Anda di halaman 1dari 3

AJ30303 SEJARAH ASIA TENGGARA; KEBANGKITAN ISLAM

PENSYARAH/TUTOR: MOHD SHAUKI MD RADZI


PEMBENTANG: NOREMY LIANA BINTI SUNDANG (BA14110427)

SOALAN 7 : IDEALISME DAN PENDEKATAN PERTUBUHAN MUHAMADIYYAH DALAM


AKTIVITI PENGISLAHAN MASYARAKAT ISLAM DI INDONESIA.

1.0 PENGENALAN:
Definisi Muhammadiyah
Muhammadiyah adalah sebuah organisasi Islam yang besar di Indonesia.
Nama organisasi ini diambil dari nama Nabi Muhammad SAW. sehingga
Muhammadiyah juga dapat dikenali sebagai orang-orang yang menjadi
pengikut Nabi Muhammad SAW. Muhammadiyah secara etimologis bererti
pengikut nabi Muhammad, kerana berasal dari perkataan Muhammad,
sedangkan secara terminologi bererti gerakan Islam, dakwah amar makruf
nahi mungkar dan tajdid, bersumber pada al-Qur'an dan as-Sunnah.

Matlamat Penubuhan
Matlamat penubuhan gerakan ini adalah untuk membawa perubahan
kepada kehidupan masyarakat Indonesia yang dianggap mundur
disebabkan kurangnya pengetahuan agama dan punca berlakunya
amalan-amalan bidaah, khurafat, jahil, jumud, taasub dan amalanamalan yang berunsurkan mistik.
Gerakan ini juga berusaha untuk menjadi sebuah organisasi kesatuan
umat Islam Indonesia. Hal ini kerana, gerakan ini melihat bahawa
masyarakat Indonesia pada ketika itu berpecah dan tiadanya satu
wadah. Hal ini akan memberi jurang kepada perhubungan antara
masyarakat. Oleh itu, perlunya satu gerakan untuk menyatupadukan
masyarakat Indonesia ini.
Mereformasikan bidang pendidikan agar mampu melahirkan para ilmuan
dan pendakwah-pendakwah yang memahami secara mendalam soal
agama dan bergerak seiring dengan peredaran zaman.
Gerakan ini juga bertujuan untuk menjadi gerakan menentang penjajah
di samping untuk mengelakkan penularan pengaruh agama Kristian
serta berusaha untuk memperbaiki kebajikan masyarakat Indonesia.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN MUHAMMADIYAH


Latar belakang:
Gerakan Muhammadiyah telah terwujud di Yogyakarta pada 18 Nov
tahun 1912 oleh pengasasnya, iaitu KH Ahmad Dahlan. Muhammadiyah
ini mewakili kaum muda yang mana merupakan gerakan reformis Salafi,
Modenis Islam, Protestanisme Islam. Gerakan ini menuntut reformasi
dalam keseluruhan aspek kehidupan. Misalnya, bidang agama, sosial,
pendidikan, ekonomi dan masyarakat Islam.

Keinginannya yang dalam untuk memajukan Islam, membuat KHA


Dahlan aktif mencari ilmu dipelbagai jamiah dan organisasi. Seperti
di jamiah Khoir (kumpulan keturunan Arab), Budi Utomo, dan
Serikat Islam.
Dari perjalanan-perjalanan beliau menimba ilmu itu, dan sokongan
dari pelbagai pihak serta realiti yang terjadi dalam umat Islam ketika
itu, maka pada November 1912 atau 8 Dzulhijah 1330 secara
rasminya Muhammadiyah berdiri.
Namun begitu, tanggal 23 Februari 1923 KH. Ahmad Dahlan
meninggal dunia.

Latar Belakang KH Ahmad Dahlan.

Muhammad Darwis nama kecil Ahmad Dahlan yang lahir di


Yogyakarta pada tahun 1868.

Beliau adalah putera ketiga KH Abu Bakar dan Siti Fatimah, yang
dianggap sebagai masih keturunan nabi Muhammad SAW dari garis
keturunan Syeikh Maulana Malik Ibrahim (Walisongo).

Pendidikan tradisional yang dipelajarinya memberikan kepada


beliau pengetahuan agama yang luas, serta ilmu pengetahuan
lainnya.

KH Ahmad Dahlan menunaikan ibadah haji sebanyak dua kali, iaitu


tahun 1890 selama satu tahun dan 1902 selama dua tahun. Dari
perjalanan ibadah tersebut beliau bertemu dengan tokoh
pembaharuan Islam, seperti Rasyid Ridho.

Di samping itu beliau juga belajar terus dengan Syeikh Ahmad


Khatib, ulama penentang fahaman pembaharuan.

3.0 FAKTOR ISLAH


Agama: Masyarakat Islam di Indonesia dibelenggu oleh adat-adat
animisme, sinkretisme, tahyul, tradisi (yang akhirnya menyebabkan
masyarakat tidak mampu melonjak maju)

Taasub: Pelbagai etnik, keturunan, kerajaan (menyebabkan


perpaduan yang longgar) hal ini membawa maksud, sifat taasub
kepada etnik, keturunan mahupun kerajaan menyebabkan
kurangnya perpaduan antara masyarakat.
Sosial: Mundur dari sudut pendidikan moden dan agama, kerana
kurangnya penekanan kepada pendidikan. Selain itu, aspek kesihatan
juga kurang diberi perhatian akibat kurangnya prasarana kesihatan. Hal
menyebabkan wabak penyakit mudah merebak. Di samping itu,
kemiskinan di kalangan masyarakat Indonesia juga telah menyebabkan
gerakan islah ini berlaku agar nasib golongan miskin ini terjamin.

Kelas Masyarakat: Dibahagikan mengikut kaum, golongan abangan,


santri dan priyayi. Hal ini menyebabkan berlakunya jurang di antara
masyarakat kerana wujudnya kelas-kelas masyarakat. Jika kelas-kelas
ini boleh di hapuskan, maka perpaduan antara masyarakat boleh
dipupuk.
Penjajahan: Divide and Role; ditindas dengan sistem Barat seperti
perkauman, kapitalis, paksaan, monopoli masyarakat Cina.

4.0 LANGKAH-LANGKAH ISLAH (PENDEKATAN)


4.1 Pembaikan Agama
Gerakan Muhammadiyah berusaha untuk melakukan penghapusan
adat-adat lama yang bersifat khurafat dan syirik (seperti animisme,
sintkretisme (budaya Hindu Buddha yang bertapak sekian lama di
Indonesia)

contohnya: upacara slametan; pemujaan roh nenek


moyang-minta pertolongan dari gangguan makhluk haluskelahiran, kematian, sakit, perkahwinan dan lain-lain.
Mengharamkan menziarahi kubur dengan tujuan Tawassul iaitu
memohon pertolongan.
Memperkasakan amalan sunnah nabi mengikut hadis yang benar
serta banyak mempersoalkan masalah-masalah bidaah, Qunut,
Talkin, Tahlilan dan lain-lain.
memperbetulkan arah kiblat.

Menghadapi tentangan yang hebat daripada ulama tradisi;


nahdatul ulama yang telah mengelarnya anti mazhab,
khawarij, wahhabi, muktazillah, bukan ahli sunnah dan
sesat.

Pembaikan agama dilakukan dengan cara bermusyawarah


dan pendidikan.

Pendidikan
agama
diperkemaskan
kurikulumnya,
menggunakan kitab-kitab ulama yang berauthoriti seperti
Muhammad Abduh, Ibn Taymiyyah, Farid Wajdi,
Rahmatullah Al-Hindi dan lain-lain-ilmu tauhid, ilmu feqah,
qiraat, hadis, tafsir dan lain-lain-ikut disiplin ilmu yang
sebenar daripada nabi.

Contohnya: KHA Dahlan menubuhkan madrasah Ibtidayah


Diniyah Islamiyah. Madrasah ini memberi pembelajaran
agama dan moden.
Madrasah-madrasah Muhammadiyah telah menerapkan
kurikulum moden seperti matematik, geografi, bahasa
Indonesia, bahasa Belanda, sejarah, huruf Latin dan lainlain-namun tidak meninggalkan prinsip-prinsip agama Islam.
Sistem pendidikan Belanda juga dilaksanakan dan
disesuaikan dengan sistem pendidikan agama.
Kurikulum teknik juga diajar untuk kelangsungan kehidupan
masyarakat Indonesia.

4.3 Pembaikan Dalam Aspek Kesihatan dan Sosial.


Kesihatan: Masyarakat Jawa khususnya telah dijangkiti oleh
pelbagai wabak penyakit. Ditambah lagi kurangnya prasarana
kesihatan, ubatan-ubatan, klinik, yang ada Cuma dukun dan bomoh,
yang tidak dapat menyembuhkan penyakit.

Oleh itu Muhammadiyah menyediakan klinik, hospital dan


bantuan doktor-doktor perubatan bagi merawat pesakitpesakit dan membantu mereka untuk mempunyai tahap
kesihatan yang lebih baik.
Di samping itu, Muhammadiyah juga telah menubuhkan rumah anak
yatim, Jabatan Zakat dan Kebajikan untuk menjamin dan membela
nasib masyarakat Indonesia.
Seterusnya, Badan Pertolongan Kesengsaraan Umum (PKU)
didirikan pada 1918 untuk menolong mangsa bencana alam seperti
gunung berapi dan gempa bumi. Tahun 1921 ditukar namanya
menjadi Jabatan Muhammadiyah.
Manakala, bagi menghadapi penyebaran agama Kristian,
Muhammadiyah menyediakan kader-kader yang berpengalaman
untuk melakukan aktiviti sosial bagi membantu masyarakat Islam
yang miskin dan anak yatim.
KHA Dahlan juga telah melakukan diskusi-diskusi dengan paderi
Kristian berkaitan dengan agama. Diskusi ini telah dilakukan di
masjid-masjid.
Muhammadiyah menggalakkan agama Islam dikaji secara rasional
dan saintifik. Hal ini diharuskan untuk meneliti kebenaran Islam itu
sendiri di samping membentuk ajaran Islam yang selaras dengan
peredaran zaman dan berpaksikan kepada al-Quran dan Sunnah.
Berikutnya, Muhammadiyah juga telah melakukan pembebasan
terhadap wanita iaitu dengan cara menggalakkan wanita belajar dan
bekerja serta mengambil bahagian dalam aktiviti ekonomi
Indonesia.

4.2 Pendidikan Moden


Muhammadiyah berpandangan bahawa masyarakat Indonesia
kurang dari sudut ilmu moden dan teknik (fardu kifayah) selaras
dengan peredaran zaman. Hal ini menyebabkan masyarakat
Indonesia tidak mampu bersaing dengan penjajah dan masyarakat
Cina.
Muhammadiyah terpengaruh dengan idea reform pendidikan dan
peranan budi Utomo; iaitu integrasikan antara ilmu agama dan ilmu
moden.

Gerakan wanita yang telah ditubuhkan iaitu gerakan Aisyah


pada tahun 1917-(gerakan feminisme) namun mengikut
prinsip Islam dan bukan ikut acuan Barat.

semua aspek ini telah membawa perubahan dalam kehidupan


masyarakat Indonesia sehingga ke hari ini.

4.4 Pembaharuan dalam Ekonomi


KHA Dahlan itu sendiri adalah seorang pedagang batik dan hal ini
menyebabkan beliau mempunyai kesedaran berkaitan monopoli
penjajah Belanda dan etnik Cina dalam perniagaan di Indonesia.
Oleh itu, Muhammadiyah berusaha membantu masyarakat
tempatan dari segi modal untuk memulakan perniagaan. Hal ini bagi
memajukan lagi ekonomi Islam itu sendiri. Contoh: kejayaan
Muhammadiyah dalam ekonomi ialah penubuhan bank
Muhammadiyah.
Selain itu, Muhammadiyyah juga membantu masyarakat fakir
miskin. Melalui cara mengarahkan golongan santri untuk membantu
mereka dalam peniagaan disamping memberi pakaian dan tempat
tinggal kepada golongan fakir miskin.

6.0 RUJUKAN
Haedar Nashir. Muhammadiyah Dan Gerakan Pencerahan Untuk Indonesia
Berkemajuan. (Makalah) Pimpinan Pusat Muhammadiyah.
http://www.Muhammadiyah.or.id/muhfile/download/1435%20H/Muhammadiyah
%20dan%20Gerakan%20Pencerahan%20untuk%20%20Indonesia
%20Berkemajuan-Haedar%20Nashir%20(doc).pdf. Diakses pada 20.11.2016.
Husnan wadi. 2012. Strategi Pergembangan Dakwah KH. Ahmad Dahlan di
Yogyakarta dan TGH. Muhammad Zainuddin Abdul Majid di Lombok. Sukarta:
Universitas Muhammadiyah. Tesis (diterbitkan).
M. Yusuf Asry. 2012. Gerakan Dakwah Islam: Dalam Perspektif Kerukunan Umat
Beragama. Jakarta: Puslitbang Kehidupan Keagamaan Badan Litbang dan Diklat
Kementerian Agama RI.

4.5 Pembaharuan Dalam Politik


Muhammadiyah itu sendiri merupakan ahli yang besar, dan
mempunyai pengaruh besar di Indonesia. Oleh itu, tidak hairanlah
jika Muhammadiyah merupakan salah satu ahli politik dalam
perjuangan kemerdekaan.
Selepas merdeka: walaupun Muhammadiyyah bukan parti politik,
tapi mampu menentukan kemenangan sesuatu parti politik.
Contoh: Amin Rais yang merupakan calon presiden Indonesia tapi
kalah, namun telah di lantik sebagai speaker dewan.
Hal ini menjelaskan bagaimana Muhammadiyah itu berpengaruh
dalam politik di Indonesia, sebelum merdeka dan selepas merdeka.

Pimpinan Pusat Muhammadiyah . Sejarah Berdirinya Muhammadiyah.


http://www.Muhammadiyah.or.id/id/2-content-179-det-sejarah-berdiri.html. Diakses
pada 20.11.2016.
Pimpinan Pusat Muhammadiyah. Tentang Muhammadiyah.
http://www.Muhammadiyah.or.id/content-44-det-tentang
Muhammadiyah.html.Diakses pada 20.11.2016.

5.0 KESIMPULAN
Secara tuntasnya, Muhammadiyah adalah gerakan islah di Indonesia
yang telah ditubuhkan oleh Kyai Haji Ahmad Dahlan pada tahun 1912.
Penubuhan gerakan ini telah membawa perubahan yang cukup besar
kepada masyarakat Indonesia Muslim itu sendiri. Hal ini demikian
kerana, pembaharuan yang dibawa oleh Muhammadiyah itu sendiri
meliputi aspek agama, sosial, ekonomi dan politik. Penekanan dalam

Rudy al hana. 2011. Strategi Dakwah Kultural Pengurusan Wilayah


Muhammadiyah Jawa Timur. Jurnal komunikasi islam, volume 1, no. 2: 149-160.
Wahyu Rosyid. Peranan Muhammadiyah Sebagai Gerakan Pembaharuan Dalam
Mencerahkan Indonesia.
www.academia.edu/11450464/PERAN_MUHAMMADIYAH_SEBAGAI_GERAKAN_
PEMBAHARUAN_DALAM_MENCERAHKAN_INDONESIA.
Diakses
pada
20.11.2016.