Anda di halaman 1dari 2

Suami, Isteri dan Tanggungjawab

Indahnya hidup bersama Islam... lelaki dan wanita saling melengkapi.. tiada persaingan... tiada
double standard... nilaian Allah pada amal dan taqwa...
Wahai lelaki... isterimu adalah amanah yang akan dipersoalkan di akhirat nanti bagaimana kamu
menjaga amanah tersebut... anak-anakmu juga... adakah dididik dan dibasahi jiwanya dengan
Islam...
Firman Allah :
"Dan bergaullah dengan mereka dengan cara yang patut. Kemudian apabila kamu tidak
menyukai mereka (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu,
padahal ALlah menjadikannya kebaikan yang banyak." (An-Nisaa:19)
Nabi saw bersabda :
"Sesungguhnya yang termasuk golongan mukmin yang paling sempurna imannya ialah
mereka yang baik budi pekertinya dan mereka yang lebih halus dalam mempergauli
keluarganya (isterinya, anak-anaknya dan kerabatnya)."
Nabi saw bersabda :
"Takutlah kepada Allah di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka
adalah amanat yang berada di sampingmu; barangsiapa tidak memerintahkan shalat kepada
isterinya dan tidak mengajarkan agama kepadanya, maka ia telah berkhianat kepada ALlah
dan Rasul-Nya."
Diceritakan dari Nabi saw bahawa beliau bersabda :
"Barangsiapa sabar atas budi pekerti isterinya yang jelek, maka ALlah memberinya pahala
sama dengan pahala yang diberikan kepada Nabi Ayyub a.s kerana sabar atas menerima
percubaannya. Dan barangsiapa sabar atas budi pekerti suaminya yang jelek, maka ALlah
akan memberikannya pahala sama dengan pahala Asiyah isteri Firaun."
Diceritakan dari Nabi SAW bahawa beliau bersabda pada waktu haji wida' setelah beliau memuji
ALlah dan menyanjung-Nya serta menasihati para hadirin :
"Ingatlah (hai kaumku) terimalah pesanku utk berbuat baik kepada para isteri. Isteri-isteri itu
hanyalah dapat diumpamakan kawanmu yang berada di sampingmu, kamu tidak bisa memiliki
apa-apa dari mereka selain berbuat baik, kecuali kalau isteri-isteri itu melakukan perbuatan keji
yang jelas (membangkang/tidak taat) maka tinggalkanlah mereka sendirian di tempat tidur dan
pukullah mereka dengan pukulan yang tidak melukai. Kalau isteri-isteri itu taat kepadamu maka
janganlah kamu mencari jalan menyusahkan mereka. Ingatlah! Sesungguhnya kamu mempunyai
kewajipan terhadap isteri-isterimu dan sesungguhnya isteri-isterimu itu mempunyai kewajipankewajipan terhadap dirimu. Kemudian kewajipan isteri-isteri terhadap dirimu ialah mereka tidak
boleh mempersilakan tempat tidurmu diinjak oleh orang yang kamu benci, dan mereka tidak
boleh mengizinkan masuk ke rumahmu kepada org yg kamu benci.
Nabi SAW bersabda :
"Hendaklah kamu memberikannya makan apabila engkau sendiri telah menikmati makanan
kamu, hendaklah kamu memberikannya pakaian setelah engkau sendiri berpakaian, janganlah
engkau menamparnya di bahagian muka,tidak juga menyumpah seranahnya dan
meninggalkannya berseorangan melainkan di dalam kawasan rumah kamu." (Abu Daud)

Suami, Istri dan Tanggung Jawab

Page 1 of

5 Tanggungjawab suami :
1. Menjadi pemimpin anak isteri dalam rumahtangga.
2. Mengajarkan :
a. ilmu tauhid supaya akidahnya betul dengan akidah ahli sunnah wal jamaah
b. ilmu fiqah supaya segala ibadahnya betul dengan kehendak agama
c. ilmu tasauf supaya ikhlas dalam beramal.
3. Memberi makan, minum, pakai dan tempat tinggal dari wang dan usaha yang halal.
4. Tidak menzalimi isteri iaitu dengan :
a. memberi didikan agama yang sempurna
b. memberi nafkah zahir dan batin secukupnya
c. memberi nasihat serta menegur dan memberi tunjuk ajar jika melakukan maksiat dan
kesalahan.
d. bila memukul jangan sampai melampau.

Rujukan :
1.. Muslimah Sejati(Darul Nukman)
2.. Suami Isteri Yang Soleh (Klang Book Centre)

Suami, Istri dan Tanggung Jawab

Page 2 of

Anda mungkin juga menyukai