Anda di halaman 1dari 2

DUA ELEMEN UTAMA DALAM PELANCONGAN

Secara umumnya, pelancongan adalah apabila manusia pergi ke sesuatu tempat atau
destinasi sama ada di luar negara, luar tempat tinggal mereka dan serta destinasi yang
disukai dimana ianya bersifat sementara waktu. Kini, industri pelancongan merupakan
industi yang cukup popular dan penting dalam melihat impaknya dari sudut yang positif
sama ada dari segi sosial mahupun ekonomi. Pembangunan dan ekonomi yang semakin
baik di sesebuah negara sememangnya mendorong lagi peningkatan industri pelancongan
dalam konteks memenuhi dan menyediakan segala keperluan kepada pelancong ke
negara tuan rumah. Dalam konteks dunia hari ini, pelancongan merupakan salah satu
kegiatan ekonomi dan sosial yang semakin penting.
Oleh yang demikian, terdapat dua elemen penting dalam pelancongan iaitu
permintaan dan penawaran.Dalam pelancongan, permintaan biasanya dikaitkan dengan
kehendak atau permintaan para pelancong terhadap tempat atau destinasi yang ingin
dituju sama ada dari segi perkhidmatan, kemudahan infrastruktur seperti pengangkutan,
tempat penginapan, makanan dan sebagainya. Tambahan lagi, jumlah pelancong yang
semakin meningkat telah meningkatkan lagi permintaan terhadap perkhidmatanperkhidmatan berkaitan seperti pengangkutan, tempat penginapan, pemandu pelancong,
makanan, tempat rekreasi dan riadah serta lain-lain kemudahan. Pelancong yang
melancong ke sesuatu tempat sudah pasti menginginkan perkhidmatan yang baik dan
selesa. Lebih-lebih lagi, trend masyarakat Malaysia pada masa kini lebih gemar untuk
melancong bersama keluarga. Dengan itu, pelancong jenis tersebut memerlukan
perkhidmatan yang dapat memudahkan perjalanan mereka seperti penyediaan kemudahan
pengangkutan awam dan sebagainya.
Tambahan lagi, aspek perkhidmatan dari segi makanan juga amat penting dalam
aktiviti pelancongan kerana makanan antara faktor pelancong untuk datang ke sesuatu
tempat. Sebagai contoh, pelancong yang beragama Islam akan melihat kepada status halal
bagi makanan yang terdapat di tempat yang mereka tuju. Biasanya, permintaan pelancong
ini adalah bagi memberi kepuasan kepada mereka dalam pelbagai perkhidmatan yang
mereka kehendaki. Sebagai contoh, pelancong akan meminta penyediaan penginapan

yang murah dan berkualiti di samping memberi keselesaan kepada mereka. Tambahan
lagi, bilangan pelancong yang saban hari semakin ramai akan mempengaruhi permintaan
kepada industri pelancongan untuk membangunkan pelbagai kemudahan seperti pusat
membeli-belah, tambang pengangkutan awam yang murah dan sebagainya.
Seterusnya, elemen kedua dalam pelancongan adalah penawaran. Elemen ini amat
penting dalam menyediakan kemudahan kepada pelancong yang datang ke sesuatu
destinasi. Penawaran ini dapat dilihat melalui peranan pihak kerajaan dan industri
pelancongan dalam menawarkan prkhidmatan yang diinginkan oleh para pelancong.
Antara jenis penawaran yang adalah seperti kemudahan pengangkutan awam,
keselamatan pelancong, tempat penginapan, kemudahan seperti pusat membeli-belah,
makanan, kempen dan promosi, aspek kesihatan dan sebagainya. Bagi pengangkutan,
pihak kerajaan akan mengambil inisiatif dalam menyediakan kemudahan pengangkutan
awam berdasarkan kepada jumlah pelancong yang semakin ramai seperti bas awam, teksi
dan sebagainya. Hal ini kerana, pelancong amat memerlukan perkhidmatan pengangkutan
bagi memudahkan pergerakan mereka dari satu tempat ke tempat yang lain. Selain itu,
tahap keselamatan pelancong juga harus dijaga agar para pelancong berasa selamat di
sepanjang mereka melancong. Selain itu, tempat penginapan yang baik juga haruslah
ditawarkan mengikut kesesuaian tempat penginapan dari segi harga, kemudahan dan
perkhidmatan yang disediakan. Bagi pelancong dari dalam negara sendiri seperti
Malaysia, industri pelancongan perlu memberi keistimewaan kepada mereka seperti
menyediakan tempat penginapan yang murah dan berpatutan. Berdasarkan kepada
penawaran ini, ia akan menarik lagi minat pelancong untuk datang ke tempat tuan rumah.
Selain itu,dalam aspek makanan pula, tempat tuan rumah haruslah menyediakan makanan
yang pelbagai agar dapat memenuhi cita-rasa pelancong.

Anda mungkin juga menyukai