Anda di halaman 1dari 3

Teks Pengacara Pelancaran Hari Kemerdekaan Yang Ke-59

1) Yang berusaha, Encik Rosli bin Suid, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Naka, Yang
dihormati Encik Zubir bin Budin Pen Kanan Pentadbiran, Pen Kanan Kurikulum, Yang
dihormati En Fairus b Chutan, Pen Kanan HEM, En Yusof b Yaakob, Pen Kanan
Kokurikulum, rakan-rakan guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.
2)

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia.

Ceria wajah dalam majlis,


Hati berkobar semangat dibawa,
Sambutan merdeka penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa.

4) Selamat datang ke Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan peringkat SK Naka.


Sama-sama kita panjatkan rasa syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia
dan izinNya kita dapat bersatu di sini. Semoga penyatuan tekad dan semangat ini
senantiasa diiringi dengan kedamaian dan keamanan yang berpanjangan.

5)

Anak-anak SK Naka,

6) Hakikatnya, sambutan kemerdekaan ini diadakan sebagai tanda semua guru


dan anak-anak didik di sekolah ini bersama melangkah seiring menggenggam
iltizam menjadi warganegara yang patriotik.

7) Dengan tema "Sehati Sejiwa" , secara rasminya menunjukkan Malaysia akan


meraikan ulangtahun yang ke-59 , sekaligus menjadi lambang kematangan negara
di bawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh
disaksikan menerusi pembangunan, kecemerlangan dan kemakmuran yang dikecapi
secara berterusan.
8) Bagi Memulakan serta memberkati majlis, dengan ini dijemput Ustaz Fatvizan b
___________ untuk membacakan doa.
9) Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Fatvizan di atas bacaan doa itu tadi.

10) Anak-anak SKNaka dan Hadirin sekalian,

11) Majlis seterusnya menjemput En Rosli b Suid, Guru Besar SK Naka, untuk
memberi ucapan sekaligus merasmikan Majlis Pelancaran Hari Kemerdekaan
Malaysia yang ke-59. Dipersilakan....

12) Terima kasih di atas ucapan perasmian itu tadi.

13) Keris Melayu Lambang Pusaka,


Tapak Sirih Lambang Sejahtera,
Negara Sudah Aman Merdeka,
Hidup Rakyat Bergaul Mesra.

Ayam Jantan Lawan Berlaga,


Bebas Merdeka Dari Sengsara,
Maruah Kita Hendaklah Dijaga,
Benteng Kuat Pertahankan Negara.

14) Murid-murid SKNaka dan Hadirin sekalian,


15) Terima kasih atas persembahan tadi. Diminta semua murid berdiri bagi samasama menyanyikan lagu-lagu patriotik Jalur Gemilang, Tanggal 31 dan Negaraku.

16) Bagi memeriahkan acara pada hari ini, majlis diteruskan dengan acara
persembahan. Dipersilakan kumpulan koir ............................... dengan lagu
_____________________, diikuti dengan ............................................
____________________________________________________________.

17) Terima kasih atas persembahan tadi.

23) Sekian sahaja Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada kali ini. Mohon maaf
andai ada salah dan silap. Sama-sama kita berdoa agar kita terus merasai nikmat
kesejahteraan dan keselamatan yang berterusan, terhindar dari segala keburukan,
kemungkaran mahupun kemaksiatan agar kita terus dapat berbakti kepada agama,
bangsa dan negara tercinta ini.

24) Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai