Anda di halaman 1dari 2

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Mata pelajaran : Matematik


Tajuk
: Gandaan
Kelas
: Tingkatan 1 Dedikasi
Objektif Pembelajaran :
Pada akhir pembelajaran, pelajar telah dapat,
Memahami dan menggunakan
pengetahuan gandaan bagi nombor
bulat.

Tarikh
: 17.02.2016
Masa
: 3:40 - 4:40 petang
Hari
: Rabu
Kriteria Kejayaan :
Pelajar akan berjaya sekiranya dapat :
Menyenaraikan gandaan bagi nombor
bulat
Mengenalpasti gandaan sepunya bagi
dua atau tiga nombor bulat

Rangka Pengajaran

Catatan

Aktiviti Pemula :
Guru mengagihkan satu set beg plastik yang
mengandungi gula-gula dan satu sampul surat.
Guru menyoal pelajar tentang pelajaran yang
lepas.
Set Induksi (pengenalan konsep gandaan)

Guru menggunakan soalan berfikrah berkaitan


dengan konsep gandaan.
Apakah yang di maksudkan dengan
gandaan?

Penerokaan pelajar : Pelajar dikehendaki


menggunakan satu set beg plastik yang
mengandungi gula-gula dan soalan sifir yang
terdapat di dalam sampul surat.
Bagaimana konsep gandaan digunakan di
dalam situasi harian?
Kesimpulan pelajar dan guru.
Konsep gandaan berkait rapat dengan sifir dan
operasi tambah.

10 minit

Aktiviti Pertengahan :

15 minit

Langkah 1

- Pelajar diminta menunjukkan


hasil dapatan.
- Penyoalan Berfikrah di peringkat
aras tinggi
-Lahirkan soalan seperti mengapa
dan bagaimana

1. Berdasarkan set induksi tadi, guru memberi


penerangan ringkas mengenai konsep gandaan.
2. Pelajar perlu melengkapkan latihan gandaan soalan 1
dan guru akan memberi penerangan tentang
langkah-langkah penyenaraian gandaan.
3. Setiap pelajar perlu menyelesaikan soalan 1 b,c dan d.
Pelajar perlu memperlihatkan jawapan.
4. Guru memberikan beberapa contoh yang lain.
5. Pelajar diberi soalan pengukuhan dan soalan berbagai
aras kesukaran untuk diselesaikan di dalam kumpulan.

- Pembinaan pasukan
(5 kumpulan)
- Pengurusan bilik darjah
- Penyoalan berfikrah pada aras
rendah
(mengingat dan memahami)

Langkah 2

15 minit

1. Penerangan guru tentang gandaan sepunya bagi 2


atau 3 nombor bulat.
2. Guru memberikan beberapa contoh soalan.
3. Pelajar perlu melengkapkan latihan gandaan sepunya.
Aktiviti Plenari (penutup):

- Pelajar diminta menunjukkan


hasil dapatan.
- Penyoalan Berfikrah di peringkat
aras tinggi
-Lahirkan soalan seperti mengapa
dan bagaimana
10 minit

1. Guru melihat semula kriteria kejayaan.


2. Pelajar menunjukkan tanda warna (traffic ligt) bagi
setiap kriteria kejayaan yang dinyatakan.
3. Pelajar diminta membuat kesimpulan tentang
pengajaran yang telah dijalankan.

-Pelajar perlu memberi


kesimpulan untuk melahirkan
pemikiran kritis
-Penyoalan Berfikrah (aplikasi
dalam situasi harian)