Anda di halaman 1dari 12

3.

0 Penyakit jantung
Penyakit jantung merupakan penyakit yang paling ditakuti di dunia
kerana dalam waktu sehari ribuan bahkan jutaan orang
menghmbuskan nafas terakhirnya kerana penyakit ini. Penyakit
jantung dapat menyerang sesiapa sahaja tidak kira umur dan jantina.
Perbezaan
Penyakit jantung
Serangan jantung
- jantung tidak mampu bekerja
Jantung serta merta berhenti
dengan maksimal atau bekerja
berfungsi.
dengan baik.
Kanak kanak yang menghidap penyakit jantung disebabkan
mengambil makanan ringan atau makanan segera tanpa pantauan
ibubapa.
Penyakit jantung ini berlaku apabila pembuluh darah(artery) menjadi
sempit akibat penyumbatan plak lemak dan kolestrol mengakibatkan
aliran darah terganggu dan tidak boleh mengalir ke jantung. Otot
jantung yang terlibat akan mati. Ini boleh menyebabkan serangan
jantung yang teruk dan boleh membawa kematian.
Keadaan ini dikenali sebagai Ateroskelorosis yang menyebabkan
penyakit Artery Koronary. Keadaan ini selalu terjadi tetapitidak
disedari oleh ramai orangmeskipun telah meragut ramai nyawa.
Ateroskelorosis sebenarnya penyebab utama penyakit dan
pembunuh nombor satu di dunia. Di Malaysia lebih ramai orang
meninggal kerana Ateroskelorosisberbanding kanser. Di
Malaysia,sekitar 9% atau 4000 daripada 50000pesakit dirawat di
hospital kerajaan meninggal akibat Ateroskelorosis pada tahun 2004
berbanding dengan kematian akibat kanser sebanyak 7%.
Darah mengalir melalui pemuluh darah (artery) ke organ-organ
penting seperti jantung dan otak. Plak kolestrol dalam artery akan
menyempitkan lumen dan menggannggu aliran darah. Ada ketika
sumbatan ini boleh pecah dan menyebabkan pembentukkan darah
beku. Jika hal ini terjadi pada jantung, ia akan mengganggu aliran

darah dan mengakibatkan sakit jantung.


Organ yang tidak menerima bekalan darah yang mencukupi akan
rosak. Jika keadaan ini berlaku di dalam otak, ia akan menyebabkan
angin amar(strok). Jika ia terjadi pada periferi, ia akan menyebabkan
penyakit Artery Pheriperal dan akan mengakibatkan kerosakkan
atau kegagalan organ. Ramai pesakit, terutama yang berisiko tinggi
tidak sedar akan adanya arterosklerosis terutama yang berisiko tinggi
kerana tiada tanda awal tertentu yang boleh di kesan. Oleh itu
saringan kolesterol adalah penting untuk intervensi awal.
Sayangnya, ramai orang tidak tahu bahawa kematian akibat
aterosklerosis boleh dielakkan. Aterosklerosis menyebabkan 50%
kematian pesakit akibat serangan jantung. Jika mereka dapat
bertahan, 2 / 3 akan discaj dari hospital dengan kadar morbiditi yang
tinggi dan 1 / 3 lagi boleh mengalami masalah lumpuh anggota badan
akibat strok.
Apa itu kolesterol?
Kolesterol adalah sejenis lemak (disebut sebagai lipid) yang
diperlukan oleh tubuh untuk bekerja dengan baik. Badan anda boleh
menghasilkan kolesterol dan juga mendapatkannya daripada sumber
makanan. Terdapat jenis kolesterol baik dan buruk.
Apakah kolesterol buruk?
Orang ramai sering berasa takut apabila di sogokkan dengan
keburukkan kolesterol kerana mendapat maklumat yang salah.
Namun kebenarannya adalah kolesterol merupakan sebahagian
daripada kimia penting untuk tubuh. Kolesterol terdapat dalam setiap
sel manusia dan haiwan. Selain kolesterol yang diperolehi daripada
pengambilan makanan berasaskan haiwan, tubuh kita juga
mempunyai kemampuan untuk menghasilkan semua kolesterol yang
diperlukan untuk pelbagai fungsi badan.
Pengekalkan tahap kolesterol dalam peringkat yang disarankan
(normal) adalah penting untuk memperolehi kebaikan maksima.
Kolesterol digunakan untuk membuat cecair hempedu yang

dihasilkan oleh hati. Ini adalah amat penting untuk melindungi saraf,
membina sel-sel badan yang baru, dan menghasilkan hormon
tertentu yang diperlukan untuk perkembangan normal dan fungsi
tubuh manusia.
Kolesterol secara semulajadi seperti lilin yang dibuat oleh hati. Ia
merupakan kombinasi daripada lemak dan steroid. Kolesterol
kurang/tidak larut dalam air dan lipoprotein tertentu diperlukan untuk
mengangkut kolesterol dalam pembuluh darah.

Gambar

Jenis lipoprotein :
Low density lipoprotein (LDL)
Trigliseride merupakan komponen utama
Very low density lipoprotein (VLDL)
High density lipoprotein (HDL)

Low density lipoproteins(Kolesterol Buruk)


Low Density Lipoproteins juga dikenali sebagai (LDL) atau kolesterol
buruk kerana mereka mempunyai kecenderongan untuk melekat di
dinding arteri.Ini menyebabkan pembentukan bahan tebal dan keras
dipanggil plak kolesterol. Menurunkan paras kolesterol LDL akan
mengurangkan risiko daripada penyakit jantung.
Adakah menurunkan kolesterol LDL mencegah penyakit jantung
koronari?
Menurunkan Kolesterol LDL akan dapat mengurangkan risiko
penyakit jantung. Dalam keadaan tertentu, pengambilan ubat-ubatan
akan disarankan untuk pencegahan sekunder pada pesakit yang
pernah diserang penyakit jantung. Ia juga untuk pencegahan primer,
iaitu pada mereka yang mempunyai faktor risiko penyakit jantung
koronari.
Selain ubat-ubatan, melakukan perubahan gaya hidup tertentu
seperti bersenam secara teratur, mengikut diet yang rendah lemak
tepu dan kolesterol, menurunkan berat badan berlebihan dapat
membantu menurunkan paras kolesterol.
High density lipoproteins(Kolesterol Baik)

High density lipoproteins juga dikenali sebagai (HDL) atau kolesterol


baik kerana ia menjalankan fungsi mengeluarkan kolesterol dari
pembuluh darah dan membawanya kembali ke hati. HDL juga
membantu dalam mencegah pembentukan plak kolesterol dalam
pembuluh darah. Bersukan atau bersenam secara teratur dan
mengamalkan tabiat pemakanan yang sihat boleh membantu dalam
meningkatkan tahap HDL.[/01]
Trigliseride
Trigliseride adalah bentuk lemak yang dibuat dalam tubuh.
Paras trigliseride yang tinggi boleh disebabkan oleh masalah obesiti,
merokok, kurang aktiviti fizikal dan pengambilan alkohol. Mereka
yang mempunyai tahap trigliseride tinggi biasanya mempunyai tahap
Jumlah Kolesterol (Total Cholesterol) yang tinggi termasuk tahap LDL
yang tinggi dan tahap HDL rendah. Kebanyakan individu yang
mengidap penyakit diabetes atau jantung biasanya mempunyai tahap
trigliseride yang tinggi.

4.0 Gangguan emosi kanak kanak

Makanan segera dapat mengganggu emosi. Ahli-ahli sains


mendapati ada kaitan antara makanan segera dengan perlakuan
ganas. Makanan manis seperti kek dan donut akan menyebabkan
ketidakseimbangan bahan kimia berbahaya di dalam badan.
Makanan manis akan menaikkan paras gula darah. Kenaikan paras
gula menyebabkan seseorang itu mudah letih dan mudah marah.
Oleh itu, makanan segera dapat menyebabkan gangguan emosi.
Dengan itu janganlah suka makan makanan segera.
Salah satu mengapa makanan segera dianggap bahaya adalah
kandungan dalam makanan itu sendiri. Makanan segera mempunyai
banyak perisa tambahan atau aditif. Aditif seperti yang diketahui
mempunyai kandungan bahan kimia untuk menambah keenakan
makanan, meningkatkan kualiti malah memantapkan kesegaran.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang mempunya


huruf awal bermula E seperti E101(riboflavin), E123(Amaranth) dan
sebagainya. Makanan segera juga lazimnya mempunyai
Monosodium Glutamate(MSG). Selain itu makanan segera juga
mengandungi kandungan lemak yang berlebihan. Sebagai contoh,
sebiji burger mempunyai 35% atau lebih kandungan lemak di
dalamnya.

Minuman berasaskan Kola:


Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula.
Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.
Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima
gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di
dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh
Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua
hingga tiga gram garam.
Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori
rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan
mudarat kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak
Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih
sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya
bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan
yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan
remaja.

Bahan Pengawet Manakah Yang Patut Kanak-Kanak


Elakkan
Di Malaysia, kita belum lagi terdedah dengan budaya membelek label
untuk menyemak kandungan bahan makanan setiap kali sebelum
membeli sesuatu makanan. Membelek label bukan sahaja bertujuan
untuk menyemak sama ada suatu makanan tersebut adalah halal
atau tidak.
Kita sepatutnya menyemak dan mengetahui apa sebenarnya yang
kita makan selama ini. Paling elok, pilih sahaja untuk makan dirumah.
Anda pasti yakin dengan apa yang anda sajikan pada keluarga dan
diri sendiri.
Walaupun terdapat banyak bahan pengawet dalam pasaran, ada
bahan pengawet yang memberi kesan yang lebih buruk berbanding
bahan pengawet lain.
1. MSG (E621)
MSG dikatakan boleh menyebab anak migraine, sakit kepala, sakit
dada dan kerap berpeluh. Bahan ini mudah didapati dalam makanan
ringan, makanan segera dan makan berproses yang sering menjadi
kegemaran anak-anak.
2. Kafein
Kafein merupakan bahan peransang yang bertindak pada otak dan
sistem saraf. Kafein biasa dikaitkan dengan teh, nescafe dan kopi,
minuman yang patut dielakkan oleh anak-anak.
Namun begitu, ada kalanya anda boleh menjumpai bahan ini di
dalam minuman bergas, minuman bertenaga atau sesetengah coklat.
Semak dahulu kandungannya sebelum anda memilih membelinya
untuk anak-anak.
3. Pewarna Kuning, Tartrazine (E102)
Pewarna kuning E102 merupakan pewarna sistetik yang diperbuat
daripada pewarna aromatik dari petroleum. Ia dikatakan boleh
menyebabkan masalah alergik pada kanak-kanak terutamanya yang
menghidap asma dan intoleransi pada aspirin.

Bahan pengawet ini juga menurunkan kadar zink di dalam darah dan
air liur yang seterusnya mengakibatkan kemerosotan kepada tingkah
laku kanak-kanak terutamanya. Zink penting untuk metabolisme
badan kita, membantu sistem kekebalan tubuh dan pencegahan
kepada jangkitan patogen (bakteria dan virus) di dalam tubuh badan
kita.
Pewarna ini bukan sahaja dijumpai dalam makanan yang berwarna
kuning. Adakalanya, ia dicampur dengan pewarna biru (E133) untuk
menghasilkan warna hijau. Jadi, semak dahulu label sebelum
membeli.
Antara makanan yang mengandungi pewarna ini adalah sos mustard,
keropok, gula-gula kapas, gula-gula, minuman bertenaga, minuman
berkarbonat, tepung kustard, jeli, jem, ais krim, makanan bijirin dan
sarung ubatan kapsul.
4. Pewarna Kuning, Sunset Yellow FCF (E110)
Pewarna kuning E110 juga merupakan pewarna sintetik yang
diperbuat daripada tar arang batu (petroleum). Namun, ia sering
digunakan dalam makanan yang memerlukan suhu yang tinggi untuk
dibuat. Antaranya adalah jeli oren, jeli merah, jem oren, swiss roll dan
keropok.
Pewarna ini boleh menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif,
masalah kulit, muntah-muntah dan cirit. Ia diharamkan di Norway.
5. Pewarna Biru, Brilliant Blue FCF (E133)
Pewarna sintetik daripada tar arang batu (petroleum) ini sering
dijumpai digunakan bersama pewarna merah E102. Pewarna ini telah
diharamkan di Austria, Belgium, Denmark, France, German, Greece,
Italy, Norway, Spain, Sweeden dan Switzerland kerana menyebabkan
alergik pada mereka yang mempunyai masalah asma atau semput.
Pewarna ini boleh dijumpai dalam makanan bertin, ais krim, gulagula, minuman berperisa, gula-gula getah dan juga ubat kumur.
6. Pewarna Merah, Carmine (E120)

Pewarna merah ini diperbuat daripada serangga yang dihancurkan.


Pewarna ini merupakan pewarna yang sering digunakan untuk
memberi warna merah pekat pada makanan. Ia boleh dijumpai dalam
produk tenusu berasas strawberi, gula-gula, gelatin, jus buahan,
kordial, ais krim, yogurt dan syampu.
Pewarna ini diketahui boleh menyebabkan alergik dan asma pada
sesetengah kanak-kanak. Ia juga boleh menjadi penyebab anak-anak
menjadi hiperaktif.
7. Pewarna Merah, Allura Red AC (E129) & Amaranth (E123)
Pewarna E129 dikaitkan dengan hiperkativiti pada kanak-kanak,
manakala pewarna E123 boleh mengjadi penyebab masalah hati dan
kanser. Penggunaan pewarna ini telah diharamkan di Amerika
Syarikat dan Norway manakala di Itali dan France, pengunaannya
dihadkan.
Antara jenis makanan yang mengandungi pewarna ini adalah gulagula kapas, tepung kek segera, jeli, coklat dan gula-gula getah.
8. Sulfat atau Sulfur Dioksida (E220)
Bahan pengawet ini juga diperbuat daripada tar arang batu
(petroleum). Bahan ini biasanya dijumpai dalam jus buahan, kordial,
minuman ringan, cuka, buahan kering dan makanan berasaskan
kentang. Bahan ini digunakan untuk mengawet makanan supaya
membolehkan makanan tersebut tahan lama.
E220 diketahui boleh memburukkan lagi serangan asma dan sukar
dihadapan oleh sesiapa yang mempunyai masalah buah pinggang. Ia

juga boleh memusnahkan vitamin B1 dan vitamin E dalam badan.


Disebabkan itu, bahan ini dilarang untuk diambil oleh kanak-kanak.
9. Sodium Benzoate (E211)
Sodium Benzoate merupakan antara pilihan utama pengawet dalam
minuman kotak dan tin termasuk minuman kesihatan. Selain dari
minuman ringan, bahan ini juga digunakan dalam makanan berjeruk
sebagai bahan pengawet kerana asid benzoate tidak larut di dalam
air. Bayangkan impak yang bakal diberikan sekiranya ia berada
dalam tubuh anda!
Menurut Dr Hafiz Sulaiman; pengamal perubatan holistik, functional
dan anti-ageing regenerative medicine, pastikan minuman kita yang
mengandungi sodium benzoate tidak juga mengandungi:
1) Vitamin C: Sodium benzoate akan bereaksi dengan vitamin C
membebaskan BENZENE yang diiktiraf sebagai CARCINOGENIC
(menyebabkan kanser).
2) Pewarna tiruan: Reaksi pewarna tiruan dan sodium benzoate
mungkin menyebabkan kanak-kanak menjadi hiperaktif. Apatah lagi
ditambah dengan gula HFCS dan/atau kafein, kesan yang diberikan
adalah lebih buruk.
10. Nitrat

Bahan ini digunakan dalam produk berasaskan daging supaya


produk tersebut tahan lama seperti hotdog atau daging burger. Ia
membantu mengekalkan warna produk tersebut dan menghalang
bakteria membiak.

Makanan jenis ini tidak seharusnya menjadi makanan harian anakanak kita. Bahan pengawet ini sering dikaitkan dengan masalah kulit,
ruam, membengkak dan anaphylaxis (masalah alergik yang boleh
membawa maut).
11. Garam
Garam merupakan antara bahan masakan yang wajib untuk menjadi
penyedap makanan. Namun awas, jangan berlebihan!
Masalah darah tinggi bukan sahaja boleh dihidapi oleh orang
dewasa. Kanak-kanak pun tidak terkecuali. Oleh itu, kanak-kanak
terutamanya yang berusia dibawah 7 tahun harus dipantau supaya
tidak mengambil sodium secara berlebihan.
Kesimpulan
Terlalu banyak produk di pasaran kini mengandungi bahan-bahan ini.
Antara masalah yang dihadapi oleh pengguna-pengguna di Malaysia
adalah tidak semua produk menulis kandungan bahan-bahan dengan
terperinci.
Kebanyakannya tertulis mengandungi pewarna dan bahan pengawet
yang dibenarkan. Sudah tentu semua bahan-bahan yang
disenaraikan di atas adalah dibenarkan.
Oleh itu, untuk memastikan kita dan keluarga mendapat zat yang
terbaik tanpa bahan-bahan yang menjejaskan kesihatan, pilihlah
untuk makan di rumah.
Tiada siapa boleh nafikan, makanan yang disediakan di rumah
adalah yang terbaik. Air tangan ibu adalah yang terbaik untuk
mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga. Selain itu, si ibu
boleh mengawal sendiri pengambilan makanan anak-anaknya.

Anda mungkin juga menyukai