Anda di halaman 1dari 4

TRUISHWARIAA A/P SELVANATHAN

Tugasan 2
Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS)

Pada pendapat saya, Learning Management System (LMS) dikenali sebagai Sistem Pengurusan
Pembelajaran iaitu aplikasi perisian untuk pentadbiran, dokumentasi, pengesanan, penghantaran
teknologi elektronik pendidikan (e-pembelajaran) dan laporan. LMS merupakan aplikasi perisian
berasaskan web yang mampu mengurus pembelajaran elektronik, mengesan hasil pembelajaran,
integrasi dengan pengurusan sumber manusia dan sumber pembelajaran dan kemudahan bentuk
pengurusan pembelajaran. CMS adalah satu sistem pengurusan kursus iaitu koleksi alat perisian
menyediakan persekitaran dalam talian untuk interaksi tertentu. CMS juga dikenali sebagai
Sistem Pengurusan Kursus biasanya termasuk pelbagai alat dalam talian dan persekitaran seperti
kawasan untuk penempatan kertas dan tugasan pelajar dan alat perbualan yang membolehkan
komunikasi dalam kalangan pelajar.
Contoh aplikasi LMS yang digunakan oleh pelajar UKM adalah I-Folio. Dalam kursus komputer
dalam pendidikan, LMS digunakan seperti Gmail dan Blog.

Kepentingan LMS

Memudahkan penyampaian dan penghantaran maklumat terkini atau latihan-latihan


secara atas talian oleh pensyarah kepada pelajar.
Memberikan peluang pembelajaran sama rata.
Menukarkan sesi pembelajaran yang berpusatkan guru kepada sesi pembelajaran
berpusatkan pelajar sendiri.
Para pelajar dapat berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif.
Pembelajaran boleh dilakukan di mana-mana sahaja.
Kos yang digunakan rendah tetapi kemahiran yang dikuasai oleh pelajar berbaloi.

Kepentingan CMS
Isi kandungan boleh ditambah dan diedit pada bila-bila masa sahaja.
Memudahkan penguna untuk mencipta, mengedit dan mengesahkan suatu kandungan
sebelum diterbitkan.
Isi kandungan dan maklumat akan disimpan di satu tempat.
Memudahkan orang lain untuk mencari informasi tentang perkara-perkara tertentu yang
terdapat dalam satu laman web.
Perisian LMS
1. eFront
eFront adalah salah satu wadah pembelajaran akan datang di antara pengguna intuitif dan
juga fungsi sosial dan perusahaan yang unggul. Perisian ini juga dapat memenuhi keperluan
moden yang menggabungkan antara sesawang yang bersih dan memudahkan pengguna.
http://www.efrontlearning.net/
2.

Schoology
Schoology mempunyai banyak ciri-ciri yang dapat membantu para guru dan juga pelajar.

Contohnya perisian ini dapat menghasilkan visual yang berkesan seperti buku penilaian online
dan juga penghasilan idea-idea berkaitan pendidikan.
https://www.schoology.com/home.php

Perisian CMS
1. Lectrio
Perisian ini merupakan salah satu alat yang membolehkan pelajar berkongsi bahan. Para
pelajar dapat menjimatkan wang mereka daripada membeli pelbagai sistem untuk berkongsi
bahan-bahan kursus, mengesan gred dan mewujudkan laporan dengan menggunakan perisian
lectrio yang sudah semestinya percuma. Contohnya google dan facebook.
http://lectrio.com/

2.

CourseSites (from Blackboard)


Perisian ini bertujuan bagi proses pembelajaran. Kursus ini merangkumi pelbagai aktiviti

termasuk amalan, uji kaji, penyelidikan dan penulisan. Pada kebiasaannya pelajar universiti perlu
melaksanakan kerja kursus untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan menunjukkan bahawa
mereka boleh berbincang segala teori yang telah dipelajari.
https://www.coursesites.com/

Rumusan

Melalui laporan ini, saya dapat merumuskan bahawa LMS dan CMS mempunyai satu
persamaan iaitu kedua-duanya dapat digunakan dalam sistem e-learning. Namun CMS lebih
tertumpu kepada kerja-kerja di universiti dan sekolah yang dapat memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Kewujudan perisian LMS dan CMS telah memudahkan kerja-kerja para pelajar dan pengajar.
Maka, kita haruslah bijak menggunakan segala kemudahan yang yelah disediakan pada zaman
globalisasi ini.

Rujukan

1. Kelly Walsh. 2011. What are the best free hosted Course Management on the internet.
Journal The Free Education Technology Resources E-book.
http://www.emergingedtech.com/2011/02/what-are-the-best-free-hosted-course-managem
ent-systems-on-the-internet/
2. Margaret rouse. 2011. Content Management System(CMS) Defination. Journal Bussiness
Information Asean.
http://searchsoa.techtarget.com/definition/content-management-system
3. Ryan Goodrich. 2013. What is an Learning Management System (LMS). Journal
Bussiness News Daily.
http://www.businessnewsdaily.com/4772-learning-management-system.html

Anda mungkin juga menyukai