Anda di halaman 1dari 22

1.

PENGENALAN.

Di Indonesia, pelbagai pertubuhan gerakan modernis Islam telah ditubuhkan dan


salah satu daripadanya ialah Gerakan Muhamadiyah. Sejak abad 20, orang-orang
Islam di Indonesia mula menyedari bahawa mereka tidak mampu lagi bertahan
dengan tekanan yang mendatang dan bertali arus dari pihak kolonial Belanda iaitu
dalam menyebarkan agama Kristian dan perjuangan untuk maju ke bahagian lain di
Asia apabila mereka terus melanjutkan kegiatan dengan menggunakan cara-cara
tradisional dalam menegakkan Islam. Mereka mula sedar akan perlunya wujud
perubahan-perubahan, apakah ini dengan menggali mutiara-mutiara Islam dari
masa lalu yang telah memberi kesanggupan kepada rakan-rakan mereka yang
seagama di Abad Tengah untuk mengatasi Barat dalam ilmu pengetahuan serta
dalam memperluas pengaruh, atau dengan memperguna kaedah-kaedah dan
metode baharu yang telah dibawa ke Indonesia oleh kekuasaan Kolonial serta pihak
dakwah kristian.

2.0

SEJARAH PENUBUHAN MUHAMMADIAH DI INDONESIA

Muhamadiyah merupakan salah sebuah organisasi sosial Islam yang terpenting di


Indonesia sebelum Perang Dunia kedua. Organisasi ini telah didirikan di Yogyakarta
pada 18 November 1912 bersamaan dengan 8 Zulhijjah 1330 H oleh Kiyai Haji
Ahmad Dahlan atas cetusan dan saranan oleh murid-muridnya dan beberapa orang
anggota Budi Utomo untuk mendirikan satu lembaga pendidikan. Kelahiran sebuah
gerakan Islam modernist terbesar di Indonesia, yang merupakan perintis atau
pelopor kemurnian sekali gus telah membawa kepada pembaharuan Islam di negeri
yang berpenduduk terbesar Muslim di dunia.
Perkataan

Muhammadiyah

secara

bahasa

Muhammad. Penggunaan kata Muhammadiyah

bererti

pengikut

Nabi

yang dimaksudkan untuk

menghubungkan dengan ajaran dan jejak perjuangan Nabi Muhammad. Perjuangan


Muhammadiyah berasaskan ajaran Nabi Muhammad s.a.w, iaitu Islam. Penubuhan
Muhammadiah adalah bertujuan untuk memahami dan melaksanakan agama Islam
sebagaimana yang

dicontohkan oleh Nabi Muhammad s.a. w, supaya dapat

menjalani kehidupan dunia sepanjang kemahuan agama Islam. Oleh itu, ajaran

Islam yang suci dan benar itu dapat memberi nafas bagi kemajuan umat Islam dan
bangsa Indonesia pada umumnya. Tujuannya ialah memahami dan melaksanakan
agama Islam yang telah disebarkan oleh Nabi Muhammad saw, agar dapat
menjalani kehidupan dunia berlandaskan agama Islam. Hal ini agar ajaran Islam
yang suci dan benar dapat memberi nafas bagi kemajuan umat Islam dan bangsa
Indonesia pada umumnya.
Kelahiran

Muhammadiyah pada awalnya, merupakan manifestasi dari

gagasan pemikiran dan amal perjuangan Kyai Haji Ahmad Dahlan (Muhammad
Darwis) yang menjadi pengasasnya. Setelah menunaikan ibadah haji ke Tanah Suci
pada tahun 1903, Kyai Dahlan mula membuat pembaharuan di Tanah Air. Gagasan
pembaharuan itu diperoleh oleh Kyai Dahlan setelah berguru kepada ulama-ulama
Indonesia yang tinggal di Mekkah seperti Syeikh Ahmad Khatib dari Minangkabau,
Kyai Nawawi dari Banten, Kyai Mas Abdullah dari Surabaya, dan Kyai Fakih dari
Maskumambang.

Selain itu, beliau juga terpengaruh dengan tokoh-tokoh Islam

baru seperti Ibn Taimiyah, Muhammad bin Abdil Wahhab, Jamaluddin Al-Afghani,
Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha.2.
Muhammadiyah pimpinan Kiai Ahmad Dahlan muncul sebagai sebuah organisasi di
Indonesia mulai membangun kan dasar gerakan untuk mewujudkan tujuan
organisasi yang memfokuskan kepada pengajaran agama Nabi Muhammad S.A.W
kepada penduduk Yogyakarta dan memajukan hal agama pengikutnya. Selain
berlandaskan

prinsip

yang

dipengaruhi

oleh

idea-idea

pembaharuan

Islam,

organisasi tersebut juga berlatar belakangkan keadaan social budaya, ekonomi dan
politik yang dihadapi masyarakat peribumi Islam di Indonesia pada ketika itu.
Sehubungan dengan itu, aliran Muhammadiyah berusaha untuk menyebarkan
ajaran agama Islam seperti yang diajar oleh Nabi Muhammad S.A.W dan bukan
agama Islam yang telah bercampur dengan animism, dinamik medan unsur-unsur
agama

yang

tersasar

daripada

ajaran

agama

Islam.

Muhammadiyah

juga

1 http://www.muhammadiyah.or.id/id/content-50-det-eksistensi-gerakan-muhammadiyah.html diakses pada 5 November 2012


2 http://www.muhammadiyah.or.id/content-178-det-sejarah-singkat.html, diakses pada 10 Disember
2012.

menyebarkan pengajaran agama Islam yang murni berpandukan Al Quran dan


Sunnah yang benar.3

3.0TOKOH PELOPOR MUHAMMADIAH DI INDONESIA.


KIYAI HAJI DAHLAN
Kiyai Haji Ahmad Dahlan adalah seorang ulama reformis dan pemikir penting yang
telah mencetuskan revolusi perjuangan yang besar dalam rangka pembaharuan di
Indonesia. Beliau dilahirkan di Kauman, Yogyakarta pada tahun 1868 sebagai
Muhammad Darwis. Bapanya, Kiyai Haji Abu Bakar bin Kiyai Mas Sulaiman adalah
khatib di Masjid Besar Kesultanan Yogya, dan ibunya, Nyai Abu Bakar adalah puteri
kepada H. Ibrahim bin Kiyai H. Hasan, seorang penghulu Kesultanan Yogya juga
pada masa itu.4
Dahlan dilahirkan dalam keluarga yang terkenal dengan latar belakang
agama dan sosial, di samping mempunyai pengaruh yang kuat di daerah Kauman,
dalam gerakan perjuangan dan dakwah nya. Berbeza dengan kebiasaan dan cara
pemikiran masyarakat dalam lingkungannya, Dahlan menzahirkan pandangan hidup
yang luas dan ufuk pemikiran yang jauh. Kesempatan mempelajari ilmu qiraat,
tafsir, hadis, tauhid, fiqh, tasawuf, dan falak di Makkah, dan kecenderungan
menelaah karya-karya Imam Muhammad Abduh dan Muhammad Rashid Rida telah
memberikan pengaruh yang besar dalam mencorakkan fikrah pembaharuan dalam
jiwanya. Sebaik pulang ke Tanah Jawa, Muhammad Darwish menukar namanya
kepada Haji Ahmad Dahlan.

3Syarifuddin (Jurdi), 1 Abad Muhammadiyah, Penerbit Buku Kompas:Jakarta, 2010, hal. 38.

4 Dr Ahmad Nabil Amir. Sang Pencerah: Ahmad Dahlan dan Gerakan Muhammadiayah- bahagian satu.
Abduh Study Group, IRF. Diakses pada 12 Oktober 2012.

Kiyai Dahlan, telah berjuang dalam menghapuskan bidah, membanteras


kepercayaan khurafat dan syirik, membungkam faham mistik dan tahyul daripada
warisan Hindu-Buddha. Perjuangan Kiyai Dahlan bertolak daripada cita-cita besar
untuk menggerakkan revolusi, mencetuskan perubahan dan reformasi, dan
membawa

modenisasi

Islam

ke

Indonesia.

Hal

ini

diperlihatkan

dalam

perjuangannya bersama organisasi Islam seperti Budi Utomo, Serikat Islam dan
Muhammadiyah bagi menghapuskan bidah, membanteras kepercayaan khurafat
dan syirik, membungkam faham mistik dan tahyul daripada warisan Hindu-Buddha,
menumpaskan feudalisme, dan mengusir penjajah. 5
Dalam

memimpin

perubahan,

dan

merealisasikan

idea-idea

pembaharuannya, beliau tampil ke hadapan, memberi arahan dan mempelopori


perjuangan

yang

dahsyat

itu

dengan

meniupkan

api

perjuangan

dan

membangkitkan kesedaran ijtihad, dan menggerakkan aktivisme dan kegiatan


rakyat dalam program keagamaan dan pendidikan, yang berhasil melenyapkan
autoriti agama dan membenamkan taklid yang telah menyebabkan kemunduran
fikiran.
Beliau membangun organisasi dakwah yang besar dengan mendirikan
Muhammadiyah sebagai platform perjuangannya yang sah untuk membawa
perubahan dan idealisme pemikiran yang segar di zamannya. Dalam hal ini Dr. H.
Roeslan Abdulgani mengulas: K.H. Ahmad Dahlan adalah salah seorang tokoh yang
mewakili jiwa dan semangat aktivisme dari zaman 1912 itu.Tekad perjuangannya
juga adalah untuk menukar sistem lama dalam pengajian di Pesantren, dan
merangka kurikulum baru yang selaras dengan perkembangan moden, seperti
diungkapkan oleh Dr. H. Abd. Karim Amrullah (Haji Rasul, ayahanda Hamka) tentang
ideanya untuk merubah sistem pendidikan pondok: K.H.Ahmad Dahlan kecewa
sekali melihat kekolotan salah faham agama yang masih mendalam meliputi tanah
Jawa dalam soal Islam. Beliau uga telah berusaha hendak membangkitkan Islam
dengan cara baru, iaitu membuat pelajaran pondok dengan secara sekolah,

5 Solichin Salam. K.H. Ahmad Dahlan, Reformer Islam Indonesia. The University of Colifornia,
Djajamurni, 1963 hlm 49

sehinggalah aspek pengajaran manakala cara pondok lama saja, tidak akan dapat
dipertahankan lagi.6

4.0FAKTOR PENUBUHAN PERTUBUHAN MUHAMMADIYAH


Terdapat faktor luaran dan dalaman berlakunya pertubuhan Muhammadiyah di
Indonesia.

4.1

Faktor dalaman

Penubuhan Muhammadiyah ditubuhkan kerana suasana Islam Setempat di Tanah


Jawa tidak dipraktikkan sebagaimana asalnya ajaran Islam yang sebenar. Al-Quran
dan Sunnah tidak dijadikan panduan hidup sebilangan besar umat Islam di
Indonesia. Sebelum Islam, masyarakat Indonesia memeluk agama Hindu dan
Buddha. Disebabkan itu, terdapat amalan yang berkaitan Hindu-Buddha telah
menempel secara tidak sengaja dalam Islam. Seperti amalan-amalan tahyul,
khurafat, bidaah yang bertentangan dengan Islam. Melihat keadaan umat Islam
pada waktu itu dalam keadaan jumud, beku dan penuh dengan amalan-amalan
yang bersifat mistik, beliau tergerak hatinya untuk mengajak mereka kembali
kepada ajaran Islam yang sebenarnya berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Selain itu
juga, berlaku perpecahan kelas sosial di Jawa yang boleh memecahbelahkan umat
islam. Ditambah pula dengan suasana buta huruf yang tinggi dalam kalangan umat
islam Indonesia ketika itu. Hal ini kerana

Pasantren hanya memberi pendidikan

mengenai keagamaan sahaja seperti ilmu fiqh, bahasa Arab, tafsir dan terjemah
hadis, tasawuf, aqaid, ilmu mantiq dan ilmu falaq. Pendidikan berkaitan keduniaan
belum lagi diperkenalkan oleh Pasantren . Keadaan ini telah menyebabkan berlaku
kemunduran dalam kalangan umat islam di Indonesia berbanding dengan bangsa
yang lain. Disebakan masalah-masalah ini, pertubuhan Muhammadiyah ditubuhkan
supaya dapat membangunkan umat Islam Indonesia.

4.2

Faktor Luaran

6 Ibid.,hlm 50

Faktor luaran penubuhan Muhammadiyah ini adalah disebabkan oleh dasar kolonial
Belanda yang dianggap telah mencabul hak asasi manusia umat Islam Indonesia
meliputi pelbagai aspek sosial, politik, ekonomi. Dasar-dasar yang diperkenalkan
Oleh Kolonial Belanda seperti dasar pecah perintah, dasar pemusatan pemerintahan
di Jakarta ini telah menindas rakyat Indonesia Selain itu, .Dasar penyebaran agama
Kristian oleh Belanda juga telah dilakukan dengan giat sekali ketika itu.
Penjajahan Belanda di Indonesia dianggap mengancam agama Islam. Telah berlaku
banyak isu murtad dalam kalangan masyarakat serta berlaku pengkristianan
melalui pendidikan. Anggota Muhammadiyah telah terpanggil untuk menghentikan
kegiatan Belanda demi mempertahankan kesucian Islam.

5.0

IDEA DALAM GERAKAN MUHAMMADIYAH

Sebagai merintis sebuah gerakan sosial yang sangat berpengaruh, Muhammadiyah


sepanjang

sejarahnya

telah

tampil

sebagai

sebuah

gerakan

kehidupan

berlandaskan keagamaan yang amat unik di Indonesia. Sebagai sebuah organisasi,


Muhammadiyah telah membuktikan bahawa organisasi tersebut bukan sekadar
gerakan pendidikan atau khusus kepada sosial keagamaan malahan juga sebagai
sebuah gerakan yang mendorong kebangkitan kembali masyarakat muslim dalam
bidang politik di Indonesia. Dalam kepimpinan untuk membawa perubahan serta
merealisasikan pembaharuan, gerakan Muhammadiyah yang dipimpin oleh K.H
Ahmad Dahlan tampil yang menjadi nakhoda bagi gerakan tersebut serta
mempelopori perjuangan yang dahsyat telah meningkatkan kesedaran ijtihad,
menggerakkan aktivisme, kegiatan rakyat dalam keagamaan dan pendidikan yang
mana telah berhasil melenyapkan autoriti agama. Di samping itu, beliau telah
membenamkan taqlid yang telah menyebabkan kemunduran fikiran. Dalam masa
yang sama

gerakan tersebut secara tidak langsung telah menjadi sebagai agen

kepada gerakan pembaharuan, agen perubahan sosial, sumber kekuatan politik


serta telah menjadi gerakan aktif yang membendung misi-misi Kristian di
Indonesia.7

7 Amir Hamzah, 1896, K.H. Mansyur: Pemikiran tentang Islam dan Muhammadiyah, Yogjakarta, hlm
172.

5.1GERAKAN PEMBAHARUAN (TAJDID)


Dalam

memahami

dan

melaksanakan

ajaran

Islam,

Muhammadiyah

mengembangkan sikap tajdid dan ijtihad, serta menjauhi sikap taklid. Oleh karena
itu disamping sebagai gerakan sosial keagamaan, gerakan Muhammadiyah juga
dikenal sebagai gerakan tajdid. Perkataan tajdid pada asalnya adalah pembaruan,
inovasi, modernisasi dan sebagainya. Hal ini membawa pengertian bahawa
kebangkitan Muhammadiyah dalam usaha memperbaharui pemahaman kaum
Muslimin terhadap agamanya, mencerahkan hati dan fikirannya dengan jalan
mengenal kembali ajaran Islam sejati sesuai dengan jalan Al Quran dan As sunnah. 8
Wawasan dasar keagamaan ini menjadi unsur penting formula ideologi
gerakan, yang memberikan landasan untuk mengkritik kehidupan yang ingin
diubah, merumuskan tujuan yang ingin dicapai, membenarkan kebijakan dan
langkah praktis bagi mencapai tujuan. Dasar pandangan ini telah mendorong
munculnya semangat pembaharuan ke dalam berbagai aspek kehidupan dan
menerima nilai-nilai moden seperti perubahan. (Jainuri, 2002).Permulaannya,
Muhammadiyah dikenali sebagai purifikasi iaitu satu gerakan kembali kepada
semangat ajaran Islam yang murni dan membebaskan umat Islam daripada tahyul,
bidah dan khurafat.9

Matlamat gerakan Muhamadiyah sendiri sebenarnya

berteraskan konteks kehidupan keagamaan yang bercorak ganda, sinkretik dan


tradisional.

Sebagai

sebuah

gerakan

sosial

keagamaan,

gerakan

tersebut

mempunyai ciri yang khusus tetapi ciri-ciri tersebut bukan terhadap dasar teoretikal
sahaja malahan juga pada proses yang sesuai dengan lingkungan budaya dan
masyarakat. Walaupun gerakan tersebut melakukan purifikasi keagamaan, namun
Muhammadiyah

dalam

masa

yang

sama

menyedari

kebergantungan

lingkungan sosio-budaya pada tempat gerakan tersebut berada.

pada

10

8 Alfian, Muhammadiyah, Gajah Mada Press, 1989, hlm 323.


9 Ibid.
10 H. Abd. Hadi, Pemikiran Muhammadiyah dari Puritanism eke Dinamisme, Fakultas Syariah IAIN
Sunan Ampel Surabaya:Jakarta, hlm 10

Dalam Muhammadiyah, tajdid adalah gerakan pembaharuan dari tindakan


syirik yang pada dasarnya merupakan rasionalisasi yang berhubung dengan idea
mengenai transformasi sosial daripada masyarakat agraris kepada masyarakat
industrial atau masyarakat tradisional kepada masyarakat moden. Jika dilihat dalam
konteks berkenaan jelaslah bahawa Muhammadiyah telah memberi satu ideologi
yang

baru.

Gerakan

tajdid

ini

juga

dianggap

sebagai

transformasi

yang

menghapuskan budaya-budaya lama untuk digantikan dengan budaya baru.


Keupayaan

Muhammadiyah

dikatakan

lebih

terserlah

apabila

telah

berjaya

melakukan pelbagai pembaharuan demi mencapai tujuannya.

5.2

GERAKAN PEMURNIAN (PURIFIKASI) ISLAM

Gagasan dasar yang mana tertubuhnya gerakan Muhammadiyah tidak dapat


dilepaskan daripada lahirnya pemahaman untuk melaksanakan ajaran Islam
menurut ajaran nabi Muhammad. Hal tersebut telah menyebabkan Muhammadiyah
berusaha untuk mengembalikan perlaksanaan agama Islam sesuai dengan contoh
nabi

dengan

cara

ittiba.

Dengan

gagasan

berkenaan,

maka

tertubuhlah

Muhammadiyah dalam melakukan usaha purifikasi keagamaan. Menurut keyakinan


Muhammadiyah, keyakinan dan amalan hidup adalah berlandaskan kepada dua
sumber iaitu al-Quran dan sunah nabi.11
Oleh hal yang demikian, usaha Muhammadiyah dalam matlamatnya iaitu
bagi mencapai pemurnian Islam adalah dengan menggunakan alat organisasi dan
kepentingan yang mana ia amat mementingkan keutamaan, keikhlasan dan
tanggungjawab di dunia mahupun di akhirat. Sebagai contoh, umat Islam amat
meyakini bahawa Nabi Muhammad itu adalah nabi terakhir, maka untuk mencapai
wujudnya masyarakat yang dicita-citakan oleh agama Islam, perlu diwujudkan
gagasan yang mana pimpinannya dengan pengorganisasian yang rapi. Dengan
wujudnya purifikasi dan kepimpinan organisasi tersebut, maka segala pembaharuan
dalam

gagasan

tentang

keagamaan

yang

disebarkan

oleh

Muhammadiyah

mempunyai spesifikasi. Hal ini kerana dalam tema ideanya terdapat dua elemen
11 Arifin, MT, Gagasan Pembaharuan Muhammadiyah dalam Pendidikan. Jakarta: Dunia Pustaka Jaya,
1987, hlm 35.

iaitu persepsi bahawa kebanyakan umat Islam masih belum menyedari kebenaran
tentang erti dan nilai sebenar ajaran Islam apatah lagi mahu menunaikan
kewajipannya. Di samping itu, didorong oleh persepsi tersebut juga menyebabkan
muncul

keyakinan

menegakkan

Islam

merupakan

satu

panggilan

atau

tanggungjawab yang besar yang mana perlu dilakukan secara kolektif.

5.3

GERAKAN MEMBENDUNG MISI KRISTIAN DI INDONESIA

Sepanjang era Ahmad Dahlan, Muhammadiyah sangat memelihara hubungan


baiknya dengan penganut Kristian walaupun terdapat kecenderungan terjadinya
permusuhan antara kedua-dua belah pihak. Disebabkan hal tersebut jugalah
membuatkan segala keterlibatan pembangunan infrastruktur lebih memihak kepada
kelompok Kristian. Namun, ianya mula berubah setelah kepimpinan Fakruddin
(1923-1929). Sejak itu, Muhammadiyah mula bersikap bermusuhan dengan misi
Kristian.12 Fakta bahawa Muhammadiyah mendapat dukungan yang luar biasa
semasa pimpinan Fakruddin telah menyebabkan timbul pelbagai spekulasi bahawa
penentangan gigih beliau terhadap Kristian menjadi alasan utama mengapa
Muhammadiyah memiliki daya tarikan yang kuat.
Seterusnya, tahun 1932 menunjukkan Muhammadiyah kembali memimpin
protes terhadap colonial baru yang disebut sebagai Peraturan untuk pengawasan
pendidikan swasta. Ia adalah untuk mengawal serta mengawasi sekolah-sekolah
swasta liar.13 Di sebalik peraturan ini adalah dilihat oleh Muhammadiyah sebagai
misi untuk melancarkan gerak maju Kristian serta menghalang kemajuan sekolah
non-Kristian. Namun begitu, tidak terdapat perjumpaan antara Muhammadiyah
dengan Kristian sehingga tercetusnya peristiwa Ten Berge yang mana hampir
seluruh pergerakan Indonesia terlibat dalam penentangan terhadap kuasa Belanda
serta Jepun. Hal ini merupakan contoh yang dapat membuktikan pengaruh

12 Shihab. Alwi, Membendung Arus: Respon Gerakan Muhammadiyah terhadap Penetrasi Misi Kristian
di Indonesia, Bandung. 1998, Hlm 17

13 Ibid.

Muhammadiyah dalam gerakan menentang misi Kristian. 14 Sebagai gerakan yang


berpegang kepada amar maruf nahi munkar, gagasan Muhammadiyah sangat
berpegang teguh kepada al-Quran dan as-sunnah.
5.4

PEMIKIRAN KEAGAMAAN

Penubuhan gerakan Muhammadiyah juda adalah sebagai satu landasan kepada


proses gerakan pemikiran keagamaan Islam. Jika dilihat dengan tertubuhnya
Muhammadiyah

tersebut,

ia

jelas

menunjukkan

bahawa

kelahiran

gerakan

Muhammadiyah penuh dengan kandungannya yang tersendiri yang mana ia telah di


ilhami, di motivasi serta dilimpahi dengan semangat meliputi ajaran-ajaran Al-Quran
kerana ia tidak bermaksud apa-apa melainkan untuk merealisasikan prinsip-prinsip
ajaran Islam. Oleh itu, segala yang dilakukan dalam Muhammadiyah baik dalam
bidang

pendidikan

perekonomian

dan

dan

pengajaran,

sebagainya

tidak

kemasyarakatan,
dapat

ilmu

dilepaskan

rumah

dari

tangga,

usaha

untuk

mewujudkan dan melaksanakan ajaran Islam. Dengan itu, gerakan Muhammadiyah


lebih kepada usaha untuk menampilkan wajah Islam ke dalam bentuk yang lebih
konkrit atau utuh agar dapat dirasai serta dinikmati oleh umat Islam sebagai
rahmatan lilalamin.15
6.0PENDEKATAN YANG DILAKUKAN DALAM GERAKAN MUHAMMADIYAH
Pendekatan

Muhammadiyah

dapat

dilihat

dari

segi

sosial

melalui

anggota

Muhammadiyah yang harus mengamalkan ajaran agama Islam dalam kehidupan


harian mereka. Penerapan ajaran agama Islam dalam diri adalah sangat penting
dalam setiap individu, ahli keluarga, pengikut Muhammadiyah dan masyarakat
tempatan. Hal ini demikian kerana, sekiranya mereka mengamalkan ajaran agama
Islam yang murni, kehidupan mereka akan berfungsi sebagai alat penyebaran
agama Islam kepada masyarakat tempatan dan seluruh penduduk di Yogyakarta
walaupun pada mulanya pendekatan organisasi awal Muhammadiyah menerima
14 Alfia, Muhammadiyah: The Political Behaviour of a Muslim Modernist Organization Under
the Dutch Colonialism. Yogyakarta: Gajah Mada Press, 1969,hlm 45.

15 Asrofie. Yusron, K.H. Ahmad Dahlan, Pemikiran dan Kepimetpinannya, Yogjakarta: Yogjakarta
Offset,1993, Hlm 45.

tentangan yang kuat. Sehubungan dengan itu, Ahmad Dahlan lebih menggunakan
kaedah musyawarah dan persuasif melalui forum-forum yang berhubungan dengan
agama Islam yang telah berkembang dalam masyarakat sebagai contoh dalam
tahlil yang akhirnya telah dihapuskan oleh pemikiran baru kerana dianggap tidak
berlandaskan ajaran agama Islam.16
6.1PENDIDIKAN
Seterusnya idea-idea pembaharuan lain dalam aliran Muhammadiyah ialah dari segi
pendidikan iaitu menyelenggarakan sekolah sendiri berdasarkan silibus yang sama
dengan sekolah lain dan penambahan subjek agama Islam. Muhammadiyah
mengembangkan sistem sekolah yang mampu untuk menyebarkan ajaran agama
Islam dengan baik dan berkesan. Selain itu, perubahan dalam masyarakat peribumi
juga berlaku pada ketika itu dengan terlibat dalam pengajaran agama Islam di
sekolah Muhamadiyah. Sekolah yang telah diselenggarakan oleh Muhammadiyah
pada awalnya merupakan lanjutan dari sekolah yang telah didirikan oleh Ahmad
Dahlan di Kauman.

Sekolah tersebut dikenali dengan Madrasah Ibtidaiyah Diniyah Islamiyah


mempunyai tiga kelas sahaja dan setaraf dengan Sekolah Angka 2 atau Volkschool
yang ditetapkan oleh Belanda. Sekolah tersebut mendapat subsidi daripada pihak
pemerintah sejak tahun 1914. Selain itu, terdapat sebuah sekolah Muhammadiyah
yang terletak di Yogyakarta iaitu di Karangkajen yang ditubuhkan pada 1913,
Lempuyangan (1915) dan Pasargede pada tahun 1916.Sekolah-sekolah tersebut
diselenggarakan di rumah anggota Muhammadiyah. Pada tahun 1917, berdasarkan
laporan rasmi Hoodfbestuur Muhammadiyah telah menubuhkan empat sekolah
yang berlainan agama Islam dan pelajaran umum dan setaraf dengan Sekolah
Angka 2 pemerintah.17 Peningkatan kemasukan pelajar pada ketika itu mendorong
organisasi Muhammadiyah untuk menubuhkan sekolah baru iaitu di Suronatan.

16 Ibid.
17 Ibid, hlm. 40.

Pencapaian Muhammadiyah dalam bidang pendidikan amat luar biasa.


Bermula dari pendidikan dasar sehingga pendidikan tinggi, gerakan Muhammadiyah
tersebut semakin aktif dalam mencapai tujuan dan matlamatnya. Aspek philosophy,
psikologi

dan

sosiologi

menjadi

perhatian

utama

dalam

menyelenggarakan

pendidikan yang bermutu serta terjangkau oleh seluruh masyarakat. Prinsip yang
dipegang oleh Muhammadiyah adalah berdasarkan agama Islam yang mana ia turut
diadaptasi ke dalam prinsip pendidikannya. Ia memanifestasikan pandangan ke
depan tentang generasi baru yang akan datang. Prinsip tersebut meliputi renunganrenungan mengenai apa pendidikan Islam yang sebenarnya serta bagaimana
usaha-usaha pendidikan tersebut dilaksanakan agar hasilnya bersesuaian dengan
hukum-hukum Islam. Dalam erti kata yang lain, prinsip pendidikan Islam adalah
suatu analisis atau pemikiran rasional yang dilakukan secara kritis, radikal,
sistematik dan kaedah yang tersendiri untuk memperoleh pengetahuan mengenai
hakikat pendidikan Islam.
6.2 GERAKAN DAKWAH ISLAM
Antara pendekatan Muhammadiyah itu sendiri adalah menjadikan organisasi
tersebut sebagai wadah kepada dakwah Islam. Seperti tujuan asal gerakan itu
terhadap dasar perjuangannya, Muhammadiyah dianggap sebagai dakwah yang
mengajak umat Islam melakukan amar maruf nahi munkar dengan masyarakat
sebagai medan perjuangan.18 Gerakan Muhammadiyah telah berkisar di tengahtengah masyarakat bangsa Indonesia dengan membangunkan berbagai ragam
termasuklah dengan membangunkan pendidikan kanak-kanak hingga ke peringkat
yang lebih tinggi, membangunkan pusat-pusat kesihatan, tempat-tempat asuhan
dan

sebagainya.

Segala

usaha

amal

Muhammadiyah

tersebut

sebenarnya

merupakan manifestasi dakwah Islamnya. 19 Ianya telah dilakukan dengan niat yang
satu iaitu untuk jadikan contoh kepada wahana dalam dakwah yang disampaikan
berkenaan.

18 Saifuddin Zufri, Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di


Indonesia,1979, hlm.606.
19 Ibid.

Pendekatan Muhammadiyah seterusnya ialah mendirikan, memelihara, membantu


penyelenggaraan tempat perhimpunan dan masjid yang digunakan untuk pelbagai
aktiviti yang berkaitan dengan agama Islam. Muhammadiyah berusaha untuk
mengimarahkan masjid atau surau-surau dengan melaksanakan solat berjemaah
dan pengajaran agama Islam. Usaha tersebut mendorong masyarakat untuk
memberikan bantuan dana termasuk mewakafkan tanah mereka. Tambahan lagi,
Ahmad Dahlan juga telah mendirikan surau di Kauman untuk wanita menjalankan
solat berjemaah dan membincangkan masalah keagamaan. 20
Muhammadiyah juga melakukan penyebaran agama Islam melalui tulisan
sejajar dengan perkembangan dalam bidang pendidikan dan penerbitan pada ketika
itu. Muhammadiyah mencetak jadual solat, jadual puasa Ramadhan, doa harian dan
masalah agama Islam lain. Penerbitan buku juga telah dikeluarkan yang berkaitan
dengan agama Islam yang meliputi masalah fiqh, akaid, tajwid, hadis, terjemahan
ayat Al Quran dan sejarah para anbia. Buku tersebut turut menjadi rujukan dalam
sekolah Muhammadiyah dan masyarakat umum.21
Gerakan Muhammadiyah telah mendasari gerakannya kepada sumber ajaran
Islam iaitu berlandaskan Al-Quran dan As-sunnah. Dalam usaha yang dilakukan,
Muhammadiyah telah

mendirikan lembaga-lembaga pendidikan, institusi zakat,

rumah anak-anak yatim, hospital dan masjid-masjid serta menerbitkan buku,


majalah dan surat khabar yang pada akhirnya bertujuan untuk menyebarkan Islam.
Gerakan Muhammadiyah semakin berkembang walaupun selepas tokoh gerakan
Muhammadiyah Ahmad Dahlan meninggal dunia pada tahun 1923. Persyarikatan
Muhammadiyah berkembang sehingga menjadi sebuah organisasi moden dan
memimpin masyarakat berpandukan ajaran agama Islam yang benar. Idea-idea
pembaharuan dalam Muhammadiyah telah berjaya membentuk sebuah organisasi
Islam yang berpengaruh di Asia Tenggara dan memberikan impak yang besar dalam
perkembangan intelektual sehingga hari ni. 22
20 G.F. Pjiper, Sejarah Islam di Indonesia 1900-1950, Jakarta: Penerbit Universitas Indonesia,
1984,hlm 108.

21Ibid, hlm 109


22 Ibid, hlm 110

7.0KESAN

PERTUBUHAN

MUHAMMADIYAH

TERHADAP

PEMBANGUNAN

UMAT
ISLAM DI INDONESIA
Dengan tertubuhnya Muhammadiyah di Indonesia, organisasi tersebut telah banyak
memberikan ajaran Islam yang murni kepada umat Islam di Indonesia selaras
dengan gelarannya iaitu Gerakan Tajdid yang bermaksud pembaharuan atau
purifikasi iaitu untuk memurnikan ajaran Islam ortodoks yang dianggap banyak
dipengaruhi oleh perkara-perkara tahyul.23

Ajaran yang dianjurkan menuntut

kemajuan, kecerdasan dan beramal bagi masyarakat dan amal dengan berpaksikan
Iman dan Islam. Muhammadiyah turut mempelopori amal usaha sosial dan
pendidikan yang amat diperlukan bagi kebangkitan dan kemajuan bangsa dengan
jiwa ajaran Islam yang mana sekali gus telah membawa kepada pembangunan
umat Islam di Indonesia.

7.1Pendidikan
Keadaan pendidikan dan pengajaran yang terbatas dalam segala aspek dan prospek
yang tidak menguntungkan bagi rakyat Indonesia telah menjadi salah satu asas
kuat yang mendorong kepada kelahiran Pergerakan Muhammadiyah pada tahun
1912 di Yogyakarta oleh K.H Ahmad Dahlan. Pendidikan di Indonesia sebelum
kewujudan Muhammadiyah adalah bercorak dualisme iaitu sistem pendidikan
pesantren atau sekolah pondok dan sistem pendidikan Barat yang diperkenalkan
oleh Belanda dan hanya terhad untuk anak-anak golongan bangsawan (priyayi)
sahaja.24 Sistem pesantren tidak mampu untuk menyiapkan generasi ke arah
meneruskan misi sebagai Khalifah di bumi Allah kerana tidak mampu memberikan
pendidikan yang sesuai selari dengan zaman moden yang menuntut sebuah
kemajuan. Pesantren hanya memberi pendidikan mengenai keagamaan sahaja
seperti ilmu fiqh, bahasa Arab, tafsir dan terjemah hadis tasawuf, aqaid, ilmu
23 Arifin M.T, Muhammadiyah : Potret yang berubah, Surakarta : Gelanggang Pemikiran dan Filsafat
Sosial Budaya dan Kependidikan, 1990, hlm 87.

24 Hamka, Sejarah Perkembangan Pemurnian Ajaran Islam di Indonesia, Jakarta : Tintamas, 1958,
hlm34.

mantiq dan ilmu falaq. Pendidikan berkaitan keduniaan belum diperkenalkan oleh
Pesantren.
Anak-anak orang Islam dari kelas atasan dimasukkan ke sekolah Belanda untuk
mendapat jaminan kehidupan yang lebih baik dikemudian hari, namun didapati
pendidikan yang diberikan oleh penjajah Belanda pada ketika itu mengancam
pegangan agama yang ada pada diri anak-anak tersebut. Pendek kata, semakin
ramai anak-anak yang menerima sistem pendidikan kerajaan Belanda maka
semakin ramailah orang terpelajar yang jauh dari agama Islam. Perkara ini
berikutan pihak kolonial melarang pendidikan agama diajar di sekolah. Pendidikan
kolonial dilihat sebagai pendidikan yang bersifat sekular dan sebagai mekanisme
penyebaran kebudayaan barat.25 Keadaan dirumitkan lagi apabila kerajaan Belanda
membuka pintu seluas-luasnya bagi tujuan penyebaran agama Kristian Protestan
dan Katolik. Golongan mubaligh yang datang telah menubuhkan sekolah-sekolah
untuk memberikan pendidikan kepada anak-anak orang Islam. Perkara ini

telah

menyebabkan ramai anak-anak orang Islam yang menjadi murtad.


Namun dengan adanya pertubuhan Muhammadiyah telah berjaya membawa kesan
yang amat membanggakan dan melegakan apabila Muhammadiyah telah membuat
pembaharuan dalam sistem pendidikan di Indonesia yang mana sistem pedidikan
yang diperkenalkan adalah seimbang dari segi ilmu dunia dan akhirat, selain itu
Muhammadiyah juga turut memberikan ruang dan peluang kepada seluruh
masyarakat di Indonesia tanpa mengira peringkat umur dan jantina untuk menimba
ilmu. Muhammadiyah telah menubuhkan sekolah asas dan sekolah lanjutan yang
dikenali sebagai Hooge School Muhammadiyah yang kemudiannya ditukar kepada
Kweek School Muhammadiyah (sekarang dikenali sebagai Madrasah Muallimin)
yang bertempat di Patangpuluhan Kacamatan Wirobrajan manakala bagi pelajar
perempuan

pula

bertempat

di

Suronatan

Yogyakarta

dan

dikenali

sebagai

Muallimat Muhammadiyah. Apabila Muhammadiyah telah berjaya menyebarkan


pengaruhnya ke seluruh Indonesia, pengukuhan dilakukan pula dalam aspek
pendidikan dengan cara menstrukturkan Muhammadiyah agar lebih efisien. Perkara
ini dapat dilihat apabila penyebaran Islam secara lisan diletakkan di bawah
25 Mark J.Sedgwick, Muhammad Abduh Makers of The Muslim World Series, National Book Network :
London, 2009, hlm102.

Bahagian Taman Pustaka. Manakala pendidikan bagi golongan wanita diletakkan


di Bahagian Aisyiyah bagi kanak-kanak perempuan dan kaum Adam pula,
pendidikan mereka diletakkan di Bahagian Hizbul Wathan. 26
7.2Ekonomi
Selain dari pendidikan, Muhammadiyah turut memberi kesan dari sudut ekonomi
bagi masyarakat Indonesia. Jika sebelum ini sistem ekonomi yang dijalankan
mempunyai unsur riba dan ketidak jelasan soal hala dan haram, namun dengan
tertubuhnya Muhammadiyah dapat dilihat sistem ekonomi selepas kedatangan
Muhammadiyah mengalami suatu perubahan yang positif dengan mengamalkan
sistem ekonomi berlandaskan hukum agama Islam iaitu ekonomi Syariah yang
didapati lebih adil dan terbukti mampu bertahan apabila berdepan dengan krisis
ekonomi. Perkara ini dapat dilihat dengan penubuhan bank-bank Syariah dan
Lembaga Kewangan Syariah.27
7.3Sosial
Muhammadiyah telah memberikan kesan atau impak yang besar dari sudut sosial
masyarakat

Islam

di

Indonesia.

Jika

sebelum

penubuhan

Muhammadiyah,

masyarakat Islam berada dalam situasi yang sangat membimbangkan kerana


berada dalam kesesatan, kemiskinan dan penderitaan atau penyakit zahir dan
batin. Islam juga didapati semakin mundur namun tiada seorang pun ulama yang
tampil ke depan untuk memperbaiki adat istiadat yang

dipengaruhi oleh ajaran

agama yang terlebih dahulu dianuti oleh bangsa Jawa dan masyarakat Islam lainnya
di Indonesia iaitu agama Buddha dan Hindu. Perkara ini menyebabkan terdapat
amalan yang berkaitan Hindhu-Buddha telah menempel secara tidak sengaja dalam
Islam seperti amalan-amalan tahyul, khurafat, bidaah yang bermaksud tokok
tambah dalam ajaran Islam.
Dengan

tertubuhnya

organisasi

Islam

Muhammadiyah

telah

dapat

menyelamatkan masyarakat Indonesia daripada terus berada dalam kesesatan


26 Adriani Ga Tobondo,Fisipol-Sosiologi Pendesaan, Sosiologi Pendidikan : Universiti Kristen Tentena,
2009, hlm52.

27 J.D.Legge, Indonesia,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, hlm 223.

serta keadaan jumud dan sekaligus telah membawa kepada pembangunan umat
islam di Indonesia. Muhammadiyah telah menggunakan pendekatan yang lembut
dengan cara menegakkan keyakinan tauhid yang murni sesuai dengan ajaran Allah
S.W.T yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. Muhammadiyah melalui para
pemimpinnya telah menyeru umat Islam untuk memahami agama dengan
menggunakan

akal

fikiran

dan

jiwa

ajaran

Islam

untuk

menjawab

dan

menyelesaikan persoalan-persoalan kehidupan yang bersifat duniawi dan berusaha


menyebarkan ajaran Islam yang bersumberkan al-Quran dan Hadis.
8.0

ANALISIS

Analisisnya, Pertubuhan Muhammadiyah telah berjaya membaiki masyarakat


Indonesia dari segi akidah, pemikiran, ekonomi dan cara hidup berlandaskan Islam
yang sebenar. Idea dan pendekatan yang begitu selari dan mantap telah
mempertahankan kewujudannya sehingga kini. Muhammadiyah merupakan sebuah
organisasi Islam yang mempunyai pengertian besar di Indonesia. Ia bertujuan untuk
mengembalikan segala penyimpangan yang berlaku dalam proses dakyah. Disini
dapat kita lihat dan teliti bahawa Gerakan Muhammadiyah adalah bercirikan
semangat tata sosial dan pendidikan masyarakat ke arah yang lebih maju dan
terdidik. Ia juga turut menampilkan ajaran Islam bukan sekadar agama yang
bersifat pribadi dan statis, tetapi dinamis dan berkedudukan sebagai sistem
kehidupan manusia dalam segala aspek iaitu the way of life. Muhammadiyah
banyak merefleksikan perintah-perintah Al-Quran diantaranya surat Ali Imran ayat
105 yang berbunyi;
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru
kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maruf dan mencegah dari yang
mungkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
Pertubuhan Muhammadiyah adalah ingin membawa ummah ke jalan yang lurus
seperti yang disarankan oleh Nabi Muhammad, mengajak rakyat Indonesia untuk
berpandukan Al-Quran dan hadis dan memperbaiki kejumudan dalam pemikiran.
9.0

KESIMPULAN

Kesimpulannya, Muhamadiyah merupakan gerakan pemurnian Islam berupaya


membersihkan daripada unsur-unsur khurafat (penyimpanan akidah Islam) dan
bidaah (penyimpanan syariat Islam kerana adA ibadah yang diada-adakan oleh
umat yang sebelumnya tidak pernah dipraktikkan oleh Nabi Muhammad SAW dalam
amalan Islam nya. Di atas kesedaran melalui konsep Islam, maka kebajikan amatlah
perlu bagi Muhammadiyah bangkit untuk mengetengahkan dan membuka fikiran
masyarakat Indonesia yang pada masa itu masih kolot dan jauh ketinggalan.
Muhammadiyah telah berusaha untuk menghentikan misi-misi yang dianggap
sebagai satu tentangan dengan mengambil idea dan pendekatan yang begitu selari
dan mantap telah mempertahankan kewujudannya sehingga kini. Pemurnian
masyarakat Indonesia harus melibatkan politik, ekonomi, dan sosial kerana Islam
bukan hanya merujuk kepada upacara spiritual semata-mata tetapi melambangkan
keseluruhan hidup manusia selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam yang
sebenar.

RUJUKAN

Adriani Ga Tobondo. 2009. Fisipol-Sosiologi Pendesaan. Sosiologi Pendidikan :


Universiti Kristen Tentena.
Alfian. 1969. Muhammadiyah: The Political Behaviour of a Muslim Modernist
Organization Under
the Dutch Colonialism. Yogyakarta: Gajah Mada Press.
Amir Hamzah. 189. K.H. Mansyur: Pemikiran tentang Islam dan Muhammadiyah,
Yogjakarta.
Ariffin M.T. 1990. Muhammadiyah : Potret yang Berubah. Surakarta : Gelanggang
Pemikiran
dan Filsafat Sosial Budaya dan Kependidikan.
Arifin, MT. 1987. Gagasan Pembaharuan Muhammadiyah dalam Pendidikan. Jakarta:
Dunia Pustaka Jaya.
Asrofie, Yusron. 1993. K.H Ahmad Dahlan, Pemikiran dan Kepimpinan. Yogyakarta :
Yogyakarta Offset.
G.F. Pjiper.1984. Sejarah Islam di Indonesia 1900-1950. Jakarta: Penerbit Universitas
Indonesia
Daliar Noer. 1973. Gerakan Moderen Islam di Indonesia: 1900-1942. London & New
York: Oxford University Press.
Hamka.1958. Sejarah Perkembangan Pemurnian Ajaran Islam di Indonesia, Jakarta :
Tintamas.
J.D. Legge. 1972. Indonesia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mark J.Sedgwick. 2009. Muhammad Abduh Makers of The Muslim World Series.
National Book
Network : London.
Saifuddin Zufri,.1979. Sejarah Kebangkitan Islam dan Perkembangannya di
Indonesia.
Indonesia: Penerbit Universitas Indonesia.
Shihab. Alwi. 1998. Membendung Arus: Respon Gerakan Muhammadiyah terhadap
Penetrasi
Misi Kristian di Indonesia, Bandung.

Solichin Salam.1963. K.H. Ahmad Dahlan, Reformer Islam Indonesia. The University
of
Colifornia, Djajamurni.
Syarifuddin (Jurdi).2010. 1 Abad Muhammadiyah. Jakarta: Penerbit Buku Kompas.
RUJUKAN INTERNET
http://www.muhammadiyah.or.id/id/content-50-det-eksistensi-gerakan-muhammadiyah.html diakses pada 5 November 2012
http://www.muhammadiyah.or.id/content-178-det-sejarah-singkat.html, diakses
pada 10 Disember 2012.

LAMPIRAN

Rajah 1: Foto Pengasas Pertubuhan Muhammadiyah

Rajah 2: Logo Pertubuhan Muhammadiyah.

Anda mungkin juga menyukai