Anda di halaman 1dari 1

Takrif asal "komputer", seperti yang disebut di atas, hanya merangkumi

peralatan khusus yang boleh mengira satu fungsi atau berbilang fungsi yang
terhad. Sekiranya mengambil kira komputer moden, salah satu ciri yang
membezakannya dengan komputer awal ialah: sekiranya dimasukkan dengan
perisian-perisian yang sesuai, komputer moden berkemampuan untuk meniru
sebarang pengiraan. Namun kemampuan ini dibatasi oleh pemuatan storan,
ingatan capaian rawak (RAM) serta kelajuan pemprosesan. Dalam erti kata lain,
kemampuan ini boleh digunakan sebagai ujian untuk membezakan komputer
"serba-guna" dengan komputer awal yang hanya khusus untuk tugas tertentu.
Komputer juga boleh ditakrifkan sebagai satu sistem yang mengendalikan
simbol-simbol elektronik dengan pantas dan tepat dan direka khas untuk
menerima, memproses, menyimpan dan mengeluarkan hasil keluaran.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Komputer

Anda mungkin juga menyukai