Anda di halaman 1dari 8

TEKS PENGACARA MAJLIS

PELANCARAN CAREER WAVE (1 MONTH 1 MENTOR)

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.


Majlis mengucapkan selamat datang ke Majlis Pelancaran Career
Wave (1 month 1 mentor).
PERGI KE PASAR MEMBELI IKAN,
IKAN DIMASAK DIATAS BARA,
SELAMAT DATANG KAMI UCAPKAN,
UCAPAN BISMILLAH PEMBUKA ACARA
DIMULAKAN LAFAZ DENGAN NAMA ALLAH TUHAN ILAHI
DIMOHONKAN LIMPAHAN BERKAT AKAN SEGALA NIKMAT
YANG DIBERI,
DIUCAPKAN PUJI-PUJIAN ,KEPADA ALLAH RABBUL IZZATI
DIIRINGKAN SANJUNGAN DENGAN KESYUKURAN YANG
AMAT TINGGI..

Yang Berusaha,
PUAN SABEHA BINTI ABU BAKAR
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN SMK LUBOK BUNTAR
Yang Berbahagia,
ENCIK MOHD SAAD B. SHAARI
YANG DIPERTUAN PIBG
1

Yang Dihormati
ENCIK ANANDA DEVAN,
PENGARAH URUSAN DAN LEMBAGA PEMEGANG AMANAH
STRATEGIC TRANSFORMATION (SASTRA) EDUCATION
DEVELOPMENT SDN. BHD.
ENCIK AFI ROSHEZRY,
MENTOR JEMPUTAN, PENSYARAH UNIVERSITI TUNKU
ABDUL RAHMAN (UTAR)
Barisan Pentadbir sekolah, GURU-GURU, barisan pengawas
sekolah, pengawas pusat sumber sekolah serta pelajar-pelajar
yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke


hadrat Ilahi Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah
kurniaNya maka kite diberikan luangan waktu, kesempatan dam
dianugerahkan kesihatan yang baik untuk berkumpul dalam majlis
pelancaran ini.
Majlis

mengucapkan

terima

kasih

dan

mengalu-alukan

Kedatangan hadirin sekalian.


Buat pengetahuan hadirin-hadirat sekalian, pelancaran program
ini merupakan satu platform bagi menyebar informasi terkini

mengenai pendidikan dan hala tuju pendidikan serta membantu


dan membentuk pelajar untuk menetapkan matlamat kerjaya
Sebelum kita beranjak maju, marilah kita bersama-sama
memulakan majlis kita pada hari ini dengan bacaan umul furqan
al-fatihah.
(al-fatihah)
Hadirin dan hadirat yang dimuliakan.
MENADAH TANGAN TANDA KERENDAHAN,
LAFAZ BISMILLAH MEMPERKUKUHKAN TAUTAN,
DOA DIPOHON PENUH PENGHARAPAN,
AGAR MAJLIS MENDAPAT KEBERKATAN
Sebelum pagi yang indah ini berganjak mengikut rentak majlis,
majlis akan segera kita mulai dengan bacaan doa.
Dengan ini, majlis menjemput dan mempersilakan,Yang dihormati
NAMA USTAZ
untuk menerajui bacaan doa sebagai permintaan hajat dan restu,
agar majlis kita diberkati hendakNya.
Dipersilakan dengan segala hormatnya.
(Bacaan Doa)

Amin,Amin Ya Rabbal Alamin. Semoga lafaz doa kita tadi,


diberkati Allah s.w.t hendaknya. Terima kasih diucapkan kepada
yang dihormati ALFADHIL USTAZ.
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Program Career Wave (1 month 1 mentor) merupakan program
yang bakal meningkatkan dan memupuk semangat pelajar untuk
menetapkan matlamat kerjaya. Dgn bantuan program ni student
lagi lebih jelas dgn kerjaya mereka dan mentor ni akan menjadi
role model and pembakar semangat.
(Ucapan PK Hem)
Hadirin yang budiman,
Pagi yang penuh cahaya dan keberkatan ini, akan diteruskan
dengan membawa kita meneroka dan menyingkap tirai pagi
dengan

pelbagai

agenda

pendakian

aspirasi

ilmu

dalam

memantapkan lapangan pendidikan yang kita cintai ini.


BUKAN KERIS TANPA ULUNYA
BUKAN MAJLIS KALAU TANPA UCAPANNYA
Dengan itu majlis dengan segala hormatnya menjemput dan
mempersilakan yang berusaha Penolong Kanan Pentadbiran
SMKLB
4

untuk menyampaikan ucapan alu-aluan. Majlis dengan segala


hormatnya menjemput dan mempersilakan.
(ucapan pengetua/pk hem)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.

Hadirin sekalian,
SETERUSNYA MAJLIS DITERUSKAN LAGI DENGAN pendakian
aspirasi ilmu. Dengan itu majlis dengan segala hormatnya
menjemput dan mempersilakan yang berusaha ENCIK ANANDA
DEVAN SELAKU PENGARAH URUSAN DAN PEMEGANG
LEMBAGA AMANAH SASTRA EDUCATION DEVELOPMENT
SDN BHD. untuk menyampaikan ucapan. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.
(ucapan AD)
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih.
HADIRIN SEKALIAN,
Sebagai pelengkap acara pada pagi ini, marilah bersama-sama
kita saksikan sebuah gimik untuk pelancaran perasmian Career
Wave (1 Month 1 Mentor), majlis menjemput Encik Afi Roshezry
mentor jemputan iaitu selaku perasmi program ini.
5

(GIMIK DAN PERASMIAN)


Tanpa melengahkan masa, Majlis. Mari kita sama-sama
menyaksikan gimik untuk majlis pelancaran majlis pada hari ini.
dengan segala hormatnya menjemput yang berusaha Encik
Roshezry selaku perasmi untuk majlis pada hari ini serta untuk
memberikan ucapan beliau serta berkongsi mengenai karier
beliau kepada pelajar-pelajar agar dapat menjadi pembakar
semangat kepada mereka dalam membentuk PELAJAR untuk
memantapkan matlamat kerjaya mereka.
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada Encik Roshezry atas perasmian sebentar
tadi.
(Ucapan Habis)
MAJLIS MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH ATAS ucapan
dan perkongsian ilmu serta pengalaman daripada encik mentor.
MAJLIS SEKALI MERAKAMKAN UCAPAN TERIMA KASIH.
DENGAN BERAKHIRNYA TAKLIMAT ITU SEBENTAR TADI
MAKA BERAKHIRLAH MAJLIS KITA PADA HARI INI. Semoga
apa yang telah disampaikan sebentar tadi dapat diingati, dijadikan
amalan dan pedoman demi anak bangsa khusus untuk
kemaslahatan kita bersama.
6

(Penyampaian Cenderamata)
Hadirin hadirat sekalian, ,

Sebelum itu, Majlis sukacitanya mempersilakan Ananda Devan


untuk penyampaian cenderamata berupa SIJIL PENGHARGAAN
kepada pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Lubok Buntar,
Seterusnya penyampaian SIJIL kepada PIBG,
Penyampaian SIJIL kepada Cikgu Soonufat Supramaniam selaku
guru Bahasa Inggeris SMKLB
Penyampaian SIJIL kepada Cikgu Nur Adillah Binti Ramli selaku
guru kaunselling SMKLB
Seterusnya, Penyampaian berupa plak kepada Encik Roshezry.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Encik Ananda Devan atas
kesudian beliau menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

(Penutup majlis)
HADIRIN YANG DIMULIAKAN,
7

Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian


DENGAN BERAKHIRNYA UCAPAN PERASMIAN SEBENTAR
tadi, maka majlis sudah sampai kepenghujungnya Dikesempatan
ini juga, kami seluruh warga kerja program Career Wave (1 month
1 mentor) ingin merakamkan sekalung penghargaan dan terima
kasih kepada pihak sekolah, ibu bapa, guru-guru, pelajar dan
semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam
menjayakan program ini.
Sebelum mengundur diri, saya juga selaku pengerusi majlis
memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang
saya mengacarakan Majlis ini.
SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,
DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
SAYA SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,
(Jamuan makan)
Majlis menjemput tetamu untuk meninggalkan dewan dan
menikmati jamuan di Bilik Mesyuarat Asrama Puteri SMKLB
Dengan itu majlis disudahi dengan. Wabillah hitaufik walhidayah
wassalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh dan salam
sejahtera.

Anda mungkin juga menyukai