Anda di halaman 1dari 11

Dengan melaksanakan kerja kursus ini, telah

memperkaya pengalaman hidup saya. Melalui kajian


ini, saya mendapat lebih banyak pengetahuan tentang
perayaan.

Selain itu, kerja kursus ini telah


membolehkan saya menguasai pelbagai kemahiran
seperti mengumpul, mengelas & merekod fakta
sejarah mengikur format yang betul.

Di samping itu, saya juga dapat menguasai


kemahiran berkomunikasi. Sebagai contoh, saya
berpeluang menemu ramah beberapa orang sumber
untuk mendapat maklumat mengenai perayaan yang
dikaji.
Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang
paling penting bagi orang Cina, seperti Hari Natal
bagi orang barat. Tahun Baru Cina adalah hari
pertama bulan satu bagi ImlekCina, tetapi aktiviti
perayaan Tahun Baru Cina bukanlah pada hari itu
sahaja, biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina
berlangsung selama beberapa hari berikutnya. Tahun
Baru Cina juga secara umumnya dipanggil
“Guonian”.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh
kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan
oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao yang
dipengaruhi oleh China darisegi kebudayaan dan
keagamaan, maka turut memakai kalendar qamari
Cina. Di China,bukan sahaja etnik Han yang
merayakan Tahun Baru Cina, etnik yang lain,
termasuk etnik Manzu, Mongol, Yaozu, Zhuangzu,
Baizu, Gaoshan, Hezhe, Hani Daur, Dongzu, Lizu dan
lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk
merayakan Tahun Baru Cina.
Di China, perayaan Tahun Baru Cina lebih-
kurang akan berlarutan selama setengah bulan,
selepas merayakan hari Cap Gohmei yang jatuh pada
15 haribulan bulan satu Imlek baru perayaan Tahun
Baru Cina selesai.
Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan
adalah untuk menyambut tahun barudalam kalendar
qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada
kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama
haiwan. Namun, jika menurut pandangan orang
China, TahunBaru Cina merupakan perayaan untuk
menyambut musim bunga. Musim bunga datang,
pemandangan berubah, dan penanaman padi
dimulakan, orang China dengan pelbagai carayang
bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang
paling meriah dalam sepanjang tahun.
Menurut riwayat asal usul Tahun Baru Cina, “Nian”
adalah sejenis binatang bayangan yang membawa nasib
buruk. Semasa “Nian” tiba, semua tumbuhan mati; semasa
“Nian”pergi, tumbuhan hidup lagi dan bunga berkembang.
Jadi orang China dengan mercun menakutkan dan mengusir
“Nian”, itulah asal usul adat resam menyala mercun
sempena Tahun Baru Cina.
Tahun Baru Cina telah mempunyai sejarah yang lama,
itu berasal daripada kegiatan memuja dewa dan nenek
moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru
di China pada zaman kuno. Tahun Cina dipanggil “Yuanri”,
“Yuandan” atau “Tahun Baru” pada zaman kuno. Selepas
revolusi 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi
menetapkan hari pertama bulan satu Imlek sebagai Tahun
Baru Cina.
Menurut sarjana, Tahun Baru Cina sekurang-kurangnya
mempunyai sejarah selama seribu tahun. Sekarang,
sebahagian adat resam yang bercorak takhayul termasuk
memuja dewa langit telah secara beransur-ansur tidak
diamalkan lagi, sedangkan adat resam yang baik termasuk
menempel kuplet, menempel lukisan tahun baru, menempel
tulisan Perkataan“bahagia”, mengukus kuih tahun baru,
memasak “Jiao zi”, menyala mercun, tidak tidur pada malam
sebelum Tahun Baru Cina dan saling mengucapkan selamat
Tahun Baru Cina masih sangat popular di kebanyakan
tempat di China, khususnya di desa dan sebahagian pekan
dan bandar yang kecil.
Sebagai tradisi, ang pau atau sampul merah diedarkan
sepanjang sambutan Tahun Baru Cina, oleh pasangan suami
isteri atau orang tua kepada muda-mudi yang belum
berkahwin. Amalan orang Melayu ketika Hari Raya Aidilfitri
iaitu mengedarkan sampul duitraya kepada kanak-kanak
sepanjang sambutan Hari Raya Aidilfitri diadaptasi daripada
amalan orang Cina.
Orang China sangat mementingkan makanan dan
pakaian waktu merayakan Tahun Baru Cina, biasanya
makanan dan pakaian yang bermacam-macam telah
disediakan sebelum merayakan Tahun Baru Cina. Semasa
Tahun Baru Cina datang, orang China memakai bajuyang
paling cantik, dan sediakan kuih-kuih, manisan dan makanan
ringan, untuk menjamu tetamu di rumah pada bila-bila
masa.

Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan


Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan.
Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,
pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun


Baru Cina, saya rasa amat bersyukur sebagai seorang
warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi
kaum terdapat di Negara yang tercinta ini. Selain itu, saya
juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan
perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai
pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya
juga dapat menguasai kemahiran membuat penyeledikan
dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan
kemahiran berkomunikasi. Di samping itu, saya juga dapat
menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran,
memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara
rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja
kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah
membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu
untuk mencari maklumat tentang kerja kursus ini.

Buku Ilmiah
Masariah Mispari, Johara Abdul Wahab, Ridzuan Hasan,
2003. Sejarah Tingkatan 2. Kuala Lumpur:DBP.
Lofti Ismail, 1988. Sejarah Malaysia 1400-1963. Kuala
Lumpur: Utasan Publication and Distributors Sdn. Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee, 1967. From Malayan Union to
Singapore Separation: Political Unifacation in the Malaysia
Region 1945-1965. Kuala Lumpur: Universiti Malaya
Press.

Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

Internet
MalayanUnion,
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
Kemerdekaan,
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
Tunku Abdul Rahman, http://wwwgeocities.com/tokoh
agung/TokohPMTunkuAbdulRahman.htm

Majalah
Dewan Budaya, Februari 2000, halaman 52

Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai


kaum dapat memperkukuh dan
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat
Malaysia?

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat


memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek.
Antaranya ialah dengan menganjurkan rumah
terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu
perayaan mampu mengabungkan beberapa suku
kaum di bawah satu bumbung. Sebagai contoh,
Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan
oleh pemimpin sesuatu kawasan akan menjadi
tumpuan rakyat berbilang bangsa.
Media massa juga memainkan peranan dalam
memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia kerana media massa
adalah salah satu sumber informasi yang terkini dan
berguna untuk masyarakat. Media massa juga
merupakan wadah penyampaian maklumat yang
berkesan kepada masyarakat. Pihak media
hendaklah sentiasapeka kepada keadaan disekeliling
agar maklumat dapat disampaikan dengan serta
merta dengan berkesan. Tidaklah masyarakat
menjadi seperti katak dibawah tempurung yang tidak
mengetahui perkembangan di sekelilingnya. Setiap
sambutan perayaan perlulah mendapat liputan
meluas daripada media.
Seterusnya dengan pertunkan kesenian sesuatu
kaum kerana keseniaan sesuatu kaum kini bukan
sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja
malahan turut menjadi tumpuan suku kaum lain.
Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan
menarik pelbagai kaum untuk turut memeriahkannya
kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu Tarian
Singa menjadi kegemaran suku kaum lain.
Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di
Malaysia dapat merealisasikan impian Perdana
Menteri kita dalam memacu konsep 1Malaysia. Hal in
sebab melalui pelbagai perayaan, perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia dapat ditingkatkan.

Penerapan
Unsur
Patriotisme