang terpuji.
2) Galakan terhadap semua umat islam agar menggunakan
kesempatan hidupnya dengan melakukan 3 perkara tadi iaitu
amal jariyah, ilmu yang bermanfaat dan doa anak yang soleh
kerana pahala daripada melakukan amalan-amalan ini tidak akan
putus sekalipun kita sudah tiada.

3) Seruan kepada kedua orang tua agar sentiasa menitikberatkan


dalam mendidik anak-anak mereka dengan tarbiyah yang baik.
4) Amal jariyah seperti bersedekah mempunyai fadilat yang
banyak sepertimana yang disebutkan didalam ayat-ayat al-quran
dan hadith-hadith.
5) Ilmu yang berkat adalah bersumber dari keikhlasan, kecekalan
hati dalam menimba ilmu pengetahuan disamping menjaga adab
dan displin ketika belajar.

Disediakan oleh:
NORMASUZANAH BTE BADARUDIN

Anda mungkin juga menyukai