Anda di halaman 1dari 3

Nota Bacaan Terarah Perdagangan Awal

GERRIT KNAAP. 1996. SHALLOW WATERS, RISING TIDE: SHIPPING AND TRADE IN
JAVA AROUND 1775. LEIDEN: KITLV PRESS.

Pelabuhan dan Politik VOC di Java


Pelabuhan di Java pada zaman awal itu hanyalah muara sungai atau pangkalan laut yang
terbuka. Kapal dagang yang lebih besar terpaksa bersauh di pangkalan yang lebih luas dan
penumpang berserta barang muatan perlu menaiki tongkang atau kapal kecil untuk mendarat di
pelabuhannya.
Kota-kota pelabuhan yang terdapat di kawasan air cetek ini adalah terdiri daripada gugusan
penempatan yang berbentuk perkampungan. Kota pelabuhan ini disimpan khas untuk komuniti
bukan Java yang terdiri daripada pelaut dan pedagang. Komuniti ini adalah Cina, India,
Melayu, Sulawesian dan sebagainya.
Kota-kota pelabuhan ini adalah pusat kepada aktiviti ekonomi di rantau tersebut. Aktiviti
import dan eksport turut berlaku di pelabuhan ini kerana ia telah dihubungi oleh jalan-jalan
kecil atau sungai yang memudahkan pengangkutan.
Pada tahun 1619, VOC (Verenigde Oost-Indiesche Compahnie) atau Syarikat Hindia Timur
Belanda telah menakluki Jakarta dan mendirikan kekuasaannya di Batavia. Bermula dari tahun
1680, VOC mula untuk meluaskan kuasanya ke atas kawasan-kawasan di pantai utara Java.
Menjelang tahun 1750, VOC telah merampas kuasa dari pemerintah Java.
Anakoda (skipper) yang wujud pada tahun 1770-an telah mempunyai dua jenis birokrat iaitu
syahbandar Eropah dan golongan bukan Eropah yang menjadi penjaga tempatan.
Syahbandar ini bertanggungjawab untuk mengawal dan mengeluarkan pas laut, pengawalan
keselamatan dan mengutip sesetengah cukai pelabuhan. Dia juga perlu memastikan bahawa
tiada barang dagangan yang terlarang semasa urusan perdagangan dijalankan di pelabuhan
Java.
Seterusnya terdapat wakil-wakil dari ladang-cukai (tax-farmer) yang mempunyai kuasa untuk
memungut cukai kastam dari VOC.
Elemen penting dalam dasar ekonomi VOC adalah dengan mengecualikan hak terhadap
perdagangan ke atas sesetengah produk. Ini adalah untuk memaksimumkan keuntungan. Oleh
itu, sektor swasta di Java tidak dibenarkan untuk terlibat dalam transit perdagangan ke atas

rempah Moluccan. Selain itu, VOC turut memonopoli import dan eksport sesetengah komoditi
yang bernilai tinggi.
Elemen kedua dalam dasar ekonomi VOC adalah kebebasan sektor swasta dalam memonopoli
pergerakan kapal dagang di laluan perlu disekat dan membawa kepada penstrukturan semula
jaringan perdagangan. Hasilnya telah membawa kepada wujudnya pas kebenaran yang
dikeluarkan oleh VOC untuk menggunakan laluan perdagangan tersebut.
Elemen ketiga dalam dasar ekonomi VOC adalah menjaga kepentingan di kapital. Batavia amat
bergantung pada hubungan dengan Java di mana Java merupakan pembekal beras dan kayu
balak. VOC memerlukan produk ini dari tengah dan timur Java. Pada masa yang sama, VOC
juga berhasrat untuk mempertahankan gula tebu dan arak di Batavia daripada bersaing dengan
kawasan lain di Java.

Jenis-jenis Kapal Perdagangan


Jenis-jenis utama kapal yang digunakan adalah seperti berikut:
Global

Spiegelschip (square-stern ship)

Intra-Asian

Scheepje (small ship), Wangkang (junk)

Interinsular

Brigantijn (brigantine), Chialoup (shallop), Gonting

Local

Pencalang, Cunea, Mayang

Muatan dan Arah Perdagangan


Jumlah muatan yang dibawa sama ada import atau eksport adalah lebih kurang 622,600 tan.
Batavia merupakan pelabuhan terbesar yang telah mencatat 40% daripada keseluruhan, diikuti
oleh Semarang dan Rembang.
Di kawasan lain pula, kapal VOC akan masuk dan mengutip komoditi untuk dipasarkan ke
tempat lain. Di pelabuhan-pelabuhan lain telah menunjukkan penguasaan VOC yang lebih
daripada 60%.
Pelayaran sehala dalam sektor swasta banyak dijalankan di lima pelabuhan ke luar kawasan
adalah Batavia, Cirebon, Semarang, Gresik dan Surabaya.
Di Batavia, paling banyak pelayaran interinsular adalah dilakukan dengan Sulawesi, Nusa
Tenggara dan Kalimantan. Pelayaran interinsular yang paling penting adalah dengan kawasan
Selat Melaka.

Perubahan musim angin monsun akan mempengaruhi pergerakan kapal di Laut Java.
Dari Mei ke Oktober, monsun timur akan ditiup dari arah Australia. Dalam tempoh masa ini,
kapal akan datang dari arah timur, dan kapal tempatan juga akan mula bertolak ke Sumatera
dan Malaya. Musim ini juga merupakan musim kering di mana petani akan menuai padi.
Dari November ke April pula, angin monsun barat akan bertiup dari tanah besar Asia yang akan
membawa kapal-kapal pulang dari Selat Melaka ke Java. Musim ini merupakan musim basah.

3.4

Anakoda dan Anak Kapal

Kapal dagang VOC lebih daripada 100 anak kapal. Kapal intra-Asian 80 orang, Interinsular
40 orang, pelayaran dalaman 4-10 orang.
Melibatkan etnik yang berbeza. Majoriti yang terlibat dalam intra-Asian adalah India dan Cina.
Bagi interinsular dan pelayaran tempatan, majoriti adalah orang Java.
Anakoda dalam sektor swasta juga terdiri daripada pelbagai etnik seperti Javanese, Cina dan
Melayu.

3.5

Komoditi Perdagangan

VOC di Asia dan Batavia pusat perniagaan utama kepada Java. Pengimport utama kepada
semua jenis komoditi.
Beras terhad kepada interinsular sahaja. Diutamakan kepada Batavia (70%). Selebihnya
dieksport ke Semarang, Selat Melaka (Melaka, Palembang, Johor Riau, Terengganu), Sulawesi,
Moluccas, Nusa Tenggara, India dan Ceylon.
Kayu balak penting kepada VOC dan Batavia untuk industri membuat kapal.
Garam di hasilkan di kawasan pantai Java. Sesetengah kawasan hasil dalam skala banyak.
Digunakan untuk berdagang dengan penduduk pedalaman bagi mendapatkan hasil hutan.
Gula gula tebu dan gula kelapa. Dua tempat penting yang mengimport: Palembang dan
Melaka.
Tembakau Java Semarang, Pekalongan, Jepara dan Tegal terlibat aktif dalam mengeksport
tembakau ke kawasan lain terutamanya Batavia.
Kain tiga jenis kain: Javanese, Balinese dan Indian. Balinese dan Indian adalah diimport oleh

Batavia. VOC juga akan mengeksport semula kain ke tempat lain.