Anda di halaman 1dari 2

Pengerusi Penduduk

Desa Timah Langat


Batu 2 Jalan Air Hitam
43800 Dengkil
Selangor Darul Ehsan

Pegawai Daerah
Pejabat Daerah / Tanah Sepang
Bagunan Tun Aziz
Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang
Selangor Darul Ehsan
(u.p : Bahagian Pembangunan Luar Bandar)

15 November 2016

Puan,
MEMOHON PENURAPAN JALAN DAN MENAIK TARAF LONGKANG ATAU
SALURAN AIR
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Berdasarkan maklumat di atas, saya Saharuddin Bin Ruslan selaku Pengerusi
Penduduk Desa Timah Langat ingin memohon bantuan dari pihak puan untuk menurap
jalan dan menaik taraf longkang atau saluran air di seluruh kawasan Desa Timah
Langat, Mukim Dengkil.
3.
Untuk pengetahuan pihak puan, keadaan jalan yang sedia ada sekarang amat
kurang memuaskan kerana struktur serta komposisi tanahnya yang lembut dan mudah
berlubang. Keadaan ini juga akan bertambah sukar lagi apabila tiba musim hujan yang
akan menyebabkan laluan ini menjadi becak dan berair.
3.
Tambahan pula, keadaan longkang atau saluran air yang sedia ada sekarang
amat kurang memuaskan kerana tidak memenuhi spesifikasi sistem perparitan atau
dengan kata lain tidak mempunyai saluran keluar yang betul sehingga menyebabkan air
mudah bertakung. Keadaan ini juga akan bertambah buruk lagi apabila tiba musim hujan
yang akan menyebabkan air melimpah ke dalam rumah.
4.
Besarlah harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat perhatian serta
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak puan. Segala jasa baik daripada pihak
puan, saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,

.
(SAHARUDDIN BIN RUSLAN)
Pengerusi Penduduk
Desa Timah Langat

Pengerusi Penduduk
Desa Timah Langat
Batu 2 Jalan Air Hitam
43800 Dengkil
Selangor Darul Ehsan

Jurutera Daerah
Jabatan Pengairan Dan Saliran Daerah Sepang
Tingkat 2, Bangunan Tun Aziz,
Bandar Baru Salak Tinggi
43900 Sepang
Selangor Darul Ehsan

15 November 2016

Puan,
MEMOHON PENAIK TARAFAN LONGKANG ATAU SALURAN AIR
Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.
2.
Berdasarkan maklumat di atas, saya Saharuddin Bin Ruslan selaku Pengerusi
Penduduk Desa Timah Langat ingin memohon bantuan dari pihak puan untuk menaik
taraf longkang atau saluran air di seluruh kawasan Desa Timah Langat
3.
Untuk pengetahuan pihak puan, keadaan longkang yang sedia ada sekarang
amat kurang memuaskan kerana tidak memenuhi spesifikasi sistem perparitan atau
dengan kata lain tidak mempunyai saluran keluar yang betul sehingga menyebabkan air
mudah bertakung. Keadaan ini juga akan bertambah buruk lagi apabila tiba musim hujan
yang akan menyebabkan air melimpah ke dalam rumah.
4.
Besarlah harapan kami sekiranya permohonan ini mendapat perhatian serta
pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak puan. Segala jasa baik daripada pihak
puan, saya dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Saya yang menjalankan tugas,

.
(SAHARUDDIN BIN RUSLAN)
Pengerusi Penduduk
Desa Timah Langat

Anda mungkin juga menyukai