Anda di halaman 1dari 20

1.

PENGENALAN
Terlebih dahulu perlu difahami apa itu politik. Terlalu banyak maksud yang
diberikan kepada istilah politik. Ada yang mengatakan politik itu adalah
kekuasaan, negara, pengambilan keputusan, pengaruh dan sebagainya.
Pendek kata, tidak ada persepakatan antara sarjana-sarjana tentang
makna politik yang sebenarnya. Roger F. Soltau dan F. Barent misalnya
mengatakan bahawa politik itu adalah kehidupan bernegara. Sementara
Harold D. Lasswell, A. Kaplan, W.A. Robson, dan Niccolo Machiavelli pula
menyifatkan politik sebagai kuasa. Seterusnya, seorang sarjana dan ulama
terkemuka Islam, Abdul Hamid Muhammad Al-Ghazali (imam Ghazali)
mengatakan politik adalah bertujuan membaiki urusan manusia dengan
cara membaiki petunjuk kepada mereka ke arah jalan yang lurus yang
menyelamatkan

mereka

di

dunia

dan

akhirat.

Walaupun

politik

didefinisikan dengan maksud yang berbeza-beza tetapi kesemua sarjana


tersebut tidak menafikan bahawa politik adalah melibatkan kehidupan
manusia di dunia yang mempunyai kaitan secara langsung dengan
kehidupan bernegara, cara-cara mendapatkan kuasa, pengaruh dan lainlain lagi.1
Manakala, perkataan Islam pula berasal daripada bahasa Arab iaitu
slm yang membawa maksud keamanan, penyerahan dan kepatuhan.
Dalam erti kata yang mudah, Islam membawa maksud submission to the
will of God (Allah s.w.t) and obedience to his law. Sebagai sebuah agama
yang unik, Islam mempunyai suatu sistem yang tersendiri. Ajarannya
menyentuh setiap aspek kehidupan umat manusia, spiritual, moral, sosial,
politik, ekonomi, dan undang-undang. Oleh itu Islam adalah kanun
kehidupan

yang

mengawal

urusan

kehidupan

dan

aktiviti

spritual

penganutnya. Dengan itu, Islam adalah satu sistem yang komprehensif


yang tidak membeza-bezakan manusia di samping ajarannya meliputi
semua aspek kehidupan umat manusia dan syariah telah dianggap oleh
umat Islam sebagai undang-undang pemberian Allah s.w.t yang mengawal
setiap tingkah laku mereka. Bagi melaksanakan sesuatu sistem politik
ataupun pemerintahan yang bercirikan Islam, masyarakat dan negara
yang berdasarkan idea dan undang-undang syariah perlu diwujudkan.
Dalam rangka kerja ini, tujuan penubuhan sistem politik ataupun
1 Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak, Politik Dan Pemerintahan Negara, Malaysia: Thomson
Learning, 2006, hlm 161.

pemerintahan dalam Islam ialah bagi melaksanakan undang-undang


syariah dan memenuhi kepentingan duniawi masyarakat berdasarkan
perintah Allah s.w.t. Oleh itu, negara dalam Islam seringkali disebut
sebagai alat agama. Islam sebagai suatu cara hidup (the way of life) tidak
pernah memisahkan agama dan politik berbanding agama-agama lain.
Politik dalam pengertiannya yang tepat dan luas adalah sebahagian dari
Islam. Sistem politik Islam adalah ibarat saraf dalam diri seseorang
manusia. Jika saraf rosak maka perjalanan badan menjadi tidak betul dan
tidak tepat serta boleh merosakkan diri manusia itu sendiri. Oleh itu, Allah
s.w.t. telah menurunkan kepada kita agama Islam yang sempurna seperti
yang telah dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud;
pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan telah
Aku cukupkan untuk kamu nikmatku dan telah Aku redha Islam itu
menjadi agama kamu (surah al-Maidah:3)
Maka, Islam sebagai yang telah sempurna akan menjadi pincang
sekiranya politik itu diasingkan dalam kehidupan beragama. Dengan itu,
adalah menjadi kewajipan kepada semua manusia menegakkan ajaranNya dan berpandukan kepada nilai-nilai yang baik dalam berpolitik. 2
Malaysia misalnya, merupakan negara yang mempunyai penduduk yang
berbilang kaum dan agama. Hal ini telah mencorakkan suasana politik
Malaysia. Menerusi pelbagai kajian dan penulisan politik di Malaysia,
agama dikenal pasti sebagai antara faktor terpenting yang membentuk
identiti sesebuah kelompok yang diistilahkan sebagai kaum. Sebagai
contohnya, kaum Melayu yang sering dikaitkan dengan Islam. Hal ini
tercatat dalam perlembagaan Malaysia, yang mana Muslim adalah prasyarat kepada identiti kemelayuan. Mohd Asri Haji Muda (pemimpin Parti
Islam Se-Malaya) pernah berkata bahawa Islam tidak boleh diletakkan di
atas pokok, digantung di dahan kayu atau dilekatkan di atas dinding. Ia
mesti ada pendukungnya. Dalam konteks kita Malaysia, pendukungnya
adalah orang Melayu. Ini bermakna bahawa Islam dan orang Melayu tidak
dapat dipisahkan. Oleh itu, penulisan ini akan menjawab persoalan
mengenai kepentingan dan peralihan politik Islam sebagai satu fenomena
dalam sinario politik Malaysia pada dekad 1970-an dan 1980-an.

2 Ibid., hlm162.
2

2.0

LATAR BELAKANG PARTI POLITIK ISLAM DI MALAYSIA


2.1
Parti Islam Se-Malaya (PAS)
Dalam tahun 1952, sebahagian daripada pemimpin UMNO yang
berjiwa Islam telah merasakan sesuatu kekosongan dalam bidang
dan ruang gerakan politik jika Islam tidak disertakan sama. Pada
masa itu dalam UMNO telah ada satu bahagian yang diberi tugas
bagi

menangani

urusan

hal-ehwal

Islam

yang

diketuai

oleh

Allahyarham Haji Ahmad Fuad Hassan. Walau bagaimanapun,


mereka masih belum merasa puas. Mereka mahukan sebuah badan
yang berdiri sendiri sekalipun mereka masih menganggap bahawa
hubungan dengan UMNO, badan induk asalnya, haruslah wujud.
Sesudah melalui persidangan para ulama di Johor Bahru dan
kemudian berpindah ke Seberang Prai, maka akhirnya sebuah parti
politik Islam berjaya ditubuhkan dengan nama Persatuan Islam SeMalaya atau ringkasnya PAS, dan Haji Ahmad Fuad Hassan telah
dilantik sebagai Yang Dipertuan Agung yang pertama. 3 Parti Islam
Se-Malaya (PAS) sejak penubuhannya, terus memperjuangkan
kepentingan

orang

Melayu

sebagai

pewaris

pendaulatan

Islam

sebagai

agama

negara

negara
semakin

ini

dan

menjadi

sambutan daripada masyarakat Melayu terutama di negeri-negeri


Utara dan Timur Semenanjung.4
Kepimpinan

ulama

dalam

PAS

amat

signifikan

memandangkan PAS adalah sebuah parti politik yang menjadikan


Islam sebagai dasar perjuangan. Sementara tujuan atau matlamat
perjuangan PAS pula ialah memperjuangkan wujudnya di dalam
negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di
dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju
keredhaan Allah s.w.t serta mempertahankan kesucian lslam, juga
3 Mohamed Asri bin Haji Muda, Memoir Politik Asri: Meniti Arus / Kata Pengantar Oleh Wan Hashim
Wan Teh, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 1993, hlm 37.

4 Abdul Rahman Haji Ismail, Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik, Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka, 2005, hlm 347

kemerdekaan dan kedaulatan negara (Fasal 5, Perlembagaan PAS).


Selain itu, seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan PAS
juga, hukum tertinggi yang dipegang oleh parti ialah Kitabullah,
iaitu

Al-Quran,

Sunnah

Rasul

serta

Ijmak

Ulama

dan

Qias.

Berdasarkan kepada dasar, tujuan dan hukum tertinggi, secara


tidak langsung menampakkan perlunya ulama dalam organisasi
PAS. Ini adalah kerana ulama menurut konteks Malaysia, adalah
golongan yang memahami ilmu-ilmu agama Islam seperti Al-Quran,
Hadith, Tauhid, Fiqh dan sebagainya. 5 Pada awal penubuhannya,
PAS

berjuang

untuk

menekankan

mencapai

perjuangan

kemerdekaan

berteraskan

Islam.

negara

dengan

Sesudah

negara

mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, PAS berusaha mengisi


kemerdekaan negara dan menubuhkan sebuah negara Islam.
Hakikatnya, PAS adalah parti Islam di Malaysia yang berusaha
bersama-sama

UMNO

menuntut

kemerdekaan

pada

awal

penubuhannya.
3.0
3.1

FAKTOR-FAKTOR PERALIHAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA


Revolusi Iran 1979
Peristiwa yang menyebabkan wujudnya gerakan revolusi Islam di
Iran sebenarnya didorong melalui kemunculan ulama yang menjadi
watak utama di sebalik revolusi Iran. Revolusi Iran pada 11 Februari
1979 adalah sebuah deskripsi dramatis bagi semangat kebangkitan
Islam militan di bawah bekas kerajaan Persia dahulu sehingga
menimbulkan kekhuatiran di dunia Barat.6 Bagi dunia Barat
terutamanya

Amerika,

revolusi

Iran

merupakan

malapetaka

menakutkan bagi perluasan kekuatan dan kekuasaannya di negara


para ulama itu. Walaupun Revolusi Islam Iran telah berlangsung
selama 30 tahun lebih kerana didorong oleh beberapa peristiwa lain
yang menjadi faktor kemunculan revolusi Iran ini namun hal ini juga
memberikan

pengaruh

yang

cukup

besar

sampai

saat

ini,

khususnya bagi rakyat Iran dan negara-negara di sekitarnya. Di


5 Badlihisham Mohd Nasir & Napisah Karimah Ismail, Kepimpinan dan Kedudukan Ulama dalam
Organisasi Parti Islam SeMalaysia (PAS), Prosiding Nadwah Ulama Nusantara (NUN) IV: Ulama
Pemacu Transformasi Negara, Bangi :Universiti Kebangsaan Malaysia, 2011, hlm 116.

6 Rina Syaprianti, Genealogi Intelektual Revolusi Iran 1979: Studi Pemikiran Ali Shariati, Jakarta:
Fakulti Adab dan Humaniora Uin Syarif Hidayatullah, 2015, hlm. 1-5.

samping itu, revolusi Iran ini juga telah memberi kesan yang amat
mendalam

kepada

seluruh

dunia

Islam

dengan

pemikiran

kebangkitan Islam yang diterapkan pada ketika revolusi itu terjadi.


Justeru itu, revolusi Iran ini mengejutkan dunia dan telah memberi
pengaruh kepada sebahagian pemimpin-pemimpin muda PAS yang
mulai meniup semangat baru dan ingin meletakkan PAS di atas
landasan baru yang berbeza daripada sebelumnya. Jika dilihat
sebelumnya, ideologi perjuangan PAS adalah gabungan antara
Islam dan Fahaman Nasionalisme. Kini perjuangan mereka adalah
untuk menegakkan syiar Islam daripada fahaman Nasionalisme.
Oleh itu, jelaslah bagaimana revolusi Iran 1979 itu mempengaruhi
peralihan politik Islam di Malaysia. Kebangkitan Islam secara besarbesaran ini telah mencorakkan politik Islam di dunia.
3.2

Keruntuhan Daulah Islamiah Di Peringkat Global


Keruntuhan Daulah Islamiah yang berlaku di rantau Negara Timur
Tengah telah menyebabkan kewujudan sistem pentadbiran yang
baharu bagi masyarakat Muslim global. Antara sistem tersebut ialah
seperti demokrasi, diktator, autokratik, monarki dan sebagainya.
Umat Islam di seluruh dunia menerima sistem pemerintahan yang
tidak bercorakkan Islam. Keadaan ini turut membuatkan umat Islam
di dunia tidak ketentuan dan berada dalam keadaan yang huruhara. Namun, dalam pada masa yang sama, terdapat sebilangan
umat Islam yang menyedari akan hal ini dan mula bangkit dan
menentang untuk perjuangan Islam. Maka, wujudlah beberapa
gerakan yang memfokuskan kepada kebangkitan Islam itu. Sebagai
contohnya, gerakan tajdid di Mesir seperti Ikhwan Muslimim dan
Muhammadiyah di Indonesia.7 Semua gerakan-gerakan ini telah
memberi

pengaruh

yang

cukup

besar

dalam

perjuangan

kebangkitan Islam di dunia. Hal ini demikian kerana, melalui


gerakan-gerakan ini, umat Islam itu sendiri akan menyedari akan
perlunya kebangkitan Islam untuk membela nasib orang Islam yang
ditindas

oleh

bangsa

Barat

dan

dijajah

tanah

airnya

serta

penerapan ideologi yang menyimpang dari ajaran Islam. Justeru,


7 Moeflich Hasbullah , Asia Tenggara Dan Konsentrasi Kebangkitan Islam Yang Sedang

Bergeser,https://www.academia.edu/3596161/Asia_Tenggara_dan_Konsentrasi_Kebangkitan_Islam_
yang_Sedang_Bergeser, Diakses pada 4.12.2016.

gerakan kebangkitan Islam ini memfokuskan dalam bidang politik,


ekonomi mahupun sosial agar dapat mengubah dan mengambil alih
tampuk pemerintahan Islam semula. Maka, melalui pengaruh ini,
wujudlah perjuangan-perjuangan Islam di Malaysia yang bukan
hanya berusaha untuk membela nasib masyarakat Islam itu sendiri,
tetapi

juga

menuntut

agar

corak

politik

di

Malaysia,

perlu

menerapkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran negara.

3.3

Penentangan Idea Nasionalisme Sekular Dalam Dunia Islam


Nasionalisme adalah suatu gagasan yang bermula di Barat dalam
konteks

pengalaman

sejarah

perkembangan

tamadun

Eropah

sendiri pada zaman moden. Istilah nasionalisme berasal daripada


perkataan Inggeris iaitu nationalisme. Nationalisme ini pula terbit
daripada perkataan nation yang berasal dari bahasa Latin iaitu
nacio yang bererti bangsa. Ia dikaitkan dengan ras atau kaum dan
dihubungkan pada sesuatu negara atau tanah air tertentu. Konsep
nation ini mula diutamakan sebagai asas perpaduan, kemegahan
dan kedaulatan sesuatu bangsa di Eropah dengan timbulnya
gagasan

nation-state

(negara

bangsa)

revolusi Perancis pada tahun 1789.

berikutan

tercetusnya

Oleh itu, nasionalisme itu

adalah suatu keadaan jiwa, sesuatu kepercayaan yang di anut oleh


sejumlah

manusia

perseorangan

sehingga

membentuk

suatu

kebangsaan. Manakala, sekular merupakan satu fahaman yang


menolak agama dalam semua aspek kehidupan. Hal ini membawa
maksud bahawa fahaman sekular membelakangkan soal agama
dalam

kehidupan

harian

termasuklah

politik.

Golongan

ini

beranggapan bahawa agama adalah hal peribadi seseorang dan


tidak perlu di campur adukkan dalam hal-hal yang tidak berkaitan.
Sekularisme adalah aliran baru dan gerakan yang sesat, bertujuan
memisahkan agama dari negara, menekuni dunia dan menyibukkan
diri dengan kenikmatan dan kelazatan dunia, menjadikannya
sebagai tujuan satu-satunya dalam kehidupan dunia, melupakan
negeri akhirat dan tidak mempedulikannya, tidak menoleh kepada

8 Makna Nasionalisme- Kesimpulan, http://lib.ui.ac.id/file?file=digital/127911-D


%2000959%20Makna%20nasionalisme-%20Kesimpulan.pdf, diakses pada 4.12.2016.

persoalan

akhirat

atau

menguruskannya. 9

Jelaslah,

fahaman

nasionalisme sekular ini bertentangan dengan ajaran Islam, justeru


itu wujudnya kebangkitan Islam seperti yang berlaku di Mesir dan
akhirnya memberi kesan kepada peniupan semangat kebangkitan
Islam di seluruh dunia termasuklah di tanah Melayu. Hal ini menjadi
faktor berlakunya peralihan politik Islam di Malaysia pada ketika itu.

3.4

Cabaran PAS Terhadap UMNO Dalam Setiap Dasar Kerajaan


Yang Dilaksanakan
Cabaran PAS terhadap UMNO sebagai wakil Melayu, membuatkan
UMNO

yang

menerajui

melaksanakan

sesuatu

kerajaan
dasar.

terpaksa

Misalnya,

berhati-hati

dalam

pengumuman

untuk

menerapkan Islam ke dalam pentadbiran negara memperlihatkan


suatu cabaran untuk mematahkan serangan PAS yang menuntut
agar agama Islam mendasari pembentukan dan perjalanan segala
dasar negara. Demi mengekalkan status quo dalam pentadbiran
negara, UMNO telah cenderung mengambil kira desakan PAS dan
golongan pendesak Islam yang lain dalam tindakan dasar-dasarnya.
Sebagai buktinya, semasa pemerintahan Tun Dr. Mahathir, jelas
memperlihatkan kesan pendapat umum Islam telah merubah dasar
kerajaan pada ketika itu seperti perubahan dasar pentadbiran
negara yang mempunyai nilai-nilai Islam, penubuhan institusi
seperti Bank Islam, Universiti Islam Antarabangsa, penubuhan
sekolah-sekolah menengah berasrama penuh dan Insurans Islam
atau Takaful. Dasar penerapan nilai-nilai Islam dalam pentadbiran
adalah

sebahagian

daripada

usaha

kerajaan

Malaysia

untuk

memasukkan unsur-unsur Islam dalam pentadbiran dan kehidupan


rakyat Malaysia. Antara nilai-nilai Islam yang dijadikan asas dasar
ini ialah amanah, tanggungjawab, ikhlas, dedikasi; sederhana,
tekun,

bersih,

berdisiplin,

bekerjasama,

berbudi

mulia

9 Hakikat Sekularisme,
https://d1.Islamhouse.com/data/id/ih_fatawa/single/id_hakikat_sekularisme.pdf, diakses pada
4.12.2016.

dan

bersyukur.10 Maka, di sinilah apa yang menjadi harapan Tun Dr.


Mahathir agar setiap sesuatu yang dilakukan walaupun dalam
menyahut seruan dan cabaran yang bercorak Islam. Perlu adanya
penelitian, bagi memastikan ianya tidak menemui kegagalan dan
kemudiannya menjadi bahan cemuhan semata-mata. Walaupun niat
kerajaan adalah ikhlas dalam melaksanakan setiap sesuatu yang
berdasarkan kehendak Islam, namun perlaksanaan tidaklah sematamata

perlu

dibuat

berdasarkan

desakan-desakan

kumpulan-

kumpulan tertentu yang tidak akan mengambil tanggungjawab


untuk melaksanakannya selepas ianya diwujudkan. 11 Oleh itu,
jelaslah bahawa desakan-desakan yang dijelaskan tadi sedikit
sebanyak telah menyebabkan peralihan politik Islam di Malaysia
pada dekat tersebut.
3.5

Kemasukan Tokoh Kontemporari


Tokoh Islam kontemporari ketika itu iaitu Anwar Ibrahim. Anwar
Ibrahim merupakan seorang tokoh Islam yang dilahirkan di Ceruk
Tok Kun berdekatan dengan Bukit Martajam. Beliau merupakan
tokoh yang telah menyemarakkan lagi idea perlaksanaan Islam di
dalam politik Malaysia. Semasa beliau melanjutkan pengajian ke
Universiti Malaya, beliau telah berjuang aktif di peringat Universiti
di mana beliau cuba membangkitkan kesedaran kepada mahasiswa
dan mahasiswi untuk memperjuangkan Islam dan menepis segala
penindasan yang berlaku di kalangan masyarakat, khususnya
masyarakat Islam. Anwar Ibrahim telah menjadi yang dipertua
persatuan-persatuan

pelajar

Islam

kebangsaan.

Hal

ini

telah

mewujudkan idea penubuhan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)


yang akhirnya menjadikan Anwar sebagai tokoh pelajar dan
golongan muda yang sangat berpengaruh. Anwar Ibrahim sangat
menentang tapuk pimpinan Barisan Nasional (BN) iaitu UMNO. Pada
ketika itu, Anwar sering berpidato dan banyak mengkritik UMNO
yang dianggap sebagai musuhnya. Namun begitu, jelas kelihatan
10 Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran,
pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/243-dasar-penerapan-nilai-nilai-Islamdalam-pentadbiran.html, diakses pada 4.12.2016.

11 Aziz Zarina Ahmad, Dr. Mahathir Mohamad: fasa kedua, Selangor: Eagle trading sdn. Bhd, 1988,
hlm 190.

pada ketika itu bahawa Anwar berhujah seolah-olah berada di


pentas PAS, oleh hal yang demikian, PAS berharap agar Anwar yang
merupakan ketua kepada pertubuhan ABIM akan menyertai mereka
dalam perjuangan politik di Malaysia pada ketika itu. Di samping itu,
tidak kurang juga dengan UMNO yang dipimpin oleh Tun Dr
Mahathir, berniat untuk menarik Anwar ke dalam sayap pimpinan
mereka. Hal ini demikian kerana, UMNO mengetahui bahawa
pengaruh Anwar sangat kuat pada ketika itu. Oleh itu, jika UMNO
berjaya

membawa

masuk

Anwar

ke

dalam

parti

mereka,

kemungkinan besar ahli dan pengikut ABIM juga akan menyertai


UMNO. Akhirnya, Anwar lebih memilih untuk menyertai UMNO dan
telah menjadi menteri pendidikan pada ketika itu. Namun begitu,
anggapan bahawa ahli dan pengikut ABIM menyertai UMNO setelah
Anwar masuk ke dalam parti UMNO itu meleset kerana tidak ramai
pengikut ABIM mengikut jejak langkah Anwar yang menyertai
UMNO. Ketika berada di dalam UMNO terdapat usaha-usaha yang
dilakukan oleh Anwar dalam menegakkan syiar Islam dari segenap
aspek kehidupan masyarakat Malaysia. Antara yang diperkenalkan
ialah prinsip masyarakat Madani, iaitu penerapan prinsip Islam di
dalam pembentukan masyarakat yang harmoni. Justeru itu, jelaslah
bahawa melalui pemikiran yang dibawa oleh tokoh ini, Islam
semakin dititik beratkan dalam perjuangan politik di Malaysia.
4.0

12

KEPENTINGAN PERALIHAN POLITIK ISLAM DI MALAYSIA YANG

MENJADI
FENOMENA DALAM SINARIO POLITIK MALAYSIA
Islam merupakan agama rasmi negara Malaysia walaupun negara ini
terdiri

daripada

pelbagai

jenis

ras

kaum.

Kepelbagaian

kaum

ini

merupakan cabaran utama dalam negara Malaysia. Hal ini demikian


kerana, negara mempunyai masalah dalam usaha untuk mengekalkan
simbol perpaduan dalam kalangan kaum dan agama. Walaupun negara
Malaysia ini ditadbir oleh parti yang majoritinya terdiri daripada pemimpin
yang beragama Islam, parti tersebut turut menerima cabaran dan
tentangan daripada parti Islam itu sendiri iaitu parti PAS atau dikenali
sebagai Parti Islam SeMalaysia. PAS pada masa kini tidak sehaluan lagi
12 Yahya Ismail, Anwar Ibrahim: Antara Nawaitu dan Pesta Boria, kuala lumpur: dinamika kreatif
Sdn.Bhd, 1993, hlm 1-17.

dengan parti yang memerintah Malaysia iaitu UMNO. Percanggahan


pendapat dan corak pemerintahan serta ideologi dan juga objektif kedua
dua parti ni sangat berbeza dan ini menimbulkan persengketaan di
kalangan ahli parti tersebut walaupun kedua dua parti ini di bawah satu
rumpun agama yang sama. Peralihan politik Islam di Malaysia ini adalah
disebabkan oleh beberapa faktor, dan ini menyebabkan parti yang lebih
berunsurkan

keislaman

berusaha

untuk

mengambil

alih

tampuk

pemerintahan dalam pilihan raya dan seterusnya ingin melaksanakan


objektif parti mereka. PAS ini wujud sebelum merdeka lagi dan perjuangan
mereka adalah berdasarkan kepada semangat kemelayuan itu dan
sebelum PAS ini wujud, Hizbul Muslimin merupakan parti yang sangat
menekankan kepada soal agama Islam tetapi diharamkan oleh kerajaan
British pada tahun 1948. Hal ini kerana, British tidak ingin kebangkitan
terhadap masyarakat Muslim seperti di rantau Timur Tengah. Kebangkitan
Islam ini di peringkat global telah menyemarakkan lagi semangat Parti
Islam yang ada di Malaysia serta pemimpin parti tersebut yang mendapat
pendidikan di Timur Tengah. Pengaruh dan kebangkitan Islam ini telah
memberi kepentingan kepada parti Islam di Malaysia.
Di antara kepentingan peralihan politik Islam di Malaysia ini telah
membawa kepada persefahaman dan kerjasama dalam kedua dua parti
Islam di Malaysia iaitu kerjasama dan kemasukan parti PAS dalam UMNO.
Latar belakang parti PAS ini merupakan sebuah parti yang berlandaskan
kepada Islamiah. PAS ini wujud sebelum Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan lagi. Pada mulanya nama parti ini adalah Parti Ulama Se
Malaya sebelum nama parti ini diubah sekali lagi iaitu Parti Islam Se
Malaya pada 24 November 1951 dan selepas nama parti ini diubah, maka
bermulanya perkembangan politik dakwah di Malaysia. 13 Unsur Islamiah
adalah merupakan asas utama dalam parti dan perjuangan mereka. Parti
PAS ini menginginkan kuasa pemerintahan dan seterusnya berhajat untuk
membentuk

kerajaan

yang

melaksanakan

sebuah

kerajaan

yang

berpandukan dasardasar Islam di Malaysia. Namun, perjuangan parti PAS


ini mendapat saingan daripada sebuah lagi parti yang sama bangsa dan
agama iaitu UMNO. UMNO merupakan pertubuhan yang kuat pengaruhnya
sehingga dapat membentuk kerajaan dan sekali gus mentadbir negara.
13 Sejarah PAS, dlm, http://perlis.pas.org.my/v1/index.php/sejarah-parti-islam-semalaysia-pas/,
diakses pada 3.12.2016.

10

Hal ini memberikan saingan kepada parti PAS itu sendiri, walaupun parti
UMNO adalah parti yang majoriti ahlinya adalah Islam, tetapi ideologi yang
dibawa parti tersebut bertentangan dengan parti PAS dan UMNO
dilabelkan merupakan parti yang lebih kepada sekular. Buktinya adalah
jika dilihat dalam perlembagaan Malaysia iaitu Islam adalah merupakan
agama rasmi negara yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia.
Namun, agama lain bebas untuk di amalkan di Malaysia dan tidak ada
dikenakan sebarang tindakan undangundang sekiranya mengamalkan
agama lain selain Islam.
Namun,

dalam

pemerintahan

UMNO

selepas

mencapai

kemerdekaan, UMNO tidak terlepas dengan peristiwa yang menjadi titik


hitam dalam sejarah keamanan negara iaitu peristiwa 13 Mei 1969.
Peristiwa

ini

sememangnya

merupakan

peristiwa

perkauman

yang

melibatkan kaum Melayu dan Cina. Rusuhan ini menyebabkan kerajaan


mengisytiharkan darurat dan parlimen dibubarkan. Ketika itu, MAGERAN
telah dipertanggungjawabkan untuk mengambil alih pemerintahan untuk
meredakan

ketegangan

tersebut.

Rusuhan

ini

turut

menyebabkan

kehilangan nyawa yang banyak di antara kedua dua kaum tersebut. Pada
masa itu, kejadian rusuhan ini menyebabkan parti PAS dan juga UMNO
menjalin kerjasama atas semangat kemelayuan. 14 Pada tahun 1969 yang
menjadi peristiwa rusuhan kaum tersebut, PAS tidak menentang dan
menghentam kerajaan bahkan mereka turut mempertikaikan sendiri
tentang sumbangan mereka ketika itu kegagalan mereka dalam berfungsi
dengan baik.15 Selepas selesainya rusuhan kaum ini, landskap politik PAS
telah berubah setelah parti ini menjalin hubungan kerjasama dengan
UMNO atau Perikatan.16 Hal ini sudah semestinya mengejutkan penyokong
parti PAS kerana sebelum ini, PAS tidak sehaluan dengan parti UMNO atau
Perikatan. Tujuan utama kerjasama PAS dengan UMNO ini adalah untuk
menjamin

dan

mengekalkan

kepada

ketuanan

Melayu

dan

ingin

menerapkan unsur Islam dalam pemerintahan di Malaysia. PAS turut


14 Zainal Abidin, Semangat Perjuangan Melayu, dlm, http://journalarticle.ukm.my/531/1/1.pdf,
hlm.6, diakses pada 3.12.2016.

15 Sejarah dan Masa Depan Perjuangan Politik Islam di Malaysia, dlm,


http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1920.0, diakses pada 3.12.2016.

16 Sejarah Perjuangan Parti Islam Se Malaysia, dlm, http://www.tarbawi.my/p/sejarahperjuangan-parti-islam-se.html, diakses pada 3.12.2016.

11

menyertai beberapa parti lain dengan terbentuknya kerajaan campuran


PAS dan Perikatan pada tahun 1973.17
Hasil daripada kerajaan campuran tersebut, maka lahirlah parti
Perikatan yang baharu iaitu Barisan Nasional pada tahun 1974 yang
diasaskan dan inisiatif daripada Perdana Menteri Kedua iaitu Tun Abdul
Razak yang mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tunku
Abdul Rahman pada tahun 1970. Kerjasama dan penglibatan PAS dalam
Barisan Nasional ini telah membuahkan hasil apabila pihak BN telah
memenangi pilihan raya pada tahun 1974 dan pada masa yang sama,
dakwah

Islam

ini

dikatakan

sampai

di

telingatelinga

rakyat

dan

menembusi ruangruang yang baru. Hal ini memperlihatkan kepada


keberhasilan matlamat PAS dalam memperjuangkan dakwah Islam kepada
rakyat menerusi kerjasama dengan Barisan Nasional. Kekuasaan PAS
dapat dibuktikan dengan penguasaan parti mereka di negeri Kelantan
sehingga ke hari ini, penguasaan PAS di Kelantan dapat dilihat dalam
perjuangan mereka sebagai parti yang bergerak sendiri selepas berpisah
dengan BN.
Penglibatan PAS dalam BN ini juga telah menyebabkan ramai
golongan anak muda telah menyertai satu badan dakwah yang sangat
berpengaruh iaitu ABIM. ABIM ini merupakan satu organisasi yang sangat
berpengaruh dalam kalangan anak muda dan menjadi pilihan utama anak
muda.18 Namun, kerjasama PAS dengan BN hanya cuma sementara kerana
berlakunya pergolakan dalam parti PAS tersebut sehinggakan PAS
kehilangan negeri penguasaan mereka iaitu Kelantan pada tahun 1977
selepas pergolakan dalaman PAS dengan pemecatan Menteri Besar
Kelantan iaitu Dato Hj Mohamad Nasir sehingga berlakunya peristiwa
rusuhan dan tunjuk perasan di Kelantan atas pemecatan Menteri Besar
tersebut dan pergolakan ini menyebabkan Kelantan diisytiharkan darurat
pada tahun tersebut. Kerajaan pusat terpaksa campur tangan dalam hal
ini kerana ianya dikatakan berlakunya pertumpahan darah. Selain itu,
pergolakan

dalaman

PAS

ini

turut

disebabkan

oleh

usaha

untuk

17 Ibid.
18 Syed Azman, Apek Politik Gerakan Islam di Malaysia, dlm,
https://khazanahnasional.files.wordpress.com/2010/01/aspek-politik-dalam-gerakan-islam-dr-syedazman.pdf, hlm.4, diakses pada 3.12.2016.

12

menjatuhkan Presiden PAS iaitu Dato Dr. Muhd Asri Muda. Hal ini kerana
beliau merupakan tokoh yang bertanggungjawab dalam kerjasama dengan
BN. Hal ini juga disebabkan dengan rasa tidak puas hati di kalangan ahli
PAS itu sendiri dalam penyertaan PAS bekerjasama dengan BN. Krisis ini
telah membawa kepada perletakkan jawatan Dr. Asri setelah ditekan oleh
Ketua Ulama Pas Pusat iaitu Nik Aziz Nik Mat. Pergolakan dalaman PAS ini
merupakan daripada asas kepada perpisahan PAS dalam BN dan juga
disiplin PAS selepas ahliahli PAS menentang setiap arahan yang
dikeluarkan oleh pihak BN. Hal ini menyebabkan BN terpaksa membuka
tali yang telah mengikat PAS dalam hubungan kerjasama kedua dua parti
ini.
Selain itu, antara kepentingan yang dapat dilihat dalam peralihan
politik Islam di Malaysia adalah peralihan pemimpin organisasi dakwah di
Islam iaitu Angkatan Belia Islam Malaysia atau ABIM pada peringkat
awalnya adalah organisasi atau satu gerakan yang melibatkan golongan
muda dalam menyuarakan dan menyampaikan dakwah dan persatuan ini
juga

mengkritik

dasardasar

kerajaan

yang

dapat

mereka

lihat. 19

Organisasi ini merupakan satu gerakan Islam yang aktif di Malaysia selain
Jemaah Islah Malaysia iaitu JIM. ABIM ditubuhkan pada tahun 1971 tahun
di mana peralihan politik Islam di Malaysia yang menjadi sinario.
Penubuhan ABIM ini adalah untuk memenuhi dakwah di Malaysia. ABIM ini
juga menumpukan usaha dalam meningkatkan dakwah yang dilakukan di
peringkat Persatuan PelajarPelajar Islam Malaysia iaitu PKPIM. 20 Jika
dakwah ini melibatkan golongan pelajar, sudah semestinya golongan belia
yang menggerakkan persatuan ini. Namun, golongan belia ini tidak
mengambil atau melibatkan organisasi dalam kancah politik. Disebabkan
dengan tidak terlibat dengan politik, organisasi ini bersifat non partisan.
Pertubuhan ABIM ini pada mulanya diterajui oleh Ustaz Razali Nawawi
seorang Prof Dr. Manakala Anwar Ibrahim ketika itu merupakan Setiausaha
Agung ABIM di awal penubuhan ABIM itu. 21 Pada peringkat awal
penubuhan ABIM ini, pergerakan pertubuhan in adalah berlandaskan
19 Ibid.
20 Ibid., hlm. 5.
21 Sejarah ABIM, dlm, http://abim.org.my/profil/sejarah-abim.html, diakses pada 3.12.2016.
13

kepada gerakan Islam yang berteraskan prinsip dakwah dan juga


tarbiyyah dalam perjuangan mereka. Setiap pertubuhan mesti mempunyai
citacita, dan ABIM bercita cita untuk menjadikan menyumbang secara
proaktif dalam pembinaan sebuah masyarakat Islam yang mampu menjadi
teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang utuh di
dalam pelbagai aspek kehidupan . Hal ini adalah tidak semudah yang
disangka kerana, ianya mempunyai cabaran. ABIM juga mempergiatkan
usaha mereka untuk membangun fahaman masyarakat terhadap agama
Islam sebagai satu bentuk atau jalan hidup, dan juga masyarakat madani
serta perundangan dan kenegaraan.
Selepas Ustaz Razali meletakkan jawatan sebagai Presiden, beliau
diganti dengan Anwar Ibrahim. Di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, ABIM
dilihat sangat menonjol dan pertubuhan ini menjadi satu pertubuhan yang
berpengaruh di peringkat nasional dan juga antarabangsa. 22 Oleh itu, ABIM
ini dilihat sebagai satu medium untuk PAS memantapkan lagi dan menarik
perhatian penyokong muda untuk memperjuangkan Islam. Sepanjang
tahun 1980 an ianya dilihat sebagai satu persaingan di antara PAS dan
UMNO dalam memperjuangkan dan juga isu seputar Islam. Anwar Ibrahim
sangat berpengaruh sewaktu menerajui ABIM dan beliau dikatakan radikal.
ABIM ini sangat lantang dalam mengkritik kerajaan dengan membabitkan
isuisu

seperti

kemiskinan.

Sebagai

contoh,

tahun

1974

berlaku

demonstrasi pelajar di Baling dalam memperjuangkan isu kemiskinan dan


disebabkan itu, Anwar Ibrahim tampil dalam imej radikal dan juga Islamik.
Namun, perjuangan ABIM ini diteruskan oleh presidennya yang ketiga iaitu
Dato Prof Dr. Ustaz Siddiq Fadzil pada tahun 1983. Perubahan tampuk
Presiden ini kerana apabila Presiden Kedua ABIM ini menyertai UMNO.
Kemasukan atau penglibatan Anwar Ibrahim dalam UMNO adalah pada
tahun 1982. Tempoh tahun tersebut merupakan era Kepimpinan Dr.
Mahathir yang bermula pada tahun 1981 dan disebabkan hubungan
peribadi iaitu hubungan yang rapat dengan Dr. Mahathir. Sebelum
menyertai UMNO pada tahun 1982, Anwar Ibrahim berkempen untuk parti
PAS, namun beliau tidak menyertai PAS sebaliknya beliau menyertai UMNO
kerana ingin mengubah dan menerapkan Islam dari dalam. Pada tahun
1977, Majlis Syura tertinggi ABIM telah menyertai PAS atas tujuan
22 Ibid.
14

tarbiyyah daripada tenggelam dalam perjuangan kebangsaan. Mereka


yang menyertai PAS adalah Exco ABIM pusat dan juga Timbalan Presiden
ABIM iaitu Haji Fadhil Noor, Haji Nakhaie Ahmad dan Syed Ibrahim Syed
Abdul Rahman.23 Peralihan pemimpin ABIM ini tidak hanya beralih kepada
UMNO sahaja, bahkan ianya turut melibatkan parti PAS. Namun, Anwar
Ibrahim dilihat sangat berpengaruh dalam peralihan tersebut kerana
beliau memantapkan lagi persaingan di antara PAS dan UMNO dalam
memperjuangkan Islam.
Setelah

kemasukan Anwar Ibrahim pada tahun

1982, maka

bermulanya era Dr. Mahathir dan Anwar Ibrahim dalam melaksanakan


dasar Islamisasi. Hal ini adalah disebabkan dengan persaingan dengan
PAS dalam memperjuangkan Islam. Hal ini kerana, UMNO dianggap tidak
memperjuangkan Islam, sedangkan UMNO itu merupakan parti yang
majoritinya adalah beragama Islam. UMNO dan PAS sangat berbeza dalam
objektif politik mereka kerana PAS ingin menubuhkan sebuah kerajaan
berdasarkan daulah Islamiah manakala UMNO ketika era Dr. Mahathir
adalah ultra Nasionalis.24 Dasar islamisasi ini lantang disuarakan oleh
Anwar Ibrahim dan dasar ini adalah hasil daripada gabungan Anwar
Ibrahim dan juga Dr. Mahathir. Antara isu dalam dasar Islamisasi ini adalah
penjenamaan Islam tersebut. Hal ini dimaksudkan dengan institusi
pendidikan, sistem kewangan Islam, sistem perbankan, dan sebagainya.
Namun, Naib Presiden PAS iaitu Hadi Awang memberi saingan kepada
Anwar Ibrahim dengan menyatakan bahawa beliau ingin membawa Islam
yang lebih tulen dan suci. Hal ini merupakan tindak balas beliau dengan
gagasan yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Amanat Hadi Awang juga telah
menyatakan bahawa ahli UMNO ini tidak jujur dalam memperjuangkan
Islam dan ahli UMNO dan pemimpinnya termasuk dalam golongan kafir. 25

23Sejarah dan Masa Depan Perjuangan Politik Islam di Malaysia, dlm,

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1920.0, diakses pada 3.12.2016.

24 Liew Chin Tong, Menelusuri Evolusi Politik Islam di Malaysia, dlm,


http://www.roketkini.com/2015/10/01/menelusuri-evolusi-politik-islam-di-malaysia-siri-ii/, diakses
pada 3.12.2016.

25 Ibid.
15

Dasar Islamisasi ini juga merupakan salah satu cara Dr. Mahathir
untuk menghadapi saingan daripada PAS. Hal ini kerana beliau tidak
terpaut dalam pemisahan agama dan politik serta urusan negara. Hal ini
berbeza dengan pemimpin UMNO sebelum ini. Dr. Mahathir telah
memberikan mandat kepada Anwar Ibrahim dalam merealisasikan dasar
Islamisasi

ini.

Dengan

pelaksanaan

dasar

ini,

maka

ianya

jelas

menunjukkan kepada keberhasilan dasar ini. Sebagai contoh, penubuhan


institut pengajian tinggi Islam iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
(UIAM), institusi perbankan Islam, dan tidak lupa juga penerapan dasar
dasar Islam dalam sektor awam.26 Sehingga ke hari ini imej UIAM menjadi
sebuah institut pengajian antarabangsa Islam yang moden dan progresif
membuatkan

negara

Malaysia

terkenal.

Usaha

keberhasilan daripada dasar wang diusahasamakan

ini

menunjukkan

Dr.Mahathir dan

Anwar Ibrahim. Manakala dari sudut sektor awam, ianya penting kerana
ianya bertujuan untuk melicinkan bahagian pentadbiran kerajaan dan
nilainilai Islam ini dan digesa oleh Perdana Menteri untuk diamalkan.
Dasar penerapan nilainilai Islam ini adalah berdasarkan kepada objektif
yang ditetapkan antara adalah menghapuskan sikap yang negatif dalam
menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan. Dasar Islamisasi ini juga
bukan bertujuan untuk mengislamkan masyarakat yang bukan Islam.
Pihak kerajaan hanya memilih sebelas sahaja nilainilai Islam untuk
diserapkan dalam perkhidmatan awam. Antara nilai Islam tersebut adalah
Amanah, Tanggungjawab, Ikhlas, Dedikasi, Berdisiplin dan sebagainya. 27

26 Zaki Samsudin, Islamisasi dan Dasar Penerapan Nilai Islam, dlm,


http://cpiasia.net/v3/index.php/230-Columnists/zaki-samsudin/1869-islamisasi-dan-dasarpenerapan-nilai-nilai-islam-, diakses pada 3.12.2016.

27 Dasar Penerapan Nilai Nilai Islam Dalam Pentadbiran, dlm,

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/243-dasar-penerapan-nilai-nilaiislam-dalam-pentadbiran.html, diakses pada 3.12.2016

16

5.0

KESIMPULAN
Secara

kesimpulannya,

peralihan

politik

Islam

di

Malaysia

ini

sememangnya menjadi satu sinario politik di Malaysia yang boleh dilihat


sekitar tahun 1970 80 an. Sekitar tahun ini, beberapa peristiwa yang
melibatkan parti politik di Malaysia dan lebih memfokuskan kepada politik
yang berunsurkan Islam. Hal ini boleh dilihat dari parti UMNO dan PAS
dalam memperjuangkan agama Islam dalam parti mereka. Politik Islam di
Malaysia sangat rumit sehinggakan kedua dua parti utama ini saling
bersaing untuk mentadbir Malaysia. Namun, selepas berlakunya peristiwa
berdarah yang melibatkan kaum , PAS dan UMNO bersatu atas semangat
perpaduan kemelayuan. Namun, tempoh hubungan kerjasama itu tidak
berkekalan lama seperti yang dijangka. Hal ini kerana ianya disebabkan
dengan pergolakan dalam parti PAS itu sendiri dengan permasalahan dan
penentangan

dalam

jalinan

hubungan

kerjasama

PAS

dengan

BN.

Penentangan ini adalah bermula daripada Dewan Ulama PAS pusat.


Selepas pemisahan PAS daripada BN, PAS telah ditadbir dan dipimpin oleh
golongan Ulama kerana, mereka tidak sependapat dan tidak sehaluan lagi
dengan BN. Parti BN juga melepaskan ikatan kerjasama kerana PAS
melanggar disiplin dalam parti dengan menentang pengisytiharan darurat
di Kelantan yang ketika itu berlaku rusuhan akibat pemecatan Menteri
Besar Kelantan ketika itu. Oleh itu, kedua dua parti ini membawa haluan
masingmasing demi mencapai objektif perjuangan parti mereka. Namun,
jika dilihat situasi politik ketika itu, BN lebih berpengaruh kerana pada
17

tahun 80 an, Presiden ABIM telah menyertai UMNO dan ini memberikan
saingan kepada PAS dalam memperjuangkan Islam kerana Anwar Ibrahim
dan Dr. Mahathir usaha sama dengan melaksanakan dasar Islamisasi
untuk bersaing dengan PAS. Hal ini disebabkan dengan PAS melabelkan
UMNO/BN sebagai parti yang tidak jujur dalam memperjuangkan Islam.
Keadaan ini telah menggugat parti PAS untuk mencapai objektif kerajaan
yang berdasarkan Islamiah.

18

RUJUKAN
Abdul Rahman Haji Ismail. 2005. Malaysia: Sejarah Kenegaraan dan Politik.
Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Aziz Zarina Ahmad. 1988. Dr. Mahathir Mohamad: Fasa Kedua. Selangor:
Eagle Trading
Sdn. Bhd.
Badlihisham Mohd Nasir & Napisah Karimah Ismail. 2011. Kepimpinan dan
Kedudukan
Ulama dalam Organisasi Parti Islam SeMalaysia (PAS). Prosiding Nadwah
Ulama Nusantara
(NUN)
IV:
Ulama
Pemacu
Transformasi
Negara.
Bangi:Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dalam Pentadbiran. Dlm.
pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/243-dasarpenerapan
nilai-nilai-Islam-dalam-pentadbiran.html. Diakses pada 4.12.2016
Hakikat Sekularisme. Dlm.
https://d1.Islamhouse.com/data/id/ih_fatawa/single/id_hakikat_sekularisme.pdf.
Diakses pada 4.12.2016.
Liew Chin Tong. Menelusuri Evolusi Politik Islam di Malaysia. Dlm.
http://www.roketkini.com/2015/10/01/menelusuri-evolusi-politik-islam-dimalaysia-siri-ii/. Diakses pada 3.12.2016
Makna Nasionalisme- Kesimpulan. Dlm. http://lib.ui.ac.id/file?
file=digital/127911D%2000959%20Makna%20nasionalisme-%20Kesimpulan.pdf. Diakses
pada 4.12.2016.
Moeflich Hasbullah. Asia Tenggara Dan Konsentrasi Kebangkitan Islam Yang
Sedang
Bergeser. Dlm.
https://www.academia.edu/3596161/Asia_Tenggara_dan_Konsentrasi_Kebangkita
n
Islam_yang_Sedang_Bergeser. Diakses pada 4.12.2016.
Mohamed Asri bin Haji Muda. 1993. Memoir Politik Asri: Meniti Arus / Kata
Pengantar
Oleh Wan Hashim Wan Teh. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mustafa Ishak & Afifi Abdul Razak. 2006. Politik Dan Pemerintahan Negara.
Malaysia:
Thomson Learning.

19

Rina Syaprianti. 2015. Genealogi Intelektual Revolusi Iran 1979: Studi


Pemikiran Al
Shariati. Jakarta: Fakulti Adab dan Humaniora Uin Syarif
Hidayatullah.
Sejarah ABIM. Dlm. http://abim.org.my/profil/sejarah-abim.html. Diakses pada
3.12. 2016
Sejarah dan Masa Depan Perjuangan Politik Islam di Malaysia. Dlm.
http://halaqah.net/v10/index.php?topic=1920.0. Diakses pada
3.12.2016
Sejarah PAS. Dlm. http://perlis.pas.org.my/v1/index.php/sejarah-parti-islamsemalaysia
pas/. Diakses pada 3.12.2016
Sejarah Perjuangan Parti Islam Se Malaysia. Dlm.
http://www.tarbawi.my/p/sejarah-perjuangan-parti-islam-se.html.
Diakses pada 3.12.2016
Syed Azman. Apek Politik Gerakan Islam di Malaysia. Dlm.
https://khazanahnasional.files.wordpress.com/2010/01/aspek-politikdalam- gerakan-islam-dr-syed-azman.pdf. Diakses pada 3.12.2016
Yahya Ismail. 1993. Anwar Ibrahim: Antara Nawaitu Dan Pesta Boria. Kuala
Lumpur:
Dinamika Kreatif Sdn.Bhd.
Zainal Abidin. Semangat Perjuangan Melayu. Dlm.
http://journalarticle.ukm.my/531/1/1.pdf. Diakses pada 3.12.2016
Zaki Samsudin. Islamisasi dan Dasar Penerapan Nilai Islam. Dlm.
http://cpiasia.net/v3/index.php/230-Columnists/zaki-samsudin/1869islamisasi-dan-dasar-penerapan-nilai-nilai-islam-. Diakses pada 3.12.2016

20