Anda di halaman 1dari 6

TAQWA

ASSALAMUALAIKUM Saudara/i ku yang disayangi, dikasihi, diingati dan dirahmati Allah


Ta'ala sentiasa.
Izinkan saya membicarakan perihal "Taqwa", dalam sesi bicara ilmu Allah. Semoga kita samasama dapat menghayati dan beramal dengan apa benar! InsyaAllah.......Amin!
RAMAI orang menyebut perkataan taqwa. Biasanya perkataan ini dikembarkan dengan Iman.
Iman dan taqwa. Apakah taqwa itu??? Dan bilakah kita boleh bertakwa kepada Allah??? Apakah
setiap hari, kita perlu bertaqwa kepadaNya, atau macam mana???
Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah menerangkan bahawa perkataan "taqwa" adalah berasal dari
kata "Wiqayah" yakni terpelihara dari kejahatan, kerana adanya keinginan yang kuat untuk
meninggalkan kejahatan itu. Terpelihara diri kita kepada Allah, tidak melakukan kejahatan dan
sentiasa melihat kemuliaan kita terhadapNya.
Taqwa bukan takut seperti mana yang disebut oleh Tok Imam di surau atau masjid. Pengertian
taqwa sebagai "takut" adalah pengertian yang ortodoks. Bukan bererti takut kepada Allah. Takut
kepadaNya itu hanya sebahagian sahaja, takut dalam erti kata mengerjakan suruhanNya. Dalam
taqwa itu sendiri ada cinta, kasih, sayang, hormat, berani, cemas, harap dan sebagainya. Taqwa
adalah perlaksanaan dari hakikat Iman kita kepadaNya.
Pengertian biasa taqwa ialah menyerah kepada Allah. Penyerahan ini biasanya dilakukan setelah
kita berusaha. Kerana kita tidak dapat menentukan sesuatu yang kita hajati itu, dapat ataupun
tidak. Meskipun kita sudah berusaha sekeras mungkin, tetapi kita belum pasti mendapatnya.
Maka saat itu kita harus bertaqwa.
Firman Allah Ta'ala, bermaksud :"Hai orang-orang berIman, bertaqwalah kamu kepada Allah dan
katakan perkataan yang baik, nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalan dan
mengampuni bagi dosa-dosamu. Dan barang siapa yang mentaati Allah dan RasulNya, maka
sesungguhnya ia mendapat kemenangan yang besar."
[Al-Ahzab : 70-71]
Dari hakikat dan konsep itu jelas menunjukkan konsep "hamba dan Rabbi" masih wujud. Konsep
itu demi menyatakan, antara manusia dengan Tuhan masih ada "gap". Masih ada batasan dan
disempadanan oleh kekuasaanNya.
Benarkah pengertian taqwa itu begitu???
Kalau benar begitu, apa maknanya kita ber"Tuhan" kepada Allah yang berkuasa, kerana kita
masih disuruh berikhtiar sebelum mendapatkan. Kenapa ia tidak berikan terus. Dan setelah
berikhtiar itu, belum pasti lagi sesuatu yang kita ingini itu sama ada dapat ataupun tidak??? Kalau
begitulah caranya, bermakna pertolongan Allah itu tidak secara "direct" dan percuma sahaja,
malahan menuntut kita berusaha sekeras mungkin. Apa kata kalau kita berusaha tanpa menyerah
(taqwa) kepadaNya???

Taqwa

Page 1 of

Berbalik kepada pengertian taqwa itu tadi, di dalam al-Quran al-Karim ada menerangkan kata
"taqwa" dalam beberapa erti maksud, di antaranya :
1. Taqwa bererti takut, sebagaimana Allah Ta'ala berfirman, maksudnya : "Dan hanya kepada
Allah anda bertaqwa." [Al-Baqarah : 41]
2. Taqwa yang bererti "ketaatan dan ibadah", Allah Ta'ala berfirman, bermaksud : "Hai orangorang yang berIman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa kepadaNya, dan
janganlah sekali-kali anda mati melainkan dalam keadaan berugama Islam." [Ali-Imran : 102]
3. Taqwa yang bererti "bersih hati dari dosa", Allah Ta'ala berfirman, bermaksud : "Dan
barangsiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya dan takut kepada Allah dan bertaqwa
kepadaNya, maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenagan." [An-Nur : 52]
KERANA banyaknya pengertian taqwa, maka menurut pendapat para Sufi erti yang terakhir
inilah yang mereka maksudkan sehingga mereka menyimpulkan, "taqwa itu ialah terpeliharanya
hati dari pelbagai dosa yang mungkin terjadi, kerana disebabkan adanya kemahuan yang kuat
untuk meninggalkannya, oleh yang demikian manusia terpelihara dari segala perbuatan kejahatan
yang tidak diredhoi oleh Allah dan RasulNya."
Kesimpulannya bolehlah dikatakan bahawa maksud taqwa itu disimpulkan dengan dua pengertian
iaitu "taat dan takut". Dengan adanya dua pengertian ini, manusia sentiasa berwaspada dan
berhati-hati apabila mereka hendak melakukan sesuatu perkara, persoalan dan pekerjaan yang
dilarang oleh Allah dan RasulNya. Inilah pengertian taqwa yang disimpulkan maksudnya oleh AlHarith ash-Sufi.
Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah menerangkan berkenaan taqwa : "Taqwa ialah ketundukan dan
ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya."
Dengan pengertian-pengertian di atas ini, maka dapatlah disimpulkan bahawa taqwa itu ialah
terpelihara diri dari segala macam dosa yang mungkin berlaku, oleh itu hendaklah dilaksanakan
apa yang diperintah dan meninggalkan segala apa yang dilarang oleh Allah.
Taqwa adalah suatu tingkat atau maqam kehidupan para Sufi, taqwa juga adalah merupakan suatu
tatacara untuk mengatasi nafsu manusia, yang mana nafsu itu adalah merupakan suatu musuh
yang terberat dan sukar diatasi, dan membinasa bukan hanya pada diri sendiri bahkan masyarakat
keseluruhannya.
Sebagaimana yang telah kita ketahui bahawa manusia adalah seakan-akan (mirip) binatang
kerana sama-sama memiliki hawa nafsu, dan ada keserupaannya dengan sifat Malaikat kerana
sama-sama memiliki alam pemikiran. Disebabkan adanya keserupaan ini, kadangkala nafsu
manusia yang lebih menonjol sehingga nilai dirinya ke darjat kebinatangan lebih rendah lagi,
tetapi mungkin juga martabat dan harakah (pergerakan) manusia meningkat naik, kerana alam
pemikirannya dapat menguasai nafsunya, sehingga merupakan tabi'i Malaikat malah lebih dari
itu, disebabkan ketaqwaannya. Oleh itu, taqwa adalah untuk meninggikan taraf kedarjatan
(upgrading) pergerakan manusia , mengangkat martabat dirinya dari alam kehaiwanan ke alam
keinsanan yang sebenar. Allah Ta'ala membuat pengakuan yakni manusia yang paling mulia di
sisiNya ialah hamba yang paling taqwa, sebagaimana Allah Azzawajalla berfirman, yang
bermaksud : Hai manusia! Sesungguhnya Kami telah jadikan anda dari laki-laki dan perempuan,
dan Kami telah jadikan anda beberapa bangsa dan puak, supaya anda berkenal-kenalan;

Taqwa

Page 2 of

sesungguhnya semulia-mulia anda di sisi Allah, ialah orang yang paling taqwa di antara anda.
[Al-Hujurat : 13]
Di samping itu taqwa adalah membawa manusia ke ambang pintu kebahagiaan, kebahagiaan
dunia dan akhirat. Di dunia menjadi manusia yang mulia, dilapangkan rezekinya, diselamatkan
dari pelbagai bencana, dan pada Hari Akhirat kelak mendapat tempat yang mulia di sisi
Tuhannya. Jadi punca asal taqwa adalah sumber dari pelbagai kebaikan dan sumber kebahagiaan
yang hakiki.
Rasulullah SAW bersabda, bermaksud :
"Telah datang seorang laki-laki kepada Rasululla SAW berkata : Wahai Nabi Allah, berikan
wasiat kepadaku." Rasulullah SAW menjawab "Bertaqwalah kepada Allah, kerana ia (taqwa)
adalah kumpulan segala kebaikan." [Dharis dari Abu Said]
Selanjutnya untuk pengetahuan umum, Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah telah membagi taqwa
kepada tiga caranya; taqwa dari kemusyrikan, taqwa dari bid'ah dan taqwa dari kemaksiatan, dan
ikutilah pembicaraannya di bawah ini :
1. Taqwa Dari Kemusyrikan.
Syirik adalah suatu perkataan yang dipergunakan sebagai lawan dari kata Tauhid. Jika Tauhid
adalah merupakan keyakinan yang menganggap tiada Tuhan melainkan Allah, Allah adalah
merupakan sumber cipta, tidak ada sesuatu yang menyamaiNya, baik Zat, Sifat dan
perbuatanNya, maka syirik adalah merupakan suatu keyakinan yang memperTuhankan selain
Allah, menganggap ada Zat, Sifat dan Afa'al yang serupa dengan Zat, Sifat dan Afa'al Allah.
Para Sufi membagi syirik menjadi dua, iaitu Syirik Akbar (syirik besar) dan Syirik Asghar (syirik
kecil). Yang dimaksudkan dengan syirik akbar yakni apabila terdapat dua unsur, iaitu unsur
perbuatan dan unsur keyakinan. Unsur perbuatan adalah seperti menyembah berhala dan unsur
keyakinan pula ialah berhala yang disembah memang dianggapnya sebagai Tuhan atau
mempunyai kekuasaan seperti Tuhan. Dan yang kedua syirik asghar atau juga dinamakan Syirik
Khafi (dosa tersembunyi) yang hanya terdapat satu unsur saja, yakni unsur keyakinan, iaitu
seperti sifat riya' dalam ibadah yang mana tubuh kasarnya menyembah kepada Allah, tetapi
keyakinan hatinya mengharap balasan dari ibadahnya, bukan kerana Allah. Mengenai syirik
asghar ini, Rasulullah SAW bersabda, bermaksud : "Setakut-takut yang kutakuti terhadap anda
ialah syirik kecil. Baginda ditanya apa yang dimaksudkan dengan syirik kecil? Rasulullah SAW
menjawab : "Ialah riya'."
[Ahmad dari Muhammad bin Lubaid]
2. Taqwa Dari Bid'ah.
Perkataan bid'ah ialah lawan dari sunnah, bid'ah dapat dimaksudkan dengan sesuatu perbuatan
yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAW dan juga tidak ada dasarnya sama ada dari
sunnah sendiri atau dari al-Quran.
Dalam kitab "Subulus Salam" karangan San'ani telah membahagi bid'ah menjadi dua macam,
yakni "bid'ah dhalalah" (mengada-ada yang sesat) dan "bid'ah hasanah" (mengada-ada yang baik).

Taqwa

Page 3 of

Pengertian bid'ah hasanah ialah suatu perbuatan yang tidak ada tercatit dalam al-Quran al-Karim
dan sunnah, sungguhpun begitu telah dianggap perlu dan baik jika dilaksanakan, sebagaimana
telah berlaku di zaman Saiyidina Abu Bakar al-Siddiq r.a. berkenaan pembukuan al-Quran,
penetapan imam tetap dalam Sembahyang (solat) Tarawih di zaman Khalifah Umar Ibnu Khattab
r.a., mendirikan sekolah ugama, rumah sakit dan sebagainya.
Bid'ah dhalalah pula ialah perbuatan atau keyakinan yang tidak ada dasarnya sama sekali dari alQuran al-Karim mahupun sunnah, bahkan bertentangan dengan asas dasar ajaran ugama Islam.
Bid'ah dhalalah (tersesat) ini dapat dibagi kepada dua bentuk : Bo;eh terjadi pada i'tiqad
(kepercayaan) dan dapat pula terjadi pada ibadah. Bid'ah dhalalah boleh terjadi pada i'tiqad yakni
seperti keyakinan golongan kaum mazhab Mu'tazilah-Qadariyah, bahawa Allah tidak mempunyai
sifat dan tidak mengetahui melainkan yang "kulli" (asal kejadian) saja, dan juga tidak mengetahui
yang "juz'i" (peristiwa yang terperinci). Dalam keyakinan golongan kaum "Islam Negro" (The
Black Muslim) mengatakan bahawa Allah berwarna hitam melahirkan manusia yang berkulit
hitam, sedang iblis berwarna putih melahirkan manusia yang berkulit putih. Dalam persoalan
mengerjakan ibadah sebagai contohnya sembahyang (solat) golongan kaum Syi'ah Ismailiyah
bersujud di hadapan gambar Agha Khan yang diapit oleh dua batang lilin, dan sembahyang (solat)
golongan kaum Islam berkulit hitam (The Black Muslim) hanya berdiri saja tanpa sujud dan ruku,
malah memakai sepatu bahkan menghadap ke mana saja yang disukai.
Dari contoh-contoh di atas ini, bahawa maksud taqwa mengandungi memelihara diri dari bid'ah
dhalalah, sama ada dalam bentuk keyakinan mahupun dalam ibadah, kerana bid'ah seperti ini
bertentangan dengan ajaran ugama yang hakiki. Dalam persoalan dan hal yang sedemikian,
Rasulullah SAW bersabda, bermaksud :
"Apa yang ditambah-tambah dalam perkara kami ini (ugama) yang tidak ada di dalam (ugama)
maka dia tertolak." [Bukhari & Muslim dari Aisyah]
3. Taqwa Dari Kemaksiatan.
Di atas telah saya terangkan maksud taqwa iaitu tunduk dan patuh terhadap perintah dan
menghindarkan diri dari apa yang dilarang, maka pasangan taqwa ialah maksiat.
Jika Imam Al-Ghazali rahimahullah membagi taqwa menjadi dua cara iaitu : "taqwa lahir" dan
"taqwa batin", maka demikian juga beliau bagi maksiat menjadi maksiat lahir dan maksiat
batin.
Yang dimaksudkan dengan maksiat lahir ialah segala macam kejahatan yang dilakukan oleh
anggota tubuh manusia seperti mata, telinga, mulut, kaki, tangan dan perut. Maksiat batin pula
ialah merupakan fikiran-fikiran jahat atau sifat-sifat keji, tercela yang dilakukan oleh hati
manusia.
Demikianlah pembahagian sifat taqwa oleh Al-Imam Al-Ghazali rahimahullah, mudah-mudahan
tidak terkeliru pengertian dengan pengertian taqwa yang sebenar sebagaimana yang telah
diterangkan di atas ini.
Di samping itu, Imam al-Qusyairi menukil perkataan Ibnu 'athaillah r.a., yang mana beliau
berkata : "Taqwa terbagi kepada dua macam, iaitu taqwa lahir dan taqwa batin. Taqwa lahir itu
ialah dengan memelihara hukum-hukum Allah yang telah ditetapkanNya dan taqwa batin pula
ialah dengan menanamkan niat yang suci dan keikhlasan dalam beramal."

Taqwa

Page 4 of

Seterusnya Imam al-Qusyairi berkata, bahawa para Sufi mengatakan : "Taqwa bagi orang umum
ialah taqwa dari kemusyrikan, bagi orang yang khawash (khas) dari kemaksiatan, bagi para Aulia'
(Wali Allah) dari kepergantungan kepada usaha dan bagi para Nabi dari menyandarkan taqwa itu
sendiri kepada perbuatannya sendiri."
Para Sufi berkeyakinan bahawa ketaqwaan itu akan dapat dicapai kerana dengan adanya
dorongan jiwa yang kuat, dan dorongan ini mereka katakan ada tiga :
1. Meningkatkan taqwa terhadap sesuatu yang belum diperolehi.
2. Meningkatkan sikap lapang dada (redho) terhadap apa yang sudah diperolehi.
3. Meningkatkan kesabaran terhadap yang hilang dari tangannya.
Inilah erti - makna taqwa yang menjadi sikap hidup para Sufi, kaum yang menginginkan
ketinggian rohani dan kebersihan sikap jiwa, yang menjadi bekal pulang ke alam akhirat.
KESIMPULAN
Pengertian Hakikat Taqwa.
Kalau kita kembali kepada hakikat manusia dan hakikat Allah, sebenarnya kedudukan manusia
dengan Allah itu saling kait berkaitan.
[Apabila ini saya sebutkan, itu bukanlah bermakna manusia ini TUHAN! Manusia tidak akan
menjadi TUHAN! Jadi janganlah keliru dan terkeliru dengan setiap tafsiran saya ini di dalam
menginterpretasikan kedudukan antara manusia dengan TUHAN! - Please!]
Perhubungan itu seolah antara dua nama yang mewujudkan satu benda. Perhubungan yang cukup
erat, rapat intim dan akrab sekali. Umpama perhubungan jasad dengan roh, jika dipisahkan
menyebabkan salah satunya akan pincang seperti lagu tanpa irama."
Perhubungan manusia dengan Tuhan laksana roh dengan jasad. Jika jasad tidak ada roh tidak
akan wujud (nampak). Begitu juga kalau tidak ada roh, jasad tidak akan bergerak dan dinamakan
hidup.
Dari kenyataan di atas maka jelas kepada kita bagaimana hubungan manusia dengan Allah, ia
begitu kemas sekali. Di sini bila kedudukan sudah demikian, maka akan timbul pertanyaan,
apakah gunanya taqwa atau pun penyerahan itu. Atau bagaimanakah erti penyerahan itu
sebenarnya.
Kerana kedudukan manusia itu begitu sama rata dengan Alah, penyerahan yang dimaksudkan
tadi, bukan kerana mengharapkan Allah membantunya. Sebaliknya kita menyerah kepada diri kita
sendiri di atas ketentuan Allah yang kita pilih sendiri. Penyerahan itu sebagai syarat menyetakan
kesetiaan kita pada janjinya, padahal pada hakikatnya kita sendirilah yang mula memilih
(merancang) apa yang kita kehendaki.
Taqwa ini juga terbahagi kepada dua bentuk dan tahap. Pertama Taqwa Akal, kedua Taqwa
Hakikin. Taqwa akal yang boleh dilakukan setelah akal memberi isyarat ianya boleh dilakukan
setelah akal memberi isyarat ianya boleh dilakukan mengikut situasi dan kondisi tubuh
(kemampuan) daya usaha kita. Dan kedua, taqwa hakikin ataupun taqwa mutlak menyerahkan
kepada Allah di mana tidak ada persambungan dan kira bicara dengan akal lagi. Peringkat taqwa
hakikin ini biasanya dimiliki oleh mereka yang sudah mencapai ke martabat nafsu tertinggi,
sekurang-kurangnya muthmainah, yang mana hidup dan mati mereka di atas tentuan Allah, kalau

Taqwa

Page 5 of

ia sakit ia tidak berubat, kalau ia lapar ia tidak makan dan kalau harimau datang padanya dia
tidak akan cabut lari. Sampai begitu sekali!
Dalam konsep taqwa ini, akal mempunyai tugas utama. Akal, diri kita sendiri akan memilih apa
yang kita hendaki itu. Akal akan mengselektifkan sesuatu. Kalau akal memilih yang buruk, maka
Allah akan menganugerahkan sesuatu yang buruk kepada kita.
FirmanNya, bermaksud : "Bermohonlah kepadaKu, Aku akan perkenankan." [Al-Mukmin : 60]
Misalnya dihadapan ada unggun api, yang panas menyala. Kita sudah tahu, mengikut hukum adat
api itu panas dan boleh membakar. Kalau kita masuk juga dalam unggun api itu, maka sudah pasti
kita akan hangus. Sebaliknya, kalau kita melakukan taqwa hakikin, sebenar-benar tawaqal,
maksudnya kita menyerah bersama Allah, Allah memelihara kita, kita memelihara syariatNya,
ketika inilah penentuan mutlak tadi bergantung kepada Allah.
Walaupun kita menghadapi bahaya yang jelas pada zahir, insyaAllah kita tidak akan menerima
apa-apa musibah. Ini telah terbukti dengan apa yang berlaku kepada Nabi Ibrahim a.s. Walaupun
beginda dicampak ke dalam api yang marak menyala. oleh Namrud, namun dia tidak hangus.
Seurat bulu romanya pun tidak hangus. Taqwa seperti Nabi Ibrahim a.s. itulah yang kita
mahukan.
Jadi kalau kita hendak bertaqwa, taqwalah kita seperti mana Nabi Ibrahim a.s. itu. Dan taqwalah
kita kepada diri kita sendiri, maknanya menyerah kepada kebolehan dan kemampuan diri kita
sendiri. Ukurlah kemampuan dan kesediaan kita dulu. Kalau kita rasa tidak mampu, maka
hendaklah kita berikhtiar dan jangan melakukan taqwa yang yang hakikin itu. Seandainya kita
perlakukan juga, sudah pasti kita akan menerima nasib yang buruk!
Wallahu ta'ala a'lam.......
Wassalamu.......
Al-Fakir Ilallah - Abdul Jamil Lam Al-Qadiri
P/S - Oh ya! Semasa saya di UK (England), ada merasa suasana salji, kabus
(smooth) dan summer. Namun saya tetap tidak kabur!
Semasa saya berada di Genting Highland (Malaysia) pula, ada merasa kabus
(smooth) dan summer. Tak ada salji. Tetapi diri ini masih tetap juga tidak
kabur!
Bagi diri saya secara peribadi ini, baik "kabus" ataupun "kabur".ianya sama
saja! Tiada perbezaan. Tak tahulah saudara/I yang punya diri!
Kalau yang "faham" tuuufahamlah! Kalau tidak, nak buat macam mana???
Sorry ya!
From : "Abdul Jamil Lam" <jjamilam@hotmail.com>

Taqwa

Page 6 of

Anda mungkin juga menyukai