Anda di halaman 1dari 32

Menurut Inskripsi Telaga Batu, kerajaan Srivijaya telah diasaskan oleh Dapunta

Hyan. Menurut sumber China, Srivijaya disebut sebagai San-fo-che atau Che-li-fo-che,
manakala sumber Arab pula menyebut Srivijaya sebagai Sarbazza atau Sribuzza.
Kerajaan ini telah muncul pada abad ke-7 hingga abad ke-14. Kerajaan Srivijaya
merupakan sebuah kerajaan maritim yang terkenal di Nusantara pada ketika itu. Sebelum
kemunculan kerajaan Srivijaya, telah wujud kerajaan Funan pada abad pertama hingga
abad ke-6 Masihi diikuti oleh Langkasuka sehinggalah kemunculan Srivijaya sendiri pada
abad ke-7.1
Di samping itu, lokasi sebenar kerajaan Srivijaya masih diperdebatkan. Menurut
I-Tsing melalui dua buah karyanya yang termasyur iaitu Nan-hai Chi-kuei Nei-fa dan TaTang Hsi-yu Chiu-fa Kao-seng Chuan yang menghuraikan bahawa Srivijaya terletak di
Palembang.2 Manakala Ir J.L Moens pula, dalam karangannya yang bertajuk Crivijaya,
Yava en Kataha pada tahun 1973 menyatakan bahawa kerajaan Srivijaya terletak di
Kelantan, sedangkan Palembang dikatakan sebagai pusat kerajaan Melayu. Namun,
kenyataan ini tidak mempunyai bukti-bukti arkeologi yang lebih kuat berbanding di
Palembang.3
Selain itu, para sarjana seperti H.G Quaritch Wales pada tahun 1935 dan M.C
Chand Chirayu Rajani pada tahun 1974 menyatakan kerajaan Srivijaya terletak di
Muangthai. Walau bagaimanapun, kenyataan ini hanyalah sebuah lamunan semata-mata
kerana sepanjang sejarah Muangthai tidak pernah mengembangkan diri menjadi
1

Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 342.
2
Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya.
Jakarta: PT Girimukti Pasaka. hal.21.
3
Lihat Nia Kurnia Sholihat Irfan.Argumentasi yang dikemukan oleh Moens adalah terjemahan Edouard
Chavannes atas pernyataan I-Tsing bahawa sesampai di Malayu I-Tsing mengubah arah. Pernyataan in
telah disalah terjemahkan lantas Moens menyimpulkan bahawa arah pelayaran dari Srivijaya ke Malayu
harus berlawanan dengan arah pelayaran dari Malayu ke Kedah.

kekuasaan laut yang masyur di Nusantara sebaliknya hanya mampu untuk merampas dan
menduduki kerajaan paling utara Semenanjung Tanah Melayu.
Berdasarkan ketiga-tiga pendapat tokoh di atas, dapat disimpulkan bahawa
pendapat I-Tsing lebih dipercayai kerana dalam pelayarannya ke China, I-Tsing telah
singgah di Srivijaya selama enam bulan untuk mempelajari Sabdawidya iaitu tatabahasa
Sansekerta sebagai persiapan kunjungannya ke India. Ketika pulang dari India pula,
beliau telah menetap selama bertahun-tahun untuk menterjemahkan naskah-naskah
agama Buddha, antaranya 500,000 stanza Kitab Tripitaka, dari bahasa Sanskit ke bahasa
Cina. Oleh itu, sudah tentunya keterangannya boleh dipercayai kerana I-Tsing melihat
dengan mata kepala sendiri letaknya kerajaan Srivijaya. Prof. Dr. O.W Wolters dari
University of Cornell pada tahun 1978, telah menemukan fragmen seramik China dari
abad ke-9 atau abad ke-10 di Bukit Siguntang yang juga telah digali oleh seorang sarjana
iaitu Bronson. Hasil daripada penemuan ini, Prof. Dr. O.W Wolters berkata, Negeri
Srivijaya memiliki ibu kotanya di Palembang dan bukan di tempat lain. Tambahan pula,
terdapat suatu kesesuaian yang jelas antara bukti-bukti arkeologi dan huraian-huraian ITsing.4 Maka kerajaan Srivijaya terletak di Palembang di bahagian Tenggara Sumatera di
tebing Sungai Musi.5
Sebuah lagi kerajaan yang wujud selepas kerajaan Srivijaya adalah Kesultanan
Melayu Melaka. Terdapat banyak pendapat yang menyatakan bahawa Kesultanan Melayu
Melaka merupakan waris kepada kerajaan Srivijaya. Kesultanan Melayu Melaka muncul
setelah kejatuhan kerajaan Srivijaya iaitu pada awal abad ke-14. Pada ketika itu, Melaka
hanyalah sebuah perkampungan nelayan kecil. Kemudiannya, Melaka berkembang
4

Ibid. hal. 30.


Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.
hal. 21.
5

menjadi sebuah pelabuhan yang terkenal di Nusantara pada abad ke-15.6 Melaka telah
diasaskan oleh Parameswara iaitu seorang putera Srivijaya yang menganut agama Hindu
berasal dari Palembang. Beliau berketurunan Dinasti Sailendra iaitu putera Raja Sri
Wijaya di Palembang.7 Parameswara telah dihalau dari Palembang akibat pengaruh Jawa
iaitu Majapahit dan serangan kerajaan Chola di India. Semasa di Palembang, beliau
merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang politik dan pemerintahan.
Seterusnya, beliau melarikan diri ke Temasik bersama pengikut setianya iaitu Orang Laut.
Bagi membolehkannya menjadi pemerintah di Temasik, Parameswara telah membunuh
seorang wakil Siam di Temasik iaitu Temagi. Tindakannya menimbulkan kemarahan
Siam menyebabkan Siam sentiasa mengancam Parameswara dan akhirnya beliau
melarikan diri ke Muar dan seterusnya ke Melaka. Beliau menamakan tempat tersebut
sebagai Melaka kerana ketika menyaksikan peristiwa seekor anjing ditendang oleh seekor
rusa, beliau sedang bersandar di bawah sebatang pokok Melaka, lantas menamakan
tempat tersebut sebagai Melaka. Buktinya, di dalam buku yang berjudul A History of
Malaysia menyatakan,
And as the king is out hunting one of his hounds is kicked by a white mousedeer. Sultan Iskandar
said, This is a good place, where even the mousedeer are full of fight!. Because he was then standing
under a Melaka tree, he decides that new settlement should bear that name.8

Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka. Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal.
236.
7

Wan Shamsuddin. 1969. Sejarah Tanah Melayu dan Sekitarnya 1400-1967. Kuala Lumpur: Pustaka
Antara. hal. 3.
8
Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. (1973). A History of Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M)
Sdn. Bhd. Hal. 34.

Maka, tidak dapat disangkal lagi bahawa kerajaan Melaka adalah penerusan daripada
kerajaan Srivijaya kerana mempunyai kesinambungan di antara kedua-duanya dari
pelbagai aspek.
Sepertimana kerajaan Melaka, kebangkitan Srivijaya juga adalah didorong oleh
faktor perdagangan. Kerajaan Srivijaya telah mengadakan hubungan perdagangan dengan
negara luar seperti Arab dan China. Tambahan pula, bekalan hasil tempatan yang tidak
putus-putus untuk sama ada untuk pasaran dalam negeri ataupun dengan negara luar
seperti China. Buktinya, pada kurun ke-11 di muara Sungai Musi digambarkan
pemandangan yang sibuk dengan sampan kolek beratus-ratus buah memuat tikar dan
nipah, kulit kura-kura, lilin lebah dan kayu wangi yang menjadikannya begitu terkenal.9
Selain itu, kebangkitan Srivijaya adalah kerana menjadi tempat persinggahan
pendeta-pendeta dari China untuk menterjemah kitab-kitab Buddha. Misalnya, Pendeta ITsing selain dua orang lagi pendeta Cina yang diceritakan oleh I-Tsing dalam karyanya
iaitu Wu-hing dan Chih-hung.10
Dasar perluasan kuasa yang dijalankan oleh Srivijaya juga merupakan faktor
kebangkitan Srivijaya. Kedudukan jajahan takluk yang strategik seperti Jambi dan Kedah
membolehkan Srivijaya menguasai laluan perdagangan. Buktinya, Jambi pada abad ke-7
memiliki lokasi yang lebih strategik berbanding Palembang. Kapal-kapal dari arah India,
Cina dan Jawa harus melewati Jambi, sedangkan Palembang hanya disinggahi kapalkapal yang belayar antara Selat Melaka dan Pulau Jawa sahaja.11
9

Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn.
Bhd. hal. 27.
10
Lihat Nia Kurnia Sholihat Irfan. I-Tsing menceritakan perjalanan dua orang pendeta Cina tersebut seperti
berikut: Wu-hing dan Chih-hung belayar dari Kanton dan sampai di Sriwijaya. Sri Baginda menyambut
mereka dengan upacara besar. Ketika baginda mengetahui bahwa mereka datang dari negeri Putera Dewata
(Cina), baginda sangat menghormati mereka. Dengan menumpang kapal raja, mereka belayar selama 15
hari menuju ke Malayu. 15 hari berikutnya mereka sampai di Kedah. Pada akhir musim dingin mereka
belayar ke arah Barat untuk pergi ke India. hal. 22.
11
Ibid. hal 23

Kerajaan Srivijaya juga telah menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara


China dan kerajaan Srivijaya sudah mengirimkan utusan ke negara China sejak tahun
670.12 Hal ini membuktikan wujudnya perkembangan hubungan istimewa antara
Srivijaya dan Maharaja Cina secara turun-temurun. Maharaja Srivijaya menggunakan
sistem ufti untuk mengiktiraf Maharaja Cina sebagai kuasa tertinggi.13
Di samping itu, kesetiaan Orang Laut yang tidak berbelah bahagi terhadap raja
memberi kemenangan besar kepada Srivijaya untuk mengawal lanun di perairan
sekitarnya. Penguasaan ke atas Orang Laut ini penting kerana tanpa kawalan mereka akan
merompak kapal yang lalu lalang sebagai mata pencarian. Buktinya, seorang pengembara
Cina iaitu Fa Hsien menyebut setelah belayar ke India pada tahun 413, lautan-lautan yang
dilaluinya penuh dengan lanun dan para pelaut sentiasa berada dalam kebimbangan
kerana ditakuti kapal mereka akan dirompak. Salah satu tempat yang paling berbahaya
ialah pintu masuk di Selatan Selat Melaka.14
Menjelang abad ke-14, kekuasaan kerajaan Srivijaya mulai merosot. Antara faktor
yang membawa kepada kemerosotan pengaruh adalah penentangan yang dilakukan oleh
jajahan takluknya seperti Jambi, Lampung dan Bangka. Pada akhir kurun ke-12 dan
pertengahan kurun ke-14, sekatan-sekatan yang membenarkan perdagangan asing hanya
dalam sistem ufti telah luput. Pada abad ke-12 dan abad ke-13 pula, berlakunya
pertambahan perkapalan Cina iaitu pedagang Cina menjalankan perdagangan secara
bersendirian dan keadaan ini menyebabkan kerugian kepada perdagangan entrepot
Melayu. Pedagang Cina sudah memiliki kapal sendiri dan mereka mengembangkan

12

Ibid. hal. 46.


Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn.
Bhd. hal.27.
14
Ibid. hal. 28.
13

pengeluaran tanpa mengadakan hubungan secara rasmi dengan Srivijaya lagi sepertimana
sebelum ini.
Selain itu, permusuhan antara kerajaan Srivijaya dan Dinasti Chola di India
Selatan berpunca daripada pertikaian mengenai laluan kapal dagang di Selat Melaka.
Buktinya, pada tahun 1017, Rajendracola mengirimkan bala tenteranya untuk menyerbu
Kedah yang merupakan salah satu pelabuhan utama milik Kerajaan Srivijaya. 15
Rajendracola merupakan putera kepada Kesawariwarman Raja-raja yang mangkat pada
tahun 1012 dan menaiki takhta menjadi raja Dinasti Chola yang baru. Rajendracola telah
mengubah dasar politik dengan Srivijaya kerana keinginannya untuk mengembangkan
perdagangan dengan negara China. Prof. Dr. K.A. Nilakanta Sastri menghuraikan latar
belakang permusuhan Srivijaya dan Dinasti Chola seperti berikut:
Pada saat itu Kerajaan Colamanda ( Dinasti Chola) sedang mengembangkan suatu kekuasaan laut
yang besar dan memupuk hubungan politik dan perdagangan dengan China, seperti yang dilakukan
Sriwijaya. Tetapi Sriwijaya yang masih menjalankan politik ekspansionistis dengan meluap-luap
menerapkan pengawasan yang ketat terhadap jalur perdagangan yang melintasi wilayahnya. Sesudah
pelaksanaan rencana agresifnya terhadap Jawa, Sriwijaya tidak lagi bersahabat dengan Colamandala. Jadi,
permusuhan antara Sriwijaya dan Colamandala adalah akibat tidak toleransinya Sriwijaya terhadap
pertumbuhan kekuatan laut yang baru di Samudera Hindia.16

Menurut Prasasti Tanjore, jajahan takluk Srivijaya yang telah diserang oleh
Rajendracola adalah ibu kota Sriwijaya sendiri, Malayu, Binanga, daerah Lumari di
Aceh, Nikobar dan Kedah.17 Di dalam Prasasti ini juga dinyatakan bahawa Rajendracola
telah berjaya menangkap raja Sriwijaya yang bernama Sanggramawijayatunggawarman. 18
15

Lihat Nia Kurnia Sholihat Irfan. hal. 90.


Ibid. hal. 90.
17
Ibid. hal. 91.
18
K.A Nilakanta Sastri. 1949. History of Srivijaya. University of Madras: Madras. hal. 80.
16

Keadaan ini sudah tentunya mengakibatkan kekuatan kerajaan Srivijaya mulai menurun.
Srivijaya tidak mampu lagi untuk mengawal lalu lintas perdagangan di Selat Melaka serta
tidak mampu untuk mengawasi negeri-negeri di bawahnya. Dalam situasi ini, negeri
Melayu-Jambi yang sejak abad ke-7 menjadi jajahan takluk Srivijaya, menggunakan
kesempatan tersebut untuk melepaskan diri dari kekuasaan Srivijaya. Nama Srivijaya
tidak pernah disebut-sebut lagi pada abad ke-13 dan abad ke-14, setelah kerajaan
Srivijaya diruntuhkan oleh kerajaan Malayu.19
Sepertimana kerajaan Srivijaya, salah satu faktor utama yang membawa kepada
kebangkitan kerajaan Melaka adalah kelebihan ilmu alam yang dimiliki oleh Melaka
sebagai sebuah pelabuhan entrepot yang terkenal di Nusantara pada ketika itu.
Kedudukan Melaka yang strategik di tempat pertemuan angin monsun Timur Laut dan
Barat Daya menjadikan Melaka sebagai tempat pertemuan semulajadi bagi kapal-kapal
dari India, Arab, Parsi, China dan dari Kepulauan Melayu.20
Di samping kelebihan tersebut, Melaka terletak berhampiran dengan pusat
pengeluaran hasil-hasil Selat yang diperlukan oleh pedagang-pedagang dari negara
China, India dan Eropah. Hasil-hasil selat seperti lada hitam, rempah ratus, emas, kapur
barus, kayu cendana, damar dan sarang burung untuk diperdagangkan. Melaka juga
mempunyai kedudukan pertahanan yang baik iaitu terletak di atas bukit serta sesuai
menjadi tempat kediaman pemerintah dan kubu semulajadi bagi Melaka.21
Selain itu, hubungan diplomatik yang terjalin dengan negara China sejak zaman
pemerintahan Parameswara dapat menjamin keselamatan kerajaan Melaka dari ancaman
Siam. Selain mendapat perlindungan dari China, Parameswara telah diiktiraf sebagai raja
19

Lihat Nia Kurnia Sholihat Irfan. hal. 100.


Tan Ding Eing. 1973. Sejarah Malaysia dan Singapura. (Shahabuddin Shafie, Terjemah). Kuala Lumpur:
Fajar Bakti Sdn. Bhd. hal. 1.
21
Ibid. hal. 1.
20

Melaka pada tahun 1405 oleh Maharaja China.

22

Di samping itu, Melaka turut dijadikan

sebagai pusat perkembangan agama Islam. Keadaan ini sama seperti Srivijaya yang
menjadi pusat penyebaran agama Buddha. Malah Melaka terkenal dengan gelaran
Serambi Makkah kerana menjadi tempat mempelajari ilmu agama bagi mempersiapkan
diri sebelum meneruskan pengajian agama ke Makkah.
Semasa zaman pemerintahan Parameswara, satu pasukan yang terdiri daripada
Orang Bugis dan Orang Laut yang cekap dan taat setia kepada raja disusun untuk
melindungi para pedagang dari serangan lanun serta memastikan para pedagang singgah
di pelabuhan Melaka sahaja dan bukannya pelabuhan lain seperti Sumatera, Jawa dan
Borneo.23 Tambahan pula, faktor karisma Parameswara sebagai tokoh yang mewarisi
kedaulatan Srivijaya-Palembang, faktor kehadiran pembesar Melayu yang bersama-sama
beliau sejak dari Palembang dan sokongan Orang Laut membantu Parameswara untuk
menjadikan Melaka sebagai kerajaan yang agung di Nusantara selepas kerajaan Srivijaya.
Maka, tidak dapat disangkal lagi bahawa Parameswara adalah tokoh yang menjadi
pelopor dalam menghubungkan tradisi pensejarahan agung antara kerjaan Srivijaya yang
berpusat di Palembang dan kerajaan Melaka yang berpusat di Melaka yang sebenar. Pada
hakikatnya, Parameswara merupakan penghubung kesinambungan antara kedua-dua
kerajaan ini. Walaupun terdapat banyak ciri persamaan, namun terdapat satu ciri
perbezaan yang nyata di antara tradisi pensejarahan kedua-duanya iaitu dari aspek agama,
iaitu Hindu-Buddha di Srivijaya dan agama Islam di Melaka.24

22

Ibid. hal. 3.
Ibid. hal.1.
24
Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 139-140.
23

Hal ini dapat dibuktikan serta dilihat daripada beberapa ciri-ciri kesinambungan
antara kerajaan Srivijaya dan Melaka. Pertamanya, ciri-ciri yang dapat menunjukkan
kesinambungan antara kedua-dua kerajaan ini dapat dibuktikan dalam aspek
pemerintahan dan pentadbiran. Di Srivijaya, terdapat organisasi pentadbiran yang teratur
iaitu sistem pemerintahan dan pentadbiran yang berpaksikan kepada Raja. Menurut
inskripsi Telaga Batu yang dipercayai bertarikh dalam lingkungan suku akhir abad ke-7
telah memberi gambaran tentang organisasi dan pentadbiran kerajaan Srivijaya.
Sementara itu, Dr. de Casparis yang berasaskan kepada inskripsi Telaga Batu
mempercayai bahawa Srivijaya itu merupakan sebuah kadatuan atau empayar. Seterusnya
kadatuan Srivijaya itu dibahagikan kepada beberapa mandala dan setiap mandala pula
diletakkan di bawah pemerintahan seorang datu.25
Seterusnya, datu itu terdiri daripada anak Raja dan juga pembesar bukan
berketurunan raja. Sekiranya anak raja yang berkuasa ke atas sesebuah mandala, maka ia
digelar kadatuan tetapi sekiranya yang berkuasa itu terdiri daripada pembesar yang bukan
berketurunan Raja, maka kawasan kawalannya digelar praddatuan. Setiap datu pula
mungkin ada pembantu dalam hal kadatuan ataupun praddatuan yang bergelar parvanda
atau ketua tentera.26
Dalam hierarki kelas pentadbiran di Srivijaya-Palembang terdapat empat kelas
anak raja. Kelas yang paling tinggi sekali ialah Yuvaraja yang berfungsi sebagai Raja
Muda atau Tengku Mahkota. Di bawahnya pula ialah Pratiyuvaraja dan kelas ketiga ialah
digelar Raja Kumara. Ketiga-tiga kelas anak raja tersebut layak mewarisi takhta kerajaan
tetapi mengikut hierarki serta mestilah berdarah raja di kedua belah pihak iaitu ibu dan
25

Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 3.
26
Ibid. hal. 3.

bapa. Manakala Rajaputra pula merupakan kelas anak raja yang keempat di mana kelas
ini tidak layak dilantik menjadi raja kerana mereka itu adalah dari ibu yang bukan
berketurunan raja dan mungkin anak gundik.27
Di samping itu, pemerintahan dan pentadbiran di Srivijaya juga didukung oleh
satu barisan kepimpinan yang mempunyai kuasa masing-masing serta didukung oleh
kesetiaan Orang Laut di Selat Melaka. Antara contoh barisan kepimpinan di bawah kelas
golongan diraja terdiri daripada senapati, nyaka, pratyaya, hajipratyaya dan
dandanayaka. Senapati mempunyai tugas sebagai ketua kepada hulubalang dan
fungsinya juga mungkin sama dengan fungsi Laksamana di zaman Kesultanan Melayu
Melaka.

Sementara

nyaka

memainkan

peranan

sebagai

Penghulu

Bendahari,

Hajipratyaya pula berperanan seperti Temenggung atau Royal Sheriffs. Dandanayaka


berperanan sebagai hakim yang berkuasa mengadili sesuatu perkara yang berlaku.28
Selain daripada pembesar-pembesar itu terdapat juga pembesar-pembesar lain
seperti Murdahaka iaitu peranannya sebagai penghulu, Tuhan Vatakvurah yang mungkin
peranannya sama dengan Syahbandar pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, dan
Adhyaksa Nicavarna sebagai penghulu rakyat kasta bawah. Pada zaman kerajaan
Srivijaya ini juga terdapat golongan orang kaya-kaya atau Kumaramatya (Non-Royal
Ministers). Selain itu, terdapat kelas pekerja seperti Kayastha (kerani), Sthapaka
(arkitek), Puhawang (pekerja kapal) dan Vaniaga (peniaga) dan nakhoda kapal,
Vasikarama (tukang besi), dan Marsi haji (tukang cuci raja).29 Ini menunjukkan bahawa
sistem pentadbiran yang kompleks telah pun wujud pada zaman Srivijaya-Palembang.

27

Ibid. hal.3-4.
Ibid. hal. 4.
29
Ibid. hal. 4.
28

10

Menurut inskripsi yang telah dijumpai di hulu Sungai Batang Hari berhampiran
Jambi, iaitu pusat kerajaan Srivijaya yang kedua selepas berpindah dari Palembang juga
ada menyenaraikan jawatan-jawatan pembesar seperti datuk-datuk, pemungut cukai,
pegawai yang bertugas mengawal perbendaharaan, para hakim, jurutulis, para saudagar,
dan pegawai yang menjaga pakaian raja.30
Manakala menurut inskripsi yang telah dijumpai di Telaga Batu, Sumatera dapat
menjelaskan sama ada Dewa-raja merupakan unsur berpolitik atau penyerapan serta
gabungan pengaruh Hindu dalam tradisi berkerajaan. Tambahan lagi, menurut inskripsi
ini rakyat yang mengakui taat setia kepada raja, mereka dikehendaki mengangkat sumpah
dengan meminum air yang dituangkan pada sebilah keris. 31 Bagi semua golongan yang
diperintah tanpa mengira kelas, sekiranya mereka menderhaka, maka akibatnya mereka
akan menerima balasan yang buruk. Antara bentuk derhaka ialah menjadi tali barut
kepada musuh raja, mencuri, menganiaya orang lain dan sebagainya. Mereka yang
melakukan penderhakaan tersebut nescaya menerima balasan mati akibat daripada
sumpahan air yang diminum itu. Akan tetapi, bagi mereka yang setia pula, balasannya
adalah tantra-mala iaitu kesejahteraan dan bebas daripada seksaan selepas mati. 32 Oleh
kerana kuatnya kepercayaan kepada konsep daulat raja yang berasaskan kepada kult
Dewaraja itu, maka lahirlah tradisi persetiaan golongan diperintah dengan pemerintah.
Buktinya, kewujudan prasasti-prasasti persumpahan yang mengandungi kutukan dan
ancaman bagi mereka yang menentang dan tidak patuh kepada perintah dan tidak

30

Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 141-142.
31
Ibid. hal. 141.
32
Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 7.

11

berbakti kepada raja Srivijaya. Prasasti yang dimaksudkan ialah Prasasti Telaga Batu,
Kota Kapur, Karang Berahi, Palas Pasemah dan Bawang.33
Manakala aspek pemerintahan dan pentadbiran di Melaka pula mempunyai
hierarki pemerintahan yang terdiri daripada Raja dan kerabatnya, golongan bangsawan,
pembesar, rakyat merdeka, dan hamba yang terdiri daripada hamba abdi dan hamba
hutang. Tempat tinggal pemerintah dan golongan pemerintah adalah berdasarkan kepada
pola demografi. Kebiasaannya petempatan raja dan kerabatnya adalah di atas bukit yang
strategik, pemandangannya menghadap laut dan benteng pertahanan negara. Manakala
pembesar-pembesar pula tertumpu di sekitar lereng bukit berdekatan istana raja di
samping memiliki kampung untuk membentuk kumpulan dan pengaruh masing-masing
seperti kampung Bendahara, kampung Laksamana dan kampung Seri Nara Diraja.
Sebilangan besar orang Melayu tinggal di rumah kayu beratap rumbia, tertumpu di kaki
bukit dan di seberang sungai berhadapan dengan bukit. Manakala orang laut pula iaitu
pengikut setia Parameswara yang sama-sama mengiringi Parameswara meninggalkan
Singapura dan Muar kebiasaannya lebih gemar tinggal di tepi-tepi pantai sesuai dengan
kegiatan harian mereka.34
Secara umumnya, hierarki para pembesar yang penting dan terus dikekalkan
untuk diwarisi di Melaka iaitu pembesar empat lipatan ialah Bendahara, Penghulu
Bendahari, Temenggung dan Laksamana. Jawatan Bendahara adalah jawatan paling
kanan dalam pemerintahan Melaka. Bendahara menjadi ketua eksekutif seluruh
mekanisme kerajaan Melaka. Bendahara selalunya dilantik daripada pembesar kanan
33

Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya.
Jakarta: PT Girimukti Pasaka. hal. 53-54.
34
Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 278.

12

yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan raja. Bendahara mempunyai kuasa


pemerintahan dan pentadbiran secara fizikal dan mempunyai kawasan pegangan yang
tersendiri dan kedudukan ekonomi yang kukuh dan agak terjamin. Misalnya, Bendahara
yang terkenal sewaktu Kesultanan Melayu Melaka ialah seperti Tun Perak dan Tun
Mutahir.
Seterusnya Penghulu Bendahari menduduki hierarki kedua selepas Bendahara.
Tugas utamanya ialah memegang harta benda dan hasil mahsul kerajaan Melaka. 35
Manakala Temenggung pula berperanan sebagai Ketua Keamanan Negeri. Beliau juga
menghakimi perbicaraan yang besar sebagai Timbalan Ketua Hakim. Kebiasaannya kes
pengadilan akan diselesaikannya terlebih dahulu sebelum diserahkan kepada Bendahara.
Temenggung melaksanakan undang-undang mengikut arahan sultan serta berkuasa untuk
menangkap orang-orang yang bersalah dan menghukum mereka. Jawatan Laksamana
pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah (1456-1477). Tugas utama
Laksamana adalah dalam bidang ketenteraan. Semasa di darat, Laksamana berperanan
sebagai mengawal keselamatan raja apabila berangkat dan keselamatan Bendahara ketika
perbicaraan.
Selain hierarki pembesar empat lipatan, terdapat juga hierarki yang membentuk
pembesar lapan, enam belas dan seterusnya. Antara pembesar-pembesar yang bukan
pembesar empat lipatan ialah seperti Syahbandar yang berperanan mengawasi perjalanan
di pelabuhan Melaka meliputi gudang-gudang simpanan barangan dagang serta
keselamatan pelabuhan. Beliau juga ditugaskan untuk mengawal sistem timbang tara
dalam berat dan ukuran bagi semua transaksi perniagaan serta menjaga nilai mata wang.36

35
36

Ibid. hal. 284-285.


Ibid. hal. 179-180.

13

Seterusnya, pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja yang memerintah


dianggap berdaulat. Daulat juga dihubungkan dengan konsep spiritual dan kepercayaan
tradisi tentang derhaka. Daulat saling berhubungan dengan derhaka iaitu sesiapa yang
ingkar perintah raja akan dianggap menderhaka kepada raja tersebut. Justeru, mereka
akan ditimpa tulah raja. Hukum Kanun Melaka menyebut hukuman bagi sesiapa yang
menderhaka ialah dengan cara disula manakala kebiasaannya seluruh keluarga si
penderhaka turut dibunuh atau lambat laun dipercayai akan ditimpa tulah raja dan akan
sengsara sepanjang hidup. Misalnya, dalam Sejarah Melayu menyebut bahawa Sang
Rajuna Tapa telah ditimpa tulah raja dengan menjadi batu kerana didapati bersubahat
dengan orang Majapahit menyerang Singapura.37 Ini menunjukkan bahawa konsep daulat
dan derhaka terhadap raja merupakan tradisi turun-temurun yang kekal sehingga zaman
tersebut.
Tuntasnya, daripada aspek pemerintahan dan pentadbiran antara kedua-dua
kerajaan iaitu Kerajaan Srivijaya dan Kesultanan Melayu Melaka dapat dilihat adanya
ciri-ciri

kesinambungan

antara

keduanya.

Misalnya,

struktur

pemerintahannya

mempunyai persamaan iaitu ada hierarki golongan pemerintah iaitu raja dan pembesar
dan golongan diperintah seperti rakyat dan hamba. Akan tetapi apa yang kita nampak
terdapat kelainan hanyalah pada gelaran di antara Srivijaya dan Melaka. Misalnya, di
Srivijaya wujudnya pembesar-pembesar tetapi menggunakan gelaran yang berbeza
dengan gelaran yang digunakan di Melaka seperti gelaran senapati yang mempunyai
fungsi yang sama dengan Laksamana di Melaka. Jadi, apa yang dapat disimpulkan di sini
ialah gelaran yang digunakan sahaja berbeza-beza tetapi fungsi dan peranannya tetap
sama.
37

Ibid. hal. 278-279.

14

Selain itu, kesinambungan dapat juga dilihat melalui konsep daulat dan derhaka.
Konsep ini memerlukan golongan pembesar dan rakyat taat setia serta patuh kepada
perintah raja dan sesiapa yang mengingkarinya nescaya akan ditimpah tulah raja. Konsep
dan kepercayaan ini telah bermula pada zaman kerajaan Srivijaya lagi pada awal abad ke7 sehinggalah kepada Kesultanan Melayu Melaka sekitar abad ke-14 dan ke-15.
Persamaan ini mungkin terjadi secara tidak langsung memandangkan pengasas kerajaan
Melaka iaitu Parameswara merupakan seorang yang berpengalaman dalam politik ketika
di Palembang. Maka pengalaman dan struktur pemerintahan tersebut diterapkan ketika
menjalankan pemerintahan di Melaka.
Antara lain, ciri-ciri kesinambungan yang dapat dilihat ialah melalui aspek
ekonomi. Menurut Prof. Saleh Poeradisastra, Srivijaya adalah sebuah kerajaan laut,
suatu kekuasaan berdasarkan angkatan laut. 38 Ini bermaksud Srivijaya merupakan
sebuah pelabuhan maritim iaitu pusat perdagangan yang terkenal di Nusantara
sehinggakan para pembesar di sepanjang pantai Sumatera bersedia mengakui ketuanan
Srivijaya. Faktor yang menyebabkan Srivijaya berkembang sebagai sebuah pusat
perdagangan terkenal ialah kerana ianya merupakan laluan masuk melalui jalan darat di
Asia Tenggara yang telah digunakan oleh pedagang-pedagang asing untuk membawa
barang-barang bernilai dan berharga dari Barat Asia yang tidak dapat lagi digunakan
untuk sampai ke China semasa pemerintahan Dinasti-dinasti Selatan (420-589). Orangorang Melayu dan Indonesia mempunyai kemahiran pelayaran yang dapat menentukan
jalan perdagangan lain untuk ke China sehinggakan mereka memulakan perdagangan
rempah di antara Indonesia dan China.39 Sehubungan dengan ini, satu sistem hubungan
38

Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya.
Jakarta: PT Girimukti Pasaka. hal. 29.
39
Wolters, O.W. 1990. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu. (Toh Kim Hui dan Ranjeet Kaur
Khaira, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 1-2.

15

perdagangan merentasi Laut China Selatan masih digunakan sehingga hari ini dapat
diwujudkan.
Pusat perdagangan di Srivijaya berperanan menyediakan kemudahan pelabuhan
yang baik kepada pedagang-pedagang dalam perjalanan mereka di antara Timur Tengah
dengan China. Melalui pelabuhan-pelabuhan ini, hasil keluaran Indonesia dapat
disalurkan ke pasaran Asia dan Eropah. Perdagangan yang tersebar luas juga dari Teluk
Parsi, Laut Merah hingga ke negara China ini menyediakan serta menentukan cara
barang-barangan dapat dibawa ke pasaran China. Sebelum kapal-kapal China belayar ke
luar negeri, kapal-kapal bukan kepunyaan orang Cina terpaksa membawa barang-barang
ke negara China. Dengan ini, wujudlah sebuah pelabuhan entrepot yang mempunyai
bekalan secukupnya di tenggara Sumatera yang merupakan tumpuan hubungan kelautan
sejak abad ke-5 lagi. Hubungan baik di antara negara penaung dengan negara-negara
naungan iaitu hubungan antara Maharaja China dan pemerintah di pelabuhan entrepot ini
dapat melindungi ramai pedagang-pedagang Asia dalam perjalanan mereka ke negara
China.40
Menurut pemerhatian Dr de Casparis, kekayaan pemerintah iaitu Maharaja
Srivijaya telah menjadi buah mulut umum. Berdasarkan sumber-sumber Arab
menunjukkan bahawa mereka begitu tertarik dengan kekayaan pemerintah Srivijaya
sehinggakan Ibn Rosten dalam tahun 903 mempercayai bahawa tidak ada raja yang lebih
kaya atau menerima lebih banyak pendapatan selain daripada Maharaja Srivijaya.
Sumber utama kekayaannya adalah berpunca dari pelabuhan dan bayaran cukai yang
dikenakan ke atas kapal-kapal pedagang dari pelbagai negara yang menggunakan

40

Ibid. hal. 4.

16

perkhidmatan pelabuhan di Srivijaya. Rempah-rempah berwangi merupakan bahan


perdagangan entrepot utama ketika itu.
Pada abad ke-13, seorang pengkaji Cina yang bernama Chua Ju-Kua dalam
tulisannya menyatakan bahawa kapal dagang dari luar terpaksa membayar cukai tol
sekiranya mahu berlabuh di pelabuhan tersebut.41 Selain itu juga, terdapat teks-teks
menunjukkan dengan jelas bahawa terdapat banyak emas dan perak yang telah digunakan
bagi tujuan perdagangan di tenggara Sumatera pada ketika itu. 42 Selain itu, menurut
Chao Ju-kua juga, wang perak dan bukannya wang tembaga telah digunakan bagi tujuan
perdagangan. Buktinya, prasasti Canton yang diukir pada tahun 1079, tidak kurang
daripada 600,000 kepingan emas telah didermakan oleh Maharaja Palembang bagi
membaiki dan menyelenggarakan sebuah rumah berhala Tao di Canton. 43 Jadi, jelaslah
bahawa sumber utama bagi ekonomi kerajaan Srivijaya adalah berpunca daripada
pelabuhan entrepot yang berfungsi sebagai pusat perdagangan yang terkenal pada ketika
itu. Hasil-hasil kutipan cukai yang telah dikenakan ke atas kapal-kapal pedagang dari luar
yang

datang

berlabuh

di

Srivijaya

telah

banyak

menguntungkan

serta

memperkembangkan ekonomi Srivijaya.


Manakala di Melaka pula, sumber ekonomi yang paling utama adalah daripada
aktiviti perdagangan yang berpunca daripada perkembangan pelabuhan entrepot. Hal ini
kerana ianya mempunyai banyak kelebihan dan keistimewaan geografi iaitu bersesuaian
dengan kedudukan Selat Melaka sebagai kawasan lalulintas di antara Timur dengan
Barat. Pada mulanya, Melaka seperti juga pelabuhan yang setaraf dengannya iaitu
41

Zainal Abidin bin Abdul Wahid (Ed). 1970. Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. hal. 15.
42
Wolters, O.W. 1990. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu. (Toh Kim Hui dan Ranjeet Kaur
Khaira, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 14-16.
43
Ibid. hal. 15-16.

17

berperanan sebagai pelabuhan transit bagi kapal-kapal yang berulang-alik melalui Selat
Melaka. Di samping itu, pelabuhannya juga berfungsi sebagai pusat pengumpulan,
penyaluran dan pertukaran barang-barang dagangan. Antara lain keistimewaan
pelabuhannya juga adalah disebabkan terdapatnya dua jenis angin monsun yang
menentukan panduan dan arah pergerakan kapal serta terdapatnya kemudahankemudahan fizikal dan material yang telah disediakan secukupnya di pelabuhan entrepot
oleh kerajaan Melaka pada ketika itu.44 Dalam urusan perdagangan juga terdapat kadar
cukai tertentu yang dikenakan. Misalnya, pedagang dari India, Arab, Ceylon, Siam dan
Pegu dikenakan cukai import sebanyak 6 peratus daripada jumlah barang yang dibawa.
Pedagang China dan Jepun pula sebanyak 5 peratus. Import bahan-bahan makanan pula
mendapat keistimewaan iaitu bebas daripada cukai. Selain itu, terdapat satu jenis cukai
bagi mereka yang tinggal atau menetap di Melaka bersama keluarga atau sebaliknya.
Misalnya, saudagar dari Gugusan Kepulauan Melayu dan Barat dikenakan cukai
sebanyak 3 peratus manakala suku-suku Melayu Nusantara dikenakan royal tax sebanyak
3 peratus dan 6 peratus bagi pedagang dari Barat Asia.45
Melaka juga telah menakluk beberapa kawasan lain untuk dijadikan negeri
naungannya. Penaklukan tersebut mempunyai matlamatnya tersendiri iaitu untuk tujuan
perdagangan dan ekonomi. Misalnya, penaklukan terhadap Kampar penting bagi Melaka
untuk mengawal eksport lada dan emas yang dikeluarkan oleh daerah-daerah pedalaman
Minangkabau. Melaka juga mempunyai hubungan dengan Jawa atas kepentingan
ekonomi iaitu Melaka mengimport beras dari Jawa, manakala Jawa pula mengeksport
rempah ratus ke Melaka.

44
45

Ibid. hal. 236.


Ibid. hal 254- 255.

18

Penguasaan Melaka terhadap Gugusan Riau-Lingga pula mempunyai matlamat


perdagangan secara langsung iaitu supaya bahan-bahan keluarannya dapat dieksport ke
Melaka. Gugusan Riau-Lingga juga membekalkan Orang Laut sebagai pendayung kapal
perang tentera laut Melaka untuk tujuan penaklukan. Hal ini kerana Orang Laut dapat
membantu menentang lanun di Selat Melaka yang boleh menjejaskan keselamatan para
pedagang yang datang ke pelabuhan Melaka. Oleh itu, kawalan keselamatan menjadi
perkara utama bagi Melaka untuk menjamin kegiatan perdagangan dan kedatangan
pedagang asing.46
Melaka juga telah menjalin hubungan perdagangan dengan negara luar seperti
China, India dan Eropah. Melaka menjadi tumpuan para pedagang China untuk
memasarkan barang-barang dari negeri China ke Eropah. Antara barang-barang yang
dibawa ke Melaka ialah seperti bahan-bahan wangian, permata, sutera, dan sebagainya.
Di Melaka, barangan utama yang ditukar untuk dibawa balik ke China ialah seperti lada,
gaharu, candu, rempah, dan lain-lain lagi. Pedagang dari negeri China dikenakan cukai
yang tinggi. Dari bahagian Barat pula, pedagang yang datang ke Melaka terdiri daripada
saudagar dari Koromandel. Tome Pires dan Ruy de Brito menganggarkan terdapat antara
empat hingga lima buah kapal besar yang datang ke Melaka setiap tahun dengan nilai
dagangan antara 12 ribu hingga 15 ribu cruzados. Antara barangan yang dibawa dari
Koromandel ditukar atau digunakan untuk membeli gaharu, permata, lada, cengkih, dan
buah pala.47
Secara kesimpulannya, dapat dilihat dengan jelas terdapatnya ciri-ciri yang
menunjukkan kesinambungan antara kedua-dua kerajaan iaitu sumber ekonomi yang

46
47

Ibid. hal. 244.


Ibd. hal. 245-246.

19

utama bagi kerajaan Srivijaya dan Melaka adalah bergantung kepada pelabuhan entrepot
yang merupakan pusat perdagangan yang terkenal di Nusantara. Hasil-hasil yang
diperolehi meliputi daripada kutipan cukai yang dikenakan kepada pedagang-pedagang
yang datang berlabuh di pelabuhan tersebut. Jadi, kerajaan Srivijaya dan Melaka
memperoleh keuntungan dan kekayaan daripada perkembangan pelabuhan tersebut.
Antara aspek lain yang menunjukkan ciri-ciri kesinambungan antara kerajaan
Srivijaya dan Melaka ialah dari aspek masyarakat dan sosialnya. Masyarakat Srivijaya
terdiri daripada empat kelas sosial yang utama iaitu golongan diraja, bangsawan, orang
merdeka dan hamba abdi. Menurut inskripsi Telaga Batu, kewujudan kelas orang
merdeka dan hamba abdi ada tercatat dalam satu jawatan yang digelar ketua bagi rakyat
merdeka yang terdiri daripada kasta rendah. Di samping itu, terdapat pula hulun haji atau
hamba raja. Ini menunjukkan wujudnya kelas hamba abdi.48
Dari segi kependudukan kerajaan Srivijaya, bilangan penduduknya kurang padat
jika hendak dibandingkan dengan kerajaan-kerajaan penting yang lain di Asia Tenggara.49
Proses hubungan yang saling berkait telah memberi kesan terhadap hubungan politik dan
budaya masyarakat Jawa-Melayu yang berlaku secara tidak disengajakan bukan sahaja
dengan istana dan penguasa pusat di Palembang atau Jambi, malah di semua bandar
pelabuhan yang ditakluk oleh Srivijaya. Kadang-kalanya proses ini berlaku melalui
hubungan kekeluargaan iaitu menerusi perkahwinan kerabat keraton Jawa dengan istana
Melayu sejak abad ke-9 lagi.50 Antara masyarakat atau penduduk yang mempunyai fungsi
48

Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 4.
49
Wolters, O.W. 1990. Kejatuhan Srivijaya Dalam Sejarah Melayu. (Toh Kim Hui dan Ranjeet Kaur
Khaira, Terjemah). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. hal. 8.
50
Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 347.

20

serta peranannya yang penting ialah Orang Laut. Peranan mereka adalah bagi
memastikan keamanan serta keselamatan para pedagang terjamin daripada dirompak oleh
lanun-lanun di perairan. Mereka juga dikatakan berpengetahuan luas mengenai beting
karang dan beting pasir serta keadaan angin tempatan. Mereka juga dianggap sebagai
ketua perang yang gagah, mahir mendayung dan merupakan tulang belakang angkatan
tentera.51 Taat setia yang tidak berbelah bahagi berterusan dengan kemunculan ketua puak
Orang Laut yang bernama Raja Negara di Laut Singapura. Beberapa orang pemerintah
Srivijaya pula menggelarkan mereka sebagai King of the Ocean lands.52
Rakyat seharusnya memberikan taat setia serta sanggup berkorban untuk rajanya.
Rakyat akan membayar cukai ke atas hasil yang diperolehi dan memberi bersedia
memberi sumbangan tenaga dalam melakukan pekerjaan-pekerjaan seperti membaiki
istana serta sanggup menerima kerahan tenaga asalkan tidak dikatakan dan dianggap
menderhaka terhadap raja. Selain itu, masyarakat Srivijaya juga sama seperti masyarakat
pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang lebih menumpukan perhatian kepada
aktiviti perdagangan. Akan tetapi sejauhmanakah penglibatan masyarakat di Srivijaya
dalam perdagangan antarabangsa tidak dinyatakan dengan jelas.53 Menurut, Ibnu Faqih
yang mengunjungi Srivijaya tahun 902 menyebut bahawa, kota Sribuzza (Srivijaya)
dikunjungi berbagai bangsa. Di pelabuhan Sribuzza kita dapat mendengar segala macam
bahasa: Arab, Persia, Cina, India dan Yunani, di samping bahsa penduduk aslinya
sendiri.54
51

Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn.
Bhd. hal. 28.
52
Lihat Muhammad Yusoff Hashim. Tome Pires menyatakan ketika Parameswara dan rombongannya
berundur dari Palembang ke Singapura seterusnya ke Melaka, baginda diiringi 30 Orang Laut. Ketika tiba
di Muar, mereka mencadangkan Parameswara agar datang dan menetap di Melaka. Hal.145.
53
Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 5.
54
Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya. PT
Girimukti Pasaka: Jakarta. hal.65.

21

Manakala di Melaka pula boleh dikatakan wujudnya masyarakat yang bercorak


kosmopolitan iaitu bermaksud masyarakatnya bukan sahaja terdiri daripada kaum dan
pelbagai etnik dari Nusantara, bahkan pelbagai bangsa daripada berbagai-bagai tempat di
serata dunia seperti China, India, Parsi, Arab dan sebagainya yang telah mewujudkan
pelbagai budaya. Masyarakat di Melaka hidup di dalam keadaan yang aman damai di
bawah naungan pemerintahnya. Perpaduan yang kukuh menjadi asas pegangan kerana
mereka sedar hanya dengan perpaduanlah yang akan membawa kepada kemakmuran
dalam aspek ekonomi, sosial, dan politik.
Pada awal pemerintahan Iskandar Syah, masyarakat Melaka berjumlah seramai
lebih daripada 1000 orang. Seterusnya meningkat menjadi lebih kurang 40,000 semasa
pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Menurut Tome Pires, selepas kematian
Parameswara terdapat seramai 6000 orang dan selepas Portugis menyerang Melaka,
masyarakatnya meningkat menjadi 190,000 orang. Bilangan hulubalangnya pula adalah
seramai 100,000 orang. Kebanyakan penduduknya terdiri daripada Bumiputera Melayu
sama ada melayu tempatan dari Melaka ataupun Melayu dari Nusantara. 55 Jumlah
masyarakat di Melaka menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa selaras dengan
perkembangannya sebagai sebuah pusat perdagangan terkenal yang menarik minat
pedagang luar untuk datang ke Melaka serta terus menetap di sini.
Secara umumnya, masyarakat di Melaka boleh dikategorikan kepada empat jenis
iaitu terdiri daripada orang Melayu tempatan yang merupakan penduduk yang dominan di
Melaka, golongan bangsawan dari Palembang, seterusnya Orang Laut yang diserapkan
kerana ketaatan dan kesetiaan mereka kepada raja. Selain itu, orang asing yang
55

Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 275.

22

diistilahkan sebagai orang dagang atau orang perantau. Orang asing boleh
diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu pertamanya ialah mereka yang terlibat dalam
pelbagai kegiatan sosial seperti menjadi tentera upahan kerajaan Melaka. Manakala yang
keduanya pula ialah mereka yang terlibat dalam pelbagai kegiatan ekonomi serta yang
menjadi pedagang bermula dari kecil-kecilan sehinggalah ke peringkat secara besarbesaran dan menjadi saudagar yang kaya-raya.56
Kemunculan berbagai-bagai jenis institusi kebudayaan dalam sistem pentadbiran
di Melaka dari semasa ke semasa dapat menunjukkan bahawa telah muncul golongan
masyarakat yang mempunyai peranan tertentu dalam sistem kemasyarakatan. Kewujudan
golongan masyarakat seperti ini telah menyebabkan terdapatnya kelas-kelas dalam
masyarakat. Hakikatnya pengelasan ini bukanlah bergantung kepada ciri pemisahan dan
kerenggangan antara anggota masyarakat, peranan sosial setiap anggota tersebut serta
hak-hak keistimewaan yang dinikmati oleh setiap individu. Akan tetapi suasana seperti
ini berlaku kerana wujudnya sesuatu kelas masyarakat yang kaku dan terpisah jauh antara
satu sama lain yang tidak mungkin dapat melahirkan sebuah masyarakat yang dinamik
dalam konteks perkembangan kebudayaan Melayu sejak zaman awal lagi.
Tuntasnya, dapat disimpulkan di sini bahawa terdapat ciri-ciri persamaan serta
kesinambungan antara masyarakat di Srivijaya dan di Melaka. Misalnya, kedua-dua
masyarakat lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti perdagangan pada ketika itu.
Hal ini kerana Melaka dan Srivijaya sememangnya terkenal sebagai pusat perdagangan
Nusantara yang menjadi tempat berniaga daripada pelbagai bangsa dan negara. Pada
ketika itu, sudah terdapat kelas-kelas sosial yang teratur dan sistematik bermula dari
golongan atasan sehinggalah kepada golongan bawahan di kedua-dua kerajaan.
56

Ibid. hal. 310.

23

Selain itu, kedua kerajaan sama ada Srivijaya ataupun Melaka menjalankan dasar
perluasan kuasa dengan menakluk negeri-negeri tetangga yang lemah dan mempunyai
kepentingan tertentu. Tambahan pula, dari aspek ekonomi Srivijaya kurang menonjol
berbanding Malayu-Jambi. Keadaan ini mendorong Srivijaya untuk melepaskan diri
daripada keterpencilanya dengan meluaskan wilayah terutamanya ke atas negeri-negeri
yang lokasinya strategik di Selat Melaka dan Laut Jawa. Buktinya, demi kepentingan
perdagangan Srivijaya telah menakluk Malayu-Jambi untuk menguasai Selat Melaka.
Pada abad ke-7, Srivijaya telah meluaskan kuasa dengan menakluk negeri-negeri
yang strategik seperti Kedah dan Jambi. Sewaktu I-Tsing pulang dari India pada tahun
685 menyatakan bahawa Malayu sekarang sudah menjadi sebahagian Sriwijaya. 57
Malah dijumpai pada sebuah tugu di Ligor bertarikh 775 menunjukkan bahawa Srivijaya
memperluaskan kuasa ke Semenanjung Tanah Melayu. Seterusnya, penaklukan Srivijaya
berkembang ke Muangthai Selatan. Buktinya, banyak dijumpai peninggalan arkeologi
yang dikenali dengan istilah art of Srivijaya.58 Selain menakluk negeri-negeri yang
berkepentingan, Srivijaya turut menakluk jiran tetangganya seperti Bangka dan Lampung
yang dapat dibuktikan melalui prasasti-prasasti persumpahan yang dijumpai di kedua
kawasan tersebut iaitu prasasti Palas Pasemah dan Bawang.59
Di Melaka juga menjalankan dasar penaklukan sepertimana yang dilakukan oleh
Sriviajaya. Antara kawasan takluknya ialah Kepulauan Riau-Lingga, Rokan, Siak,jambi,
Inderagiri, Kampar dan Siantan. Dasar perluasan kuasa ini penting untuk mengukuhkan
kekuasaan Melaka di Selat Melaka. Terdapat juga negeri yang ditakluk oleh Melaka atas
57

Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Sriwijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya.
Jakarta: PT Girimukti Pasaka. hal. 94.
58
Lihat Nia Kurnia Sholihat Irfan. Besar kemungkinan daerah Muangthai ditakluk pada akhir abad ke-7,
sesudah penaklukan Kedah. hal. 61.
59
Ibid. hal. 60.

24

kerelaan hati seperti Kedah, Pattani dan Beruas. Selain dari kepentingan politik, Melaka
menakluk kawasan tertentu untuk kepentingan ekonomi. Misalnya, penguasaan terhadap
Siak bertujuan untuk mengawal pengeluaran emasnya untuk dibawa ke Melaka bagi
tujuan pertukaran bahan perdagangan dengan saudagar asing.60
Aspek-aspek kesinambungan antara Srivijaya dan Melaka yang diperbincangkan
juga di sini dapat dilihat dalam aspek agama dan pusat penyebaran ilmu. Di Srivijaya,
tradisi dan kepercayaan asal-usul seseorang pemerintah boleh dikatakan kerap
dihubungkaitkan dengan spiritualisme Dewa-dewi Hindu dan Buddha dalam tradisi
perajaan Srivijaya. Konsep Dewa Raja iaitu kepercayaan dan salasilah raja-raja yang
diwujudkan secara ciptaan dikaitkan dengan Dewa-dewa dari kayangan seperti
penjelmaan Dewa Shiva, Dewa Vishnu dan Dewa Brahma. Terdapat bukti arkeologi yang
menunjukkan bahawa ada di antara raja-raja yang menganggap dirinya sebagai inkarnasi
salah seorang dewa agama Hindu atau Buddha. Hal itu berlaku kerana raja tersebut ingin
mengisytiharkan dirinya lebih agung dan mulia daripada raja-raja lain. Justeru, lahirlah
dvaraja atau dewaraja.61
Terdapat juga banyak temuan arca Buddha yang kini tersimpan di Museum
Rumah Bari di Palembang. Manakala, menurut beberapa orang ahli sejarah, prasasti
Talang Tuwo yang juga merupakan bukti tetua tentang ajaran Buddha Mahayana di Asia
Tenggara. Di Bukit Siguntang telah ditemui sebuah patung besar Buddha dalam bentuk

60

Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 362.
61
Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman. et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 1.

25

Amarawati. Hal ini membuktikan bahawa rakyat Srivijaya terutamanya keluarga raja
memeluk agama Buddha Mahayana.62
Di samping itu, Palembang memang nyata merupakan sebuah pusat agama
Buddha yang dikatakan penting pada masa pengembaraan I-Tsing. Sejarah awal
mengenai agama Buddha di Srivijaya tidak diketahui kecuali hanya dengan beberapa
catatan oleh I-Tsing yang ada menyatakan bahawa agama Buddha telah mengalami
proses perkembangannya pada.63 Pada ketika itu di Srivijaya, sebahagian besar agama
Buddha adalah mazhab Mahayana. Hal ini dapat dibuktikan dengan patung-patung
Bodhisattva yang telah dijumpai di sana.Terdapat juga bukti-bukti yang menunjukkan
adanya juga agama Buddha Hinayana yang menggunakan kitab-kitab dalam bahasa
Sanskrit. Akan tetapi, pada masa itu, perbezaan di antara kedua-dua mazhab ini tidaklah
begitu nyata.64 Di Srivijaya, penganut agama Buddha yang bermazhab Mahayana
dikatakan mempunyai ramai penyokong yang sentiasa meningkat serta mempengaruhi
agama lain sekitar abad ke-8 sehinggakan pada masa tersebut ia telah menggantikan dan
mengambil tempat dalam dinasti Hindu.65
Sekitar abad ke-7 hingga ke-11, pengembara

China Buddha, I-Tsing telah

menyatakan bahawa di Srivijaya terdapat komuniti kira-kira 1000 orang rahib atau sami
Buddha yang mahir dalam pengkajian agama. I-Tsing telah datang ke Srivijaya atas
urusan keagamaan sebagai pusat mengkaji kitab-kitab Buddha. Dalam perjalanannya ke
India, I-Tsing telah singgah di Srivijaya untuk mempelajari dan berlatih bahasa Sanskrit
sebelum meneruskan semula pelayarannya ke India. Beliau dikatakan telah tinggal di
62

Nia Kurnia Sholihat Irfan. 1983. Kerajaan Srivijaya Pusat Pemerintahan dan Perkembangannya.
Indonesia: Grimukti Pasaka. hal. 52.
63
Hall, D.G.E. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Universiti London. hal. 59.
64
Ibid. hal. 59.
65
Ibid. hal. 81.

26

Srivijaya selama lima tahun dan telah mampu mengumpul dan menterjemah lebih kurang
400 buah teks Buddha.66 Pada tahun 685, selepas beberapa lama belajar di Universiti
Buddha di Nalanda, Benggala, I-Tsing telah kembali semula ke Srivijaya dan tinggal di
sana untuk menterjemahkan teks-teks Buddha dari bahasa Sanskrit ke bahasa China. Pada
tahun 689, beliau telah pergi ke Kanton untuk tempoh sekejap sahaja dan kemudiannya
balik ke Srivijaya bersama-sama dengan empat orang pembantu-pembantunya dan
tinggal di sana untuk menghabiskan dua buah memoir tentang agama Buddha pada
zamannya. Buku-buku itu telah disiapkan dan dihantar ke China pada tahun 692. Dalam
bukunya yang kedua, I-Tsing telah menceritakan tentang pengalamannya yang menarik
sewaktu beliau singgah untuk mempelajari tentang agama Buddha.67
Raja-raja Srivijaya juga dikatakan telah berjaya membentuk satu masyarakat yang
dapat mengikut ukuran masa, berkebudayaan dan bertamadun. Hal ini demikian kerana
Srivijaya telah menjadi pusat ilmu pengetahuan yang mampu bersaing dengan kerajaan
yang lebih tua darinya. Sumber China pernah menyebut bahawa orang-orang di situ
mahir dalam bidang Ilmu Hisab dan boleh menghitung waktu gerhana matahari dan
bulan.68
Selain

itu,

galakan

daripada

Raja-raja

di

Srivijaya

telah

dapat

memperkembangkan lagi penyebaran ilmu agama Buddha di Srivijaya. Dengan kekayaan


yang diperolehi melalui perdagangan itu, raja-raja Srivijaya boleh menaja pengkajian
agama serta membiayai yayasan agama. Seorang Maharaja Srivijaya telah membiayai
sebuah kuil Tao di Kanton, manakala seorang lagi telah membina semula tempat
66

Zainal Abidin bin Abdul Wahid (Ed). 1970. Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. hal. 16.
67
Hall, D.G.E. 1981. Sejarah Asia Tenggara. Universiti London. hal. 56-57.
68
Andaya, B.W dan Andaya, L.Y. 1983. Sejarah Malaysia. Petaling Jaya: Macmillan Publishers (M) Sdn.
Bhd. hal.29.

27

pertapaan Buddha di pusat perhimpunan yang terbesar di Nalanda, India. Walaupun corak
Buddhisme yang dianuti oleh penduduk Srivijaya tidak begitu jelas, namun terdapatnya
mazhab yang berbeza-beza termasuklah Tantrisme yang telah berkembang. 69
Menurut prasasti Canton yang diukir pada tahun 1079, ada tercatat bahawa tidak
kurang daripada 600,000 kepingan emas telah didermakan oleh Maharaja Palembang
bagi memperbaiki dan menyelenggarakan sebuah rumah berhala Tao di Canton. Amalan
pemurah dalam kehidupan raja adil di Srivijaya itu bukan sahaja dihadkan kepada rakyat
di empayar Srivijaya, tetapi juga kepada rakyat yang pergi menuntut ilmu di Nalanda.
Inskripsi Nalanda yang dikeluarkan oleh Devapaladewa 949 M menyatakan iaitu sebuah
kuil dibina atas permintaan Maharaja Rajaputeradeva. Kuil ini dapat memberi
perlindungan kepada mereka yang memerlukannya.70
Sementara itu, berdasarkan inskripsi Larger Leiden Plates dalam bahasa Sanskrit
dan Tamil ada menerangkan mengenai sebuah vihara telah dibina di satu tempat bernama
Anaimangalan di Nagapattanam atas arahan raja Kataha. Raja Chola telah
menghadiahkan tanah yang cukainya akan digunakan untuk menjaga vihara tersebut. Di
samping itu, pada tahun 775 M, raja Srivijaya telah memerintahkan sami di raja
(Rajasthavira) yang bernama Jayanata untuk membina tiga buah rumah berhala di Jaiya
untuk Dewa Sakyamuni, Padmapani dan Vajrapani. 71 Justeru, jelas disini membuktikan
bahawa galakan daripada Maharaja memainkan peranan penting dalam penyebaran
agama Buddha di Srivijaya.
Manakala di Melaka pula merupakan sebuah pusat penyebaran agama Islam yang
terkenal di Nusantara pada masa itu. Penyebaran Islam di Melaka telah berkembang
69

Ibid. hal. 29.


Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman, et. al. 2005. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesultanan
Melayu Nusantara Sejarah dan Warisan. Bangi: UKM. hal. 6.
71
Ibid. hal. 6.
70

28

dengan pelbagai cara. Salah satu daripadanya ialah melalui perkahwinan dalam kalangan
pemerintah Melaka pada masa itu. Misalnya, perkahwinan Sultan Mansur Syah dengan
Puteri Hang Li Po telah menjadikan hubungan Melaka dengan China terjalin erat. Selain
itu, Islam juga berkembang melalui perkahwinan dalam kalangan orang Tamil-Islam dan
Parsi dengan wanita-wanita tempatan yang beragama Islam. Selain itu, perhukuman
Islam sejak dari zaman Melaka telah dijadikan tunjang terhadap undang-undang negeri
Melaka. Perkara ini dapat dilihat iaitu daripada Hukum Kanun Melaka dan Undangundang Laut Melaka adalah berkonsepkan Islam.
Agama Islam juga telah memberikan wajah baru terhadap institusi setempat dan
hukum-hukum adat dalam pelbagai institusi tempatan setelah proses rasionalisasi terjadi.
Ini adalah demi untuk menjaga dan mengawal ketenteraman sosial dalam masyarakat.
Unsur undang-undang dan syariat Islam jelas telah diserapkan dengan berkesan ke dalam
tatacara undang-undang Melaka untuk membentuk peruntukan dalam Hukum Kanun
Melaka dan Undang-undang Laut Melaka. Misalnya, dalam Hukum Kanun Melaka,
hukum-hukum Islam jelas mempengaruhi pelbagai peruntukan bersabit dengan hukuman
terhadap kesalahan jenayah, hal-hal yang berkait dengan hukuman jenis hudud dalam
Islam, undang-undang keluarga, munakahat iaitu mengenai perkahwinan.72
Semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah, hukuman ke atas penjenayah
yang mencuri, merompak dan menyamun yang disabitkan kesalahannya akan dihukum
potong tangan. Hal ini menunjukkan bahawa pelaksanaan hukum Islam telah dijalankan
pada masa itu. Di samping itu, pengaruh Islam dalam undang-undangnya begitu kuat

72

Muhammad Yusoff Hashim. 1990. Kesultanan Melayu Melaka: Kajian Beberapa Aspek tentang Melaka
pada Abad ke-15 dan Abad ke-16 dalam Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
hal. 306.

29

sehinggakan dalam Undang-undang Laut Melaka, seorang malim dalam sebuah kapal
diibaratkan sebagai imam, manakala anak buahnya diibaratkan sebagai makmum.73
Melaka merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu yang penting pada masa itu.
Terdapatnya para ulama dan pendeta yang terdiri daripada golongan intelek dan alim
ulama. Pendeta merupakan seorang yang pakar dalam bidang kesenian, kebudayaan,
kesusasteraan, adat istiadat dan salasilah Raja-raja. Mereka terdiri daripada keturunan
Arab-Melayu. Mereka menggunakan gelaran Arab seperti Maulana, Makhdum, Khadi,
Awliya, Sayyid dan Syarif. Mereka merupakan orang asing yang mempunyai pengaruh
agama yang kuat dalam kalangan penduduk tempatan. Mereka juga memainkan peranan
yang penting iaitu bertindak sebagai pendakwah dalam memperkembangkan agama
Islam.
Terdapat ramai ulama dan mubaligh Islam yang terdiri daripada para pedagang
dan ahli sufi yng menjalankan kegiatan dakwah Islamiyyah. Antara tokoh tasawuf dan
sufi terkenal yang datang ke Melaka ialah Sayyid Abdul Aziz, Abu Bakar, Karim alMakhdum dan ramai lagi.74 Pada zaman kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka yang
merupakan pusat penyebaran ilmu pada masa itu, Melaka telah dikenali sebagai Serambi
Makkah. Hal ini demikian adalah rentetan daripada orang yang ingin menunaikan haji di
Mekah akan singgah di Melaka terlebih dahulu untuk mempelajari selok-belok berkenaan
hal-hal keagamaan.
Selain itu, perkembangan kesusasteraan Islam telah mendorong kepada
munculnya manuskrip Jawi di Melaka. Sebagaimana yang telah diketahui dalam Sejarah
Melayu ada mnceritakan tentang wujudnya buku seperti Hikayat Muhammad Hanafiah

73
74

Ibid. hal. 222.


Ibid. hal. 307.

30

dan Hikayat Amir Hamzah. Kedua-dua buku tersebut telah di terjemahkan ke dalam
bahasa melayu daripada bahasa Arab.75
Tuntasnya, terdapat perbezaan agama antara kedua-dua kerajaan iaitu di Srivijaya
telah berkembangnya agama Hindu-Buddha dan di Melaka pula agama Islam. Akan
tetapi, pada hakikatnya Islam telah wujud seiring dengan kemunculan Srivijaya. Hal ini
tidak dapat dibuktikan dengan jelas kerana kekurangan sumber untuk menjelaskan fakta
tersebut. Srivijaya dan Melaka merupakan sebuah pusat penyebaran ilmu yang penting
zaman masing-masing. Hal ini dapat dibuktikan di Srivijaya telah dijadikan pusat untuk
mengkaji kitab-kitab Buddha, manakala di Melaka pula ia dikenali sebagai Serambi
Makkah yang merupakan tempat persinggahan bagi orang yang ingin menunaikan haji
untuk mempelajari berkaitan keagamaan. Jadi, dapat disimpulkan di sini bahawa
Srivijaya dan Melaka mempunyai konsep yang sama iaitu sebagai pusat penyebaran ilmu
tetapi berlainan pada isi penyampaiannya iaitu di Srivijaya mengenai agama Hindu
Buddha manakala di Melaka penyebaran ilmu berkaitan Islam.
Kesimpulannya, sememangnya terdapat penerusan kesinambungan tradisi antara
kerajaan Srivijaya dan kerajaan Melayu Melaka. Penerusan ini dapat dilihat dalam
pelbagai aspek kecuali dari segi agama yang ternyata amat berbeza sekali di antara
keduanya. Walaupun demikian dari aspek lain penerusan tradisi dapat dilihat dengan jelas
terutamanya dari aspek pemerintahan dan pentadbiran dan ekonomi yang dijalankan pada
ketika itu.
Maka, kerajaan Melaka merupakan waris kepada kerajaan Srivijaya walaupun
kesinambungan ini berlaku secara tidak langsung. Di sini, peranan Parameswara sebagai

75

Zainal Abidin bin Abdul Wahid (Ed). 1970. Glimpses of Malaysian History. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. hal. 25.

31

pemerintah di Palembang dan pengasas negeri Melaka menjadi faktor penting membawa
kepada penerusan tradisi Srivijaya oleh kerajaan Melaka sehingga kepada jajahan
takluknya seperti kerajaan Johor, Pahang dan Perak.
Dalam konteks dan proses budaya politik yang berlegar dalam kerajaan Melayu
Melaka pada abad ke-15 muncul dan membangun. Proses dan babak-babak sejarah yang
terdahulu iaitu ketika di Srivijaya diteruskan oleh kerajaan Melaka. Malah, semangat
politik dan sosiobudaya Srivijaya itu telah mempengaruhi penubuhan dan pembentukan
Melaka dari sebuah petempatan yang kecil berkembang menjadi sebuah empayar seperti
pengalaman Palembang-Jambi dahulu.76 Tambahan pula, tokoh yang mengasaskan
Melaka adalah keturunan darah dan kerabat langsung dari Palembang.
Selepas kejatuhan Melaka pada tahun 1511, tradisi pensejarahan Melayu ini
diteruskan dan dilanjutkan pula ke Johor Lama-Riau. Kedaulatan dan kesultanan masih
diteruskan walaupun tertakluk kepada keperluan dan kehendak semasa tetapi masih
dalam landasan tradisi yang serupa sepertimana tradisi kerajaan Srivijaya, Melaka dan
selepas Melaka.

76

Ibid. hal. 350.

32