Anda di halaman 1dari 2

SOAL SELIDIK STRES DALAM KALANGAN GURU

DIMENSI
TUNTUTAN
(Demands)

PENGURUSAN
(Control)

SOKONGAN
(Support)

HUBUNGAN
(Relationships)

PERANAN
(Role)
PERUBAHAN
(Change)

PERNYATAAN
Fizikal tempat bekerja saya boleh diterima.
Ruangan rehat di tempat saya bekerja tidak selesa.
Jumlah jam yang perlu saya bekerja boleh diterima.
Terlalu banyak mesyuarat selepas waktu persekolahan.
Tarikh akhir penghantaran kerja dan tekanan kerja yang terlalu
banyak dikenakan ke atas saya.
Pemantau kerja secara kerap menambahkan tekanan bekerja.
Waktu bekerja dan kehidupan peribadi di rumah adalah
seimbang.
Pihak sekolah menghargai usaha kerja yang dilakukan dari
rumah.
Saya dapat mengambil cuti tanpa gangguan sepanjang cuti
sekolah.
Penyediaan
perancangan
pembelajaran
&
pengajaran
membebankan.
Saya berpeluang untuk mengutarakan idea dan pandangan
sewaktu bekerja.
Saya terpaksa mengabaikan sesetengah tugas kerana terlalu
banyak kerja yang perlu dilakukan.
Terlalu banyak pemantauan bilik darjah dilakukan ke atas saya.
Saya terdorong untuk menggunakan kemahiran dan inisiatif
sendiri dalam melaksanakan tugas.
Saya menerima latihan yang sewajarnya.
Saya tidak menerima sokongan dalam mengendalikan kertas
kerja yang melibatkan birokrasi.
Pihak pentadbiran sentiasa memberikan sokongan kepada staf.
Saya sering kali menerima maklum balas positif atas hasil kerja
saya.
Kakitangan sokongan di sekolah sedikit.
Sekolah mendapat manfaat daripada kepimpinan secara efektif.
Saya memiliki hubungan yang baik dengan pihak pentadbir
sekolah.
Saya bergaul baik dengan rakan sejawat.
Pentadbiran sekolah menggalakkan sikap positif untuk
mengelakkan konflik dan memastikan keadilan di tempat kerja.
Staf takut untuk membuat aduan sekiranya mereka terpilih
dalam melaksanakan sesuatu tugas yang tidak dikehendaki.
Saya sering kali menguruskan murid yang menimbulkan
gangguan.
Saya perlu menguruskan murid yang mencetuskan keganasan.
Saya prihatin akan keganasan yang ditimbulkan oleh ibu bapa
yang agresif.
Saya jelas tentang jangkaan kualiti kerja saya.
Kemahiran saya diguna pakai sepenuhnya.
Saya berasa dihargai dalam peranan yang dimainkan oleh saya.
Saya mendapati sukar untuk mengikut transformasi kurikulum
dan tempat kerja.
Saya dapati pengenalan inisiatif baru menakutkan.
Terdapat taklimat sekiranya sebarang transformasi berlaku.
Perubahan selalunya dilengkapkan dengan latihan dan sokongan

apabila diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai